Thursday 13 May 2010

DUN KEDAH BUBAR

KEDAH MENUNGGU REBAH

Kerajaan PAS Kedah semakin goyah……..ibarat nyawa-nyawa ikan sahaja lagi........hanya mampu menunggu ajal yang akan menjelma bila-bila masa sahaja lagi……

Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah terutama MB nya sudah kehabisan ikhtiar untuk mencari talian hayat.......kini begitu nazak dan tercungap-cungap menyedut sisa-sisa nafas terakhir yang ada……

Bantuan yang di nanti tak kunjung tiba……hulubalang dan bala tentera luar terkandas dengan kemelut dan isu yang mereka cipta sendiri di negeri masing-masing. Isu dan agenda yang di cipta kini mula memakan diri dan melondehkan daki dan kotoran dalaman yang selama ini berjaya di sorok dari rakyat terutama pada penyokong sendiri. Bau hanyir tembelang yang pecah begitu meloyakan tak mampu di bendung lagi……..hinggakan para penyokong yang begitu taksub selama ini pun tak sanggup lagi menghidu dan bergelumang dengan segala bentuk kemungkaran dan sandiwara………mereka mula melarikan diri dan tak sanggup lagi bersekongkol dengan segala macam penindasan…..penyelewengan dan penyimpangan yang berlaku.

Berbondong-bondong ahli dan penyokong Pakatan Rakyat keluar parti dan menyertai BN di seluruh Kedah…….hampir 2000 orang di Padang Serai dan Kulim…….lebih 100 orang di Alor Setar…..ada hampir 700 orang lagi di Sungai Petani dan Kuala Muda akan mengistiharkan keluar parti PAS dan PKR………bukan sekadar istihar keluar parti…..malah mereka meluahkan kekecewaan terhadap janji palsu dan pengabaian terhadap rakyat selama ini dan sikap pemimpin mereka yang hanya bijak berpidato tanpa sebarang idea dan usaha untuk membangun negeri dan membela rakyat.

Bukan hanya ahli dan penyokong sahaja yang keluar parti……malah beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat juga akan turut keluar parti dalam waktu terdekat ini…….untuk bersama-sama dengan rakyat yang tidak tertahan lagi dengan retorik dan cakap kosong pimpinan tertinggi mereka yang mengutamakan kepentingan diri dan kroni semata-mata.

MB sudah tiada pilihan….jalan terbaik bagi menyelamatkan maruah dan kedudukan mereka……ialah membubarkan DUN…….kuasa perlu di kembalikan kepada rakyat. Proses Demokrasi perlu di laksanakan segera……..mandat rakyat perlu di tagih kembali……jika tidak nasib malang seperti yang menimpa Nizar di Perak akan berulang……..maka ketika itu segala teriak tangis…..laung dan pekik sudah tidak bermakna lagi…….akhirnya menjadi jiwa lebih parah dan tidak keruan………maka jadi sasaulah seperti Nizar yang terjerit-jerit keseorangan di merata tempat menagih simpati dan sokongan.

Mungkin kini Nizar mulai sedar……siapa kawan dan lawannya…..mana dalang dan penyokongnya………tiada siapa lagi yang mahu membela dan seiring denganya lagi……. Maka MB Kedah pun telah arif dan amat khuatir situasi begitu terjadi padanya dan kerajaan pimpinannya yang tidak mampu lagi menentang arus kebangkitan dan protes rakyat ini.

Pak Pelandok tertanya-tanya kenapa boleh berlaku sebegitu rupa…….lalu beberapa orang tok ayah dan tok guru menyatakan itulah balasan dan kifarah Allah terhadap mereka yang di beri amanah tetapi mengkhianatinya…….diberi kuasa tapi menyalah gunakanya……..di beri kesempatan tetapi di remehkanya……..di beri kedudukan tetapi lupa diri dan janji………menjadi sombong……bongkak…..angkuh dan bangga diri…… sehingga lupa asal-usul…….lupa maruah……..hinggakan rakyat sanggup diperbodohkan…...ulil amri (Sultan) di perlekeh dan di hina……agama di perdagangkan…….masjid dan surau di jadikan gelanggang keji menabur fitnah dan dakyah kotor……..rakyat di adu dumba……keluarga dan masyarakat di pecah belahkan……kampong halaman menjadi huru-hara…….negeri menjadi mundur dan terkebelakang.

Maka tulah daulat Raja-Raja Melayu yang di persendakan kini memakan diri mereka.........Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba di Bukit Seguntang seperti yang di pusakakan oleh Tun Sri Lanang…….kini sedang di robek…..di injak dengan rakus mulai terbukti………..

Janganlah dek sengketa…….nafsu amarah.......dendam kesumat…… maka sejarah hitam 500 tahun dahulu berulang kembali………apabila kuasa yang ada di ragut orang……maruah dan harga diri di noda orang…….bangsa di hina……kebebasan di rampas………negeri di teroka orang………

Maka kembalilah kita ke akar umbi…….dengan semangat perjuangan datuk nenek kita yang telah mengorbankan jiwa raga mereka bersama wadah keramat UMNO sejak 64 tahun dahulu. Bersamalah kita pertahankan maruah…….jati diri dan masa depan anak cucu kita yang kian terancam ke jalan dan kehidupan yang cemerlang dan bahagia. DIRGAHAYU UMNO.

Wednesday 12 May 2010

BETULKAH MELAYU



BUKAN BEGITU JATI DIRI MELAYU

Kemelut mengingkari perintah DYMM Sultan Selangor......yang menegah masjid dan surau dijadikan flatform politik.......dengan sanggahan oleh Nik Aziz.........kini terus diputar belit dan di sokong kuat oleh hulubalang besar pembangkang Zaid Ibrahim.

Surong-tarik ini berterusan apabila maha garpu Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim turut gatal mulut nak tunjuk serba tahu...mengeluarkan kenyataan mempertahankan hulubalang cedera di medan Hulu Selangor itu...

Walaupun pelbagai pihak dan Ngo's telah meluahkan pandangan dan desakan mereka...........mengherdik dan mengecam sang peguam yang masih bersedih dengan kekalahannya itu.......namun dengan lebih biadap manusia ini......tetap keras mempertahankan fahaman salahnya. Dengan penuh nada sombong...angkuh dan lagak serba tahunya........ia tetap mempertahankan kenyataanya sebagai tidak salah.....dan tidak akan memohon maaf kepada istana Selangor.

Maka.......seantaro dunia melihat......petapa seorang Melayu sudah hilang hormat......setia dan kasihnya kepada Sultannya sendiri........dunia juga sedang melihat bagaimana perjanjian Demang Lebar Daun dengan Wan Empuk Wan Malini sedang di koyak rabakan. Biarpun kita bukan dari Selangor.........mempertikaikan dan mempersendakan titah Sultan Selangor.......samalah juga kita mempertikai dan mempermainkan kedudukan Sultan di negeri lain seperti Kelantan....Kedah......Perak dan negeri beraja yang lain.

Maka adap.....susila......sopan-santun Melayu yang terpelihara dan tersemai ribuan tahun dengan mengutamakan Sultan sebagai payung......penghormatan dan lambang ketamadunan dan jati diri bangsa sedang di kotak-katikkan oleh bangsa sendiri. Perbuatan buruk ini sedang dinilai dan di teladani oleh generasi muda yang semakin jauh dari sejarah dan warisan pusaka bangsa ini.

Malah orang lain.......di dalam dan luar negara sedang ketawa......bertepuk tangan dan terus meniupkan lagi bara.....agar terus marak menjadi api membakar segala apa yang ada........biar Melayu hilang segala-galanya........biar padan muka......biar Melayu menjadi bangsa peminta-minta dan bangsa tak punya identiti dan jati diri.

Maka berbanggalah orang-orang seperti ini........walaupun mereka di puji dan di beri semangat.......sebenarnya itu semua adalah racun untuk membunuh bangsa sendiri........adalah senjata untuk menikam bangsa sendiri. Sedarlah bangsa ku.......jangan terlalu angkuh......sombong dan bongkak dengan apa yang di miliki hari ini. Orang-orang sebeginikah yang mahu kita jadikan pemimpin dan ikutan......golongan sebeginikah yang mahu kita letakan amanah dan kepercayaan.

Pesan Hang Tuah....Takkan Melayu hilang Di Dunia......tetapi berapa ramai kelompok Melayu di dunia hari ini yang hanya tinggal nama Melayu.........sedangkan identiti.......jatidiri....... budaya dan adap susilanya sudah lenyap dan terhapus. Ingatlah dan renungkanlah bersama...........     

Wednesday 5 May 2010

MENGHINA SULTAN - MENULAR KE KEDAH

AGENDA BESAR PAS

Gelombang keruntuhan PAS semakin merebak......ini merunsingkan pucuk pimpinannya.......selain masalah dalaman dengan seribu konflik peribadi dan perebutan kuasa........di tambah lagi dengan tekanan PKR dan DAP yang menjadikan PAS sebagai batu loncatan dan kuda tunggangannya.

Kepincangan PAS terutama di Kelantan dan Kedah begitu ketara........apatah lagi kelemahan kerajaan negeri yang tidak mampu mengurus dan mentadbir dengan baik ......cekap......dan sempurna, malah suara-suara dan rungutan rakyat mengenai kehidupan yang tersepit dan daif tidak mampu lagi dibendung.......rakyat tidak boleh lagi terus didendangkan dengan lagu-lagu rakyat dan padang pasir berterusan yang mengasyikan.......mereka juga perlu hidup...bernafas......makan-minum........memiliki rumah.........mempunyai pekerjaan dan berpeluang memiliki pendidikan dan kemahiran tinggi.

Suara dan bantahan rakyat semakin lantang di Kelantan....Selangor dan Kedah..........hidup tidak semata-mata di momokan untuk beribadah sahaja.......kesederhanaan dalam agama bukan bermakna membiarkan terus hidup dalam serba kekurangan......kemiskinan dan kepapaan. Rakyat semakin tertekan......jalan kampung semakin banyak rosak dan berlubang.........kawasan kampung dan taman di penuhi longgokan sampah dan lalat-langau..........longkang kian terkambus dan tersumbat......menjadi sarang Aedes membiak dan menyebarkan Denggi........masjid dan surau semakin suram dan sepi.........hanya gah dan gemuruh dengan tempik sorak para ustaz PAS berceramah saban malam dengan menjadikan rumah Allah yang suci ini sebagai medan kotor politik sempit mereka.

Lalu PAS mencari-cari strategi baru untuk kembali menonjol dan mendominasi minda rakyat.............maka jarum halus PKR dan DAP mula menjalar dengan memperkudakan PAS yang pasti melatah dan menurut membabi-buta...........maka agenda baru di ketengahkan dengan mengheret dan mempertikaikan kedudukan dan kuasa Sultan.......telah pun di saksikan sebagai titik hitam dalam sejarah orang Melayu apabila mereka menyembah derhaka di Perak......mempersendakan titah sultan di Selangor.......tidak mengunjungi dan membantu kemelut istana di Kelantan dan kini terbaru mempertikaikan pula kedudukan dan kuasa sultan di Kedah. 

Maka berjayalah matlamat `Malaysian Malaysia'........`Midle Malaysia'.........di mana akhirnya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah `Republik' yang sudah pasti akan menghapuskan kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu dan keistimewaan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini bukan pekara kecil dan main-main.........maka dalam berpolitik jangan bermain dengan api..........jangan dijolok sarang tebuan........

Pak Pelandok sungguh sedih dan berwalang hati dengan senario malang ini........masihkan kita tidak sedar dengan permainan merbahaya ini........yang semakin mengheret kearah kehancuran dan kemusnahan ummah dan negara.

TAHNIAH dan SYABAS kepada UMNO Bahagian KUALA KEDAH kerana bingkas dan lantang bersuara membela dan mempertahankan Sultan dari penghinaan yang terancang ini..........dan bagaimana pula Bahagian yang lain terutama Perhubungan Negeri...............

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails