Wednesday, 25 April 2012
Adegan Berahi Mahasiswa Di Dataran Merdeka !!!
Mak Bapa di kampong memerah keringat disawah dan kebun getah......
mengadai nyawa di tengah lautan......mencari sesuap nasi dan segenggam
rezeki untuk anak-anak tercinta nun jauh di kota mencari ilmu.......
Doa dan air mata mereka adalah harapan menggunung yang tergalas sebagai amanah maha besar.....
Namun mereka terkulai dengan hasutan dan adu domba......jembalang berwajah manusia....
mereka hanyut...lemas dalam hanyir nafsu dan dendam kesumat si mata satu....
Tuesday, 20 March 2012
FATWA PAS - HJ HADI
FATWA HJ HADI
Dulu kafirkan UMNO.......kata imam org UMNO perlu di farakah......mayat org UMNO tak boleh di sembahyangkan......sembelihan org UMNO haram dimakan.......isteri UMNO perlu di ceraikan........duit dan sedekah UMNO haram hukumnya......
Kini....... sudah boleh....semuanya jadi boleh......demi fatwa PKR dan DAP......demi mimpikan Putrajaya.........sedangkan Yahudi merupakan bangsa laknatullah...disebut dlm AlQuran......didoakan semua umat Islam ...waima khutbah jumaat di seluruh dunia termasuk di Masjidilharam......semuanya memohon pertolongan allah untuk menghadapi kezaliman dan kejahatan yahudi.......hari ini mana ada lagi yahudi yg baik.........majoritinya terutama yg disokong Anuar ibrahim adalah yang zimmi...zalim dan penentang islam.......
Maka hari ini Hj Hadi....Nik Aziz bersama Anwar nak berkawan pulak dng puak-puak ni.......haru....haru.......
Monday, 19 March 2012
UMNO Kulim Bermain Api
Datuk Kadir Sheikh Fadzir Keluar UMNO
Pemimpin
veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir
Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan
parti itu.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
PAK PELANDOK : apa komen barisan kepimpinan UMNO Kulim-Bandar Baharu........yang sebelum ini mati-matian mempertahankan bekas Menteri yang semakin intim dengan pembangkang........ maka yg kasihannya ialah Datuk Aziz......camna la agaknya nak hadapi PRU nanti............
Dah Terang Lagi Bersuluh........Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedasnya
Friday, 9 March 2012
IMAM KAH DIA
Imam Baling Selipar Dihukum Penjara Setahun
Mahkamah
Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas
seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah
berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel
hakim.
Pak Pelandok : Baru tahu langit itu tinggi atau rendah........jangan ingat kita boleh berbuat sesuka hati sahaja sehingga tak tahu langsung nak hormati undang-undang dan peraturan.
Patutnya sebagai imam......tunjukanlah contoh dan tauladan dengan ciri-ciri
mulai dan terpuji..........bukanya baling kasut sesuka hati..........
Dah terang lagi bersuluh........siapa punya ajaran dan semangat yang meresap dan jadi amalan `tok imam' ni.....mencemarkan kesucian imam dan agama sahaja........inilah padahnya bila berimamkan Guan Eng dan Karpal Singh serta berkawan `syaitan'..........berkhidbatkan ajaran `manusia `anugerah tuhan'.
Iman lain-lain tak seperti ni..........buat malu intitusi Imam-Iman sahaja.
Tuesday, 6 March 2012
MB KEDAH LETAK JAWATAN
MENTERI BESAR PAS KEDAS TEWAS..........ENDOGAN KECUNDANG.......
Ayam Terlepas.......Tangan terlekat Tahi.........
Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya............
AMAT jengkel dan memalukan kepada semua penyokong PAS..........seorang MBnya telah dihadkan kuasanya ekoran krisis dan tekanan dalaman yang tak pernah berlaku.
Apa maknanya menjadi MB......sekiranya kuasanya dihadkan dan tak boleh lagi membuat sebarang keputusan.......EXCO dan jawatankuasa pemandu lebih hebat dan menguasainya.......
Maka jadilah MB itu sekadar tunggul.....patung dan hiasan semata-mata........maka jadilah MB itu hanya tukang angguk....tukang tandatangan dan balaci tunggangan orang tertentu........
Sebenarnya MB Kedah telah tewas.......golongan ulama sudah kecundang.........PAS sudah huru-hara.......maka ketawalah dengan kemenangan segala juak-juak `parasit' dan puak endogan.
Maka MB tunggu apa lagi........malu sungguh di perkotak-katik begitu.........wujudmu hanya sekadar pelengkap sistem sahaja.......maka lebih baik berundur segera.......letak jawatan...daripada menanggung aib di conteng arang kemuka.....dipijak kepala sesuka hati.........maruah dan harga diri kini bernilai sekupang sahaja........
Pak Pelandok melihat perkembangan ini sebagai saat-saat terakhir seorang MB yang sering berkata `tak tahu' akan meletak jawatan juga akhirnya demi maruah dan harga diri........kerana tiada maknanya lagi menjadi MB yang tidak berkuasa......yang terpaksa menurut perintah pihak lain......dan terpaksa tunduk kepada kehendak barisan EXCO dan pimpinan bawahannya sendiri..........Masanya kian hampir........kita nantikan bersama..........
Monday, 5 March 2012
DATOK KADIR SHEIKH FADZIR DI ANIAYA
KENAPA PERLU SIDANG MEDIA:
Manusia Mati Meninggalkan Jasa
UMNO Kulim-Bandar Baharu dlm sidang media nya ptg tadi menyatakan betapa bhg ini tetap berdiri teguh dibawah kepimpinan YAB PM dan TPM, mereka juga menzahirkan sentiasa bersedia berkhidmat penuh ikhlas demi perjuangan mulia UMNO.
PAK PELANDOK: TAK SESIAPAPUN NAFIKAN PEKARA INI,,,DAN TAK PERNAH PUN MENUDUH ATAU PERTIKAI SOKONGAN DAN KESETIAAN UMNO BHG INI.
Kenyataan media itu lagi...yg dibacakan oleh Timbalan Ketua Bahagianya , dng nada marah menegaskan bahawa bhg ini merasa kesal dan terkilan kerana banyak kenyataan negatif dilontarkan kepada mantan menteri Penerangan ini tanpa ada mana=mana pemimpin atasan yg cuba menemui dan mendapatkan penjelasan sebenar......Sebaliknya beberapa individu yg baru menyertai `gelombang BN' spt Angkasa dan parti KITA telah melabelkan mantan ketua bahagian ini dengan begitu keras.
PAK PELANDOK: NAMPAK SANGAT BAHAGIAN INI MASIH `FANATIK' MEMPERTAHAN DAN MEMBELA BEKAS KETUA BAHAGIAN MEREKA INI. PADAHAL BUKAN PIHAK LAIN YG MEMULAKAN ISU DAN KONTROVESI MEMALUKAN INI........SEBALIKNYA DATO KADIR SENDIRI YG MEMBUKA TEMBELANG DAN MENCETUSKAN ISU INI TERLEBIH DAHULU.
SIAPA MAKAN NANGKA...DIA YG KENA GETAHNYA.......SUDAH GAHARU CENDANA PULA.........
Manusia Mati Meninggalkan Jasa
UMNO Kulim-Bandar Baharu dlm sidang media nya ptg tadi menyatakan betapa bhg ini tetap berdiri teguh dibawah kepimpinan YAB PM dan TPM, mereka juga menzahirkan sentiasa bersedia berkhidmat penuh ikhlas demi perjuangan mulia UMNO.
PAK PELANDOK: TAK SESIAPAPUN NAFIKAN PEKARA INI,,,DAN TAK PERNAH PUN MENUDUH ATAU PERTIKAI SOKONGAN DAN KESETIAAN UMNO BHG INI.
Kenyataan media itu lagi...yg dibacakan oleh Timbalan Ketua Bahagianya , dng nada marah menegaskan bahawa bhg ini merasa kesal dan terkilan kerana banyak kenyataan negatif dilontarkan kepada mantan menteri Penerangan ini tanpa ada mana=mana pemimpin atasan yg cuba menemui dan mendapatkan penjelasan sebenar......Sebaliknya beberapa individu yg baru menyertai `gelombang BN' spt Angkasa dan parti KITA telah melabelkan mantan ketua bahagian ini dengan begitu keras.
PAK PELANDOK: NAMPAK SANGAT BAHAGIAN INI MASIH `FANATIK' MEMPERTAHAN DAN MEMBELA BEKAS KETUA BAHAGIAN MEREKA INI. PADAHAL BUKAN PIHAK LAIN YG MEMULAKAN ISU DAN KONTROVESI MEMALUKAN INI........SEBALIKNYA DATO KADIR SENDIRI YG MEMBUKA TEMBELANG DAN MENCETUSKAN ISU INI TERLEBIH DAHULU.
SIAPA MAKAN NANGKA...DIA YG KENA GETAHNYA.......SUDAH GAHARU CENDANA PULA.........
Friday, 2 March 2012
NEGARA..KUASA...DAN TANAH - MARUAH BANGSA
Jangan Malukan Melayu Di Kedah
24 February 2012 KEDAH HARI INI

Negeri ini juga menjadi fenomena agama. Orientalis mengatakan penduduk
Kedah pada zaman sejarah, menganuti agama animisme, kemudian beragama
Hindu dan sesetengahnya Buddha. Islam hanya datang kemudian.
Itu kata kaum Orientalis…
Tetapi
tidak pernah sekali, mana-mana pendokong teori sejarah Orientalis yang
dapat menerangkan mengapa terlalu banyak pengaruh Iran, sama ada
daripada perkataan, ungkapan mahupun pengenalan kepada sesuatu objek.
Tidak pernah pula ada mana-mana penyokong teori Orientalis yang dapat
menerangkan mengapa Muzaffar Syah I bergurukan Syeikh Abdullah Al Yamani
walaupun sebelum itu sudah ada Syeikh Kuala!
Maka bagi yang kurang memahami apa yang ingin diperkatakan bersandar
kepada faktor di atas, ia sekadar ingin menerangkan penduduk Bumiputera
sebenarnya sangat kaya dengan sejarah yang amat unik.
Begitulah, pada ketika negeri-negeri lain, penjajah mereka hanyalah
Inggeris dan Siam manakala Melaka pula mempunyai tambahan dua lagi
penjajah iaitu Portugis dan Belanda. Namun Kedah lebih dari itu.
Kini, selepas merdeka, Melayu-Bumiputera nampaknya berdepan dengan penjajahan berbentuk baru terutama sekali di kawasan selatan.

Sebenarnya tidak ada sebarang akta yang boleh mencegah orang Melayu
selatan Kedah daripada menjual tanah-tanah mereka kepada pihak yang
sanggup menawarkan harga yang sedikit tinggi atau kerana ‘kawan-kawan’
lain telah menjual tanah mereka, jadi trend itu juga ingin dituruti.
Dalam banyak keadaan, Melayu Kedah hilang tanah kerana gelagat-gelagat
seperti inilah. Berapa ramai Melayu Kedah yang akhirnya tersadai di
KEDA-KEDA di seluruh Kedah kerana tidak lagi mempunyai tanah sekalipun
pada masa yang sama, mereka jugalah yang bertukar menjadi penyokong kuat
PAS di Kedah?
Tanah merupakan maruah yang paling tidak ternilai. Namun berapa ramai
daripada orang Melayu Kedah yang mampu menilai atau masih beranggapan
bahawa tanah adalah ‘penyelamat’ generasi mereka pada masa hadapan,
berbanding Melayu Kedah yang melihat tanah sebagai saluran mendapatkan
keuntungan dengan cara yang amat mudah?
Dari Bukit Kayu Hitam, sehinggalah ke Selama, Kedah, tanah-tanah Melayu
semakin mengecil. Kalau ditanya kepada orang PAS, sudah pasti yang
dipersalahkan adalah UMNO. Kononnya UMNO yang telah memperkecilkan tanah
milik Melayu. Namun sedar tidak sedar, kebanyakan marhein PAS yang
begitu marah kepada UMNO kerana kehilangan tanah adalah mereka yang
sebelum itu, begitu gila menjual tanah sehingga akhirnya menjadikan
mereka sebagai muflis tanah.
Beranggapan dengan menyokong PAS akan membolehkan mereka memperolehi
tanah-tanah baru atau terpukau dengan janji Pakatan terutama kepada
kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA yang mudah termakan
pujukan dan hasutan, membuatkan mereka yang hidup berangan-angan
berfikir, mengubah kerajaan bermakna mereka akan memiliki tanah baru.
Hakikatnya, tanah hanyalah modal untuk kempen pilihanraya semata-mata.
Tiada mana-mana kerajaan yang waras akan menyediakan tanah untuk
dibahagi-bahagikan sesama ahli secara pukal. Kalau ada yang
membahagi-bahagikan tanah, hanyalah sesama kroni yang dilihat mampu
memberikan keuntungan besar sama ada kepada pucuk pimpinan mahupun
kepada parti. Nama kata, membahagikan sesama ahli, ia bolehlah
diibaratkan sebagai mimpi yang tidak berkesudahan.

Dan sekarang, apabila tanah-tanah tersebut sudah bertukar menjadi tanah
perkuburan bukan Melayu di tengah-tengah perkampungan Melayu, maka
seharusnya Melayu sudah boleh mendapat iktibar bahawa kehilangan tanah
tersebut adalah bersifat selama-lamanya. Mereka terpaksa hidup dengan
apa yang mereka sendiri lakukan!
Justeru, Melayu tidak seharusnya memalukan Melayu dengan penjualan tanah
seperti yang sedang dilakukan secara berleluasa sekarang ini. Hanya
mereka yang tidak bermaruah sahaja akan menjual tanah yang mereka miliki
kerana inginkan sedikit keuntungan!
DARI BLOG PELANTAQ HUJAH : Terima Kasih.
Wednesday, 29 February 2012
PAS DAH HURU-HARA
Dr Dzul: PAS sedia dipimpin bukan Melayu
Pengarah
Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu bersedia
melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan
kanan di parti berkenaan.
Perkara itu merupakan hasil daripada usaha transformasi yang dijalankan parti itu yang membolehkannya menjadi lebih inklusif, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya satu program wacana di Shah Alam hari ini mengenai perpecahan sokongan di kalangan orang Melayu.
Jelasnya, perkara itu hanya melibatkan perkara urus tadbir yang dibolehkan dalam Islam.
Ketika diminta menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas itu, Dzulkefly berkata ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa.
Info dr Malaysiakini.com
Apa dah jadi ni.....PAS semakin terbabas dan huru-hara........fikirkanlah wahai sekelian suku-sakat bendul PAS sekelian........
Monday, 27 February 2012
Friday, 17 February 2012
CALON PKR PARLIMEN KULIM-BANDAR BAHARU
DATUK KADIR (PKR) VS DATUK AZIZ SHEIKH FADZIR (BN)
PERTEMBUNGAN DUA SAUDARA PADA PRU 13
Begitulah khabar yg kencang bertiup turun dari puncak Gunung Bayu dan Gunung Bintang.
PERTEMBUNGAN DUA SAUDARA PADA PRU 13
Begitulah khabar yg kencang bertiup turun dari puncak Gunung Bayu dan Gunung Bintang.
Menghalalkan 'State of Israel'
Negara dan Bangsa yang zalim dan kejam.....ada juga orang yang sanggup sokong dan mempertahankannya.........ada kah patut........
Wednesday, 8 February 2012
MB Kedah Letak Jawatan
Biar saya berundur.......gerun dengan gertak Pakatan Rakyat supaya tutp mulut......selamat tinggal negeri Kedah........selamat tinggal jawatan MB......
Subscribe to:
Posts (Atom)