Thursday 26 February 2009

CELAKA KAH UMNO











SIAPA YANG CELAKA



Petikan Berita Utusan Malaysia : 26 Feb 2009.

Ungkapan 'celaka' Karpal cetuskan kekecohan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dengan penyokong-penyokong kerajaan.

Insiden itu tercetus apabila Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mendesak supaya Karpal menarik balik ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang berulang kali disebutnya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

''Kalau suruh tarik balik, saya tarik balik. Tetapi saya beri amaran kepada Pemuda UMNO, jangan main-main dengan saya. Singh is King (tajuk sebuah filem Hindi)," tegasnya.

Pak Pelandok tersentak sungguh mengikuti siaran di Parlimen melalui TV semalam dan sekali lagi apabila membaca berita berkenaan di akhbar hari ini. Walaupun diucapkan di dalam Parlimen tetapi tetap menunjukan kebiadapan dan kesombongan yang amat sangat Ahli Parlimen ini.


Sungguh biadap....tak beretika dan tak beradap langsung Karpal Sing ini, janglah terlalu sombong kerana menyangkakan dia seorang wakil rakyat dan peguam yang hebat dan terkenal..........sehingga merasakan terlalu kebal dan boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata tanpa tapis dan batasan lagi.


Apakah Karpal Singh ini memikirkan dirinya sahaja yang betul tanpa memikirkan langsung sensitiviti dan perasaan orang lain khususnya orang Melayu.........walaupun perkataan itu ditujukan kepada Pemuda UMNO....tetapi majoriti Melayu adalah UMNO manakala yang bukan UMNO tetapi Melayu juga seharusnya terasa sama kerana mereka juga Melayu.


Apakah atas nama politik dan Parlimen segala perkataan boleh dikeluarkan sesuka hati sahaja......dimanakah nilai dan penghormatan kepada orang Melayu yang juga merupakan penyokong pembangkang termasuk ahli Melayu DAP sendiri. Adakah orang -orang Melayu ini tidak terasa langsung yang bangsanya sedang dihina...diperlecehkan serta dipermain-mainkan. Apakah kerana politik orang Melayu didalam pembangkang merasa tidak berkaitan dan tidak terasa pedih dengan penghinaan ini serta banyak lagi tindakan Karpal Singh sebelum ini yang menghina Melayu.


Pak Pelandok bukan cuba menimbulkan sentimen perkauman....tetapi atas semangat kenegaraan....yang menjunjung tinggi Perlembagaan dan Rukun Negara dengan penghayatan mendalam prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Kesopanan dan Kesusilaan............merasakan perkataan dan tindakan Karpal Singh berkenaan amat tidak wajar.........tidak menghormati langsung orang Melayu.........tidak langsung menunjukan pengamalan dan kefahamannya terhadap Undang-Undang dan Rukun Negara.


Sewajarnya sebagai peguam yang hebat kononnya...Karpal Singh patut lebih bertanggjuawab.......menunjukan teladan dan saling menghormati semua kaum terutamanya orang Melayu yang menjadi majoriti dan punya `Ketuanan' dinegara ini.


Jangan dikata orang Melayu sensitif atau perkauaman ...jika orang seperti Karpal Singh ini yang dahulu mencuit perasaan dan menguris hati orang Melayu dengan perkataan biadap dan tindakan `celaka'nya selama ini. Umum tak akan lupa rentetan penghinaan terhadap Sultan Perak sehingga mahu menyaman Baginda..........ingatlah demi sebuah negara yang harmoni perlu ada kestabilan serta nilai hormat-menghormati dengan mengelak isu-isu sensitif seperti ini.


Apakah Karpal Singh ini menganggap diri terlalu hebat dan mengatasi undang-undang............sehingga tidak lagi mengampil kira perasaan orang Melayu diluar Parlimen.............kerana apabila disiarkan di TV dan akhbar ianya sudah menjadi isu umum dan di ketahui ramai............malah sering kali mengugut sesiapa sahaja yang cuba menentang dan bertembung dengan nya............seolah-olah ia terlalu kebal dan tahu segala-galanya.


Kesian orang Melayu dalam Pakatan Rakyat.............saudara dan bangsa mu sedang di hina dan dipermainkan orang...........dimana maruah dan harga diri sebagai bangsa Melayu. Tidakkah dia yang lebih celaka dari segala celaka selama ini.................


Pak Pelandok terlalu sedih dengan perkembangan mutahir ini...........kerana bangsa pewaris sejarah gemilang dan menebus maruah dan kemerdekaan negara sedang di hina serta di pandang terlalu rendah oleh mereka yang kononnya hebat........kebal dan pejuang...........


Jangan bermain api..............terlajak perahu boleh di undur....terlajak kata buruk padahnya. Keharmonian dan perpaduan di negara ini perlu dipertahankan sampai bila-bila........jangan dibiarkan terbakar oleh orang-orang seperti ini............politik bukan segala-galanya..........cuma secebis dari keseluruhan sistem bernegara..............Kita tak rela bangsa dan negara musnah menjadi abu seperti yang berlaku di Palestin...Afganistan dan Iraq berulang di bumi bertuah ini.


Pak Pelandok menunggu komen Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hj Hadi, Ibrahim Ali dan seluruh pemimpin dan orang Melayu yang cintakan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan.


Tuesday 24 February 2009

ENAM PENJURU DI BUKIT SELAMBAU


PASAR BORONG BUKIT SELAMBAU

Pilihanraya Kecil Bukit Selambau masih jauh...hanya pada 29 Mac baru di ketahui siapa yang sah akan bertanding pada hari pengundian 7 April nanti.

Sehingga kini sudah tiga calon BEBAS menyatakan keputusan mereka untuk bertanding.........dan seorang belum membuat kenyataan antaranya :

G.Saralah 33 tahun, Bekas Ketua Wanita PPP Kedah

R. Loganathan 43 tahun, Ahli Perniagaan

Datuk Thasleem Mohd Ibrahim 50 tahun, Ahli Perniagaan dari Ipoh, Bekas Penasihat KIMMA

Zahran Abdullah, 39 tahun , Ahli Perniagaan, Bc (Hons) Public Administration UUM.

Pakatan Rakyat pula bersedia memberi laluan kepada PKR dan kini menyenaraikan 6 orang calun, antara calon `favorite' mereka ialah :


Ks. Thanenthiren, 45 tahun, Penyelarasan Hindraf atau

P. Vasanthakumar, seorang tahanan ISA

Manakala BN masih dalam percaturan dan lobi-melobi antara MIC dengan UMNO.

Pak Pelandok melihat situasi dan kondisi di Bukit Selambau ini tak ubah seperti di pasar borong atau market........ malah lebih mirip kepada pasar malam di mana peniaga saling lelong-melelong barangan mereka dengan pelbagai cara dan kaedah bagi menarik perhatian pelanggan.

Begitu lah keadaan di Bukit Selambau sekarang ini.......... sudah tiga calun BEBAS menawarkan diri.......... apakah kerana sebelum ini...Arumugam yang merupakan calon Bebas menang disini dan kemudiannya menyertai PKR.......maka calon-calon ini merasakan mereka juga mempunyai peluang yang sama seperti Arumugam dahulu. Tak semudah itu pengundi di Bukit Selambau nak menyokong calon Bebas.......dulu tu kerana tiada pilihan lain....ekoran calon PKR dibatalkan kerana tidak mencukupi syarat SPR........dan dek Tsunami Politik yang melanda maka calon Bebas tu terpaksa juga dipilih pengundi yang ketika itu memangkah dengan emosi, marah dan dendam yang tak bertempat.

Apakah calon-calon Bebas ini betul-betul nak menyertai pilihanraya dan memperjuangkan rakyat atau ada udang disebalik batu........maklumlah boleh menangguk di air keruh atau memasang lukah di laluan air deras........ atau semata-mata menanti tawaran atau imbuhan supaya mereka menarik diri.......

Jika benar ikhlas untuk bertanding...maka teruskan walaupun rebah dan merangkak sekalipun......teruskan biarpun hanya mendapat 15 undi sekalipun..........

PKR berkira nak meletakan calon India disitu bagi meraih sokongan pengundi India yang dikatakan undi penentu.........malah PKR juga akan mengeksploit sentimen perkauman yang masih panas dan membara........dan sudah pasti isu kemiskinan.........terpinggirnya kaum India......kekerasan Kerajaan terhadap kaum India akan menjadi teraju utama kempen dan isu yang akan di jaja PKR dan Pakatan Rakyat. Sudah pasti isu seperti tindakan Polis menembak mati 6 penjenayah India di Kulim juga akan dibangkitkan dengan sengaja bagi meraih sokongan pengundi.........

Pak Pelandok dapat merasakan bahawa PKR dan pakatan Rakyat seperti biasa akan mengemukakan isu-isu palsu seumpama itu.......walaupun hakikatnya adalah tidak benar...tetapi pada mereka peduli apa kebenaran........yang penting adalah boleh mencetus kemarahan dan akhirnya sokongan pengundi berada di pihak mereka. Maka isu sentimen perkauman akan membara dan bergema semula....akan tumbuh subur dikalangan pengundi dan rakyat....akhirnya membungkam....membara dan meruncingkan hubungan dan perpaduan kaum yang terbina kukuh sejak sekian lamanya.

Isu Kerajaan Negeri Perak dan penderhakaan terhadap Sultan Perak juga sudah pasti akan akan memenuhi ruang angkasa Bukit Selambau.......dengan penuh retorik dan penyeleyengan fakta......PKR dan Pakatan Rakyat akan bermati-matian menyogok pengundi dengan dakwaan mereka dianiaya dan kuasa mereka dirampas secara tidak demokrasi............Walhal apa yang berlaku disana adalah sebenarnya mengikut Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

PKR mungkin lupa itulah ketentuan dan kehendak Allah sesuai dengan sumpah laknat yang di buat oleh Saiful Bahri dan Anwar Ibrahim dengan direstui ulama-ulama dalam PAS seperti Nik Aziz, Hj Hadi dan Harun Din semasa di Permatang Pauh dahulu....... Allah telah menunjukkan kebenaran dan kekuasaanya.......terimalah kenyataan dan ketentuan Allah ini............janganlah menidakan segala perkara waima ketentuan Allah yang kita imani ini kerana semata-mata kepentingan politik dan kuasa.

Pak Pelandok juga terasa mual dan geli dengan kerenah komponen BN....antara UMNO dan MIC yang kini begitu bersungguh-sungguh menagih kerusi ini dengan seribu satu alasan dan andaian.........masih tidak serik dan insafkah lagi BN ni.......dengan apa yang telah terjadi sejak 8 Mac 2008 lalu......... gelagat, perangai dan tingkah laku seperti ini lah yang menyebabkan `tsunami' itu berlaku....... apakah hilang kerusi.....hilang negeri........dan muak dan jemu rakyat kepada BN masih tidak menjadi pengajaran dan teladan lagi kepada BN. Apakah rakus dan tamak mereka ini masih mahu menidakkan pandangan dan kuasa rakyat yang akan menentukan segala-galanya nanti. Adakah sandiwara `chah keting' dan sabotaj masih akan berlaku lagi di kala parti sedang tenat dan sepatutnya seluruh jentera BN bersatu, ikhlas dan jujur dalam menghadapi pilihanraya ini.

Pak Pelandok sering terdengar ikrar dan seruan pemimpin tertinggi BN bahawa BN akan bangun dengan tradisi baru, wajah baru, azam baru dan strategi baru............jadi....bangunlah BN....dengan ertikata yang sebenar...bukan sekadar slogan.......sandiwara ataupun lakunan semata-mata.............

Pada PKR dan Pakatan Rakyat........biarlah mereka terjun dengan labu-labunya........biarkan mereka hanyut dengan dongengan dan retorik yang tak berasas itu....biarkan mereka terus membohongi rakyat berterusan........ kerana rakyat dan pengundi bukan tidak pandai memikir, melihat, mengkaji dan menilai yang mana benar......yang mana salah........yang mana bohong..........yang mana ikhlas.

`Itik Bertelur Emas, jangan sesekali dibunuh.......kerana akhirnya nanti akan berputih mata dan menyesal yang tidak berkesudahan.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ....Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Thursday 19 February 2009

ANWAR IBRAHIM LETAK JAWATAN


















LETAK JAWATAN : MENTERI KEWANGAN JEPUN-ANWAR IBRAHIM-ELIZEBERT WONG
ANTARA MORAL DAN HARGA DIRI

Menteri Kewangan Jepun, Nakagawa meletak jawatan kerana di dakwa mabuk dan tidur semasa menjalankan tugas resmi....... itulah demi maruah dan harga diri...........

Arumugam, EXCO PKR Kedah letak jawatan kerana skandal peribadi........perempuan simpanan dan anak luar nikah......... itupun kerana moral dan harga diri...........

Elizebert Wong wajib letak jawatan EXCO dan Wakil Rakyat kerana foto lucah dan memalukan............itupun kerana moral dan peribadi................

Anwar Ibrahim juga perlu letak jawatan Penasihat PKR , Ketua Pembangkang dan Wakil Rakyat kerana partinya dan pemimpin pilihannya penuh dengan skandal dan masalah moral..........

Ikutlah contoh manusia yang bermoral tinggi dan punya harga diri..........letak jawatan.............harga diri dan maruah lebih utama dan mencerminkan pribadi dan integriti seseorang terutama wakil rakyat dan pemimpin. Jangan hanya di pihak lain kita sibuk mencerca dan memfitnah....tetapi apabila berlaku dipihak kita......... bermati-matian membela.......mempertahan.......mencipta alasan dan berbuat seribu satu dalih dan muslihat.

Nakagawa di Jepun pun hanya kes kecil sahaja jika di bandingkan dengan foto bogel.......... skandal, penyelewengan dan penderhakaan terhadap Sultan yang berlaku dalam PKR dan Pakatan Rakyat........... tetapi demi maruah...harga diri dan moral...........dengan segera meletak jawatan............kes moral dan skandal serta kepincangan peribadi pemimpin PKR jauh lebih besar....dahsyat....memalukan........maka sudah semestinyalah mereka-mereka ini meletak jawatan....kerana tidak layak dan tidak sesuai lagi untuk bergelar pemimpin atau wakil rakyat.

Antara moral dan harga diri...........lebih baik berundur atau harakiri dari terus bergelumang dengan dosa dan noda serta terus memperdaya pengundi dan rakyat.......itu lebih mulia dan bermaruah.


AHLI PARLIMEN KULIM SOKONG PENJENAYAH













CARILAH PUBLISITI CARA LAIN

Petikan dari Laman Blog MP Kulim :

Rakyat Kulim khususnya merasa terkejut apabila Enam (6) orang pemuda India telah terbunuh akibat tembakan pihak keselamatan polis malam semalam dalam satu kejadia di pekan Karangan dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pihak polis mendakwa mereka adalah disyaki penjenayah dan telah menembak kearah pasukan polis apabila diminta menyerah diri. Dua (2) pucuk pistol dikatakan dijumpai bersama mereka.
Mereka yang ditembak mati tersebut adalah Elanggo a/l Rajoo, Santhana, Dhilip Kumar, Pannirselvam, Vadivelu dan Chandran. Masyarakat Karangan mengenali Elanggo sebagai peniaga barangan komputer disebuah premis di pekan kecil tersebut. Yang lain-lain adalah pekerja beliau, rakan-rakan serta kenalan

Mengenali mangsa-mangsa tersebut, kini sudah timbul keresahan dikalangan rakyat Kulim tentang mengapa dan bagaimana penama-penama tersebut ditembak mati. Mereka bertanya samada ujud unsur-unsur kelalaian atau penganiayaan terhadap mereka.

Demi keadilan bagi rakyat, dan untuk merungkai sebarang salah faham dan fitnah, saya sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu mendesak agar suatu siasatan bebas dijalankan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar kejadian tersebut. Saya berpendapat adalah wajar suatu inquiry dilaksanakan untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi semua pihak.

Pak Pelandok terpanggil untuk memperkatakan mengenai kejadiaan ini..........dan merasa amat sedih dan terkejut di atas cubaan YB ini yang ingin menjadi Hero dan Pembela Penjenayah........adakah YB Zulkilli ini sedar tentang bahaya dan trauma yang di alami oleh mangsa dan masyarakat dengan tindakan jenayah yang berleluasa di Kulim dan di negara ini.

Apakah YB ini tidak pernah rasa simpati atau kasihan kepada mangsa-mangsa penjenayah yang tidak kira masa dan tempat itu...yang begitu menganas dan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Pernahkah YB melawat dan menziarah mangsa dan keluarganya disaat mereka dirundung malang....sehingga ada yang kehilangan orang tersayang akibat perbuatan penjenayah yang begitu kejam......Atau pernahkah YB melihat bagaimana saban hari ...puluhan mangsa yang cedera........yang kehilangan harta benda membuat laporan di Balai Polis..........

Janganlah dek kerana politik.......YB menyokong dan bersuara membabi buta........sehingga hilang kewarasan dan pertimbangan..........janganlah menjadi alat dan tunggangan orang lain. Jenayah dan soal keselamatan bukan isu politik, perkauman atau untuk mencari pengaruh dan publisiti murahan......... Jangan diborong semua pekara sebagai hal politik............. maruah, harga diri dan tanggungjawab biarlah betul dan kena pada tempatnya serta wajar di jaga dengan baik.

Masih banyak benda yang boleh diperjuangankan..........bagaimana dengan nasib dan kesusahan rakyat.........bagaimana isu sampah, longkang dan jalan yang pecah..........isu banjir dan perberhentian pekerja....bagaimana tentang kawasan yang jarang YB lawati............itu yang sepatutnya diberi perhatian dan keutamaan.

Pak Pelandok merakamkan tahniah dan syabas diatas kegigihan Pihak Polis dalam usaha dalam membasmi jenayah...dan menjaga keselamatan rakyat dan negara.......walaupun di kecam dan di keji.............demi bangsa dan negara..........


Tuesday 17 February 2009

PILIHANRAYA BUKIT LANJAN














SATU BOGEL DIRI DAN SATU BOGEL MARUAH




Pemimpin Pakatan Rakyat mula menelanjangkan diri.......... mendedahkan maruah...harga diri.....tembelang.......keserakahan.........kerakusan.........dan kebiadapan mereka.

Hilang segala janji dan kebenaran.........ternyata semuanya palsu.......rekaan dan omongan kosong belaka. Jelas bahawa kelantangan suara mereka selama ini dengan cerita retorik dan mempesonakan itu....hanyalah umpan dan pancingan undi dan demi mencari sokongan semata-mata...........

Jelas sekali matlamat sebenar hanyalah untuk mendapat kuasa dan mengkucar-kacirkan kestabilan politik, ekonomi dan kestabilan negara. Peduli apa pada nasib rakyat dan keadaan negara.....yang penting pada mereka hanyalah kuasa dan teraju pemerintahan.....itu sudah memadai bagi memuaskan hati...nafsu dan mencapai tujuan peribadi...............

Lihatlah kepada tindakan rakus mereka dinegeri yang mereka perintah.....Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan dahulunya Perak........apakah yang telah mereka bangunkan....apakah yang telah mereka laksanakan....apa yang ada itu telah membantu rakyat....apakah yang mereka lakukan untuk meringankan beban dan masalah rakyat............ Sebaliknya rakyat semakin tertekan dan kelemasan.......... masyarakat porak-peranda.........kampung terbiar..........remaja dan belia hilang arah dan fokus............pembangunan terhenti.......kemudahan dan prasarana tidak mampu di sediakan......... yang kaya hanya mereka....yang mewah hanya mereka...........rakyat semakin terpinggir dan tertekan........... itulah jasa paling besar Pakatan Rakyat......

Sudahlah tidak lagi menghormati Demokrasi............malah intituisi Raja-Raja pun sudah tidak dihormati dan di derhakai............ tidak hairanlah itu semua...........kerana memang begitu resam dan resmi pemimpin Pakatan Rakyat ini........hanya hebat pidato dan ceramah..........hebat demontrasi dan refomasi jalanan sahaja......... hebat kulit dan luaran semata-mata tidak memberi apa-apa makna dan manafaat........... yang penting perlu ada harga diri....maruah.......jati diri...........nilai dan etika terpuji..........perlu ditonjol dan di amalkan...... bukan untuk sandiwara semata tetapi adalah nilai amalan peribadi yang sewajarnya menjadi tunjang luar dan dalam......... jika benar mereka pemimpin sejati dan mulia.

Lepas Sadomi.......... lompat parti.........menderhakai Sultan........ rasuah (sex dan wang)............ khalwat..........gambar bogel dan entah apa lagi yang masih tersembunyi..............rakyat memang tidak tahu dan nampak.........tetapi kebenaran akan timbul juga dan kini rakyat boleh melihat...menilai dan memikirkan sendiri rentetan apa yang berlaku ini............

Janganlah membabi-buta mempertahan dan mencipta alasan............yang benar tetap benar......jangan berselindung dengan alasan politik yang direka-reka...........Alasan apa pun.........salah.......keji dan yang tidak benar harus diakui sekiranya kita insan yang berpaksi kebenaran dan kemuliaan.

Pak Pelandok teringat lagi kata orang-orang tua........Cakap Berdegar-degar....tahi lekat digelegar......... Kata dulang paku serpih........kata orang dia yang lebih........


Wednesday 11 February 2009

BUKIT SELAMBAU KEMBALI KE BN
















PELUANG PENGUNDI MENOLAK PEMBOHONGAN

KENYATAAN MENTERI BESAR KEDAH.
Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, menyatakan Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN."Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat."Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah." Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu."Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu."

Jelas sekali pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin PAS dan Menteri Besar ini. Apakah kerana politik dan kepentingan diri maka di bolehkan untuk berbohong dan memutar belit fakta dan kisah sebenar. Lucu benar bunyinya...............

Apakah di bolehkan seorang pemimpin yang mengaku ulama, ustaz dan yang kononnya memperjuangan Islam sanggup memalsukan kebenaran dan mereka fakta palsu sedemikian.

Malah situasi ini turut mengundang sokongan Menteri Besar Kelantan yang di lihat membabi buta menyokong dan membuat kenyataan. Apakah kerana politik di bolehkan semua itu........Kesian.......Kesian....

Renungilah fakta dibawah:

1. Sekiranya benarpun BN cuba membeli bekas EXCO ini dengan nilai RM 5 juta, apakah faedahnya kepada BN Kedah, kerana jika seorang sahaja ADUN yang menyertai BN, BN masih tidak mampu untuk mengambil alih Kerajaan Negeri. Bukankah itu satu kerja sia-sia dan tidak logik sama sekali. Kenapa perlu dibazirkan wang sebanyak itu dan lagipun lebih baik digunakan untuk tujuan membela dan membantu rakyat.

2. PAS yang mendesak, menekan dan mengugut bekas EXCO ini supaya meletak jawatan dan keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat PAS, kerana masalah dan skandalnya akan menjejas dan merosakan imej dan moral bersih dan Islamik Kerajaan PAS Kedah.

3. PKR yang tidak senang dengan bekas EXCO ini kerana secara tiba-tiba menjadi EXCO dan mendapat tempat istimewa, sedangkan sebelum ini beliu tidak sehaluan dengan PKR dan PAS. Pimpinan PKR tempatan merasa tersisih ekoran wujudnya bekas EXCO ini dalam PKR.

4. Dakwaan mengugut, mengancam dan cubaan menculik sebenarnya dilakukan sendiri oleh anggota Pakatan Rakyat sendiri kerana selama ini kedua-dua parti inilah yang mengamal, menganjur dan menggalakan budaya refomasi, kekerasan, keganasan dan ala samseng dinegara ini.

5. Sebenarnya bekas EXCO ini menyahut kaedah dan matlamat pemimpin besar mereka dalam PKR yang menerajui budaya lompat parti.

6. Bekas EXCO ini bertindak wajar kerana tidak lagi sanggup bersekongkol dengan segala dakyah, penipuan dan penyelewengan Pakatan Rakyat yang ternyata tidak langsung berusaha membela nasib, masalah dan kepentingan rakyat sebaliknya hanyalah gimmik dan retorik politik semata-mata. Beliu tidak sanggup lagi membohongi rakyat selama-lamanya.

7. Bekas EXCO ini sememangnya tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah pengundi kerana selama inipun beliu tidak pernah melawat kawasan, apatah lagi menunaikan janji semasa pilihanraya umum dan tidak ada sebarang perubahan, apa lagi tiada sebarang pembangunan yang di laksanakan di Kedah khususnya di Bukit Selambau walaupun telah memiliki kuasa sebagai EXCO dan Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah.

Pak Pelandok menyeru kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS ........janganlah terlalu berpolitik sehingga sanggup `Memutihkan Gagak' dan Menghalalkan segala Cara demi Mencapai Matlamat........... Renungilah duhai pengundi Bukit Selambau yang bijaksana............


Monday 9 February 2009

TUHAN MAHA BERKUASA




DAPAT NEGERI + SATU PARLIMEN

Semasa berkuasa di Perak.......mereka lupa kuasa Allah.....

10 bulan di uji Allah..... berbagai dosa mereka lakukan......

Amanah Allah......... menjaga negeri, agama dan bangsa............ mereka khianati

Maka berlakulah ketentuanNya.......... berbaliklah kuasa dan pemerintahan kepada yang hak dan benar...........

Namun......mereka masih tidak menerima kada dan kadar Allah.......

Takdir Allah tidak mahu di imani mereka.........

Di gerak rakyat membantah tahta.........

Sehingga lupa siapakah kita...................

Kini........... peluang di depan mata.......... mendapat negeri tambah satu Parlimen

Peluang rakyat menolak batil dan mungkar.........menolak penjual bangsa dan ikrar.........

Membuang penghina Raja dan penderhaka Sultan.........

Si Kitol dan Mandeliar akan di bunuh Maharajalela dan Si Puntum .....

Pasir Salak menjadi saksi dan bukti.......

Keramat darah dan jasa pejuang............ bukan percuma...tapi azimat keramat........

Pak Pelandok merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB. Ahli Parlimen Bukit Gantang yang telah kembali kehadrat Ilahi........semoga dirahmati Allah.........Al-Fatihah.

MELAYU DAH TAK SETIA







BUKAN LAGI MELAYU

Krisis Kerajaan Perak memaparkan episod paling menarik sepanjang pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008. Perubahan Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kepada BN dengan perkenan Sultan begitu mengejutkan banyak pihak.

Paling mengejutkan ialah demontrasi dan bantahan penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR di hadapan Istana semasa berlangsungnya upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru pada Jumaat 6 Februari 2009.

Pak Pelandok di saat itu sedang berseminar di Kota Baharu.......hanya mengikuti rentetan peristiwa ini melalui TV dan laporan dari kawan-kawan di Perak sahaja. Paparan di TV menunjukan demontrasi yang semuanya terdiri daripada orang-orang Melayu........bersongkok dan berkain pelikat....... membawa sepanduk, poster dan batu....... begitu bersemangat melaungkan kata-kata bantahan terhadap Sultan Perak sehingga ada yang sanggup berbaring menghalang kenderaan Raja Muda Perak selain memecahkan cermin kenderaan Polis dan orang awam yang lain.

Pak Pelandok mencari-cari dicelah-celah ratusan himpunan orang Melayu yang aggresif itu....sekiranya ada wajah-wajah lain selain orang Melayu........namun hampa sekali kerana semuanya yang sedang meluahkan perasaan........kemarahan dan kebencian itu adalah orang-orang Melayu belaka...... Mereka seperti lupa diri....bertindak seperti kurang siuman dan lupa terhadap siapa kemarahan itu ditujukan...........

Lalu Pak Pelandok bermenung panjang........... kenapakah bangsaku bersikap sedemikian........apakah Melayu sudah hilang ketaatan dan kesetiaan kepada Raja-Raja.........yang selama ini merupakan tunjang dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri........Apakah kita sudah lupa Raja-Raja Melayu adalah warisan........kebanggaan dan benteng terakhir bangsa Melayu di bumi bertuah ini.

Melayu merangkumi Raja dan Rakyatnya.......... rakyatnya adalah Melayu yang terbentuk bersama Raja-Rajanya dalam membina dan membangunkan sejarah....tamaddun dan kegemilanganya. Hubungan yang bermula sejak zaman silam........bermula di awal abad ke 11 lagi merupakan warisan dan pusaka yang unik dan begitu bermakna sebagai lambang kewujudan bangsa Melayu di Nusantara serta bumi bertuah ini.

Gagah dan hebatnya kita hari ini........adalah titisan dan warisan dari perjalanan jauh sejarah...tamaddun dan peradaban Raja-Raja Melayu sejak sekian lamanya.............adalah merupakan akar dan asas bangsa Melayu...........malah untuk mengaku sebagai Melayu Jati yang menunjangi sejarah tanahair ini.......kesetiaan dan ketaatan kepada Raja-Raja Melayu adalah aspek penting Jati Diri Melayu.

Lalu......Pak Pelandok tertanya-tanya............betulkah ini orang-orang Melayu yang sedang berdemontrasi itu........jika benar............layak dan wajarkah lagi mereka ini bergelar Melayu........kerana Melayu itu sebenarnya terdiri diatas empat sendi.............iaitu `Adat.....Adap.....Resam dan Bahasa'...........yang mana didalamnyalah tersimpul mati segala sumpah dan waad taat setia terhadap Raja-Raja Melayu. Aspek inilah yang membangun dan berjaya mempertahankan bangsa Melayu dari lenyap di dunia ini sehingga hari ini.

Janganlah dek adu dumba dan hasutan orang lain......... kita menjadi lupa diri dan lupa bangsa dan keturunan.............. orang lain sembunyi tangan.........orang lain bertepuk tangan............ kita bingkas kononnya sebagai hero...........sedangkan tindakan begitu adalah umpama meludah kelangit........... dan sebenarnya telah mencemar dan telah melakukan dosa besar terhadap bangsanya sendiri. Aadalah amat memalukan...dan begitu hina untuk mengaku sebagai orang Melayu kiranya......begitu biadap peri tindakan Melayu.........apatah lagi sehingga sanggup menyebut `Sumpah Derhaka'.......

Emosi dan perasaan kita biarlah rasional dan bertempat.......... jangan ditebang pohon rendang tempat kita bernaung selama ini........ jangan dibunuh itik emas yang memberi rezeki dan sesuap nasi kepada kita selama ini.......... Ingatlah peringatan dan teladan di dunia ini.......... Janganlah nasib malang yang menimpa rakyat Palestin, Afghanistan dan Iraq terjadi kepada kita...... janganlah dan jangan ulangi sejarah malang Tamadun India, China dan Indonesia yang hebat dengan pemerintahan agung raja-rajanya..........kini hanya menjadi lipatan dan sebutan sejarah semata-mata.

Ingatlah....duhai Melayu.......bangsa ini tidak terdiri semata-mata di atas rakyat sahaja..........sebaliknya Raja dan Rakyat adalah satu.........sebagai bukti dan tanda kewujudan....kehebatan dan ketuanan di tanahair yang dipusakai sejak zaman berzaman.

Jati Diri Melayu ialah yang kenal siapa dirinya...siapa Rajanya dan bagaimana sejarahnya. Sendi Melayu ialah `Adat, Adap, Resam dan Bahasa'........hilang satu maka pincanglah Melayu itu.......... Tiada orang lain yang akan mempertahankan Melayu itu lagi......................

Tuesday 3 February 2009

YAHUDI DI MALAYSIA














APA DOSA KAMI ..........Tabika di rantai, di mangga............ DI MANA KAMI NAK BELAJAR...............

UTUSAN MALAYSIA
BALIK PULAU 2 Feb. – Seramai 22 kanak-kanak Tabika Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang di sini terpaksa belajar di bawah panas terik matahari lebih dua jam ekoran pintu pagar tabika berkenaan dirantai dan dimangga hari ini.

Di Palestin, Yahudi menganas.........mengebom, membunoh........menghancurkan rumah........bangunan dan sekolah..................... Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman Zionis yang tak berperi kemanusiaan. Ribuan nyawa terkorban.......ribuan lagi yang tercedera dan menderita............kelaparan......kesakitan dan terpaksa berpanas tanpa tempat berlindung.............
Itu episod trajis di Palestin..........bagaimana pula di negara kita........... bukankah tindakan mengunci dan menghalang anak-anak dari memasuki premis tabika mereka adalah tindakan seperti Zionis ..........

Tindakan mengambil alih Balairaya dan Dewan orang ramai dengan tujuan menunjukkan kuasa sehingga menghalang orang ramai daripada menggunakannya bukan seperti Zionis........... Sudah banyak kejadian berlaku seumpama ini ........bermula di Perak, di Selangor dan kini di Pulau Pinang.........apakah mahu dinafikan lagi............

Janganlah menjadi seperti Zionis...yang busuk hati, kianat dan dengki............apatah lagi kita adalah sesama bangsa dan agama.........Janganlah dek mabukkan kuasa dan taksubkan politik yang sempit...........tindakan kita menjadi tidak siuman.......... jangan dijadikan mangsa anak-anak dan pelajar atau remaja yang belum mengerti tentang sepak terajang politik....... jangan juga dikorbankan masa depan dan perjalanan mereka yang masih jauh dengan tindakan bodoh sombong seperti ini........ jangan di rosakkan harapan dan cita-cita mereka untuk berjaya dan terus memperjuangkan masa depan negara dengan tindakan rakus dan keji seperti Zionis ini.

Pak Pelandok melihat sendiri di Terengganu.......... semasa pemerentahan PAS (1999-2004) bagaimana rakus dan zalimnya PAS melalui JSRnya merampas, mengunci dan memaksa kanak-kanak tabika ini bertaburan mencari tempat lain untuk belajar.......Dewan yang di rampas itu bukan sahaja tidak dibenarkan lagi di gunakan walaupun untuk tujuan aktiviti masyarakat.........lebih teruk lagi sanggup dibiarkan terbiar.......rosak.......sehingga di huni kambing dan anjing dan akhirnya dimakan anai-anak.

Apakah begini suruhan agama, apakah ini yang sebenarnya diperjuangkan........... atau adakah matlamat pemerintahan mereka hanya untuk berkuasa dan menunjukan taring semata-mata.........di mana janji dan manefesto untuk membela rakyat.........membangun bersama Islam........dan Membawa Perubahan.........Apakah ini bentuk perubahan yang hendak dibawa..........merampas Balairaya dan Dewan........ menafikan peluang belajar anak-anak kecil......... mengkucar-kacirkan ketenteraman dan keharmonian masyarakat...........

Sedih Pak Pelandok menatap raup wajah anak-anak kecil ini..........malang nasib mu berada dizaman pemerintahan kuku besi ini........Kesian juga Pak Pelandok kepada pemimpin dan parti yang tak memahami erti dan matlamat perjuangan dan politik.

Monday 2 February 2009

DRAMA BARU : EXCO KEDAH DIUGUT







SIAPA YANG JAHAT DAN BERMUSLIHAT

BACA PETIKAN INI :

Exco PKR Kedah dakwa diugut sertai BN

Seorang exco kerajaan Kedah daripada PKR pula sedang dipancing untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya dan pegawai-pegawainya.

Arumugam Vengatarakoo, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas.

"Satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Adun dan ahli exco kerajaan, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8 Mac, 2008," katanya.

"Ia juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya.

"Kesemua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari PKR kepada Barisan Nasional."

ADMIN - KedahLaNie TIME - 4:13 PM 0 Komen Anda
Labels: exco, kerajaan negeri, MalaysiaKini
Kenyataan Akhbar ADUN Bukit Selambau
2hb Februari, 2009


FITNAH DAN MUSLIHAT MURAHAN

Membaca cerita ini...... Pak Pelandok tertawa sendirian dan merasa lucu sekali.......ternyata dalam orang sibuk memperkatakan perihal kemelut politik di Perak......tiba-tiba muncul pula mamak sorang ni.........buat cerita sensasi dan disebarkan oleh kuncu-kuncu upahannya dengan belanja secawan teh tarik.......

Sekali mereka cerita....mungkin orang percaya........jika berkali-kali...sekejab di Perak....sekejap di Negeri Sembilan dan sekarang di Kedah pula........orang pun mula merasa sangsi dan curiga.........cari dan rekalah cerita dan skrip baru dan lain daripada yang sedang ditonton sekarang ni........dah habis idea dan akal ke puak PKR ni.......apa tok guru mereka si Dato' Seri tu tak sempat tulis skrip baru ke...........

Adakah munasabah........ seorang pemimpin...EXCO pula tu..... nak di culik dan diugut orang........... ini Malaysia la........bukan India atau Columbia.........senang-senang nak culik, ugut, ancam dan bom orang sesuka hati...........

Itulah kalau jadi pemimpin dan pemerintah yang tak reti buat kerja dan tak reti bahasa......... awak tu pemerintah sebuah kerajaan negeri...... ada kuasa.....sepatutnya buat kerja membela rakyat dan membangun negeri....... bukan buat cerita budak-budak darjah enam atau cerita dongeng Sang Kelembai........ cari la skrip yang baik sikit.........kalau tak reti tu....... budak tingkatan tiga pun boleh tolong ajarkan cara buat dialog dan skrip yang lebih baik.

Dah la skrip basi dan buruk.......pulak tu dikaitkan pula dengan Polis yang dah pening kepala mengurus hal jenayah dan ketenteraman awam.....dulu kata polis tak guna....polis tali barut dan macam-macam lagi........sekarang ni mereka alasan dengan berlapik laporan Polis pula tu.........

Kesian puak-puak pakatan rakyat ni.......... nampak sangat tak ada kerja nak buat........buka mata buat fitnah......bangun tidoq reka cerita palsu.......kok ya pun nak cari publisiti dan nak naikkan semula nama yang telah mula dilupakan dan muak nak di sebut pengundi kerana tak pernah nampak batang hidung dikawasan selepas berkuasa.........tak usahalah mereka cerita lama zaman 60an tu.........

Kesian Pak Pelandok kepada orang dan parti yang tak ada Visi dan Misi seperti ini......

PAKATAN RAKYAT REBAH DI PERAK











BN AMBIL ALIH KERAJAAN PERAK


Pucuk di cita ulam mendatang.........Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di ambang kejatuhan.........ruang terbuka luas untuk BN Perak mengorak langkah menerajui Kerajaan Perak.

Semuanya sudah ditakdirkan Allah........ manusia hanya merancang....tapi perancangan Allah lebih besar dan tersusun......... Pakatan Rakyat harus menerima hakikat dan kenyataan ini........ ruang untuk mempertahankan Kerajaan Negeri sudah hampir tertutup dan musnah.......... hanya sekadar membilang detik dan ketika sahaja.........

Jangan dikatakan BN membuat onar atau muslihat....... jangan juga dituduh BN membeli dan mengumpan wakil rakyat mereka sehingga Pakatan Rakyat Perak tercungap-cungap....... Jangan pula lupa betapa bangga dan riaknya mereka apabila wakil rakyat BOTA menyertai mereka......... BN tak pernah kata pun Wakil Rakyat `betina' itu diumpan atau dibeli PKR. BN rela, tenang dan menerimanya sebagai hak peribadi walaupun sebenarnya satu pengkhianatan kepada pengundi di BOTA. Dan sekarang Allah menguji pula Pakatan Rakyat, ahli dan penyokongnya........ seharusnya diterima dengan reda dan rela........kerana itu juga keputusan dan tindakan peribadi........... kerana wakil rakyat Behrang dan Changkat Jering ini telah dikehendaki Allah kembali menginsafi erti perjuangan dan tidak sanggup lagi bersekongkol dengan penipuan, penindasan, penyelewengan dan segala hal yang mungkar yang dilakukan terhadap agama, bangsa dan tanahair selama Pakatan Rakyat diberi mandat dan peluang memerintah Perak sejak 10 bulan lalu.

Sekiranya pilihanraya kecil benar-benar terjadi di Behrang dan Changkat Jering ni....... sudah pasti pengundi yang sudah matang dan benar-benar telah mengenali hati budi pemimpin dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan membuat keputusan drastik........ menolak gula-gula dan umpan kata-kata dan janji manis yang sebenarnya beracun.........pengundi tak pernah lupa bagaimana Kerajaan Perak dengan mudahnya memberikan geran pemilikan tanah kepada penghuni Kampong Baru, Sekolah Persendirian Cina dan mengabaikan Keperluan dan Pembangunan Sekolah Agama Rakyat di Perak.

Ramai kenalan Pak Pelandok di sekitar Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar melahirkan kecewa, geram dan marah mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mungkir janji.... malah bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim dan bantuan kepada nelayan, petani dan pekebun kecil pun amat sukar di perolehi....walhal Pakatan Rakyat telah berjanji untuk membantu dan membela golongan ini dengan bantuan yang melimpah ruah semasa kempen PRU dahulu. Yang lebih malang ialah apabila Dewan dan balairaya dirampas, di ceroboh dan dikunci, anak-anak Tabika Kemas terpaksa belajar di bawah pokok........inikah yang di perjuangkan mereka.........

Inilah masa dan ketikanya.........jika Kerajaan bertukar ganti...Alhamdullilah itu lebih baik, sekiranya dua pilihanraya kecil terpaksa dijalankan...itu juga baik kerana pengundi akan memberi pengajaran kepada Pakatan Rakyat dan para pemimpin nya yang sombong dan yang hanya menjadi boneka sahaja di samping menjual maruah agama dan bangsa selama ini...........

Pak Pelandok rasakan mungkin juga akan berlaku Pilihan Raya Kecil Negeri kerana dalam keadaan tersepit dan kepanasan ini....... Pakatan Rakyat tidak berpeluang langsung untuk mencari jalan lain melainkan membubarkan DUN sebagai langkah selamat bagi mempertahankan ego, maruah dan harga diri mereka. Inipun merupakan saat yang dinanti rakyat Perak dan telah ditentukan Allah........ peluang inilah yang lebih baik kerana rakyat Perak akan menebus kembali kesilapan 8 Mac lalu .......dan inilah peluang untuk menghentikan kerakusan, kesombongan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya mahir menabur janji tapi tindakan mereka amat merugikan rakyat.

Apa pun tahniah wakil rakyat Behrang dan Changkat Jering.............tahniah juga kepada ADUN Bota kerana menjual diri........

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails