Wednesday 30 September 2009

2 WAKIL RAKYAT PKR KEDAH SERTAI UMNO













ADUN LUNAS DAN AHLI PARLIMEN KULIM SERTAI UMNO

ADUN Lunas, YB Radhi Salleh dan MP Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin di sebut-sebut akan menyertai UMNO bila-bila masa sahaja......... hanya menanti saat dan ketika yang baik sahaja............ sekarang ini segala proses dan persediaan telah dibuat bagi merayakan detik bersejarah ini............. dan sekali gus akan melenyapkan pengaruh PKR di Lunas yang merupakan benteng terakhir dalam Parlimen Padang Serai............ juga akan melumpuhkan keangkuhan PAS yang menumpang populariti PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Adun Lunas yang telah keluar PKR dan melepaskan jawatan EXCO nya sebelum ini...........kini ditekan.......... di desak dan diburu pengikut PKR kerana terlampau terkejut dan kecewa dengan tindakan YB ini membuang PKR yang kini begitu tenat dan tercungap-cungap di Lunas dan Padang Serai. PKR Bahagian Padang Serai kini lumpuh dan tak berdaya bangun lagi sehinggakan tiada lagi suara atau sebarang aktiviti yang mampu dilaksanakan dikawasan ini.

Malah penyokong India yang merupakan pengundi terbesar yang begitu fanatik kepada PKR sebelum ini.......... jelas mula beralih arah dan menyampah dengan parti ini termasuklah MP nya yang terlalu banyak cakap tetapi tiada langsung menampakan muka atau mengambil berat masalah rakyat........... apatah lagi untuk menunaikan janji palsu yang ditaburnya semasa PRU dahulu.

Rakyat mula menempelak PKR dan MP Padang Serai ini termasuklah MP Kulim Bandar Baharu yang semata-mata menumpang pengaruh PAS........... yang kian jelas bahawa cakap kosong yang berdegar-degar tidak membawa apa-apa erti kepada kehendak dan keperluan rakyat. Rakyat yang di timpa musibah seperti kebakaran............banjir............rumah ditimpa pokok...........jalan yang runtuh dan rosak..........sampah yang bertimbun tidak pernah langsung diambil tahu dan peduli oleh wakil-wakil rakyat ini. Mereka hanya pandai dan ghairah berceramah dengan menyalahkan orang lain seperti Kerajaan Pusat dan Agensi Kerajaan yang didakwa lemah dan tidak pandai menjalankan tugas.

Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak tahu bekerja ini............jelas sekali ketaranya kerana wakil-wakil rakyat PKR ini amat jarang sekali menghadiri mesyuarat Pembangunan Daerah..........sebaliknya hanya menghantar wakil yang tidak tahu apa-apa dan hanya berperanan tukang angguk dan catat sahaja. Wakil-wakil rakyat ini masih terlena dengan mimpi kemenangan mengejut mereka...........sehingga tidak sedar bahawa mereka sudah menjadi Kerajaan Negeri yang berkuasa dan sewajarnya menjalankan peranan dan tanggungjawab mentadbir dan mengurus rakyat dan negeri.

Sebaliknya mereka masih bersifat pembangkang...............tanpa sebarang ide atau perancangan untuk membangunkan kawasan atau membela rakyat seperti janji palsu hebat yang ditabur sebelum ini............ masih sering menuding jari mempersalahkan pihak lain...........sehinggakan pentadbiran peringkat daerah seperti Pejabat daerah.........Majlis Perbandaran dan agensi-agensi serta pegawai-pegawai Kerajaan negeri yang lain pun di persalahkan kononnya tidak menjalankan tugas dan mensabotaj Kerajaan Negeri. Kasihan pegawai dan agensi berkenaan.

Kasihan pengundi dan rakyat di Parlimen Padang Serai dan Kulim............ wakil rakyat yang ada nampak macam hebat dan ikhlas..........tetapi sebenarnya hanya habuk dan hampas semata-mata. Maka tindakan kedua-dua Adun Lunas dan MP Kulim ini untuk menyertai UMNO amatlah dialu-alukan serta di sokong penuh semua pengikut dan ahli-ahli PKR di kawasan ini demi menegakkan kebenaran dan keadilan seperti yang di perjuangkan mereka terutama MP Kulim yang selalu bercakap mengenai kebenaran....keadilan........kejujuran dan keikhlasan.

Kita nantikan detik sejarah itu yang kian hampir............dan akan kita saksikan teriak tangis PKR di Lunas dan Kulim nanti. Tahniah YB Lunas dan Kulim Bandar Baharu.


Tuesday 29 September 2009

ISA SAMAD CALON BAGAN PINANG




KEMELUT CALON GUGAT KEKUATAN BN

Hari ini BN / UMNO akan mengumumkan siapakah calon bertuah yang akan mewakili BN untuk menghadapi PAS/ Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.

Tiga nama sudah dihantar kepada pucuk pimpinan......... dimana Isa samad adalah calon tunggal dan favorite yang dihantar awal-awal lagi.......dan selepas di minta pimpinan tertinggi BN barulah dua nama lagi menyusul kemudian.

Begitulah senario dan kemelut yang sering melanda BN khususnya UMNO setiap kali berlakunya PRK. Perebutan untuk menjadi calon tak pernanh reda dan pudar apatah lagi Bagan Pinang adalah kubu kuat BN dan mempunyai potensi cerah untuk mengekalkan kemenangan.........malah kemelut seperti ini yang amat merugikan BN juga berlaku di kawasan kelabu dan sukar bagi BN seperti di Permatang Pasir dan Bukit Selambau.

Bilakah pemimpin dan ahli UMNO nak sedar diri dan bermuhasabah sedalam-dalamnya. Sengketa awal berebut menjadi calon adalah barah dan kudis yang akan merebak pantas membusung dan meloyakan.........sehingganya akhirnya ditolak pengundi dan semuanya berputih mata.

Tidakkah kepentingan dan kemenangan parti lebih utama dari individu.........biarpun siapa yang diputuskan sewajarnya semua pihak harus menerima dan berusaha keras dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi memastikan kemenangan kerana ianya bukan sahaja kemenangan bagi BN tetapi adalah lambang dan simbol perpaduan.......kejituan dan relevannya UMNO / BN kepada rakyat.

Biarpun siapa.......Isa samad atau yang lain.......yang penting dan utama ialah maruah........imej.......dan harga diri UMNO / BN agar dilihat bersih dan mulia serta dapat mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat.

UMNO / BN perlu mengerakan jentera dengan sepenuh hati........ikhlas dan berkesan tanpa ada unsur irihati........sabotaj........sambil lewa........sandiwara.......atau menangguk diari keroh.....fenomena ini semua seakan menjadi amalan dan trade mark kepada BN dalam setiap PRK.......sehingga menimbulkan muak dan jelak berpanjangan pengundi kepada BN.

BN teruji dengan begitu hebat........di serang dari setiap penjuru.......terpaksa menhadapi jentera Pakatan Rakyat yang jauh lebih konsisten dan bersemangat.......sedangkan jentera BN masih berseloka dan berdendang sayang dengan mimpi dan khayalan.

Kempen BN perlu benar-benar sampai keakar umbi dan menyeluruh selain ceramah umum dan propaganda yang hebat........berterusan dan berkesan.......jangan hanya cantik dan indah pada laporan dan di kertas semata-mata........tetapi pelaksanaanya matlah mengecewakan sama- sekali........ inilah yang sering terjadi di setiap kali PRK sebelum ini.

Jentera BN yang ramai datang membantu perlulah serius dan komited untuk bekerja dan membantu.........bukannya untuk makan angin di Port Dicsond atau perpeleseran yang menghabiskan beras semata-mata. Mereka perlu benar-benar faham dan menghayati erti perjuangan dan matlamat dengan bekalan senjata dan bahan kempen yang berbisa dan ampuh. Bukannya menghadapi pengundi dan pihak lawan secara melulu.......tangan kosong dan bersikap ambil mudah sahaja.........ini yang selalu berlaku dilapangan PRK yang lalu.

Jadilah seperti Pakatan Rakyat walau siapapun yang dipilih.......mereka tetap bersatu dan berganding tangan berhempas pulas dengan strategi dan serangan yang seragam dan senada...... berterusan.....penuh semangat juang dan habis-habisan menyerang dengan segala kaedah dan cara secara menyeluruh dan bersepadu.

Maka kita nantikan siapa calon BN petang nanti.........dan adakah kemelut malang BN itu akan berterusan jika UMNO / BN masih mahu mengadai maruah dan harga diri kerana lebih mementingkan individu dan kepentingan diri.

Salam Pak Pelandok buat pengundi Bagan Pinang...........Sayang-Sayang Buah Kepayang........Di telan Pahit di Buang Sayang.

Monday 28 September 2009

LATAH NIK AZIZ MENJADI-JADI

















SIKAP NIK AZIZ TAK MELAMBANGKAN ULAMA
PROPAGANDA YANG PENDEK AKAL

Pak Pelandok berehat agak lama.......sebulan lamanya sepanjang Ramadan untuk mencari ilham dan mengelakkan puasa Pak Pelandok tercalar...........maka hari ini selepas berhari Raya..........baru Pak Pelandok keluar sarang semula.........apatah lagi hampir sebulan lamanya negara kita bingit dan panas dengan isu-isu politik yang tak habis-habis.........malah isu H1N1 dan Ops Sikap pun tak la sebegitu panas sangat.............

Yang Pak Pelandok tak tahan tu.........ialah kenyataan dan sikap Tok Guru PAS Nik Aziz yang tak habis-habis membantai..........menghina..........memperlekeh dan mengeluarkan fatwa melebelkan orang lain sebagai tidak Islam...........makan gaji haram...........tak bertanggungjawab dan tak akan masuk syurga.

Maka bermulalah semula polimik antara Nik Aziz dengan si Brahim Ali tu...........dengan serang balas Brahim Ali..........yang mengatakan Nik Aziz yang sebenarnya makan gaji buta dari duit rakyat...........tak pandai mentadbir negeri dan tak punya ide pembaharuan dan pembangunan.............dah perintah Kelantan lebih 20 tahun.....negeri masih mundur dan ketinggalan dan lain-lain lagilah..............

Pak Pelandok terfikir-fikir juga..............sampai bilakah polimik dan permainan politik murahan sebegini akan berterusan.......... polimik yang tak memberi sebarang manafaat kepada rakyat dan negara. Apakah setakad itu sahaja level dan tahap pemikiran dan strategi politik Nik Aziz...........dengan mengeluarkan kenyataan sensasi............berbalah sesama sendiri semata-mata tanpa ada sebarang bukti jelas dan konkrit tentang keupayaan....ide atau visi yang boleh di banggakan........sekurang-kurangnya oleh rakyat Kelantan sendiri.

Terlalu murah dan dangkal serta terlalu pendek akal sekiranya begitulah cara dan propaganda Nik Aziz untuk meraih perhatian dan sokongan.............malah terlalu jelek dan hina sekali sekiranya begitulah pembawaan dan tabiat seorang yang bergelar Tok Guru.......Ulama dan Mursidul Am.............

Apakah layak untuk Nik Aziz mengeluarkan fatwa dan berhukum mengenai keIslaman seseorang...........malah menghukum pula samada orang itu boleh masuk syurga atau tidak..........bagaimana pula dengan diri sendiri..........pernahkah Nik Aziz mencermin diri...........halalkah gaji dan elaun yang di makannya selama ini.......... tertunaikah sudah segala janji, ikrar dan tanggungjawabnya selama ini.............. terbelakah sudah rakyat di kampung dan pendalaman yang miskin...daif dan sengsara selama ini.

Pak Pelandok merasakan Nik Aziz kini semakin nyanyuk dan melalut............tahap umurnya sewajarnya sudah bersara.............jangan lagi menjadi alat dan permainan orang lain..........amat tidak sesuai sekali seorang yang telah lanjut usia seperti Nik Aziz masih mahu bersilat digelanggang dengan orang muda..........nampak sangat jelek..........dangkal..........pendek akal dan huduhnya...........

Apa sudah jadi dengan isu Kerajaan Perpaduan............penghinaan terhadap agama dan bangsa............penderhakaan kepada intitusi Raja.........keingkaran terhadap Perlembagaan dan Kontrak Sosial........... bukankah isu-isu itu jauh lebih besar dan utama untuk ditangani dan diberi perhatian................... kenapa Nik Aziz menolak mentah-mentah isu dan hal-hal sedemikian demi masa depan.......survival dan kemurnian bangsa....agama dan negara itu........... kenapa Nik Aziz diam membisu serta bersetuju pula dengan parasit dan golongan opotunis berkenaan.

Maka jelaslahlah Nik Aziz sudah tersasar jauh.........terlalu parah melalutnya dan amat payah dan berat sakitnya kini.........maka berehat dan bersaralah agar tidak berterus-terusan membuat onar sensasi yang menyeret bangsa, agama dan negara kelembah hina dan mengerikan........

Pak Pelandok mengurut dada mendengar fatwa menyeleweng sebegini..........Semoga tarbiah dan madrasah Ramadan yang berlalu dapat memandu kita menjadi insan yang mulia dan terpuji........

Janganlah bersikap `Demi Politik.......segala-gala cara dibolehkan' dan jangan juga bersikap bak kata orang-orang tua `Memutihkan Burung Gagak' yang sememangnya dan akan tetap berwarna hitam..........

Thursday 17 September 2009

SALAM AIDIL FITRI






SALAM AIDIL FITRI


KEPADA SELURUH KELUARGA, KENALAN DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA.

SEMOGA FAJAR SYAWAL AKAN BERSINAR BERSAMA KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI.

SINAR AIDIL FITRI INI JUGA AKAN MEMBAWA KEAMANAN DAN MENGHENTIKAN PERMUSUHAN........PENINDASAN.........PENDERITAAN...........PEMBUNUHAN DAN PEPERANGAN.

ALANGKAH BERTUAH DAN DAMAINYA BUMI KERAMATKU .....MALAYSIA

YANG SENTIASA CERIA DAN RIANG BERSELOKA.............

PAK PELANDOK MENYUSUN JARI MEMOHON AMPUN MAAF DARI APA JUA KESILAPAN DAN KESALAHAN...........SERTA

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR BATHIN










Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails