Wednesday 27 May 2009







TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT

Kemelut yang melanda UMNO dan BN sejak Mac 2008 masih berbahang hebat hingga kini.

Selain terpaksa menghadapi serangan bertali arus Pakatan Rakyat............yang tak pernah jemu dan penat.......... berterusan menyerang UMNO dari setiap penjuru dalam usaha mencapai matlamat `Road to Putrajaya’ mereka.

Dalam pada itu UMNO bukan sahaja perlu berdepan dengan libasan parang panjang pembangkang.............malah terpaksa pula mencabut dan melerai duri........onak......sembilu dan karenah yang ditimbulkan dari dalam termasuk komponen BN seperti Gerakan dan PPP.

Jika PPP memeningkan kepala UMNO dan BN dengan kemelut perebutan jawatan Presiden dan pecat memecat..............maka sewajarnya BN mengkaji semula keanggotaan parti ini dalam BN. Untuk apa diterima parti nyamuk yang tak punya apa-apa kekuatan dan kelebihan ini............sekiranya mereka sendiri tak pandai menghargai ingatan dan pelawaan orang lain...........walhal parti ini adalah serpihan dan terlalu banyak masalah dan karenahnya.............lagipun tak banyak sangat sumbangan mereka kepada Bn selama ini.

Tak cukup dengan masalah dalaman..........PPP sebenarnya adalah duri tajam yang menikam dari belakang dan sentiasa menangguk di air keruh.............kita masih teringat akan beberapa tuntutan tidak berasas dan tak berakal seperti mendesak Kerajaan membebaskan tahanan ISA-HINDRAF...........mengugut keluar dari BN sekiranya tidak diberi kerusi dalam PRU 12...................dan ugutan itu berterusan baru-baru ini kerana mendakwa tidak dilayan sama rata oleh BN.

Desakan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang supaya Pengerusi PKM Chin Peng dibenarkan kembali kenegara ini..........jelas sekali memaparkan sikap talam dua muka dan cauvanis mereka selama...........jika dahulu Presiden Gerakan sendiri terlibat dengan isu sensitif dengan UMNO Pulau Pinang.........sehingga Ketua Bahagian Bayan Baru digantung jawatan..............perlu dilihat semula kewajaran parti yang tewas dan ditolak rakyat ini tentang sumbangan dan kedudukan mereka.

Jika benar mereka ikhlas dan sentiasa teguh bersama BN dan UMNO......maka di saat Kerajaan dan UMNO yang berusaha keras mengembalikan sokongan rakyat...........memulihkan ekonomi negara...........membangunkan negara dengan lebih efision..............parti-parti ini adalah tidak wajar dan tidak patut sama sekali menimbulkan masalah dan menambahkan lagi kemelut serta membuka jalan yang boleh merugi dan meruncingkan lagi kerajaan dan BN.

PPP dan Gerakan perlulah juga mencerminkan diri...........sesekali menghitung kembali peranan dan kewujudan mereka...........walaupun sudah di tolak rakyat..........gagal menyelesaikan isu kaum mereka sendiri............tetapi atas semangat BN mereka tetap diberi kedudukan dan peluang.

Maka balaslah kepercayaan dan penghargaan yang diberi itu..........pekerjalah.......berilah khidmat terbaik...........janganlah terus-terusan menyalakan bara yang boleh membakar BN..............janganlah dibiarkan UMNO keseorangan menghadapi segala macam masalah..............dan jika tidak mahu membantu pun......janganlah menambahkan lagi kusut dan rencah kemelut yang ada.

Insaflah duhai para pemimpin politik sekelian...........rakyat semakin jemu dengan sengketa dan sandiwara politik yang memenuhi setiap ruang kehidupan ini sepanjang hari dan berterusan tanpa reda..........seolah-olah segala-galanya hanya kerana dan untuk hal politik semata-mata............

Cukuplah berpolitik sekadarnya sahaja...........masa yang lain kita bersama membina negara bangsa Malaysia yang hebat dan cemerlang...........bersama sebagai rakyat `1 Malaysia’ yang ikhlas........jujur.........bersatu...........yang setia.....kasih dan cintakan negara Malaysia ini.

Tuesday 26 May 2009

BERI BETIS HENDAK PAHA
















BAHAYANYA HINDRAF DAN KOMUNISME

Malaysia yang aman damai dan harmoni.............dibina atas perjuangan............pengorbanan......... darah..........keringat............dan airmata. Bukan sedikit jiwa yang terkorban sepanjang tempoh mengembalikan maruah dan harga diri yang dirampas. Bukan kecil juga jumlahnya nyawa yang bergalang ganti untuk memastikan negara ini terus berdaulat dan berdiri gagah sehingga hari ini.

Ribuan rakyat dan pejuang terkorban untuk mempertahankan bumi berdaulat ini..........sejak 1511 hingga 1957...........ini di lakukan dengan rela demi mempertahan agama....bangsa dan tanah air...........biar berputih tulang.........jangan sekali berputih mata.................siapakah mereka ini ?.

Menentang Portugis..........Belanda............Inggeris............Jepun dan Komunis menuntut pengorbanan yang amat tinggi...............tempoh 446 tahun adalah tempoh yang sungguh lama untuk berada dalam kehinaan dan penderitaan.

Perjuangan dan pengorbanan yang ditangisi oleh para isteri..........anak-anak.........ibu-bapa dan kaum keluarga mereka yang terkorban itu masih terdengar sedu sedanya............masih mengalir air mata pilu dan duka mereka hingga hari ini...........kerana kehilangan orang tersayang..........kehilangan pejuang terbilang demi memastikan kehidupan hari ini secemerlang ini.

Masih juga terdapat ribuan lagi pejuang dan mangsa yang tercedera..........cacat..........hilang mata pencarian.............tersisih dan hidup melarat dan serba kekurangan walaupun suatu ketika dahulu........keringat...........bakti dan jasa mereka begitu murni dan hebat bagi kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini.

NAMUN............HARI INI SEGALA GETIR.......LUKA DAN SENGSARA perjuangan dan perjalanan sejarah yang belum begitu lama itu.............seperti sudah dilupakan.............nikmat bahagia 52 tahun merdeka seakan di beri percuma dan tidak dihargai lagi..............

Hari ini kumpulan tertentu seperti HINDRAF dan parti politik ..........NGO serta individu tertentu kembali menyuarakan tuntutan............pandangan dan mula mengorak langkah sumbang............untuk membawa kembali negara tercinta ini kekancah sengketa dan kemusnahan.

Laungan `keadilan’ dan kesamarataan dengan pelbagai tuntutan kononnya mereka diabaikan...........menyeret sentimen dan rusuhan jalanan. Dakwaan penuh kesombongan............bongkak dan tidak lagi menghormati undang-undang dan Perlembagaan mula mengambil tempat dan memenuhi ruang atas nama kebebasan bersuara............rakyat mula dihasut..........dipengaruhi...........undang-undang dicemar dan dipermainkan............perasaan orang lain di guris dan dipersenda serta tidak lagi diambil peduli.

Sehingga ada yang mahukan Pengerusi Komunis Malaya Chin Peng dibenarkan kembali kenegara ini...........dengan alasan sudah meletak senjata dan tidak lagi merbahayakan negara............malah ada yang mula meniupkan cerita tentang hebat dan jasanya kepada negara kononnya...........sebagai hujah untuk membenarkan tuntutan mereka.
Pak Pelandok melihat ini semua.............tidak ubah seperti cubaan untuk mengores semula luka lama...........usaha untuk menidakan sejarah perjuangan bangsa dan negara................langkah untuk menolak kontraik sosial dan Perlembagaan...........malah ianya merupakan suara untuk menolak semangat DEB yang teramat sangat dicemburi serta tidak disenangai segelintar oputunis dan petualang.

Biar beratus tahun...........sejarah tidak boleh diubah.............sejarah tidak boleh berulang............apatah lagi yang trajis dan melukakan..............Perlembagaan dan Undang-Undang bukan mainan untuk dirombak dan diubah sewenang-wenang.............negara bukan taruhan untuk memenuhi semua tuntutan terutama yang melampau...............yang tak sedar diri dan yang cuba menafikan kedudukan dan hak orang lain.

Jadilah rakyat negara ini yang tulin kesetiaannya...........bukan lagi berkiblatkan negara lain atau masih beremosi dengan kaum dan kelompok sendiri sahaja............Jadilah rakyat 1 Malaysia.............yang satu dan sama pemikiran............kesetiaan sebagai sebuah negara bangsa yang saling hormat menghormati dan saling faham memahami dan berusaha mempertahankan kedaulatan negara sebagai kepunyaan bersama.

Pak Pelandok sungguh sedih mengenangkan keganasan yang berlaku di negara lain............seperti di Sri Langka............Kasmir...........Patani............Mindanau...........Iraq.......Afghanistan...........Palestin. Tak sanggup rasanya untuk membayangkan mala petaka ini sekiranya akan menimpa semula anak cucu dan tanah air bertuah ini. Dan lebih malang tak sanggup untuk Pak Pelandok bayangkan sekiranya ada anak bangsa sendiri yang sanggup menjadi talibarut......petualang dan mengkianati bangsa dan negara.

Monday 25 May 2009

GELABAHNYA PKR DI PENANTI



PKR SOGOK `KAK MIN' CALON BEBAS

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

JELASLAH sudah.........PKR sebagai sebuah parti politik.......... tetap penuh dengan muslihat dan tipu dayanya...........tak usahlah lagi menegak benang basah...........sudah terang lagi bersuluh...........

Demi mahukan kuasa.........apa sahaja sanggup dilakukan........biarpun tidak beretika dan bermaruah sama sekali..........inilah yang dikatakan `Perubahan' dan `Keadilan' cara PKR. Sememangnya teori Marchiveli `matlamat menghalalkan cara' begitu sinonim dan sebati dengan PKR dan pemimpin `de facto'nya.

Yang malangnya.........kerana nak pastikan menang di Penanti........PKR sanggup menyogok calon Bebas.........nampak sangat gementar dan gerunnya PKR di Penanti ini. Dengan ketiadaan BN........sebenarnya PKR yang bertanding dengan bayang-bayang sendiri..........tetap gelabah dan hilang punca jadinya........... itu belum dengan BN.

Sebenarnya.......taraf dan kedudukan PKR hanya sebaris dengan Bebas sahaja............walaupun sering melanukan yang mereka pilihan rakyat............kini PKR terperangkap dengan jerat bodoh yang dipasang sendiri di Penanti. Keputusan BN tidak bertanding sebenarnya merupakan tamparan hebat kemuka PKR...........yang begitu juah dan bongkaknya selama ini...........sehingga terlupa `bahawa dimana bumi tempat berpijak selama ini'.

Maka berdengdang dan berseloka sedihlah PKR untuk menghadapi calon-calon Bebas yang turut menyentak salakan PKR selama ini...........lalu dengan calon-calon bebas ini pun PKR begitu gerun dan amat gentar sekali..........kerana peluang untuk mempertahankan Penanti ini begitu tipis ekoran `termakan umpan beracun' yang dicipta PKR sendiri.

Akan malu besarlah PKR sekiranya tersungkur di Penanti..........hanya kepada calon Bebas........lalu beria-ialah PKR berusaha biar secara salah dan tak bermaruah...........demi melestarikan wajah hebat yang palsu selama ini.

Pertemuan Pak Pelandok dengan pengundi dan penyokong PKR di Pekan Penanti.........Kg. Tok Elong...........Kg. Guar Perahu dan Kg. Tun Saadon begitu jelas nada yang diluahkan mereka tentang kekecewaan dan kemarahan pengundi terhadap PKR yang hanya pandai bermain kata-kata dan bersandiwara sedangkan rakyat tidak di hiraukan malah tiada satu apapun yang dilakukan PKR bagi membela rakyat di Penanti dan Permatang Pauh ini.

Pengundi sudak muak dan jelak dengan retorik..........politiking yang berlebihan demi kepentingan peribadi...........politik yang mengutamakan fitnah dan hasutan....tanpa sebarang tindakan atau perubahan demi kepentingan rakyat.

Pak Pelandok nantikan tarikh 31 Mei ini........untuk melihat tindakan bijak pengundi Penanti yang rata-rata mahukan pembelaan bukannya pembohongan semata-mata............mereka berazam untuk kembali kepada kenyataan dengan menolak parti yang membawa kemusnahan kepada bangsa....agama dan negara.

KASIHANYA NIZAR MOGOK LAPAR








MOGOKLAH SEHINGGA PRU 13

Pakatan Rakyat Perak yang diterajui DAP termasuk Nizar dan Sivakumar akan melancarkan mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa ini.

Kenapa hanya tiga hari...........kenapa tidak tiga bulan .............kenapa tidak tiga tahun atau sehingga PRU 13 nanti.............

Itu lebih baik....lebih hebat.....dan lebih drastik.............jika nak berdrama dan beroperapun biarlah nampak lebih bersungguh-sungguh dan lebih real dan trillnya.

Jika sekadar tiga hari.........budak tadikapun boleh lebih dari tiga hari tu.............. Sebagai protes dan menunjukkan kelantangan penentangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Zaambry sebagai MB Perak..............sewajarnya mogok lapar itu perlu diteruskan sehingga PRU 13.

Nampak sangat Pakatan Rakyat terutama Nizar ni..........sungguh kemaruk kuasa dan begitu teruk gila talaknya.............sehingga apa sahaja keputusan mahkamah tidak lagi bermakna dan tidak lagi mahu dipatuhi serta dihormatinya..................

Yang jelas ...........sebenarnyanya wakil rakyat Pakatan Rakyat terutama Nizar yang menerima elaun buta di DUN dan Kawasan Parlimen...........tidak tahu buat kerja...........tidak ambil tahu hal dan masalah rakyat.............buat-buat buta terhadap tanggungjawab dan amanah untuk berkhidmat kepada rakyat....................sebab tulah buat-buat sibuk dengan protes.........demontrasi.............bantahan.............kes mahkamah.................dan sekarang ni nak mogok lapar pula.

Nak mogok lapar........mogoklah tapi janganlah tiga hari sahaja.............mogoklah lama sikit.........tiga bulanke..........tiga tahun ke atau sehingga jadi MB semulake.............

Terlalu murah dan rendahnya moral dan tindakan mereka ini yang kononnya membela rakyat....................hidup mererka hanya kuasa...........buka mata.............kuasa dan kedudukan sahaja yang difikirkan..........apadah jadi dengan janji dan menefesto untuk membela rakyat dan menegak keadilan tu...............


Itulah jika dah jadi kuda tunggangan orang lain.........jika dah dicucuk hidung..........otak dan fikiran sendiri tak tak digunakan langsung.........apatahlagi iman dan pegangan.........sudah jauh dikesampingkan.

Maka akan mogok laparlahg mereka-mereka ini........sebenarnya semua yang berlaku ini adalah balasan dan pengajaran dari Tuhan.........itupun bagi orang-orang yang mahu berfikir.............tak cukupkah lagi rentetan penderhakaan dan penghinaan terhadap Sultan dan Orang Melayu selama ini. Diberi kuasa sekejab.........tetapi sebenarnya hanya boneka dan patung mainan semata-mata.............lalu berlakulah...episod demi episod sehingga seperti hari ini.

Nampaknya Nizar ini bukan manusia yang tahu insaf dan bersabar..........tidak memahami `Qada dan Qadar Tuhan’ ...........tak pernah belajar sedikitpun dari apa yang berlaku sebelum ini...........sebaliknya lebih mudah membontoti orang lain dengan irama sombong....bongkak dan takburnya.

Pak Pelandok menyokong Nizar dan para gembalanya.......... mogoklah lebih lama..........sepatutnya tiga tahun........lagi baik sehingga PRU 13. Kasihan........Kasihan..........Kasihan Lebai Malang ini............yang telunjuknya semakin menjolok mata.

Tuesday 19 May 2009

JERAT PKR TAK MENGENA DI PENANTI

PKR TAK BERPELUANG TUNJUK BELANG

BN telah memutuskan tidak akan bertanding di PRK Penanti. Ini bermakna kemungkinan PKR hanya akan melayan calon-calon BEBAS sahaja di arena Penanti ini.

Keputusan BN ini adalah amat wajar dan tepat sekali dan sekaligus telah menghampakan niat dan hasrat PKR dan Pakatan Rakyat untuk memancing penglibatan BN.......dan yang lebih utama ialah tujuan PKR untuk terus mempermainkan amalan Demokrasi dan membuang masa dan tenaga rakyat demi mencapai tujuan kotor mereka.

Keputusan BN adalah bertepatan sekali kerana tidak mahu melayan kaedah politik murahan PKR yang sering kali membuat alasan tidak relevan dengan ungkapan `Kuasa Rakyat'........walhal ianya tidak kena mengena langsung dengan kepentingan rakyat sebaliknya adalah untuk memenuhi nafsu.......amarah dan dendam yang tak berkesudahan.

Jika mahu dilayan stail dan kaedah politik murahan seperti ini.......maka banyak kalilah PRK perlu diadakan........dan rakyat serta negara akan sentisa sibuk kerana PRK sahaja.......apahal tentang pendidikan.....ekonomi......masalah sosial dan seribu macam pekara lagi..........Hampir sepanjang tahun masa......tenaga dan kos yang besar di belanjakan secara tidak wajar demi memenuhi dan melayan permainan politik tidak matang seperti ini.

Jika hanya kerana nak melanjutkan pelajaran........tak sanggup menghadapi tekanan.......tak sempat bersama keluarga........tak cukup masa nak berkebun dan menjaga ayam-itik.........maka kerana sebab remeh dan peribadi seperti itu sahaja seorang wakil rakyat meletak jawatan.........maka apa akan jadi kepada negara sekira PM......TPM atau Menteri-Menteri silih berganti meletak jawatan dengan sebab dan alasan yang sama.

PKR juga amat keterlaluan apabila menggunakan `Kuasa Rakyat' untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka seperti amalan PKR ini kerana sebenarnya perletakan jawatan ini adalah kerana hal perebutan jawatan dalam PKR dan gerakan merebut jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Besar yang parah berleluasa dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan BN ini amat wajar sekali......kerana tempoh berpilihanraya sudah berlalu.......selalunya biarlah lima atau empat tahun sekali.......kecuali kematian dan hal yang munasabah..........selepas itu adalah waktu yang sepenuhnya ditumpukan untuk membangunkan ekonomi.......prasarana........menyelesaikan isu dan masalah rakyat........dan bukannya tak habis-habis dengan kerenah yang merugikan dan menyusahkan rakyat dan kerajaan seperti ini sahaja.

Amalan dan sikap bertanggungjawab pemimpin dan kerajaan seperti yang diamalkan selama ini..........merupakan kunci kejayaan......kemakmuran......keamanan dan kesahteraan rakyat dan negara. Sekarang ini budaya pelik yang di bawa pemimpin `de facto' PKR yang begitu bijak tapi merbahaya mempergunakan emosi dan minda rakyat sebenarnya akan membawa negara kejurang kebinasaan sekiranya rakyat masih lena dan terikut-ikut rentak yang merbahaya seperti ini.

Maka terkulat-kulatlah PKR apabila umpan mereka tidak dilayan langsung oleh BN......maka kempunanlah mereka untuk berlagak hero dan menambahkan lagi kemelut kebencian rakyat serta tak berpeluanglah mereka untuk mengadu dumba rakyat serta memecah belahkan perpaduan rakyat yang terjalin erat selama ini.

Sepatutnya mereka terus berkhidmat dan berusaha membantu rakyat khususnya di Penanti ini......yang rata-ratanya masyarakat yang berpendapatan rendah dan tinggal di kampong.......Pak Pelandok telah meninjau beberapa kampong di Penanti seperti di Kuala Mengkuang.......Mengkuang Titi.......Kg.Pelet......Padang Ibu.......Kubang Semang.......Sungai Semambu.....Tanah Liat dan lain-lain......rata-rata kehidupan mereka masih daif dan perlukan perhatian dan pembelaan. Kampong-kampong masih bermini tar yang pecah dan rosak......tiada lampu jalan.....rumah yang daif dan usang......masih ramai yang mengunakan air telaga........masih ada anak-anak yang tercicir sekolah..........itulah yang sepatutnya diberi perhatian......apatah lagi Penanti yang berada di dalam Parlimen Permatang Pauh......sejak dahulu adalah kawasan tradisi DSAI.....biarpun semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri mahupun kini yang dikuasai Presiden dan Ketua Umum PKR.

Malang nasibmu Penanti dan Permatang Pauh........pemimpinmu sebenarnya hanya hebat berpidato.......penuh retorik.......dan politiknya hanya untuk nafsu amarah peribadinya semata-mata.

Pak Pelandok bersyukur penuh keinsafan...........bahawa nasib dan masa depan rakyat dan negara bukan benda taruhan dan tidak wajar di perjudikan. Syabas BN........tahniah PM.........tindakan yang hebat dan terpuji demi agama......bangsa........negara.


Wednesday 13 May 2009

PENANTI....PERAK....PRU 13





















GAGAHKAH LAGI UMNO.......
CERAHKAH MASA DEPAN UMNO :

Selamat Ulang Tahun ke 63

Kemelut politik tanahair tidak menampakan akan petanda surutnya………. Sebaliknya deru....gelora dan badainya semakin kencang dan ganas.........

Tsunami PRU 12 yang lalu masih meninggalkan kesan dan sampah sarapnya ...........bertaburan menyakitkan mata dan hati...............puing dan debu tinggalannya semakin membukit dan meloyakan tekak dengan bau hanyir dan tengiknya.

Kehilangan lima negeri..........Kelantan.....Kedah.......Pulau Pinang.......Perak dan Selangor..........termasuk Wilayah Persekutuan amat mengujakan sekali tanpa sebarang petanda yang sempat diberi buat menyediakan persiapan.

Kemenangan Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pauh........Kuala Terengganu..........Bukit Gantang dan Bukit Selambau bak puting beliung yang ganas badainya tanpa dapat di sekat dan dibendung lagi...........

Ikrar...tekad dan janji untuk berubah dengan memperkasakan UMNO bagi gerakan perjuangan yang lebih relevan.......dekat dan mesra dihati rakyat menjadi mauduk keutamaan terutama pada barisan kepimpinan Baru UMNO dan Negara.

Pakej Ransangan Ekonomi 1 & 11.......dengan sebahagian besar bajet terarah bagi membela dan membantu rakyat terutama yang berpendapatan miskin dan tinggal dipendalaman............Sumbangan.......subsidi........insentif berlipat ganda di fokus kearah meningkatkan tahap kehidupan dan keperluan rakyat............

1 Malaysia : Rakyat di dahului...Pencapaian di utamakan menjadi pegangan dan janji keramat ...menuntut keikhlasan dan kesungguhan tulin tanpa mengira kelas.......darjat atau warna kulit.

NAMUN.........belum nampak cahaya dihujung terowong.............kemelut dan pergeseran politik dalaman masih berlarutan dan berpanjangan..........seperti tiada kesudahan..........derita rakyat masih terselit dicelah azam menggunung Pak-Pak Menteri.

Sengketa politik mengaibkan bangsa dengan seribu penghinaan pada warisan leluhur dan melebur jatidiri bangsa menjadi mainan dan sandiwara popular.

Waat Kesetiaan dalam BN terasa kian longgar dan masih bak `enau dalam belukar’.........masih ada yang dengan berani ` menangguk di air keruh’ serta `gunting dalam lipatan’.

Belum ada gerak aggresif dan konprehensif untuk merealisasi matlamat...hasrat dan ikrar yang dilaung memenuhi ruang.........gerak dan gaya masih kaku dan tetap seperti selalu..........belum nampak gerakan massa yang proaktif dan mengesankan.

Masa yang ada tidaklah panjang.........PRU 13 semakin dekat...........angkatan tersedia belum perkasa........jentera lama masih lena..........cara bertindak tetap lesu dan penuh retorik.
Bagaimana UMNO mahu bersedia.........menanti hingga bila...........bukankan kini masanya untuk buktikan kata dan kerahkan tenaga. Jangan sekadar selesa menabur kata tanpa tindakan. Golongan muda belum didekati.........kemelut mereka belum terungkai........harapan dan keinginan mereka juga belum diselami............Gelegak dan darah muda yang membuak belum di kenali...apa mahunya mereka ini........

UMNO terlalu dewasa.........cukup matang dan berjasa.........tetapi seperti ditidakan jasa dan baktinya selama ini.........kenapa jadi begitu............

Maka peluang terhidang di depan mata.......Penanti.........DUN Perak dan PRU 13.........perlu direalisasikan dengan bukti dan bakti....dengan jentera dan angkatan sakti yang murni........ikhlas dan tidak mungkir janji..............

Memperkasa dan membudayakan jasa dan bakti perlu segera digerakkan...........tidak ada masa untuk dinanti-nanti lagi.........nak tunggu siapa........nak tunggu bila............

Kembalikan UMNO yang hebat dahulunya............kembalikan UMNO yang sentiasa di hati.........biar seluruh rakyat sentiasa mengingati jasa........ pengorbanan dan perjuangan keramat sejak 63 tahun dahulu sentiasa disanubari dan mata hati.

SELAMAT ULANG TAHUN UMNO : PARTI KERAMAT BANGSA.....AGAMA DAN NEGARA.

Tuesday 12 May 2009

NIZAR KEMARUK KUASA




ZAMBRY MASIH MB PERAK

Nampak gayanya Nizar masih belum boleh intihar dirinya Presiden 'Pertama' Republik Perak.......ini kerana Mahkamah rayuan telah memutuskan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah tinggi semalam.

Maka kempunan lah si Nizar ini untuk mengwar-warkan dirinya sebagai Presiden Perak........walaupun hanya sempat bermegah tak sampai 15 jam dengan angan-angan dan khayalan yang sungguh membahaya dan menjengkelkan sekali.

Selepas sahaja diputuskan mahkamah Tinggi semalam...........dengan bongkak dan sombongnya terus si Nizar ini menunjukan kuasa dan belangnya.................mengarahkan Zambry dan EXCOnya mengosongkan pejabat.........mengantung SUK, SU Kewangan Negeri dan SU Dewan........ memasang semula plat MB Perak di kereta Cambrynya........ menyerbu Pejabatan SUK dan Istana. Inilah tindakan orang yang kemaruk dan gila kuasa.

Sepatutnya Nizar ni bersabarlah dahulu jangan gopoh dan rakus sebegitu..............nampaknya Nizar tetap gagal dalam ujian Allah........amanah kuasa yang di beri tak pernah disyukuri sebaliknya terus bertindak zalim.......sombong dan aniaya.

Maka Allah Maha Adil.........tak sampai pun sehari.........mimpi kuasa yang diberi telah ditarik balik.........sekarang ni mana la nak letak muka............... Jangan pula dicanangkan bahawa Mahkamah tak berlaku adil.........walhal semalam Mahkamah jugalah yang memberikan keputusan yang memihak kepada Nizar ni........

Nampak gayanya Nizar and the geng masih terlalu sombong....bongkak dan zalim.............Tidak kah mereka punya akal fikiran untuk bermuhasabah tentang nikmat.......ujian......amanah........kuasa dan berlaku adil........... Maka sekali lagi pengajaran diberikan kepada mereka...........semoga kali ini boleh membuka mata hati untuk melihat kebesaran Tuhan dan bersikap rendah diri serta tahu menghormati orang lain.

Kesian Nizar..........kemaruk kuasa jika tak dibendung boleh memakan diri..........sama seperti dimakan sumpah............perlu di rawat segera..........supaya tidak menjadi lebih parah dan serius.

Monday 11 May 2009

ZAMRI YANG TEWAS


KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI MEMIHAK NIZAR

Yang di tunggu sudah terjawab..........yang mendebarkan sudah terungkai...........Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan bahawa Nizar sah sebagai MB @ Presiden Perak.

Zamri akan mengemukakan rayuan bagi menilai dan mencabar keputusan ini.....yang mungkin ada khilaf dan `lope hole'.

Apapun Nizar sudah boleh tersenyum lebar..........seperti sebelum ini...........yang tentu akan semakin ligat melambai-lambaikan tangan dengan lebih hebat dan cergas..............kerana ini memang `trade mark'nya.

Tahniah kepada Nizar kerana sehingga ini keputusan mahkamah ternyata memihak kepadanya..........dan ini jelas sekali bahawa sistem perundangan dan kehakiman di negara ini tetap berpaksi di atas kebenaran dan keadilan...........walaupun Pakatan Rakyat sering memperlekeh dan mempertikaikan sistem Kehakiman yang diamalkan dinegara ini.

Janganlah terlalu berdabik dada dan terus bersikap anggkuh....sombong dan menghina Sultan.........kerana masa hadapan belum tentu bagaimana.......dan apa pula yang akan berlaku..........kerana apa yang terjadi sebelum ini sewajarnya dijadikan pengajaran dan menginsafi kita semua....bahawa sememangnya kehidupan ini adalah sandiwara dan opera........apa sahaja boleh berlaku dan berubah sekelip mata............maka perlulah kita menjadi lebih bijaksana dan merendah diri...........

Biar bagaimana tinggi pun jua kita berkuasa..........mungkin esok hari kita kehilangannya....... kerana hari ini di anugerahkan kemenangan.....hanya sebagai ujian semula untuk melihat bagaimanakah kita akan mengurus amanah ini dengan baik dan menepati janji kita kepada sesama manusia dan Tuhan.

Menang hari ini.........bukan menang segala-galanya dan tidak juga menang untuk selama-lamanya............maka perelokkanlah budi dan pekerti............perhiaskanlah sikap dan tindakan dengan nilai dan budaya terpuji..............perilaku keji.....hina.....jelik........buruk eloklah dihindarkan sama sekali...........agar apa yang dimiliki hari ini tidak diambil semula oleh Yang Maha Kuasa.

Maka hari ini bermulalah episod baru buat Republik Perak dengan kemenangan seorang Presiden `Pertama' yang begitu buruk perjalanannya selama ini............penuh dengan penghinaan terhadap Sultan.........bangsa dan tanahairnya sendiri. Lihatlah pula selepas ini bagaimana...........wajah-wajah dan tangan-tangan lain yang bersisi gelap disebalik topeng Presiden ini...........akan lebih sombong.......ganas.........bongkak dan takburnya akan mempermainkan rentak dan tari yang lebih menghina dan menguris perasaan.

Sunday 10 May 2009

PRESIDEN PERAK



KEPUTUSAN MAHKAMAH ESOK : NIZAR PRESIDEN PERTAMA PERAK



Mahkamah akan membuat keputusan penting esok.........samada Zamri Kadir atau Nizar Jamaluddin yang menjadi MB Perak yang sah.

Apa pun keputusanya....terutama sekiranya menyebelahi Zamri Kadir dengan mengesahkan beliau sebagai MB yang sebenar mengikut Perlembagaan dan undang-undang...........maka reaksi dan tindakan Pakatan Rakyat sudah dapat dibaca dan di telah.

Jika sebelum keputusan di buat........mereka akan berkata....kita tunggu keputusan mahkamah dan kita akan menerima serta menghormatinya.

Namun sikap dan tindakan `dua muka' dan lidah bercabang mereka sudah jelas dan nyata.........sekiranya keputusan apa pun jua yang tidak menyebelahi mereka..........maka akan dikatakan tidak adil............dipengaruhi BN dan Sistem Kehakiman yang tidak telus dan sebagainya lagi..........

Maka lakukan apa sahaja atau apapun yang berlaku sekiranya tidak memihak kepada mereka.........maka sudah pasti tindakan susulan yang ganas....biadap dan penentangan akan dilakukankan mereka.........yang pasti sentimen dan gelora dendam penyokong mereka akan dibakar dan dirangsang.

Dahulupun begitu..........samada Kerajaan pimpinan PK boleh bertahan atau tidak....mereka kata kita serahkan kepada keputusan Sultan........apabila keputusan tidak menyebelahi mereka......maka sembah derhaka...........penghinaan dan pemberontakan pun bermula di negeri Gangga Negara ini.

Apabila Speaker nak ditukar.........mereka kata tunggu sidang dewan...kerana itulah medium demokrasi sebenar..........apabila keputusan tidak lagi mengekalkan mereka.......maka huru-hara dan kecoh yang amat sangat pun berlaku dalam Dewan.........tiada lagi batas-susila.......tiada lagi peraturan dan etika........tiada lagi rasa hormat pada Sultan dan Pembesar negeri yang berada dalam Dewan.........malah mereka sebenarnya telah menjadi tidak siuman seperti anak-anak kecil sehingga lupa mereka adalah ahli-ahli Yang Berhormat...........tetapi sebenarnya seluruh dunia melihat mereka seperti golongan samseng.........bebal.......dunggu dan bodoh-sombong.

Maka tunggulah keputusan mahkamah esok...........tindakan ganas dan liar mereka boleh kita lihat dan bincangkan esok..........dengan tindak tanduk yang tak bertamadun.......maka seperti biasa seribu satu alasan akan dimomokan kepada rakyat bahawa mereka teraniaya.........dizalimi dan dirampas segala kuasa dan hak mereka kononnya.

Pak Pelandok mencadangkan Pakatan Rakyat Perak ini lantik sahaja Nizar ni sebagai Presiden..........Sivakumar sebagai Timbalan Presiden.........Nge Ngoh sebagai Kepala Presiden...........kerana sememangnya mereka tidak menghormati Perlembagaan....mereka tidak menghormati Sultan dan amalan demokrasi hanya sandiwara dan dibibir semata-mata....... kerana itulah sahaja caranya untuk memuaskan hati dan nafsu mereka ini.

Jika sebelum ini sudah banyak kali sejarah hitam dan trajis telah mereka cipta di Perak..........maka ciptalah satu lagi sejarah hebat.........dengan melantik Nizar sebagai Presiden Perak yang `Pertama di Malaysia"..........maka akan pecahlah rekod politik negara ini...........dimana hebatnya Pakatan Rakyat mengulingkan Kerajaan Demokrasi dan Mengenepikan Sultan..........maka esok rakyat Perak akan mempunyai seorang Presiden yang pertama di negara ini.

Pak Pelandok sungguh malu untuk terus mengesahkan sejarah negara ini kepada anak cucu........kerana sejarah muktahir ini begitu lucu..........malang dan menyedihkan........

Thursday 7 May 2009

KUNG FU SIVAKUMAR














NAK KERUSI....NAK KERUSI.......JANGAN AMBIL.......JANGAN AMBIL : SANDIWARA KUNG FU SIVAKUMAR

Sandiwara di DUN Perak masih berterusan........
Sivakumar yang dah terlucut kerusi Speakernya tidak mahu menerima kenyataan.......

Maka memekik-mekiklah dia semasa ditarik dan diusir keluar dari kerusi Speaker yang didudukinya selama 1 tahun lebih ini......

Kedengaran suara lesu yang sebelum ini begitu lantang dan garang......Jangan tarik.....jangan tarik.....tak mahu......tak mahu.......nak kerusi.....nak kerusi....

Kasihan dia.....Kasihan Sivakumar.......

Siapa pun tentu akan hiba dan sedih......kerana dengan tiba-tiba keempukan dan nikmat duduk di atas kerusi berkuasa itu sungguh hebat.

Tiba-tiba terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana peraturan dan demokrasi.....
Selepas ini terpaksa duduk sebaris dengan orang lain..... di bawah pula tu.........

Maka hati mana yang tak hiba.......hati mana yang tak sedih..........SEDAP-SEDAP BERADA DI KERUSI HIKMAT TU............tiba-tiba orang lain yang akan mengantikannya disitu....depan mata pula tu..........

Lalu suara raungan terdengar semula: Tak nak- tak nak.......jangan tarik aku......aku nak duduk di situ lagi....selama-lamanya.......

Kesian Sivakumar.......apa dah jadi ni.......kena periksa dan rawat segera nampaknya....... tekanan akibat kehilangan sebuah kerusi rupanya begitu hebat dan dahsyat.....Patutlah selama ini beria-ia benar mempertahankannya........

Kasihan dia....Kasihan dia........Pak Pelandok pun teringat pesan orang tuan-tuan : Bahawa Langit Tak Selalu Cerah.......Beringat Sebelum Kena........Berjimat Sebelum Habis....... Maka habislah Sivakumar kali ini......yang ada hanya sejarah hitam dalam perjalanan sebuah sandiwara politik `Beringin Rendang'.

TOLONG...TOLONG SIVAKUMAR














RIWAYAT SPEAKER BERINGIN RENDANG

Sidang DUN Perak yang kecoh sejak pagi………..ekoran kedegilan dan kebiadapan bekas Speaker Sivakumar yang tak sedar diri......dengan berlansungnya drama babak demi babak sejak awal pagi hingga kini.....sungguh mengasyikkan lagi menghiburkan hati yang resah dan lara ini.

Speaker baru R. Ganesan yang dilantik mengantikan Sivakumar melaksanakan tugas dalam suasana tegang dan penuh kebingitan. Namun perjalanan dewan terganggu kerana Sivakumar yang tak faham peraturan itu..........mahu meneruskan sidang walalupun ditangguhkan oleh Ganesan.

Kebiadapan Sivakumar menganggu kelancaran sidang walaupun telah kehilangan kuasa...........menyerlahkan lagi sikap dan perilaku biadap dan tidak hormatnya kepada Pemangku Raja yang telah menunggu begitu lama di Kamar DiRaja sejak pagi.

Kesombongan dan sikap bongkak Sivakumar selama ini yang menyangka kuasa yang dimiliki sebagai Speaker begitu kebal...hebat dan besar............boleh menyelamatkan kedudukannya dan mengembalikan kuasa dan jawatan MB kepada puaknya............ternyata telah memakan diri dan begitu mudah di nyahkan melalui peraturan dan undang-undang yang di guna pakai dan dihormati semua pihak.

Maka menyalak dan melolonglah Sivakumar ini.............terpinga-pinga dalam bengis dan dungunya...........kerana sehingga awal pagi dia masih berkuasa dan beranggapan begitu mutlak untuk menentukan perjalanan Dewan dan Pertadbiran Negeri Perak.

Kesian Sivakumar................ kuasa telah terlucut.............taring telah tercabut............bisa sudah tawar..............itulah hakikat yang perlu di terima dalam amalan demokrasi dan sistem berpolitik di negara ini. Kerana selama ini merekalah yang sentiasa mengemukakan kejutan dan kaedah baru yang melanggar tradisi atas nama demokrasi dan undang-undang..........maka permainan itu tidak lagi berpihak kepada mereka.....sebaliknya apa yang diajarkan mereka selama ini telah memakan dan mengorbankan diri mereka kembali...............maka janganlah memekik............meraung dan melolong lagi...........kerana sumpah telah memakan diri.............manderom juga telah menikam kembali diri sendiri. Maka gila talak dan meroyan lah Sivakumar sekarang ini.

Bayangkan........hingga awal pagi Sivakumar masih berkuasa........sentiasa bercakap dengan kuasa hebat yang dimilikinya dengan sombong....bangga dan bongkak sekali...........betapa perkataan dan tingkahlaku biadap yang begitu menghiris perasaan rakyat Perak dan negara seluruhnya selama ini dengan siri tindakan penghinaan dan penderhakaan terhadap Sultan............tetapi ketika ini dia sudah menjadi Speaker..........sudah tiada apa-apa..........sudah menjadi wakil rakyat pembangkang yang biasa...........

Maka sedarlah Sivakumar.........Nizar dan konconya sekelian..............permainan dunia dan sandiwaranya tetap dilihat Yang Maha Kuasa.........jangan kerana kuasa kita hilang keimanan....kewarasan.........menjadi manusia yang hina dan keji..........sehingga sanggup menghina Sultan dan Perlembagaan....malah dengan sombong sanggup menguris hati dan perasaan rakyat dan bangsa. Maka tulah dan pengajarannya telah sampai...........terimalah akibat dan kesannya dari perbuatan dan tindakan bongkak dan `gila’ yang dilakukan selama ini.

Semoga episod ini memberi teladan dan pengajaran kepada kita...........bahawa apa sahaja perbuatan kita akan terpaksa menanggung akibatnya.................bentuknya sahaja berbeza tetapi hukum dan fitrahnya tetap berlaku............terima dan redzalah serta insaf dan sedarlah duhai Sivakumar....Nizar dan juak-juaknya semua.

Jika selepas ini Sivakumar masih tidak dapat menerima hakikat ini seperti juga Nizar yang masih merasakan dia masih MB............maka eloklah bersidang di `Dewan Pohon Beringin’ yang telahpun mereka persiapkan sebelum ini...........Selamat Bersidang Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian. Kasihan....Kasihan.............

Wednesday 6 May 2009

PAS : DUA X LIMA










PAS BERGASAK BEREBUT JAWATAN

Muktahir ini.........PAS bergelora dalam arus politik negara..........perbincangan dan tumpuan topik adalah kepada perebutan jawatan tertinggi PAS yang akan berlangsung pada muktamar di Selangor Jun nanti.

Jawatan Presiden...Timbalan Presiden dan Naib Presiden begitu panas menjadi `target' dan idaman para pemimpin PAS yang begitu mengharapkan dapat mengisi kedudukan tertinggi berkenaan. Calon-calonnya bukan main sibuk sekarang ini...........melobi....berkempen dan saling mengeluarkan kenyataan samada mengangkat diri atau menyerang calon lawan mereka.

Malah jawatan utama dan kedua yang sangat-sangat diidamkan ramai itu...terutama oleh penyandang sekarang dan Nik Aziz...sebenarnya bukan mereka sahaja yang mahukan jawatan berkenaan....malah secara senyap timbalan sekarang Nasaruddin Md Isa dan semua Naib Presiden begitu berharap dan berdoa semoga mereka di calonkan serta di beri peluang menduduki kerusi empuk yang hebat itu.

Tak cukup dengan kempen dan lobi melobi itu...........maka isu-isu `Kerajaan Perpaduan'............Jawatan Presiden dan Timbalan perlu di untukkan untuk ulama...........maka suara sumbang dan nada panas berapi serta pertelingkahan semakin lantang mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang sering terbabas dan menegakan benang basah......tidak hairanlah kerana selama ini PAS tidak mempunyai perlembagaan dan aturan jelas bagaimana untuk mengisi jawatan tertinggi dan bagaimana pula untuk beroperasi secara sihat dan `Islam'.

Pak Pelandok melihat ini semua........tidak ubah sebagai permainan dan tindakan politik semata-mata........ bahawa sebagai sebuah parti politik PAS juga tidak pernah lari dari tuntutan dan kaedah berpolitik duniawi sebegini.........maka samalah sahaja PAS dengan parti politik yang lain.......samalah secara fizikalnya seperti UMNO...........MIC.........MCA...........PKR dan DAP.

Apa yang lainnya..........hanyalah slogan dan momokan Islam sahaja....walhal perjalanan.......sikap dan tindakan malah rohnya tetap sebuah parti politik `duniawi' yang sering berbalah.........merebut kuasa dan jawatan.............bercakaran dan penuh dengan sifat-sifat bukan kemanusiaan malah tak lari dari amalan `Marciveli' yang menghalalkan segala cara demi mencapai matlamat dan kepentingan.

Demi jawatan hilang sudah topeng kewarakan pada yang bergelar ulama........hilang sudah etika kesantunan dan musyawarah dalam barisan kepimpinan PAS..............serang-menyerang.............bongkar-membongkar...............umpat dan caci mulai jelas kelihatan di wajah mereka.................hilang nilai dan budaya Islam yang dicanangkan selama ini................hanya kerana kuasa dan kedudukan.

Maka semakin jelaslah ..........sebagai sebuah parti politik PAS juga sama seperti yang lain...........walalupun kononnya mempunyai Majlis Syura dan Ulama..........walaupun sering menempelak dan menuduh UMNO tidak Islamik.............maka perjalanan dan peri tindakan PAS sekarang jauh menyimpang dari landasan dan tuntutan agama.

Lihatlah bagaimana PAS sanggup membelakangkan prinsip dengan jalinan hubungan akrab dan mesra dengan DAP yang jelas menentang `hudud' dan `negara Islam'..............lihat pula hubungan setia dan mantap PAS dengan PKR.........sebuah parti sekular yang jelas membawa kebatilan....pembohongan dan budaya fitnah.....ganas dan liar di negara ini.

Apakah Islam membenarkan hubungan intim sebegitu rupa sehingga sanggup mengadai diri demi mendapat kuasa dan kedudukan...........sampai bila PAS mahu di perbodoh dan di pergunakan oleh DAP dan PKR..........apakah matlamat `perjuangan Islam' boleh di ketepikan semudah itu........demi menjalin hubugan mungkar dan songsang ini.

Maka PAS janganlah terus sombong diri..........nilai dan kaji lah kedudukan sekarang ini........kembalilah kepada pangkal dan fitrah demi kepentingan agama.......bangsa dan tanah air. Jernihkan dan tautkan hubungan dengan parti seagama dan sebangsa......kerana itu lebih baik dari menjadi mangsa dan pupus dek adu dumba dan mainan jahat rakan kongsi yang bermain mata selama ini.

Perebutan kuasa dan jawatan antara blok ulama dan pro endorgan adalah mainan biasa politik.....tetapi ganjil dan huduh pada parti yang mengaku Islam..........Maka sama sahajalah parti politik yang lain dengan PAS ini............ berebut kuasa dan kempen serta serangan panas yang melampaui susila adalah permaian politik.............maka PAS juga seperti yang lain...........2 x 5 dan lebih teruk dan huduh dari yang lain.




Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails