Wednesday 4 May 2011

KEJAYAAN KERAJAAN PAS KEDAH


BONUS KERAJAAN PAS KEPADA RAKYAT KEDAH


Slogan `Kedah Sejahtera' dan `Membangun Bersama PAS' serta `PAS 4 All' yang merupakan tag line psywar PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah benar-benar telah di buktikan dengan memberikan bonus istimewa sebagai menunaikan janji keramat semasa merebut kuasa dari BN semasa pilihanraya umum lalu.
Hari ini rakyat Kedah begitu `berbangga dan tersenyum lebar' dengan segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh PAS kepada mereka sebagai membalas jasa kerana memilih mereka untuk menguasai negeri Kedah.

Pergilah kemana-mana hari ini di Kedah.........dari Changlun........Kg. Hutan Setali, Tunjang.......Kuala Kedah.........Sg. Daun.........Jeneri.........Begia..........Siong..........Naga Lilit hinggakan ke Selama.........rakyat Kedah sedang berendam air mata dan berduka lara akibat hebatnya perancangan dan pentadbiran PAS Kedah. 

Kemana perginya `Kedah Sejahtera' jika sampah-saraf kian menimbun di hurung lalat dan langau............wakil rakyat tak pernah nampak hidung.......apatah lagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.......mereka hanya menyibuk apabila ada keramaian dan `ceremoni' sahaja............bila bencana seperti kebakaran dan banjir melanda..........YB kayu ini akan berkata `kami tak ada duit' ...pergilah mohon sendiri di Jabatan Kebajikan Masyarakat.   SIKIT PUNYA TUNGGUL KA YB MACAM NI.


Membangun Bersama Islam kian hebat......kerana kerajaan PAS kini tidak tahu mengurus pentadbiran dan ekonomi...mereka sememangnya tak faham langsung tanggungjawab.........hal kecil seperti komisen kepada pejabat pos yang menjadi pusat bil setempat yang amat mudah untuk rakyat di kampung dan taman-taman membayar bil air.......pun tidak  mampu di selesaikan. Maka mulai 1 April lalu.......rakyat Kedah terpaksa membayar bil air hanya di pejabat SADA yang tak beberapa biji sahaja pejabatnya ada bangunan...malah nak cari di mana pun rakyat umum tak tahu. Maka dimana slogan dan ngauman `Kedah Sejahtera' itu.......pekara sekecil ini pun tidak mampu untuk di selesaikan malah ianya merupakan masalah besar kepada rakyat umum.

Bonus paling besar ialah dimana Kerajaan PAS Kedah hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak mengambil berat soal-soal pendidikan.........inilah sebenarnya kerajaan jumud dan kampongan..........adakah patut UUM yang menjadi tempat anak-anak kita menimba ilmu termasuklah anak-anak lebai PAS dan PKR.....di kenakan cukai 200 peratus lebih tinggi.......setiap tahun UUM perlu menjelaskan cukai lebih 1.7 juta berbanding sebelum 2008 hanya 100 ribu sahaja. Apa alasan sekalipun perbuatan Kerajaan PAS ini adalah tetap tidak wajar dan begitu zalim serta amat tidak bertanggungjawab sama sekali.

Kini Kolej Insaniah atau dulunya KUIN telah dipindahkan dari Yayasan Kedah ke Majlis Agama Islam...kononnya untuk memudahkan kawalan dan urusan pentadbiran......tapi sebenarnya ialah untuk mengongkong dan mencorakan Kolej Agama ini mengikut acuan PAS tanpa melihat kepentingan pelajar dan pendidikan serta falsafah sebenar penubuhannya dahulu.



HEBAT Kerajaan PAS Kedah......bonus terbaik sebagai membalas jasa dan budi rakyat yang menggundi PAS dahulu.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails