Tuesday 23 June 2009

NASHARUDIN YANG KALAH


KESIAN BUDAK KECIK NI......

Kesianya kepada budak kecik ni......budak Timbalan Presiden PAS........dahla kena marah..........kena herdik dan disuruh letak jawatan..........sekarang ni kepalanya ditonyoh-tonyoh pula oleh Tok Guru..........nampaknya niat dan hasrat murni dan mulia untuk mengwujudkan Kerajaan Perpaduan demi bangsa dan negara tidak kesampaian.

Maka sudah terang lagi bersuluhlah.....bahawa cadangan dan pandangan Hj Hadi sendiripun tidak diterima dan di tolak mentah-mentah. Malu nya ........manala nak letak muka lepas ini......

Maka kesombongan dan keanggkuhan seorang Tok Guru menjadi halangan utama kepada niat suci ini..........dan berbanggalah seorang Tok guru kerana usaha untuk menghalang dan menggagalkan usaha mulia ini telah berhasil.

Maka yang tersenyum lebar sudah pasti........DAP dan PKR kerana mereka amat takut selama ini....jika usaha gagasan ini berjaya......maka akan lebur dan musnahlah impian dan cita-cita melangit mereka yang saban malam menjadi mimpi yang indah.

Yang paling malang ialah........orang Melayu yang tersepit dan tertinggal kebelakang........yang terjerumus dalam kancah dan jurang yang boleh membinasakan........

Lebih-lebih malang dan menyedihkan ialah......ahli-ahli PAS sendiri......kerana jelas sekali perpecahan yang hebat mulai melanda parti ini......pandangan Presiden dan Timbalan Presiden tidak lagi di terima........parti ini seolah-olah mempunyai dua nakhoda dalam sebuah kapal.......dan terlalu ramai yang berkuasa dan boleh memutuskan sesuatu.......malah dengan mudah mengikut telunjuk dan arahan serta kehendak pihak lain........walaupun terpaksa mengadai maruah dan harga diri sendiri.

Maka tercapailah niat Tok Guru untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada ahli-ahli PAS kerana mereka menolak calon pilihan dan anak didik Tok Guru semasa pemilihan Timbalan Presiden di mmuktamar yang lalu. Maka aib yang tercoreng kerana kekalahan ayam jaguh Tok Guru itu.....telah ditebus kembali walaupun menggadai bangsa dan negara sendiri.

Bergembiralah duhai Tok Guru.......PKR dan DAP.......kerana berjaya membawa agama....bangsa dan negara kejurang kebinasaan.

Wednesday 17 June 2009

NIK AZIZ KAH INI







BURUKNYA SIKAP MURSYIDUL AM PAS

Nik Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Begitulah kenyataan seorang Tok Guru dan Ulama Pas.............begitu keras..........tak ada langsung diplomasi...........tiada toleransi............tak mengambarkan langsung ciri seorang ulama atau Tok Guru............dimana kebijaksanaan dan hikmah yang menjadi pegangan ummah selama ini...........apatah lagi oleh seorang Tok Guru.

Sejak akhir-akhir ini.........tindakan dan kenyataan Nik Aziz sungguh keras dan melampaui batas sewajarnya.........tiada lagi pendekatan bijaksana dan berhikmah...........malah sungguh ketara memperlihatkan keangkuhan..........kesombongan dan sifat lupa diri.........malah ianya seperti sudah melalut dan takutkan bayang-bayang atau terlalu bimbangkan sesuatu.

Apakah ide dan niat untuk berbaik dan bergabung sebagai sebuah `Kerajaan Perpaduan' itu tidak murni.........baik dan terpuji. Tidakkah tindakan itu penting dan utama demi kesejahteraan ummah dan negara. Apakah kepentingan peribadi dan politik sempit lebih utama dari perjuangan dan masa depan agama....bangsa dan negara. Tidakkah kepentingan dan survival bangsa dan negara lebih penting dan diutamakan terutama disaat genting dan ada petanda yang menunjukan agama, bangsa dan negara sedang tenat dan berada dijurang yang boleh membinasakan.

Janganlah kepentingan peribadi diutamakan............kedudukan yang dianggap selesa hari ini yang cuba dipertahankan...........maka segala niat dan usaha murni sebegitu ditolak dan di bantah sekeras-kerasnya secara melulu. Jangalah terburu-buru..........gunakan akal dan fikiran.........bermuhasabah dan bermuzakarahlah dahulu.........jangan diikutkan emosi dan sentimen semata-mata.........kerana sikap begitu adalah mainan iblis dan syaitan belaka.

Pak Pelandok juga tidak menyangka........... dengan perwatakan alim dan warak seorang Tok Guru...........bukan begitu sewajarnya tindak-balas yang diberi.............apakah tidak cukup mulia dan terpuji untuk mengusahakan penyatuan dan perpaduan sesama agama dan bangsa.

Maka Pak Pelandok tertanya-tanya..........betulkan ini sikap seorang Tok Guru...........betulkah ini Nik Aziz............jika benar.........maka betullah kata-kata guru Pak Pelandok..........iblis dan syatan akan mengoda.........memesong..........menyesat dan merosakan sesiapa sahaja waima seorang yang alim dan warak. Banyak sejarah agama menceritakan bagaimana seorang yang amat warak dan alim kepada Tuhan......... akhirnya musnah dan tertiarap juga dengan tipu daya dan hasutan iblis............nauzubillah...............

Tidak hairanlah ini juga berlaku kepada Nik Aziz...........beliau bukan syumul..........bukan nabi...........cuma manusia biasa............kelebihanya kerana bergelar Tok Guru dan Ulama..........tetapi tetap manusia biasa...........yang tetap punya kelemahan dan kekurangan........apatah lagi yang bergelumang dalam politik sempit dunia ini...........maka tidak mustahil...........Tok Guru juga terkena serpihan dan percikan api fitnah dunia dan iblis itu...........

Apakah Nik Aziz juga mengamalkan ilmu dan ajaran Marcivelee.............atau pejuang kental ala Syiah Iran............maka jawapanya hanya ada pada Tok Guru sendiri..........kerana agama menuntut kepada yang lebih baik dan mulia..........sewajarnya dengan kedudukan...........pengaruh...........kekuatan dan kuasa yang ada...........kita `Mengagamakan politik dan urusan dunia........bukan sebaliknya mempolitik agama' demi dunia dan kepentingan peribadi.

Pak Pelandok sedih dan jemu dengan politik yang bertopengkan agama........penuh retorik............menjual AlQuran dan masjid dijadikan medan politik sedangkan rakyat terus terpinggir dan menderita.........perpecahan semakin meruncing............kekuatan kian lemah..........agama dipermainkan............budaya dan warisan diperkecilkan..........musuh dijadikan sahabat dan diikut telunjuk..............sebaliknya bangsa seagama dijadikan seteru ketat...........saudara sendiri diaib.....ditentang dan ditempelak............inikah sikap dan nilai sewajarnya..............jika kita mengaku beragama.......apatah lagi yang digelar Tok Guru dan Ulama.

Maka `kita serupa' dan samalah Niz Aziz dengan Karpal Singh yang bermati-matian menolak Islam dan gagasan Kerajaan Perpaduan........juga samalah dengan Gopalakrisnan (PKR-Pdg Serai) anak murid Nik Aziz yang selalu membaca Quran dan mempersendakannya. Kasihan Nasharuddin.........

Tuesday 16 June 2009

PAS-PKR-DAP-KOMUNISME


NIZAR YANG SOMBONG DAN BONGKAK

Nizar masih terus-terusan dengan sikap bongkak....sombong......biadap dan juahnya...............dengan wajah penuh kesombongan dan tak sedar diri malah begitu menjadi-jadi manusia ini menunjukan berkelakuan hina dan jeliknya........... Selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat..........manusia lupa diri ini terus memekik dan memakai lilit kepala tanpa menunjukan sifat hormat di dalam dewan tertinggi negara itu...............

Sebagai ahli berhormat..........bukan begitu sikap dan tingkah laku yang sewajarnya di tunjukan atau menjadi pegangan peribadi........... tidak ubah seperti budak nakal yang amat jahat atau seperti seorang samseng jalanan yang tak berpendidikan langsung.

Berbangga atau hebatkah sikap manusia seperti ini...........

Amatlah malang sekali rakyat yang memilih manusia ini menjadi wakil mereka...............dan lebih malang lagi kerana manusia seperti ini tidak langsung mempunyai nilai budi pekerti dan adap sopan yang boleh di teladani. Apakah kerana sudah bergelar wakil rakyat............maka apa sahaja perbuatan dan tindakan boleh dilakukan.........tanpa mengambiol kira langsung soal sopan dan susila..........malah tindakan itu di lihat umum sebagai orang yang tak punya langsung keperibadian yang elok dan baik.

Sungguh jelik sekali............sungguh hudoh.....keji dan memualkan melihat seorang pemimpin Melayu (PAS) bersikap seperti itu..........seperti orang yang tak berpelajaran...........tak beragama...........tak beradap..........tak tak punya langsung perasaan segan......malu dan hormat kepada orang lain.........malah kepada diri sendiri sekalipun.

Apakah kerana tamakkan kuasa.............gila talak............tidak menerima Qada & Qadar Tuhan...........maka begitu sekali perilaku manusia ini...........sekurang-kurangnya jagalah maruah...........integriti dan harga diri sendiri...........janganlah asyik melatah.........tersasul..........sasau dan gila babi keterlaluan.............dimanakah letaknya segala didikan emak ayahnya selama ini............di manakah perginya nilai pendidikan..............kemanakah dibuangnya budaya murni bangsa serta ajaran agama yang di anuti selama ini...............

Begitulah jika jiwa dan perasaan telah rosak teruk oleh hasutan iblis dan syaitan...........mata dan hati yang telah diliputi nasfu serakah...........hidup yang mendambakan dunia dan sandiwaranya semata-mata.............begitulah manusia yang telah rosak dan hanyut dengan hasutan dan bisikan durjana.

Maka Pak Pelandok berastafar panjang............bukan begitu pemimpin yang kita mahukan.............bukan manusia seperti itu yang kita mahu meletakan amanah dan tanggungjawab..........kerana perilaku manusia seperti itu hanya layak di kaki lima dan dilorong hitam yang penuh noda dan kebathilan.

Maka sayugialah apa yang berlaku hari ini...............tindakan rakus...........ganas..........liar dan biadap semakin mendapat tempat dan berleluasa...........menghancur dan menjahanamkan agama........bangsa dan negara tercinta ini.

Janganlah diajari dan di jadikan teladan kepada anak-anak dan generasi rebung kita.............janganlah kita bersekongkol dengan manusia biadap......sombong dan bongkak sehingga kesejahteraan dan keamanan rakyat dan negara tergugat dan musnah.

Kedudukan.........kuasa..........pengaruh dan jawatan serta ramainya kawan-kawan yang sebenarnya musuh disekeliling...........bukan segala-galanya..............bukan tiket untuk berlaku sombong dan biadap bukan juga tiket untuk membakar api kemusnahan dan kehancuran.

Inikah wajah sebenar PAS dan PKR...........maka samalah seperti DAP...........HINDRAF dan KOMUNIS.........Manusia mati meninggalkan nama................budi yang baik menjadi doa dan sebutan..........Kasihan Nizar............Kasihan...........




Sunday 14 June 2009

WAJAH SEBENAR ANWAR IBRAHIM




ANWAR MAHU BAWA PULANG KOMUNIS

DSAI mendesak Kerajaan membenarkan Komunis no 1 Malaya Chin Peng pulang ke Malaysia..............katanya bekas Pengerusi PKM itu sudah tidak merbahaya lagi........dan sudah menjadi sejarah...........malah bekas ahli PKM yang lain seperti Samsiah Fakih dan Rashid Maidin pun telah dibenarkan kembali sebelum ini...........malah hubungan Malaysia dengan China, negara pengasas parti komunis pun sudah terjalin.

Begitulahlah dangkal dan bodohnya kenyataan seorang pemimpin PKR yang kononnya berjuang untuk `KEADILAN'..............sungguh tidak bermoral sekali kenyataan itu...............tanpa sedikitpun mahu mengambil kira perasaan dan sensitiviti majoriti rakyat terutama yang pernah menderita akibat kekejaman Komunis dahulu.

Apakah kerana kepentingan politik..........untuk mengambil hati dan meraih sokongan kaum tertentu..........maka kenyataan yang tidak berpijak di alam nyata itu boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan............apakah sokongan segelintir masyarakat tertentu itu begitu penting dan utama.............sehingga segala fakta sejarah boleh dipadamkan semudah itu dengan hanya sebaris kenyataan sahaja.

Itulah Anwar Ibrahim............manusia yang rakus dalam lajaknya untuk menerajui negara ini.............manusia yang sanggup menjual harga diri dan maruah serta airmata dan darah bangsanya sendiri demi mencapai cita-cita dan keinginannya yang tak bertepi itu.

Jika sebelum ini..........Anwar berjanji dalam kempen pilihanraya untuk menghapuskan DEB............memberi hak dan peluang sama rata kepada bukan Bumiputra di dalam sektor awam dan ekonomi negara...............menjadi dalang disebalik keganasan HINDRAF.............meniupkan bara dalam kemelut di negeri Perak.............menjadi pak turut kepada DAP menghalang usaha murni Kerajaan mengatasi kemelut ekonomi dan menggagalkan usaha `Kerajaan Perpaduan'...............maka hari ini topeng durjananya telah terpapar..............wajah celoreng bertanduknya yang sebenar telah tersingkap.............

Anwar peduli apa kepada emosi.....sensitiviti dan perasaan bekas perajurit yang cedera............balu-balu dan anak-anak pejuang yang kehilangan insan tersayang...............insan-insan yang tersiksa jiwa dan pancaindera hingga kini akibat angkara durjana Komunis...............padanya yang penting ialah menangguk diair keruh.............menjerat di tepian genting lebih penting dan menguntungkan demi memuaskan nafsu dan matlamat peribadinya.

Seluruh warga Malaysia yang cintakan kedamaian dan keamanan..............pasti menolak hasrat itu.............sejarah tak boleh dipadam...........biarpun seribu tahun.........apatah lagi baru lebih 50 tahun.........sakit........pedih.........luka dan sengsara masih terasa...........parut masih membengkak.............pedih masih menyucuk...................

Apalah makna dan faedahnya membawa balik seorang manusia yang zalim dan ganas kenegara ini.............sekiranya tindakan itu akan mencetuskan masalah yang lebih besar...............melukakan hati lebih 200,000 keluarga dan mangsa Komunis serta akan menyemarakan semula ideologi dan perjuangan komunis di negara ini.

Mungkin Anwar merasakan Chin Peng boleh membantunya mencapai cita-cita besar yang begitu didambakanya selama ini..............ataupun mungkin kerana pegangan dan idoelogi Chin Peng selari dan sesuai dengan perjuangan Anwar dan PKR.

Pak Pelandok berharap sangat pemimpin PAS merenung pekara ini.............sesuaikah golongan dan orang seperti ini berkasih sayang dan berjalan seiring dengan pemimpin dan parti yang menperjuangkan Islam selama ini............. bolehkan PAS bersekongkol dengan golongan seperti ini yang jelas sekali terlalu mungkar dan jauh menyimpang dari tuntutan dan ajaran Islam.

Apakah memperjuangkan sesuatu secara kekerasan..........keganasan............dan sentimen melulu yang keterlaluan itu lebih baik dari mengusahakan gagasan `Kerajaan Perpaduan'.................itulah yang lebih mulia dan terpuji sesuai dengan tuntutan Islam sekiranya benar-benar mahu memperjuangkan agama..........bangsa dan tanahair.

Penyokong PKR dan PAS sekelian..........bukalah pintu hati...........istiqarahlah..............bermunajatlah...............pohonlah restu dan petunjuk.................semoga perjuangan selama ini tidak terbabas dan membawa bencana kepada bangsa dan negara.


Wednesday 3 June 2009

MATA,TANGAN DAN KAKI BERNILAI RM100.00




























KECILNYA PENCEN TENTERA CACAT AKIBAT KEKEJAMAN KOMUNIS


Ganas.........Zalim.........Tak Berperi Kemanusiaan............itulah perkataan paling tepat dan sesuai bagi menggambarkan tindakan Komunis yang bermaharajalela di tanah air ini sejak tahun 1948 hingga 1990.

Perjuangan mempertahankan negara dari keganasan dan rampasan kuasa oleh PKM itu telah mengorbankan 11,609 nyawa termasuk 1,345 anggota keselamatan dan 2,473 orang awam. Angka itu belum mengambil kira yang cedera terhimpit dalam penderitaan sepanjang hayat.

Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kos RM203 juta (1953) dan RM169 juta (1954) untuk menentang ancaman komunis yang tidak beradab dan tidak berperikemanusiaan itu.
Mengikut sebuah laporan ...........seorang anggota tentera yang kehilangan anggota tubuh dan cacat seumur hidup kerana berjuang mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara menerima pencen kurang upaya antara RM66.36 dan RM400 sebulan...........Wajarkah bayaran sebanyak itu atau setimpalkah amaun yang diberikan kepada mereka yang menggadai nyawa demi bangsa......agama dan tanah air.

Mereka bukannya cacat dan cedera akibat kemalangan jalanraya tetapi sebaliknya terkena jerangkap samar dan serangan pengganas komunis semasa bertempur mempertahankan negara ketika zaman darurat.
Kebanyakan anggota terbabit pada masa ini sudah tua dan menerima pencen yang ditetapkan pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Untuk rekod, ketika ini terdapat kira-kira 1,600 anggota tentera yang dikategorikan sebagai anggota kurang upaya dengan 40 peratus daripadanya mendapat kecederaan semasa bertempur dengan pengganas komunis.

Wajarkah mereka yang berjasa itu............bukan sahaja menanggung derita dan kesan sehingga hari ini...........tetapi jasa dan pengorbanan mereka hanya dibayar dengan kadar pencen yang begitu rendah dan kecil..........dengan hanya sekitar RM 100 - RM 300 sebulan..........apa yang dapat dibeli hari ini..............memadaikah pencen sekecil itu diberikan kepada insan yang telah berkorban jiwa dan raga mereka untuk memastikan kedaulatan negara tetap utuh..........dan membolehkan kita semua hidup dengan aman.......bahagia dan selesa hingga hari ini.

Pekerja biasa yang pencen samada di sektor awam ataupun swastapun menikmati amaun yang lebih besar............apatah lagi pekerja swasya yang di bayar oleh PERKESO ekoran kemalangan dengan pencen elat atau terbitanpun jumlahnya jauh lebih besar dari apa yang diterima oleh insan yang mulia dan berjasa ini.

Sewajarnya lah kerajaan memberi perhatian dan mengkaji semula jumlah pencen mereka............kerana amat menyedihkan sekali kiranya Kerajaan tidak prihatin atau terlepas pandang kepada golongan insan berjasa ini.

Pak Pelandok menyeru kepada semua pemimpin Kerajaan dan Pembangkang..............lihatlah sama penderitaan dan kehidupan golongan mulia ini.............berilah sedikit perhatian yang setimpal daripada asyik bertelagah yang tak habis-habis dek kerana politik masing-masing.

Pak Pelandok sungguh sedih dan hiba menatap foto dan kisah yang dipaparkan di media mengenai golongan pejuang yang seperti terabai ini.............membela mereka lebih mulia dan wajar daripada berpolimik untuk membawa balik Chin Peng............manusia kezam dan zalim yang menyebabkan sengsara dan derita kepada para pejuang tanahair...........keluarga dan seluruh mangsa Komunis durjana ini

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails