Thursday 29 April 2010

RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI

KETUK-KETUK PAHAT..RUMAH SIAP JUGA
KUAT ANJING MENYALAK..BUKIT TERSERGAM JUGA

Bagai perangai budak kecil........melepaskan geram dengan berguling.......membaling permainan dan bantal......menyelerakan rumah..........kerana tak dapat apa yang di inginkan.............

Itulah peel dan perangai PKR termasuklah calonnya yang kalah di Hulu Selangor.............bermacam tuduhan.......kata nista dan umpat cela yang tak habis-habis dihamburkan kerana tak dapat menerima keputusan PRK itu........dek tak percaya dengan pilihan rakyat Hulu Selangaor..........tak dapat menerima kenyataan bahawa proses demokrasi telah menentukan sedemikian..........adat pilihanraya.

Tuduhan demi tuduhan yang bermula semasa kempen pilihanraya masih terbawa-bawa hingga sekarang........malah lebih memualkan ialah sehingga nak bawa petisen ke mahkamah pula...........cukuplah tu........masa kempen dulu.......bukan main lagi tomahan dan dakyah yang dilemparkan pada BN........tapi masih tak puas-puas lagi hingga nak bawa ke mahkamah pula.........memang la pembangkang ni tak ada kerja lain........asyik buat onar dan masalah je.........sepatutnya buat kerja jaga kebajikan rakyat dan negara. Berpolitik biarlah berpada........pada masa dan ketika tertentu sahaja.......bukanya melalak sepanjang masa.

Kalau ya pun nak tunjuk hebat.......bantulah masalah rakyat........masih ramai yang bermasalah dan kesempitan...........selesaikan dahulu masalah rakyat...........bukannya asyik menimbulkan masalah.......kemelut dan kacau-bilau semata-mata. Kalau tak ada kerja atau tak tahu nak buat kerja sekalipun........janganlah diganggu Kerajaan dan BN yang serius berusaha nak bantu rakyat dan membangunkan negara.

Umum tahu...calon PKR ini seorang pengamal undang-undang........kok ya pun janganlah di gunakan kelebihan yang di anugerahkan tuhan tu untuk menyusahkan orang lain.........berdosa tu.........jadilah seorang insan yang budiman dan berpekerti mulia...........itu lebih baik dari bersengketa dan berdendam sepanjang masa. 

Belajarlah dari masa yang lepas........daripada tiada.........tuhan telah jadikan kita berkuasa........berada dipuncak.......hebat.......dan di hormati..........takdir juga yang menetukan perjalanan hidup ini...........malah kerana penyakit hati kita jatuh tersungkur kembali.........maka redalah dengan takdir ini.........jangan di tambah lagi segala kerumitan dan masalah yang merugikan bangsa dan negara ini.

BN juga sering kali kalah dalam PRK.......malah jumlahnya lebih banyak dari PKR.........tidak pula BN menyeret ke mahkamah atau terus-terusan mempertikaikan kemenangan pembangkang.......jadi belajarlah untuk menerima kekalahan dan kenyataan.

PAK PELANDOK mengeleng kepala melihatkan gelagat orang politik ni.........rupanya masih ramai Si Kitol dan Raja Mandaliar di bumi bertuah ini. Ya Allah lindungilah rakyat dan negara ini dari segala musibah dan bencana.

Wednesday 28 April 2010

ROTAN KUBANG ROTAN












ADUN PAS KUBANG ROTAN HINA ISTANA

Terkejut besar seluruh rakyat terutama rakyat negeri Kedah.......apabila mengikuti perjalanan Sidang DUN yang sedang berjalan sekarang ini.............

Manakan tidak...........di negeri berdaulat ini di mana intitusi Raja adalah merupakan payung negeri dan berkuasa mengikut Perlembagaan Negeri dan Persekutuan..........adalah warisan sejarah jati diri bangsa........merupakan lambang kemegahan bangsa yang bertamadun sejak kurun ke 11 lagi.........di mana intitusi Raja begitu di hormati dan di sanjung oleh seluruh rakyat Kedah.

Namun dalam persidangan DUN yang berlangsung sekarang..........seorang wakil rakyat PAS telah mengemukakan usul / pertanyaan yang mempertikai kedudukan dan kuasa Sultan.........soalan berkenaan jelas menampakan wakil rakyat berkenaan amat dangkal dan buta sejarah dan perlembagaan. Sebagai wakil rakyat sewajarnya beliau sudah arif dan faham mengenai kedudukan dan kuasa seorang Sultan.

Malah cara soalan itu diajukan........sebenarnya menampakan kredibiliti dan tahap pemikiran seorang wakil rakyat yang begitu kabur dan rendah sekali keintelecualanya..........malah sebenarnya ialah merupakan satu penghinaan kepada intitusi Raja dan seluruh rakyat negeri Kedah.

Itulah akibatnya........nak jadi hero.........nak alih perhatian dari kelemahan kerajaan negeri yang dihimpit pelbagai isu dan masalah yang tak dapat diselesaikan.............maka agenda yang di rancang telah memakan diri.........sepatutnya wakil rakyat ini lebih mengutamakan masalah dikawasanya.........isu sampah bertimbun..........longkang tersumbat dan pecah...........nyamuk adies yang semakin membiak..........kemiskinan penduduk.........masalah penagih dadah.........pecah rumah dan kecurian.............dan seribu satu lagi masalah yang tak pernah di ambil peduli..............

Maka para pengundi Kubang Rotan sekelian..........renung dan fikirkanlah hal ini...........adakah wajar wakil rakyat yang dipilih itu dengan sewenang-wenangnya cuba mempersenda dan memperkecilkan Sultan.............walaupun Speaker Dewan telah menolak usul sampah berkenaan...........tetapi ADUN berkenaan perlu memohon maaf kepada Sultan dan seluruh rakyat Kedah............dan kepada pengundi Kubang Rotan..........wajarkah wakil rakyat sebegini boleh diharapkan..........sedangkan jelas sekali begitu rendah pemikiran dan pengetahuannya serta amat cetek tentang perlembagaan dan intitusi Raja yang menjadi payung dan warisan selama ini.

Pak Pelandok sedih sekali dengan apa yang berlaku ini..........nampak sangat ketidak wibawaan wakil-wakil rakyat dan kerajaan negeri ini............. apa yang berlaku ini amat memalukan dan aib sekali apabila diperkataan orang ramai secara terbuka..........kesian Kubang Rotan............

Wednesday 21 April 2010

PKR MENANG.......DI HULU SELANGOR





















PKR MENANG SORAK
.
.......BN MENANG PRK

Gegak gempita kempen di Hulu Selangor....hari kelima hari ini bertambah sengit dan bahang semakin terasa membahang...........

Calon PKR begitu yakin untuk meraih sokongan pengundi walaupun terpaksa menghadapi serangan peribadi beberapa laman blog yang mengaitkan isu negetif mengenai peribadinya sebelum ini.

Para hulubalang PKR seperti MB Selangor dan Penasihat Umumnya beria-ia membela dengan mengaitkan isu berkenaan sebagai isu lapok yang tak sewajarnya dibangkitkan semula.

Maka para soldadu PKR pun mula menyebarkan cerita bahawa isu itu sengaja di reka dan ditaja BN bagi merosakan imej calon mereka........walhal semua orang tahu bahawa BN terutama UMNO tak terlibat langsung dalam hal-hal peribadi seperti itu..............sebaliknya adalah pendedahan para bloger yang menyahut cabaran dari Timbalan Presiden PKR yang begitu sombongnya cuba merendahkan kredibiliti dan kesahihan kes dan isu tersebut.

Lebih parah dan paling menakutkan PKR kini ialah apabila Bendahari PKR Hulu Selangor meletak jawatan dan menyertai UMNO...........apabila orang yang paling kanan.........pengasas dan doktor peribadi DSAI itu keluar PKR dan membuat kenyataan tentang tembelang dan penyimpangan perjuangan PKR.............maka pandangan dan dunia PKR menjadi gelap........gegak-gempita ekoran trajidi yang tidak disangka ini...........mereka terasa amat terpukul sekali...........dan graf sokongan pengundi terhadap PKR merudum dan menjunam dengan begitu teruk dan drastik.

Para pengundi semakin sayang kepada calon 1 Malaysia BN, sikap mesra dan empatinya yang tulin dan asli benar-benar memikat dan ciri-ciri kepimpinan serta keprihatinan yang di tunjukkan calon BN ini telah di janjikan sokongan tak berbelah bagi dari sebahagian besar pengundi yang ditemui.........malah pengundi di sini sudah muak.......jemu dan bosan dengan janji kosong PKR selama ini..........yang ternyata tak pernah ambil tahu hal dan masalah rakyat dan kawasan............sebaliknya lebih mengutamakan agenda peribadi pemimpin utama mereka sahaja.

Janji dan ikrar pengundi Hulu Selangor akan mereka buktikan pada 25 April ini..........mereka akan memberikan kemenangan pada BN........kerana mereka amat inginkan perubahan dan pembangunan seperti kawasan dan daerah lain.........yang mana kawasan mereka begitu ketinggalan dan terabai sejak PKR menguasai kawasan ini kerana mereka lebih mengutamakan matlamat utama ke Putrajaya yang sebenarnya adalah mimpi dan retorik belaka.

Pengundi juga sudah muak dengan sikap taksub.........ganas dan ala samseng jentera pembangkang yang sangup melakukan apa sahaja walaupun yang ganas dan keterlaluan tanpa menghirau perasaan dan hak orang lain dan tidak langsung mahu menghormati undang-undang.


Pak Pelandok juga bersimpati dengan luahan perasaan para pengundi di Hulu Selangor ini.......dan menantikan detik pengumuman kemenangan BN pada 25 April nanti...........

Friday 16 April 2010

GARUDA MELANDA KEDAH




KERAJAAN PAS KEDAH MAKIN GOYAH


Satu demi satu masalah melanda kerajaan PAS Kedah. Menteri Besar kian berserabut dan mula hilang punca........tak tahu nak kata apa.........dan tak sempat nak fikir lagi........


Seorang demi seorang anggota kerajaannya belot dan keluar parti.......yang berhenti dari EXCO........yang kena pecat............yang lari keluar dan yang masih tunggu hari saja lagi nak isytihar........kerajaan PAS semakin kecut perut........saban hari menghitung hari saat-saat akhir mereka.


Garuda yang melanda Kedah bukan sebarangan.........ianya hasil belaan dan klon dari PAS dan Pakatan Rakyat sendiri..........itulah sebabnya jangan main klon-klon........kerana spesis klon ini tak sama dengan yang asli. Akhirnya klon ini makan tuan pula........ini yang jadi sekarang ini..........



Bermula dengan ADUN Bukit Selambau.....kemudian Lunas.........agak terbaru MP Kulim/Bandar Baharu.........yang terakhir ADUN Sidam Kanan...........semangat MB semakin lemah........mengenangkan nasib badan............... kerajaan pakatan semakin lemah dan mengecil.............


Ada lagi yang akan menyusul.........mengambil langkah berani dan bijak........mencontohi rakan-rakan yang lebih berprinsip dan menolak kemungkaran dan pembohongan............mereka tidak lagi sanggup bersandiwa dan menggula-gulakan rakyat.........sedangkan depan mata saban hari sampah semakin menimbun...........lalat dan nyamuk semakin membiak............peluang pekerjaan kian berkurangan..........air pili setiap hari kering dan kontang..............wakil rakyat hanya bijak berceramah dan menyalahkan orang lain.


Kesian MB Kedah..........garuda yang dibela semakin ganas dan mula menyambar..................... GELOMBANG BIRU di nanti rakyat.................retorik dan janji kosong akan di buang rakyat..............GELOMBANG BIRU DAN SEMANGAT PADI akan mengisi kekosongan itu...........akan di sambut rakyat untuk membina semula runtuhan dan kehancuran dari amukan Garuda.


GELOMBANG BIRU DAN SEMANGAT PADI akan berarak bermula dari KUALA............dan akan terus menaungkan seluruh negeri bertuah ini. Kita doakan demi masa depan generasi dan negeri tercinta ini.........akan kita sahut dan benihkan SEMANGAT PADI bersama naungan GELOMBANG BIRU INI.......


Pak Pelandok masih tercari-cari siapa yang akan mengemudikan bahtera GELOMBANG BIRU ini................dari gunung atau pulau........mungkin juga dari muara ataupun KUALA................

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails