Tuesday 31 March 2009

PESTA LELONG DI BUKIT SELAMBAU







LELONG...LELONG.......PILIH SATU MANA YANG BERKENAN


15 PENJURU DI BUKIT SELAMBAU



Deretan 15 calon membarisi pilihanraya kecil Bukit Selambau...jika tidak ada yang menarik diri maka para pengundi akan menjadi berserabut...........keliru dan cempera untuk memilih parti dan calon-calon.


13 calon Bebas......... 6 Melayu...6 India dan 1 Cina begitu beria-ia dan bersemangat untuk bertanding dengan mimpi memenangi kawasan ini seperti bekas ADUN yang meletak jawatan sebelum menyertai PKR. Calon-calon Bebas ini juga merasakan mereka berpeluang untuk di pilih pengundi dan turut boleh merasai kerusi empuk di Dewan Undangan Negeri serta bergaya sebagai EXCO negeri.


Kesian Pak Pelandok kepada calon-calon Bebas ini.............kondisi dan situasi telah berubah..........keadaan kini bukan seperti semasa pilihanraya umum 8 Mac dahulu...........tsunami yang melanda ketika itu tak akan berulang semula.............pengundi telah berpengalaman dan tidak akan mengulangi lagi tindakan emosi dan membuta tuli mengiakan kempen dan hujah pembangkang apatah lagi calon Bebas yang bergerak sendirian serta tak perpijak di alam nyata serta tidak jelas hala tuju dan haluan mereka.




Majoriti pengundi yang Pak Pelandok temui sepanjang pemantauan dan analisis yang di buat.............tidak sabar-sabar lagi menanti tarikh 7 April ini..........untuk membetulkan keadaan dan untuk memilih semula parti yang benar-benar bertanggungjawab untuk membela nasih...kehidupan dan masa depan rakyat. Bukannya parti yang pandai menabur janji palsu semata-mata dengan hujah retorik dan mempesonakan....apatah lagi dengan segala firnah.........makia hamun dan kata nista yang tak sewajarnya di lontarkan kepada pengundi..........walaupun atas nama demokrasi.




Rata-rata pengundi yang di temui di Kg. Sungkap Para............Kg. Pantai Cicar..........Kg. Jerung.............Kg. Tengkorak Batu............ Bukit Lembu dan Batu Belacan mengakui jasa dan bakti BN yang mengangkat darjat dan taraf hidup rakyat ..........walaupun ibu bapa masih di kampong........tetapi anak-anak mereka kini menjadi insan berjaya di ibu kota....luar negara dan sebagai pelajar.........profesional dan individu berjaya.




Malah semua calon-calon ini termasuk PKR dan Bebas......adalah individu berjaya.......juga adalah hasil jasa dan bakti Kerajaan BN yang prihatin dan telah menunaikan tanggunjawabnya selama ini sehingga mereka menjadi manusia berjaya........bijak dan hebat. Apa kah semua ini mahu dinafikan atau di tolak begitu sahaja. Renungilah nasib ibu-ayah kita dahulu dengan kehidupan yang amat sederhana dan serba kekurangan...........apakah hari ini kita dan anak-anak generasi kini..........berada dalam situasi berkenaan lagi........ Jangan lah membuat keputusan secara emosional...........bertindaklah dengan kewarasan dan kebenaran serta hakikat sebenar.

Saturday 28 March 2009

NIK AZIZ MENGHINA

KESATNYA BAHASA TOK GURU

Lihat Utusan Malaysia:

Perokok lebih hina daripada lembu - Nik Aziz
KOTA BHARU 27 Mac - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Pak Pelandok terperanjat sekali membaca akhbar hari ini. Tak sangka langsung yang seorang Tok Guru........merangkap Ulama dan Mursyidul AM parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam...............sanggup mengeluarkan kata-kata yang sebegitu kesat dan jika bukan Nik Aziz sudah tentu akan dikatakan orang sebagai biadap dan kurang ajar.
Tiadakah lagi ungkapan atau perkataan yang lebih baik....manis atau lebih bersopan untuk dikeluarkan......... waima untuk menasihat atau menegur sekalipun.
Sebagai tok guru dan ulama....sewajarnya perkataan yg hendak dikeluarkan perlulah lebih beradap dan difikirkan dahulu...........bukan hentam keromo dan ikut sedap mulut sahaja............
Manusia ini ada pelbagai............ada yang merokok dan ada yg tidak.................mereka yg merokok punya pelbagai sebab dan alasan tersendiri.............seperti Pak Pelandok...............beban kerja dan mencari bahan untuk menulis akan menyebabkan sebatang demi sebatang silih berganti tanpa sedar...............begitu juga yg menjalankan tugas berat seperti nelayan...petani dan buruh.............rokok merupakan cara melepas tekanan dan emosi yang terbeban .......malah merupakan excepisme pada sesetengah jenis manusia..............mungkin kerana sebab-sebab peribadi seperti tekanan hidup............masalah emosi dan perhubungan ataupun masalah keluarga yang tak berkesudahan.
Sewajarnya Tok Guru ni perlulah berdiplomasi dan lembut sedikit.............fikirkanlah dahulu perkataan yg sesuai dan berdiplomasi................perasaan dan hati masyarakat perlu juga dijaga dan di hormati.............apakah perokok bukan manusia...........sehingga di hina seperti lembu.........apakah perokok itu penjenayah...........pembunuh atau pendusta....pemfitnah dan mengadu dumba masyarakat.............sehingga menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Kenapa Tok Guru tak menegur pun bahasa penceramah dan sahabat-sahabat nya dalam PAS.......PKR dan DAP.......... yang sering amat menabur fitnah.............berdusta dan menipu rakyat dengan alasan kebebasan demokrasi............... Bolehkah senang-senang dituduh seseorang itu kafir....korup........pembunuh ataupun penyeleyeng............mana lebih hina seperti lembu........adakah perokok ataupun menyebar fitnah dan tuduhan palsu yang terdiri dari suku-sakatnya selama ini.
Pak Pelandok masih terdengar ceramah Azmin Ali semalam di Kg. Sungkap Para, Bukit Selambau...........dengan senyum sombong telah menuduh pemimpin dan UMNO sebagai haram jadah.............satu perkataan yang palit kesat...biadap dan paling hina yang dikeluarkan oleh manusia yang kononnya YB dan berilmu...............tak cukupkah lagi makian dan hinaan seperti Pemuda UMNO Celaka...... UMNO Gila dan UMNO Kafir yg ditabur selama ini.
Sebagai ulama dan tok guru kononnya..........perlulah ditunjukan teladan dan contoh yang baik walaupun melalui kata-kata..........kerana Islam telah mengajar mengenainya iaitu: Serulah dengan kebijaksanaan.
Janganlah lupa..... Allah melihat pada takwa dan iman serta amalan soleh seseorang...bukannya pada jubah.......pakaian atau wataknya semata-mata.............
Pak Pelandok sedih dan pilu dengan apa yang berlaku..............bangsaku kini berada di jurang yang cukup mengerikan.............begitu hampir untuk terjerumus dalam kebinaan dek kerenah seperti juak-juak dalam PAS..........PKR dan DAP.

Tuesday 24 March 2009

PKR MAIN-MAIN DI BUKIT SELAMBAU

POLITIK MAIN-MAIN DAN PERBODOH PENGUNDI & PENYOKONG

Kempen dan Aktiviti Politik di N 25 Bukit Selambau mulai aktif dan kian mewarnai segenap pelusuk Bukit Selambau terutama di kawasan bandar.

Paling menonjol ialah PKR ................dimana saban hari dan malam begitu beria-ia menjalankan ceramah umum walaupun belum dibenarkan oleh peraturan.............dimana sepatutnya sebarang aktiviti kempen hanya boleh dijalankan selepas hari penamaan calon pada 29 Mac nanti.

Seperti biasa PKR yang mendakwa begitu strategis dan pakar dalam politik ................selain mendakwa mendapat sokongan padu rakyat terutama pengundi India..............begitu ghairah mengerakan kempen tanpa batasan dan tanpa menghiraukan peraturan.

Kecelaruan...............keterbabasan dan stail main-main PKR semakin ketara serta mula dirasakan oleh umum terutama oleh penyokongnya sendiri yang selama ini begitu taksub dan mengiakan segala kata dan langkah pemimpin utamanya yang bersikap `de facto' itu............

Antara langkah sumbang dan main-main PKR itu.............adalah seperti berikut :

Pengumuman calon PKR iaitu S.Manikumar yang hanya berusia 35 tahun..........yang tidak pernah muncul dan wujud sebelum ini.................tanpa sebarang rekod perkhidmatan kepada parti............jelas sekali merupakan keputusan `de facto' pemimpin PKR................yang akhirnya di protes dan di tolak oleh penyokong sendiri..............majoritinya penyokong India.

Calon mentah yang tidak jelas jati diri dan hala tujunya.................tiba-tiba ditonjolkan.................bolehkan diharapkan untuk membawa keadilan dan pembelaan kepada rakyat jika terpilih nanti.............pada hal sebelum inipun calon mereka yang meletak jawatan juga seorang ahli EXCO..............turut kecundang pada harapan dan tanggungjawab yang ternyata begitu berat untuk dipikul.............bukan sekadar mengisi ruang atau main-main politik semata-mata.

Protes dan penolakan keputusan pemipin tertinggi PKR ini begitu memeranjatkan dan tidak di jangka sama sekali oleh DSAI...............kerana selama ini mereka mengjangkakan penyokong dan ahli PKR akan menurut apa sahaja yang diputus dan di arahkan begitu sahaja.....................keadaan ini menjelaskan betapa runcingnya keadaan dalaman PKR itu sendiri serta menampakan tanda-tanda krisis dan penolakan umum terhadap PKR yang kian jelas tembelang dan pembohongannya selama ini.

Menyedari ketelanjuran dan kesilapannya DSAI kemudian mengumumkan bahawa pemilihan calon itu merupakan `gimmik' dan `test market' semata-mata...............jelas sekali PKR tidak serius dalam menghadapi segala hal terutama pilihanraya. Kerana bagi PKR calon dan pemerintahan bukan utama.............sebaliknya sekadar penyertaan dan mengkucar-kacirkan keharmonian dan kestabilan adalah matlamat mereka.

Perletakan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan EXCO Pulau Pinang dengan alasan melanjutkan pelajaran di luar negeri...............adalah begitu dangkal...........pesimis dan melucukan sama sekali. Apakah mahu di sembunyikan isu sebenar...........iaitu kemelut dalaman PKR, gerakan penyingkiran dalaman dan siasatan isu penyelewengan Kuari yang sedang berjalan ketika ini. Apakah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan EXCO tidak cukup utama dan penting untuk membela rakyat dan menegak keadilan seperti omongan PKR selama ini................apakah alasan itu boleh di terima kerana kuasa baru dimiliki hanya setahun sudah menyerah kalah dan perlu mengundur diri.

Lihat pula upacara bersejarah `sidang pokok' dan tugu penderhakaan serta lelongan serpihan tugu di Perak............jelas sekali Pakatan Rakyat yang diterajui PKR dan DAP sungguh-sunguh main-main dan memperbodohkan penyokong, rakyat dan sistem demokrasi negara.

Pak Pelandok melihat semua ini...............tidak lain dari retorik dan sandiwara PKR dan Pakatan Rakyat semata-mata.........selain itu paling jelas ialah main-main mereka ini untuk memperbodohkan penyokong dan rakyat dinegara ini. Apakah pengundi dan rakyat negara ini rela dan sanggup diperbodoh dan dipermainkan sedemikian rupa........dan adakah rakyat Malaysia yang rasional dan matang politiknya sanggup memperjudikan masa depan bangsa dan negara dengan kaedah politik murahan dan main-main seperti ini.

Bangunlah duhai rakyat Malaysia..............kita punya hak dan kewajipan untuk memastikan negara ini terus makmur....stabil dan harmoni serta terus di hormati di seluruh dunia seperti apa yang kita nikmati hari ini. Janganlah di jadikan mangsa para pengundi yang tinggal di ceruk Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air..........dengan menganggap mereka tidak tahu apa-apa dan mudah di main-mainkan............Tanyalah pada Pak Long dan Mak Long di Kg. Tengkorak Batu..........di Batu Belacan.............di Kg. Sungkap Para atau di Taman Sg. Lalang atau di Kg Jerung............rata-rata yang Pak Pelandok temui melahirkan nada kesal dan menyampah mereka kepada PKR yang ternyata hebat bersandiwara.......janji kosong dan menjadikan undi rakyat sebagai kuda tunggangan untuk kepentingan peribadi mereka semata.mata.

Pak Pelandok mula terasa tiupan angin perubahan di Bukit Selambau...............PKR akan di tolak dan BN akan menabur jasa dan baktinya semula kepada rakyat di Bukit selambau ini.

Saturday 21 March 2009

CALON PKR BUKIT SELAMBAU DI TOLAK

PKR TERSUNGKUR

Minggu ini Pak Pelandok agak sibuk kerana terpaksa mengembara di belukar Bukit Selambau. Tujuan Pak Pelandok adalah untuk meninjau dan menganalisis suasana serta `pillar' pengundi di Bukit Selambau.

Dari apa yang Pak Pelandok kesan.......rata-rata pengundi telah melahirkan muak dan bosan dengan sikap dan cara pemimpin dan Kerajaan Pakatan Campuran (istilah yang lebih tepat dari Pakatan Rakyat) yang nyata hebat menabur janji dan tidak ada satupun yang ditunaikan.

Pilihanraya ini merupakan saat yang di nanti untuk menebus kembali kesilapan semasa memilih pada Pilihanraya Umum Mac 2008. Segala apa yang di janji dan ditomahkan terhadap BN ternyata omongan kosong dan akhirnya berbalik kepada mereka sendiri.

Yang lebih mengecewakan penyokong PKR sendiri ialah apabila calon yang diumumkan semalam oleh DSAI dengan memilih Manikumar yang begitu mentah dan tidak pernahpun berkhidmat atau bergiat bersama penyokong PKR selama ini, telah di beri kepercayaan dan dijanjikan mimpi indah sehingga sanggup mengenepikan kehendak dan kemahuan ahli dan jentera PKR tempatan.

Begitulah permaian dan kaedah berpolitik PKR dan Pakatan Campuran yang memikirkan untuk menjadi calon atau untuk memerintah .......siapa sahaja pun boleh asalkan dari kalangan mereka........walhal untuk memimpin dan membentuk kerajaan memerlukan ciri......kriteria dan kemahiran selain kemampuan dan kebijaksanaan untuk memerintah dan mentadbir rakyat...negeri dan negara.

Wakil rakyat dan kerajaan bukan pekara main-main serta perlu benar-benar bertanggungjawab dan beramanah.........kerana kepentingan rakyat dan masa depan mereka adalah hal penting dan utama.

Pak Pelandok melihat kekecohan dan ketamakan serta sikap daktator pemimpin PKR mengatasi keutamaan rakyat.........sebaliknya dilihat Pilihanraya ini seperti pekara main-main dan tempat menjalankan percubaan.

Pengundi Bukit Selambau perlulah bijak dan menjelaskan sikap dan pendirian mereka dengan menolak politik main-main ini sebaliknya lebih terbuka merenung nasib dan masa depan rakyat dan negara yang tercinta ini.

Thursday 12 March 2009

ROJAK BUKIT SELAMBAU



















CACA MARBA PAKATAN RAKYAT DI BUKIT SELAMBAU
Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April 2009 ini, semua pihak memberikan tumpuan di sini selain di Bukit Gantang dan Batang Ai di Sarawak.

Persiapan jentera dan kempen..........lobi-melobi calon dan serangan kempen telah pun bermula.......dan yang paling menarik ialah caca marba dan rojak yang bercelaru di Bukit Selambau ini terutama dikalangan PKR dan Pakatan Rakyatnya.

Pak Pelandok senaraikan beberapa kekalutan dan pertembungan senario yang cuba disembunyikan kepada umum..........betapa PKR dan Pakatan Rakyat selama ini sememangnya tidak sebulu dan bertelagah secara serius serta mempunyai barah dalaman yang parah..............dan inilah petanda buruk dan busuk yang akan mewarnai dan tercuim baunya di Bukit Selambau :

13 CALON AKAN BERTANDING

Mengikut sumber SPR 13 orang calon : 9 India, 3 Melayu dan 1 Cina akan bertanding di DUN ini...........11 adalah calon Bebas yang merupakan serpihan PKR dan PAS.

AHMAD KASSIM MULA BERTINDAK..SINGKIR AHLI PBT DARI PKR YANG DIDAKWA "KACAU DAUN" KERAJAAN PAS NEGERI

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim yang baru dilantik mula mengortak langkah merobek seluruh kekuatan PKR Kedah dengan menyingkirkan Ahli-ahli Majlis, Pihak berkuasa Tempatan (PBT).Tindakan drastik itu diambil kerana beliau mendakwa sebahagiann besar Ahli Majlis dari PKR terbabit telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Kerajaan Negeri yang diterajui Pas.Menurut Sumber dalaman PKR, Ahli Parlimen Kuala Kedah yang juga bekas Presiden ABIM Kedah telah menyenaraikan nama-nama Ahli Majlis yang baru bagi mengantikan ahli PKR yang beliau ketegorikan sebagai "bermasalah".

EXCO PKR MENGHINA SULTAN KEDAH

Persatuan Kerabat diRaja Kedah semalam tampil dengan memberi amaran keras ISUseorang exco Kedah yang dikatakan begitu celupar mengeluarkan kata-kata menghina KDYMM Sultan Kedah.

ORANG KUAT PKR UGUT BERTANDING

Bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal akan bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, April depan."Saya tunggu PKR membuat keputusan.Jika saya tidak dicalonkan, saya akan bertanding sebagai calon bebas.“Saya mahu bertanding kerana sudah lama dalam PKR iaitu sejak 1999 lagi. Saya paling layak kerana saya boleh berbahasa Melayu, Cina dan Tamil serta tidak terbabit dengan kes rasuah.“Tetapi PKR ini mereka suka pilih orang baru, walaupun yang tidak jadi ahli parti,” katanya.Beliau pernah bertanding kerusi DUN Derga sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 1990 dan atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1995.

KERAJAAN PAS AKAN TERUSKAN PROJEK PELIHARA BABI

Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan. Sedangkan banyak lagi hal ehwal kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan, kenapa kandang Babi juga dipertahankan untuk dilaksanakan? Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin, mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan. Jika dilaksanakan projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau. Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun tergadai.

SABOTAJ DALAMAN PKR

Ditengah-tengah kehangatan menghadapi PRK Bt Selambau dan dalam penelitian PKR untuk memilih calun2 yang bertanding ada juga kedengaran suara2 sumbang dari dalam PKR Kedah sendiri ada yang akan mengugut untuk bertanding sebagai calun Bebas jika tidak dipilih sebagai calun. Itu suara sumbang untuk PRK. Dalam celah2 itu pula ada juga yang mengambil kesempatan mengugut Pimpinan Pusat sagar disingkirkan 2-3 orang Pimpinan Negeri yang kononnya mendatangkan masalah didalam Perhubungan Negeri. Tapi rasanya mereka ini mengambil kesempatan untuk survivor dan kesinambungan hayat politik mereka di Kedah. Puak2 ini ibarat si Kitol dan Raja Mendaliar dalam ceramah DSAI di Markas Pas Bt Selambau pada malam 7hb Mac lalu yang dihadiri oleh kira2 6 ribu orang yang tidak beganjak walau pun hujan turun semasa DSAI menyampaikan pidatonya. Walau pun ditujukan kepada pimpinan Parti gerombolan BN tetapi tempiasnya tetap mengena kepada sesetengah pimpinan bahagian di dalam PKR Kedah. Perkara ini ibarat API DIDALAM SEKAM.

EXCO LETAK JAWATAN JANJI KEMPEN UNTUK PKR

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam yang menghilangkan diri sebelum meletakkan jawatan awal bulan lalu, telah menghubunginya dua hari lalu.Bagaimanapun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak menyatakan dari mana Arumugam, yang sebelum ini dikatakan telah ke luar negara, dipercayai berada di India, menghubungi beliau.Menurut Anwar, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Selambau itu menghubungi beliau untuk mendapatkan kebenaran pulang bagi membantu Pakatan Rakyat berkempen dalam pilihan raya kecil kerusi Bukit Selambau."Dua hari lalu Arumugam telefon saya, dia tanya saya sama ada boleh atau tidak beliau pulang sebab hendak tolong dalam pilihan raya (kecil)."Tetapi saya kata kepadanya nanti dulu Arumugam kerana saya tidak jamin tentang keselamatan," kata beliau ketika menyampaikan Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat 2009 untuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Auditorium MBSA di sini petang ini sempena setahun selepas pilihan raya umum ke-12.

PEPERANGAN MENJADI CALON

Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan. Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut. Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai). Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok. Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik. Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya

BAKAL CALON PKR GILA DAN SPESIS KATAK

Mereka yang awal-awal lagi menawarkan diri untuk menjadi calon, mereka ini adalah umpama orang yang gila kepada jawatan dan tidak mustahil mereka ini akan terpedaya dengan jawatan dan upahan yang lebih besar di masa akan datang.. Jika ini terjadi, maka PKR akan terus melahirkan spesis katak yang hina seperti yang berlaku kepada 2 ADUN dari PKR di Perak.

AMK KEDAH SOKONG SKANDAL

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEDAH16hb Februari, 2009: Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah mengecam tindakan memualkan dan tidak bermoral segelintir individu yang menceroboh kehidupan peribadi ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, YB Cik Elizabeth Wong dengan menyiarkan gambar-gambar peribadi beliau yang diambil tanpa kerelaan dan tanpa kesedaran beliau.

Pak Pelandok tak hairan dengan segala macam kemelut dalaman PKR dan pakatan Rakyat tu............memang macam tu.............kerana kerja mereka hanya nak Kerusi dan Kuasa sahaja............apa jadi pada rakyat dan negara....mereka peduli apa...........ekonomi negara merudum ka...........pekerja industri di berhentikan ka............sebab tu lah bermati-matian mereka berusaha nak jadi calon............Boleh pakai ka macam tu.......... Kesian Tok Wan......Nek.......Mak Cik dan Pak Cik yang tinggal di Kg. Sungkap Para......... Kongsi Enam.........di Kg. Kuala Sin dan Pantai Cicar tu...........Pening....Pening..................Renungilah duhai pengundi Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Wednesday 11 March 2009

BAJET MINI





Bajet Mini : Dana RM60 bilion :- Pakej Rangsangan Kerajaan Prihatin

Kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini yang menyediakan peruntukan RM60 bilion untuk satu tempoh selama dua tahun dan merupakan lebih 9% daripada keseluruhan Bajet 2009. Jumlah itu merupakan enam kali ganda berbanding dana RM10 bilion dalan Pakej Ransangan Ekonomi Pertama.

Dana ini merangkumi empat teras utama seperti berikut:-

Teras Pertama: RM2 bilion
Teras Kedua: RM10 bilion
Teras Ketiga: RM29 bilion
Teras Keempat:RM19 bilion

Huraian teras-teras yang diumumkan ialah:

TERAS PERTAMA: KURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN :
Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan
Kebajikan pekerja yang telah diberhentikan kerja
Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam
Peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran
Skim PROSPER Siswazah
Usaha mengurangkan pekerja asing

TERAS KEDUA: RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS :
Meningkatkan pemilikan rumah
Menambah baik infrastruktur awam
Bon simpanan kerajaan
Pembangunan pendidikan
Kemudahan asas di luar bandar
Program di Sabah dan Sarawak
Program mikro kredit
Membantu golongan kurang bernasib baik
Menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan
Galakan kepada bank untuk menangguh bayaran balik pinjaman perumahan

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS :
Skim jaminan modal kerja
Dana jaminan penstrukturan semula industri
Memudahkan akses ke pasaran modal
Menarik individu high-net-worth dan berkemahiran
Mengurangkan kos kendalian perniagaan
Menggalakkan sektor automatif- Industri penerbangan
Elaun modal dipercepatkan- Carry back losses
Levi keuntungan atas kelapa sawit
Mempergiatkan aktiviti pelancongan

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN :
Pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad
Projek Off-Budget
Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)
Liberalisasi sektor perkhidmatan
Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing
Pembangunan industri seni kreatif
Pengurusan berkesan sumber kewangan kerajaan

Dato Najib berkata semasa membentangkannya semalam, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan. Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini."Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi."

Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007. "Malahan, semasa negara mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara," kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

Pak Pelandok menyambut baik pembentangan bajet mini ini dan menyifatkan ianya sebagai amat wajar dan bertepatan sekali dalam usaha Kerajaan menangani kemelut ekonomi dunia yang merudum ini, dengan segera berusaha untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat.....kerana tidak siapa yang mahu keadaan ekonomi negara menghadapi cabaran getir seperti ini, tapi apa boleh buat........ekoran isu dan masalah global ini sudah tentu semua negara termasuklah Malaysia turut sama menerima tempias dan kesannya.

Tidak semua negara mampu berbuat dan bertindak seperti Malaysia.........hanya beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Eropah, Jepun dan Korea sahaja yang bertindak seperti Malaysia...........sebaliknya banyak negara terpaksa dan terjerat dengan pinjaman dan bantuan Bank Dunia dan IMF.

Bertuah sungguh rakyat dan negara ini............kerana kesan kemelesetan ekonomi dunia ini tidaklah seteruk negara lain............ini adalah kerana perancangan....dasar...........tindakan dan pertanggungjawaban Kerajaan yang benar-benar menunaikan amanah dan janji kepada rakyat...........di sebalik kestabilan politik dan keselamatan yang utuh dan terjamin dengan sokongan rakyat yang mencintai Keharmonian....Perpaduan dan Kedamaian.

Namun begitu pergolakan politik yang kian meningkat panasnya ekoran kerakusan dan keboprokan sesetengah pemimpin dan parti politik.........amat di bimbangi kerana boleh menghakis kestabilan dan keharmonian di negara ini dengan provokasi............demontrasi.........persengketaan yang tak berkesudahan sehingga boleh mengheret negara kekancah huru-hara dan kacau-bilau.

Pak Pelandok teringat kata orang tua-tua : Nak membina sesuatu adalah sukar dan mengambil masa yang panjang............tetapi untuk meruntuh dan memusnahkannya hanya dalam tempoh yang singkat dan sekejab sahaja boleh dilakukan............kerana itu hargailah Kedamaian..........Keharmonian............Perpaduan dan Kemerdekaan yang kita nikmati ini..............Sentimen dan politik keterlaluan perlu di tolak dan di ketepikan......... Malaysia Bumi Ku Bertuah.

Tuesday 10 March 2009

SOMBONGNYA PENDERHAKA







PENDERHAKAAN ATAU GILA TALAK : Sebuah catatan malang.........

Bermula dengan perlantikan Dr. Zamri sebagai MB Perak dengan perkenan Sultan...... bermulalah perjalanan penderhakaan bangsa Melayu di Perak......Nizar yang berwajah mirip bukan Melayu mengepalai `sumpah derhaka' kepada Sultan yang berdaulat dan warisan kesultanan Melayu Melaka yang menjadi bukti dan ketuanan Melayu di semenanjang ini.

Dengan megah melambai.....tersenyum palsu......berwajah seribu.......bukanlah lambang dan simbul Melayu jati.....kerana umum pun tahu siapa di belakangnya.......siapa yang lempar batu sembunyi tangan.....siapa yang menyucuk dan mengapi-apikanya.......Amatlah malang seorang yang dilihat begitu lembut dan bersopan.......tiba-tiba menjadi terlalu biadap....tak sedar diri dan tidak lagi menghiraukan perasaan bangsa nya sendiri....... betapa biadapnya berdiri.....bersuara dan menentang kerana dibelakangnya berdiri agen-agen penghancur bangsanya sendiri.

Lalu Karpal Singh yang telah merasa terlalu hebat......dan lupa pada sejarah awal keturunannya......dengan sombong akan menyaman Sultan...... memaki CELAKA terhadap Pemuda UMNO yang semestinya Melayu........dengan wajah bengis.....sombong......bongkak .......dan biadapnya.......

Maka Speaker DUN yang telah kehilangan Kerajaanya turut serta mengecam dan mengheret Kerajaan Dr. Zamri ke mahkamah.....mengadakan Sidang DUN yang tidak sah di bawah pokok.....mencatatkan sejarah lucu dan hina di dunia.....bak kanak-kanak bermain pondok-pondok

Lalu sandiwara saman menyaman oleh DAP bermula tanpa menonjolkan diri dan lebih senang mengadu dumba secara peribadi.......di sebalik berdiri rapat dan erat dengan Nizar setiap kali dia muncul atau melakukan sesuatu tindakan derhaka.

Trajiknya pada 3 Mac bersidanglah Kerajaan `pasir dua butir' atau Kerajaan Sadom yang telah lenyap itu di bawah sepohon rendang......kerana meniru aksi P. Ramlee dalam Laksaman DoReMi.......semata-mata kerana gila talak dan ketagihan kuasa yang dah hilang......

Kemuncaknya.......`ceremony' batu bersurat kononnya untuk tatapan generasi akan datang akan betapa biadap dan derhakanya Melayu dan pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Sultannya. Seperti biasa dengan senyuman manis palsu dan lambaian tangan Nizar yang menjadi boneka dan pepatung ini diapit oleh wajah-wajah seirasnya......dengan bangga dan sombong menzahirkan lagi kemuncak Penderhakaan terhadap Sultannya sehingga sanggup melupai siapa diri dan susur galurnya sendiri.

Apakah batu bersurat ini mahu di samakan dengan tugu Dato' Maharajalela dan Dato' Sagor di Pasir Salak...... atau samakah tarafnya dengan tugu JWW Birth dan Francis Light di Pulau Pinang..... tidak kah tugu penjajah itu merupakan titik hitam dan hina dalam sejarah peradapan bangsa dan negara.........

Pak Pelandok mula mentelaah Perlembangaan Persekutuan dan Negeri Perak.....untuk mencari jawapannya........ ternyata senario yang berlaku di Perak adalah dilandasan yang betul dan mengikut Perlembagaan.........

Kuasa Sultan adalah multak untuk melantik MB......ianya bukan kuasa rakyat....rakyat hanya memilih wakil rakyat....dan Sultan melantik MB yang mendapat sokongan majoriti.......

Kenapa semasa Sultan melantik Nizar menjadi MB dahulu....tiada yang menyembah derhaka......sepatutnya DAP yang teramat inginkan jawatan itu memulakanya......tetapi mereka tahu dan faham Perlembagaan...........

Pada hal BN lebih dahulu memiliki majoriti dalam DUN Perak kerana ianya parti (BN) yang sah berdaftar dan bergabung....sedangkan PKR bukan parti berdaftar dan tidak ada satupun parti yang memiliki majoriti......namun begitu walaupun tidak berdaftar dan dengan hanya pakatan longgar mereka masih diperkenan oleh Sultan......

Tidak pula BN memprotes atau menyembah derhaka....sebaliknya tetap menerima dan patuh kepada titah baginda Sultan......inilah tindakan bermaruah......setia.....terpuji dan bukti jati diri Melayu yang sejati........

Kuasa Sultan meliputi tiga pekara utama :

Melantik Menteri Besar..........Membubarkan Dewan....... dan Memecat Menteri Besar.............

Dalam hal ini Sultan memilih untuk mengunakan kuasa melantik Menteri Besar setelah yakin dan dengan sokongan majoroti yang diperolehi oleh BN dln DUN Perak............ kebijaksanaan dan kuasa Sultan semenangnya sudah terserlah dan tidak wajar sekali dipertikaikan lagi.....aptah lagi sehingga sanggup derhaka sedemikian rupa.

Nasihat...pandangan dan teguran semua pihak terutama dari Raja-Raja Melayu masih di ketepikan...........sebaliknya penderhakaan mereka ini masih berterusan dengan penuh kesombongan dan kebiadapan...........bukan sahaja intituisi Beraja tidak dihormati....malah perasaan rakyat majoriti Melayu tidak di ambil kira langsung.......... apatah lagi untuk mematuhi undang-undang dan perlembagaan.

Tiadakah langsung walau sekelumit perasaan di hati Nizar dan juak-juaknya untuk memikirkan tentang nilai dan makna `Keluhuran Perlembagaan'..........dan `Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' atau kepada makna Perpaduan.......Keharmonian dan Kesejahteraan yang kita junjung.........kita hayati..........dan kita bina selama ini.

Apakah kerana iri hati....dendam kesumat atau adu domba maka kita sanggup melihat agama...bangsa dan tanah air ini hancur musnah dan negara menjadi padang jarak padang tekukur atau sanggupkah kita melihat anak cucu kita melarat.....hina......merempat.........menderita............atau sanggupkah juga untuk kita melihat pertumpahan darah...........pembunuhan dan kehancuran berlaku di bumi bertuah ini.....................

Insaflah wahai Nizar dan juak-juaknya..............kepentingan peribadi jangan dijadikan keutamaan. Jihat bermakna memperjuangan agama...bangsa dan negara........... insaf dan sedarlah terhadap permainan...tipu daya...dan adu domba mereka yang berniat jahat dan berkepentingan........... Perjuangan bukan untuk memperjudikan agama......bangsa dan tanah air..............

Manusia mati meninggalkan nama..............jangan sumpah dan seranah menjadi doa kerana menjadi dalang dan peneraju kemusnahan bangsa dan tanah air sendiri......... Inikah pemimpin yang kita mahukan.............

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails