Tuesday, 30 December 2008

HEBATNYA KUALA TERENGGANU LA NI




KUALA TERENGGANU KEBANGGAAN KU

Pak Pelandok sedang berkelana di Terengganu..... mencari ilham dan meninjau perkembangan pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu yang kian terasa bahangnya.

Kesempatan berada lama di Kuala Terengganu .... membolehkan Pak Pelandok meninjau hampir keseluruhan kawasan Kuala Terengganu ni......

Apa yang Pak Pelandok dapati kini..... sejak tiga tahun Pak Pelandok berhijrah ke utara...... Pak Pelandok dapati kepesatan pembangunan Kuala Terengganu memang sudah berubah dan berbeza sama sekali sejak tiga tahun semasa Pak Pelandok menetap di sini dahulu.

Di Cendering sudah ada Kampus Cawangan UiTM, deretan rumah mewah dan semi-d selain jalan raya yang lebar dan sempurna.

Kedai-kedai makan sentiasa penuh terutama di waktu malam, menandakan tahap ekonomi rakyat Terengganu yang bertambah baik.

Pasar Payang dan Pasaraya Maidin di Jalan Hiliran setiap hari penuh sesak dengan pelanggan yang sentiasa sibuk membeli belah.

Rumah-rumah persendirian tumbuh bagai cendawan dengan senibina yang cantik menawan dan berkeluasan yang selesa.

Menyusuri jalanraya di pusat bandar diwaktu malam..... dapat di saksikan keindahan malam dengan tiupan bayu laut yang nyaman....... bertemankan gemerlapan dan kilauan lampu neon beraneka warna yang sungguh menawan dan mengasyikan.

Pak Pelandok terfikir...... betapa hebat, pantas dan terancangnya pembangunan yang dilaksanakankan di sini. Bertuah sungguh orang Terengganu.... sekarang ini serba serbi ada. Segala kemudahan telah di sediakan mencakupi semua aspek .... dari peluang ekonomi kepada aspek pendidikan maupun perumahan. Bertuah sungguh orang Kuala Terengganu.

Mungkin orang Kuala Terengganu sendiri tidak menyedari perubahan dan pembangunan pesat ini, kerana setiap hari mereka melihat dan melaluinya, sehinggakan mungkin tidak terasa lagi......

Tetapi bagi Pak Pelandok yang berada di luar dan pelancong luar sudah tentu merasai, menyedari dan turut mengucapkan kata-kata tentang kepesatan dan keindahan Kuala Terengganu la ni....

Sudah sewajarnya orang Kuala Terengganu berasa bangga dengan perubahan dan kejayaan ini. Sudah pasti apa yang berada didepan mata sekarang ini adalah hasil usaha pemimpin dan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menunaikan janji dan amanah demi masa depan rakyat dan negeri.

Pesan Pak Pelandok... jangan dek terpesona dengan kempen dan gula-gula pilihanraya ini, para pengundi terpengaruh untuk membuat keputusan yang silap..... sehingga boleh merencat dan mengendalakan segala perancangan dan pembangunan yang sedang dan akan di laksanakan ini. Kuala Terengganu mempunyai masa depan dan potensi yangh cerah dan besar untuk lebih maju. Jangan hentikan setakat ini sahaja, jangan di gagalkan perancangan untuk masa depan anak cucu kita agar lebih gah di persana negara dan antarabangsa.
Pada orang Ganu Kite............ Negeri Kite Warisan Kite..........

Friday, 26 December 2008

SERANG KUALA TERENGGANU

JENTERA PAS MULA MENYERANG

BANZAI........Penamaan calom masih agak lama, 6 Januari masih ada 10 hari lagi.....
Markas parti terutamanya PAS mulai tumbuh, sessi malam kian panas dengan sembang-sembang politik di markas dan kedai-kedai kopi di segenap penjuru Kuala Terengganu.

Wanita dan Puteri UMNO giat bermesyuarat mengatur langkah dan strategi.
Muslimat PAS telah mula kelihatan menemui pengundi dari rumah-kerumah.

Cakap-cakap kedai kopi menyatakan kemungkinan berlaku pertandingan 3 atau empat penjuru.
BN, PAS dan dua calon Bebas berkemungkinan akan mencuba nasib bagi kerusi Kuala Terengganu ni.

Keropok lekor laris dan nasi dagang yang enak perlu berbaris panjang untuk menanti giliran.
Pak Pelandok mulai rindu Nasi Kandar, kerana di Kuala Terengganu ni sudah tidak ada lagi kedai Nasi kandar, rupanya yang ada satu-satunya dekat Masjid Putih tu..... dah lama tutup.

Parti dan calon bertanding..... perlu bijak mengatur strategi...... siapa paling cekap dan smart akan merai kejayaan.......... kaedah lama berkempen, mengentel pemimpin, berkumpul semata-mata di markas dan media baru di pandang enteng, akan membawa padah kepada parti yang bertanding............ Medan kali ni begitu mencabar, kekuatan agak seimbang walaupun BN mempunyai kelebihan, namun tempoh berkempen boleh mengubah keadaan......................

Bergeraklah segera dengan penuh kewibawaan............ banzai............

Wednesday, 24 December 2008

BAHANG KUALA TERENGGANU BERMULA

SALAM DARI KUALA TERENGGANU

Pak Pelandok kini sedang menjalani misi khas di Kuala Terengganu.

Bahang Pilihanraya kecil mulai terasa. Jentera parti terutama BN dan PAS kian kerap bermesyuarat mengatur starategi dan jentera.

Calon BN telah di tetapkan, hanya PAS sahaja yang akan mengumumkan calonnya pada 1 Januari ini. Kemungkinan besar ialah Dr. Syed Azman, Adun Batu Buruk akan terpilih.

Jika benar, nampakanya PAS pun sudah kehakisan calon. Dah jadi wakil rakyat DUN pun, kini nak bolot kawasan Parlimen pula. Habis tu... manala ada masa nak jaga pengundi dan kawasan. Asyik ceramah saja le..........

Kesibukan Kuala Terengganu semakin terasa, jalan raya kian sibuk, `parking' mulai payah di cari, harga makanan dan minuman mulai melambung, bayangkan segelas teh tarik berharga RM 1.50 sen. Lebih mahal dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang cuma RM 1.20 sen sahaja.

Rumah-rumah kosong mulai menerima tempahan, harga di tetapkan untuk tempoh sepanjang pilihanraya ini di teta[pkan dengan amat tinggi sekali, antara RM 800.00 hingga RM 6,000.00.

Hebat Kuala Terengganu dan pengundinya meraih kemeriahan pilihanraya ni.......

Ok. jumpa Pakm Pelandok lagi selepas ini.......

Saturday, 20 December 2008

PERTANDINGAN 4 PENJURU DI KUALA TERENGGANU














LIMA PENJURU : SENGIT DAN PANAS

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertandingan empat atau lima penjuru pada hari penamaan calon 6 Januari ini.

Cakap-cakap semakin kencang dan jelas mengenai siapa yang akan di calonkan oleh parti yang akan bertanding.

UMNO semakin jelas akan mencalonkan Datuk Wan Farid dan PAS pula tiada pilihan kecuali mencalonkan Syed Azman, walaupun Mustafa Ali dan Azman Shapawi (Ketua Pemuda PAS) juga sedang memasang niat untuk menjadi wakil rakyat.

Malah dua atau tiga lagi calon BEBAS akan turut mencuba nasib walaupun di katakan mereka adalah tajaan PAS dan Keadilan. Mereka ialah Maimun Yusuf (Tok Mun) yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dari Jalan Banggol, Kuala Terengganu dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Apa pung, Pak Pelandok berharap pengundi Kuala Terengganu akan lebih bijak laksana dalam membuat pilihan. Kerana Wakil Rakyat bukan sekadar mengisi kekosongan tetapi lebih dari itu........ tanggungjawab dan peranan untuk memajukan rakyat dan kawasan adalah lebih penting apatah lagi bagi meneruskan kecemerlangan dan kepesatan pembangunan Kuala Terengganu.

Janganlah dek termakan dakyah dan gula-gula parti yang bertanding, maka kita terlupa bahawa masa depan masih jauh, nasib anak cucu harus di bela dan harga diri perlu di pertahankan. Kita tak mahu calon yang suka bergocoh dan gedebe.............. Kesianye Mat Sabu....... putih mate le......

Hidup Ganu Kite.............

KUALA TERENGGANU LA NI.......


















KUALA TERENGGANU SELEPAS TIGA TAHUN.......

Pak Pelandok baru saja balik dari Kuala Terengganu......... tujuan kesana selain bercuti bersama keluarga, sempat juga Pak Pelandok menziarahi saudara mara dan kawan-kawan lama di Kuala Ibai, Gong Tok Nasik dan Mengabang Tengah serta di Kg. Batu Buruk.

Dalam pada tu.... Pak Pelandok sempat juga membuat tinjauan awal mengenai pilihanraya yang akan berlangsung pada 17 Januari ni........

Apa yang mengkagumkan Pak Pelandok ialah kepesatan dan perubahan yang melanda Kuala Terengganu begitu hebat dan sungguh memberangsangkan....... Anak-anak Pak Pelandok begitu teruja apabila berpeluang melawat Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man dan dapat melihat monumen binaan tamadun Islam dunia seperti Taj Mahal, Al-Hamra, Masjid Asfahan, Baitullah, Niger dan sebagainya...... terasa bangga sekali mengenangkan betapa hebat dan indahnya seni dan tamadun pemerintahan Islam di seluruh dunia.

Malah Pantai Batu Buruk turut berubah, dengan lepaan simen sepanjang pantai, gerai jualan, taman permainan dan kebersihan pantainya jauh berbeza dari zaman pemerintah `taliban' semasa Pak Pelandok bertugas di Terengganu dulu........

Berkunjung pula ke Shah Bandar dan Tanjung serta Bukit Putri dan Pasar Payang, aduhai berbeza sekali, keindahan, pembangunan dan kemudahan baru menambahkan lagi keceriaan dan jelas sekali melonjakan ekonomi dan taraf hidup masyarakatnya. Pelbagai jenama dan corak terbaru absrak batik selain keropok gentelnya pasti memikat sesiapa sahaja............

Yang paling mengasyikan ialah melihat anak-anak Pak Pelandok begitu berselera menjamu selera `ikan, udang dan sotong celup tepung' di Pantai Teluk Ketapang yang damai selain menyaksikan perubahan di Lapangan Terbang Kuala Terengganu............

Sepanjang perjalanan ke Kelantan pula melalui Tok Bali dan Bacuk ke Kota Bharu, Pak Pelandok dapat saksikan pertumbuhan pembangunan yang terancang sepanjang Gong Badak, Batu Rakit, Merang, Saujana, Kg. Raja dan Kuala Besut..........

Bermalam di Pantai Cinta Berahi menyaksikan hembusan bayu sepi amat berbeza dengan Kuala Terengganu....... cuma membeli-belah di Wakaf Che Yeh saja yang menarik di negeri Che Siti Wan Kembang ni..............Dataran Pasar Siti Khadijah tempat menjamu selera di waktu malam sudah tidak ada lagi........... sayang sekali............... yang lain masih seperti biasa...... kaku dan lesu.........

OK....... Pak Pelandok berhenti dahulu....... Cuma nak pesan siket kat orang Ganu Kite....... terutama kawang-kawang di Kuala Teganu....... perubahan dan kemajuan yang sedang rancak berjalan ni janganlah di hentikan dengan memilkih calon yang salah.......... tak guna calon dan parti yang pandai bercakap je...... tapi tak buat kerja pung..........

Takziah dan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail............

Thursday, 4 December 2008

MAT SABU CALON PAS DI KUALA TERENGGANU



NIK AZIZ PILIH MAT SABU BERTANDING DI KUALA TERENGGANU
Mat Sabu ke Mat Sabung............

Pilihanraya kecil akan berlaku lagi di Kuala Terengganu........ jika sebelum ini gamat satu negara bila Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh........ seolah-olah agenda `16 September' telah tercapai. Semasa tempoh berkempen, riuh rendah dan gawat dengan kerenah dan peel jentera dan penyokong parti. Permatang Pauh jadi sendat, sesak dan macam pesta.

Kini Kuala Terengganu pula akan buka gelanggang........... Pasti semua yang berangan-angan nak jadi YB sibuk mengatur strategi supaya nama mereka naik........ dah pasti ada yang telah tempah bush jaket, tangkap gambar dan berangan-angan duduk makan angin di Dewan Rakyat...............

Calon PAS pada pilihanraya lepas, Mat Sabu awal-awal dah bagi amaran supaya dia di pilih di situ..... kerana dia saja yang layak dan sesuai untuk kerusi Kuala Terengganu.................
sehinggakan Nik Aziz pun terpaksa menyokongnya walaupun mungkin Mat Sabu tak sedar bahawa dia sebenarnya di sindir dan ditempelak oleh Nik Aziz supaya sedar diri sikit..........Kesian dia.... sorang-sorang bersabung diluar gelanggang.......
(Lihat petikan dibawah ini)

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Nik Aziz sebagai berkata, "Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang seperti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti ... Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu."

Cukup lah Mat Sabu, orang Terengganu tak mahu orang luar, tak sesuai langsung, dah lah pelat Penang, budaya nasi kandar mana sesuai dengan nasi dagang dan keropok lekor. Lagipun mana ada kedai mamak nasi kandar di Kuala Terengganu, kalau adapun satu saja yang dekat Masjid Putih tu.........

Kesian Mat Sabu, orang Penang tak mahu, orang Kedah tak mahu, orang Kelantan lagi la tak mahu, ni.... nak pekena orang Terengganu pula, apa koman sangatkah orang Terengganu ni........

Orang dah muak dengan mulut laser dan celupar Mat Sabu ni, nama saja pemimpin PAS..... parti Islam tapi mulut.......... macam dinasor......... Sebab tu Penang pun tak mau dia, termasuklah Anwar Ibrahim walaupun sekampung dan sama sekolah. Lebih-lebih lagi Mat Sabu ni masa remaja dulu di kampung Guar Jering dekat Bukit Mertajam tu....... jahat nak mampus.............macam budak-budak nakal la ni..........tanyalah orang-orang lama sekitar Guar Jering dan Guar Perahu.............macam-macam cerita ada punya.........

Anwar Ibrahim masih tak lupa kata hikmat Mat Sabu dulu `Anwar Al-Juburi' tu..... habis camne nak jadi kawan......... Kalau PAS ambil juga Mat Sabu........ di mana nak buang Syed Azman, Mustafa Ali dan Mutalib Embong tu....... kesian......kesian........

Pak Pelandok terkenang keindahan Kuala Terengganu, Teluk Ketapang, Kuala Ibai dan Batu Buruk......jangan di cemari dengan kebobrokan Mat Sabu ni.......... elok-elok Penyu dah tak nangis tapi kerana Mat Sabu nak jadi calon Kuala Terengganu, banjir pula dengan air mata sahabat Pak Pelandok yakni Sang Penyu yang sepi tu..........

SELAMAT HARI RAYA QURBAN


MAAF ZAHIR BATHIN

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KURBAN

SELAMAT MENJALANI IBADAH KURBAN DAN PADA JEMAAH DI MEKAH DIUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJI


PAK PELANDOK : Nak berkelana lama sikit mulai esok, nak cari lembu korban dan bahan serta idea baru. JUMPA NANTI..........

PAS OH PAS : KEDAH SEJAHTERA




DEPA KATA.......

La ni di Kedah bukan main kecoh lagi isu panas ni..........satu dunia orang dok bersembang isu ini........

Apa lagi kalau bukan isu perebutan konsesi balak di Gunung Inas, Baling yang membabitkan beberapa ribu hektar, isu ni tercetus apabila dua puak yang melibatkan penyokong kuat penasihat ekonomi Menteri Besar, yang dikenali sebagai Che Hat dengan orang kuat Exco Kanan Kerajaan Kedah, YB Fakrolrazi.


Perisik Pak Pelandok bagi tau...... kedua-dua kumpulan berkenaan telah awai-awai lagi pergi membuat tinjauan kawasan balak yang boleh ditebang ke kawasan Gunung Inas. Setelah di confirm oleh Jabatan Perhutanan, maka permohonan pun dikemukakan kepada pejabat MB Kedah. Satu pihak dilobi oleh Che Hat (Penasihat Ekonomi MB) manakala satu lagi disokong oleh YB Fakrulrazi. Bila sedaq permohonan mereka bertembung, kedua-dua kumpulan terus menghubungi "sifu"masing-masing. Terkejut dengan perkembangan itu, Che Hat dikatakan bertemu MB bagi mendapatkan kepastian, begitu juga dengan Fakrulrazi, tetapi kedua-dua hampa kerana MB tidak memberi sebarang jawapan. Apapun alasan yang akan diberikan kelak, yang pasti isu balak tidak selesai meskipun dulunya Pas mendakwa BN adalah pencuri balak. Tetapi perkembangan mutakhir ini membuktikan, Pas pun sama saja, malah lebih rakus lagi........ Tohmahan demi tohmahan semasa zaman pentadbiran kerajaan dulu kini terjadi di zaman yang kononya berjuang untuk Islam.


Hakikatnya, rakyat juga yang masuk angin keluar asap. Saingan sesama sendiri di kalangan penyokong kuat Pas adalah bukti nyata, kata dulang paku serpih. Dulu bukan main kata BN ambil balak, walau hakikatnya pengambilan itu adalah secara sistematik dan berhemah serta tidak secara terbuka demi pembangunan seperti pembinaan Universiti, Kolej dan Lebuh Raya, la ni puak tarbus ni sapu bersih, bukan kira hal-hal lain dah, yang depa kira ialah untung dan buat duit saja, soal pencemaran, pengondolan, hakisan, kemusnahan flora fauna, kehilangan sumber pencarian orang kampung, depa peduli apa janji perut mereka penuh sudah...........

Adakah Islam mengajarkan kemusnahan alam dan rakus mengaut keuntungan tanpa mengambil kira keadaan dan kehidupan rakyat yang terjejas. Tu...la...... kalau manusia, manusia juga, tok sah lah dok pakai label atau simbol kononnya Islamik ke apa ke, kalau dah berkuasa....baru nampak sifat tamak haloba dan gelojoh tu.......dengaq kata juga....... la ni depa dah mula teropong hutan di Langkawi pula, Gunung Mat Cincang dan hutan dekat Mat Sirat (Makam Mahsuri) sikit hari lagi pun akan di gondolkan juga. Pak Pelandok tak heran langsung, sikit hari lagi hutan di Gunung Bongsu dan Mahang di Kulim pun akan di sapu bersih juga ...... macam yang dah jadi di Lojing, Kelantan tu...la.........

Pak Pelandok : Mana la..... Pelandok nak duduk lepaih ni...... hutan semua dah gondol......patutlah depa nak BELA BABI besar-besaran..... rupanya pasai nak tebang semua hutan ambik balak.........

Terima kasih Perisik Pak Pelandok di Padang Terap..............

Wednesday, 3 December 2008

BERTUAHNYA TANAHAIR KU


KERAJAAN PRIHATIN

Betui ke Kerajaan Prihatin ni.......

La ni.. Harga Barang Mahal betul...... sayuk dan ikan naik mendadak....... musim tengkujuh la katakan............

Tapi apakan daya pengeluar, pengilang, pemborong dan peniaga tak mahu turunkan harga barang-barang ni...... walaupun harga minyak dah turun lima kali............sehinggakan Pak Lah kena tegur dan desak pun, mereka buat tak tahu je........

Terima kasih le...Kerajaan Malaysia dan Pak Lah yang prihatin..................... minyak dah jadi RM 1.90 seliter, bolehlah Pak Pelandok bawa anak-anak berehat dan meninjau Pilihanraya Kuala Terengganu di musim cuti sekolah ni...........

Keprihatinan Kerajaan melalui Bajet 2009 memang terserlah dan ikhlas ...... tumpuan Bajet PRIHATIN ini adalah kepada rakyat umum terutama yang berpendapatan rendah dan tinggal dikampung-kampung (luar bandar). Rujuk Buku Bajet 2009 Keluaran Jabatan Penerangan.

Yang Pak Pelandok nak habaq mai... ialah Bajet Prihatin ni bukan olok-olok macam yang Pakatan Rakyat punya, depa bolehlah tempelak dan pertikai saja tau....

Untuk merangka Bajet, segala aspek telah di ambil kira, termasuklah prospek ekonomi semasa dan masa depan..... bukan boleh redah je.............termasuk lah jangkaan kemelesetannya.

Bajet adalah Dasar Ekonomi Jangka Pendek Negara, kestabilan dan kemakmuran yang kita nikmati ni... adalah hasil perancangan teliti jentera profesional Kerajaan..... tujuanya adalah demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan agar apa yang kita kecapi hari ini berterusan tanpa sedikitpun berubah, walaupun dunia luar terpaksa menjerut perut dan terjejas teruk akibat kemelesetan yang melanda. Negara Cina umpamanya telah mencatatkan hampir 30 juta rakyatnya kehilangan pekerjaan dan USA pula sejumlah 2 juta rakyatnya hilang pekerjaan.

Apakah ini semua berlaku di negara ini......... walaupun tempiasnya sedikit sebanyak terasa juga, namun kehidupan rakyat tidaklah terjejas teruk atau begitu tersepit sehingga kehilangan pekerjaan atau jatuh muflis. Ini adalah kerana dasar kerajaan ini dan dasar ekonominya (Bajet) dirangka dengan teliti dan penuh tanggungjawab dengan meletakkan nasib dan kehidupan rakyatnya di tahap yang utama.

Semua ini boleh berlaku kerana adanya sebuah kerajaan yang prihatin disamping faktor kestabilan dan keselamatan dari kondisi ekonomi, politik dan keselamatan. Namun begitu akhir-akhir ini, berlaku gelora politik yang boleh menggugat kestabilan negara ekoran ketaksuban segelintir orang politik cuba untuk mencapai matlamat mereka, sehingga sengaja mengabai atau menidakkan faktor yang lebih penting iaitu kestabilan negara.

Apa guna menang berpolitik, tetapi negara menjadi kucar-kacir, ketegangan kaum berleluasa, permusuhan merebak luas, imej negara terjemar, ekonomi merosot, pelabur menarik diri, rakyat yang menderita, hilang pekerjaan, kehidupan sengsara... dan negara boleh dicucuk hidung oleh kuasa asing melalui penjajahan moden.

Kestabilan, kemakmuran dan keharmonian yang wujud ini bukannya tercipta begitu sahaja, tetapi ianya di bina selama 51 tahun sejak negara merdeka. Apa yang kita nikmati hari ini bukan wujud sekelip mata, perlu perancangan, iltizam dan komitmen yang ikhlas dan berterusan disokong aspek kestabilan dan keselamatan negara. Banyak negara di dunia terutama negara dunia ketiga seperti Malaysia, walaupun mereka telah mendeka lebih awal dari kita, tetapi ekonomi, pembangunan dan kehidupan rakyatnya jauh lebih buruk dan ketinggalan dari kita. Lihat apa yang berlaku di Afghanistan, Sudan, India, Filipina, Thailand dan Indonesia..........(dan banyak lagi....) adakah kehidupan dan kemajuan mereka mengatasi negara ini....... fikirkanlah............

Apakah kita sudah berpuas hati dengan apa yang kita ada hari ini, atau kita sudah mulai lupa tentang sengsara dan derita semasa emak-ayah dan datuk-nenek kita di injak maruah dan harga diri selama lebih 446 tahun lamanya. Apakah kita inginkan anak cucu kita mewarisi kesengsaraan itu dengan tindakan melulu dan emosional kita hari ini yang tak sudah-sudah ber iri hati, fitnah-memfitnah dan dengki-mendengki. Kita hanya baru merdeka..... 51 tahun adalah tempoh yang singkat dan baru, jika dibandingkan 446 tahun lamanya kita kehilangan maruah dan harga diri. Apakah 51 tahun sudah memadai bagi kita.............

Pak Pelandok mengajak semuanya merenung dan bermuhasabah...........

Cukup-cukuplah bertindak melulu dan bersentimen politik yang sempit....... bukalah mata hati seluas-luasnya......... lihatlah penderitaan saudara kita hari ini di negara-negara luar seperti di Palestin, Sudan, Afghanistan, Kasmir, Selatan Filipina, Selatan Thailand dan banyak negara lain.............. Jadikan lah ia teladan dan sempadan, itupun jika tak mahu belajar sesuatu dari sejarah pahit masa silam. Sejarah adalah universiti alam bagi mengenal diri sebagai teras Jadi Diri.............

PAK Pelandok : Salam buat semua pejuang dan alfatihah kepada yang telah kembali dengan mengadai keringat, airmata, darah dan jiwa raga demi pertiwi ini...........Katakan Yang Benar.......... Apa kata Wak Sir dan Otai.........


Tuesday, 2 December 2008

PENTADBIRAN KAMPONG

DEPA KATA..........

Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan baru-baru ini menghadiri majlis taklimat kerja-kerja memasang rel berkembar KTMB yang dijalankan oleh syarikat Gamuda di Wisma Darulaman. Peringkat awal semuanya berjalankan lancar malah pihak Gamuda memberi penerangan terperinci mengenai perlaksanaan projek itu. Namun Pihak Gamuda agak terkejut apabila MB tiba-tiba bertanya dimana tanah yang dikorek sepanjang laluan rel terbabit dibuang. Pihak Gamuda memaklumkan tanah berkenaan dibuang dibeberapa tempat . Apabila terdengar jawapan itu, MB segera berkata "Kalau macam tu baik u pi antar ke batu sembilan, di sana depa nak pakai tanah banyak".Tanpa bertanya lanjut pihak Gamuda bersetuju kerana sememangnya tanah yang dikorek perlu dibuang bagi membolehkan pasir diletakkan sebelum rel berkenaan dipasang. Bagaimanapun selepas pemandu lori tiba di batu sembilan barulah semuanya terbongkar. Ikui perbualan pemandu lori yang dikenali sebagai Mat dengan bosnya.

Mat : "Bos nak buang tanah kat batu sembilan ni kat mana, saya dah sampai ni tapi confuse ni".

Bos : "Apa pasai Mat, apa yang tak kena".

Mat : "Saya dah sampai ni, tapi dok cari tempat nak buang tanah tak jumpa pula, cuma yang ada markas Pas saja" .

Bos : "betui ke Mat, ...patut la MB suruh buang disana rupanya dia nak tambun markas depa la tu..hang buang aje lah Mat janji tanah tu kita kena buang".

Moral of story, ramai tidak mengetahui Markas Pas Batu Sembilan sebenarnya pusat pentadbiran utama Kerajaan Negeri Pas kerana disitulah MB membuat dan mengadakan perbincangan selain mengadakan ceramah untuk kutip derma daripada rakyat. Wisma Darulaman hanya buat endosment saja. Tak lama lagi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, penasihat Undang-undang dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri akan disediakan di Batu Sembilan. Ia bagi memudahkan MB dan ahli exco buat perancangan dan laksanakan setiap projek yang dirancang. Wisma Darulaman akan jadi muzium untuk budak sekolah buat lawatan musim cuti, lebih kurang macam muzium padi la tu....


Tok Mun Masih Minat Bertanding

UM: KUALA TERENGGANU 1 Dis. - Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya lepas, Maimun Yusof , 89, melahirkan minatnya untuk bertanding bagi merebut kerusi itu pada pilihan kecil yang akan diadakan nanti.

Bagaimanapun, hasratnya itu akan diteruskan sekiranya ada pihak yang mahu menaja wang deposit berjumlah RM10,000 bagi melayakkan dirinya bertanding sebagai calon pilihan raya kecil itu. Maimun yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, beliau masih menyimpan hasrat untuk bertanding, namun tidak mempunyai wang berkenaan untuk berbuat demikian.

‘‘Tok berminat lagi bertanding, tapi tok tak ada pitih (wang) dah. Banyak pitih tok habis masa bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Sekarang ini pun, tok tak ada pendapatan tetap untuk sara diri tok. Tok hanya meniaga kain secara kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Jalan Pasir Panjang di sini hari ini.

PAK PELANDOK : Hebat Tok kite sorang ni......... bertanding sokmo, bolehlah kita berbewah pulak di Kuala Terengganu, perjuangan mesti di teruskan Tok........ tapi muka tu jangan le dok musang je........senyum le sekit.....le ni guane gamaknya Pasar Payang, masih banjir lagi ke Tok, Tok Mat Said dan Tok Pa kena ambil kira prihal Tok kite ni.... undi Tok kite dulu 685....... banyak tu..........

SENIMAN RAKYAT YANG DILUPAKAN


PERGINYA SEORANG PEJUANG LAGU-LAGU RAKYAT

Al-Fatihah!

Semalam, 1 Disember 2008, seorang seniman lagu-lagu rakyat yang tidak asing lagi di Utara iaitu Pak Ku Shadat telah meninggal dunia. Pak Ku meninggal dunia pada sebelah pagi dan jenazahnya disemadikan di Padang Sera, Kedah, Darul Aman.

Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.

Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin. Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.

Gambar ini diambil dalam tahun 2004 di rumah sewanya di tengah sawah Tambun Tulang, Perlis

Berita Harian melaporkan:

Tokoh penglipur lara yang terkenal di Perlis dan Kedah, Ku Nafiah Ku Aman, 79, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ku Shadat' meninggal dunia di rumah keluarganya di Padang Sera, Kedah hari ini kerana sakit tua. Seorang rakan rapatnya, Ahmad Md Noh, 57, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya kira-kira jam 11 pagi dan mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melele, Kedah jam 4.30 petang tadi. Beliau menyifatkan kematian Pak Ku Shadat sebagai kehilangan seorang pejuang seni penglipur lara yang tidak pernah jemu berkarya. Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipur lara sejak lebih 20 tahun lalu menerusi nyanyian selokanya. AL-FATIHAH.

PAK PELANDOK merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham........ semoga rohnya di cucuri Rahmat Allah...........
TERIMA KASIH saudara Omara.....gambar tuu ... minta maaf kerana dalam kesedihan tak ingat jadi lagu tuu.... terima kasih kerana respon drp saudara....

Monday, 1 December 2008

SEKOLAH POLITIK DAN SEJARAH



TUJUH WASIAT PERLEMBAGAAN

Artikel ini adalah hasil tulisan Dato' Abdullah Murad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia . (Berdasarkan laman web /blog : http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad )

Pak Pelandok salinkan untuk renungan dan maklumat semua terutama yang buta Sejarah dan Perlembagaan Negara.

Ceramah dalam seminar yang di sampaikan oleh Dato’ Mohamad Noor bin Abdullah iaitu bekas hakim Mahkamah Rayuan mengenai wasiat Raja Raja Melayu yang telah dimaktubkan pada 31 Ogos 1957.

Wasiat tersebut mempunyai tujuh (7) perkara seperti berikut:-

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. Kami tetapkan ISLAM ialah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


TERIMA KASIH Dato' Ketua Pengarah Penerangan...........

PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU




TAKZIAH DAN PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Pertamanya Pak Pelandok merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarham YB. Dato Razali Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan kepada YAB Menteri Besar Terengganu yang kehilangan insan tersayang apabila telah kembali ke Hadrat Ilahi..........Al-Fatihah............

Dengan kembalinya ke Rahmatullah YB. Dato Razali Ismail ini bermakna pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu akan berlaku dalam tempoh 60 hari lagi. Sudah pasti persiapan kearah itu mula diatur dan dipersiapkan oleh parti-parti politik yang ada.

Yang paling menarik ialah cakap-cakap, lobi-melobi dan ramal-meramal siapakah yang akan dicalonkan oleh parti masing-masing di kawasan berkenaan. Tak kiralah BN atau PAS mahupun PKR sudah mula berkira-kira dan meneropong siapakah calon yang boleh di letakkan untuk meraih kemenangan di satu lagi kawasan penting di bumi `Penyu Menangis' ini.

Parlimen Kuala Terengganu merangkumi DUN Batu Buruk, Wakaf Mempelam, Ladang dan Bandar merupakan kawasan panas walaupun Parlimen ini telah diwakili oleh Allahyarham selama 2 penggal. Beliau merupakan anak watan Terengganu yang berjasa bukan sahaja dalam karier sebagai wakil rakyat, malah sebagai pendidik dan pegawai pelajaran yang begitu dedikasi sebelum menjadi wakil rakyat yang gigih menabur bakti dan membela nasib rakyat.

Pak Pelandok masih terdengar suara dan semangat beliau dan masih tergiang-giang apabila setiap pagi beliau bercakap melalui Radio Terengganu memberikan motivasi dan pandangan bernas bukan sahaja kepada para pelajar malah seluruh rakyat Terengganu dan siapa sahaja yang mendengar siaran Radio Terengganu.

BN perlulah mencari pengganti yang berwibawa setara dengan Allahyarham, agar usaha murni membangunkan prasarana, ekonomi dan kehiduapan rakyat di Kuala Terengganu akan berkesinambungan. Pemilihan calon jangan mengikut emosi, blok atau kroni. Calon yang boleh di terima rakyat perlu di utamakan bukannya yang rapat atau blok pucuk pimpinan atau sesiapa. Calon yang dah otai perlu berada di senarai bawah. BN tak banyak pilihan Ketua Puteri Negeri, Dato' Mat Jusoh, Dato' Wan Hisyam, Dato Roslan di rasakan tidak mampu untuk menghadapi cabaran ini. Yang tinggal kini hanyalah Ketua Bahagian Dato Wan Farid dan Ketua Pemuda Negeri yang di jangka akan bersabung hebat dengan calon dari PAS pastinya Syed Azman atau Mustafa Ali.

Pilihanraya ini merupakan buah tangan terakhir Perdana Menteri sebelum bersara pada Mac 2009, dan sudah pasti segenap idea, tenaga dan strategi akan di gunakan semaksimum mungkin bagi mempertahankan imej dan maruah BN dan UMNO serta menjadi kenangan manis buat Perdana Menteri. Apatah lagi Pakatan Rakyat juga begitu optimis mencanangkan perjalanan agenda `16 September' dengan harapan untuk menambah satu lagi kerusi di Parlimen bagi Pakatan Rakyat merupakan peluang keemasan melalui pilihanraya kecil ini.

Pak Pelandok ingin menyatakan berdasarkan pengalaman di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan beberapa pilihanraya kecil sebelum ini seperti di Batu Talam, Machap dan Ijuk, BN memang bersiap sedia dan jenteranya tersusun dengan baik dan kemas. Tetapi malangnya ianya hanya indah dan cantik di atas kertas semata-mata. Pelaksanaan kempen dan jentera tidak lancar, banyak sangat rapetape, ding dong dan sandiwaranya. Yang jelas faktor kesungguhan, keikhlasan dan kejujuran jentera yang dibarisi semua peringkat perlu benar-benar berkesan sekiranya mahukan kemenangan. Kuantiti jentera yang besar sehingga menyesakkan kawasan dan jalan raya tidak bermakna jika jentera masih bersikap bersahaja dengan acara lawatan, shoping dan mengelilingi pemimpin pusat yang datang.

Jentera BN terutama UMNO masih kaku, malu dan membisu untuk ramah berbual dan menusukkan mesej perjuangan ataupun kempen. Selain membuang masa berbual kosong dan berkumpul sesama sendiri serta lebih gemar berarak beramai-ramai kesana-sini......., pengundi tidak benar-benar dihampiri dan di pujuk. Tak tahulah jika pemantauan Pak Pelandok ini meleset.................. Kempen BN terlalu kaku dan jumud seolah-olah parti pemerintah ini baru saja ditubuhkan. Masing-masing seperti terpinga-pinga dan tidak tahu apa perlu di lakukan serta seperti tiada arahan atau matlamat yang jelas.

Berbanding dengan serangan kempen PAS, PKR dan DAP yang lebih sistemetik, hebat, bersepadu dan stategik. Kempen di peringkat akar umbi adalah penting sekali melalui ceramah umum dan penyebaran risalah propaganda maupun pemasangan banner, strimer selain penggunaan blog dan laman web yang meluas dan bertali arus.

Faktor-faktor kempen seperti inilah (selain banyak faktor lagi) perlu di ambil kira oleh BN semasa berkempen, bukannya saling harap mengharap sesama jentera komponen tanpa penyelarasan yang bersepadu dan berkesan, malah dalam masa yang sama pula saling berlepas tangan serta saling tuding-menuding sesama sendiri.

Masa masih ada, pastikan jentera di gerakkan dengan benar-benar berkesan, tenaga luar dan dalam perlu di gembeling semaksimum mungkin, bukannya untuk berpesta atau melawat Keindahan Pantai Batu Buruk atau membeli batik di Pasar Payang dan Keropok Lekor di Losong semata-mata.................... Yang menang bukan bererti benar-benar kuat, tetapi adalah yang `smart' dan strateginya mengena dan berkesan.

Pak Pelandok
: Biar Pahit Tetapi Ubat, perjuangan mulia demi agama, bangsa dan tanahair adalah segala-galanya............ selamat berjuang di Kuala Terengganu.

Sunday, 30 November 2008

PEMIMPIN BUTA SEJARAH





JANGAN MAIN API

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mendakwa ketuanan Melayu tidak relevan lagi hari ini serta disokong oleh Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun semalam. Dahulunya kenyataan seumpama ini dikeluarkan oleh Ketua Wanita Gerakan dan Naib Presidennya Tiong Lai.

Pemimpin usang MCA dan Ketua Wanitanya bercakap terlalu mengikut perasaan, tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan orang Melayu. Sudahlah emosi dalam MCA yang seperti menidakkan kewujudan Soi Lek, malah skandal sexnya dahulu masih belum dilupai umum. kini Soi Lek muncul lagi untuk meraih perhatian dan meningkatkan sokongan atau untuk menarik perhatian MCA bahawa dia masih utuh memperjuangkan kaum Cina (walaupun isu lapuk dan sensitif spt ini).

Adalah dikesalkan, kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi MCA, parti kompenan BN yang sepatutnya mengelakkan diri dari menyentuh isu sensitif secara terbuka. Jelas sekali tembelang orang seperti ini bersikap cauvanis dan opotunis, kerana adakah mereka sengaja atau pun sememangnya bebal dan buta sejarah.
Konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu.

Inilah akibat perpecahan ketara sesama Melayu, jika dalam UMNO juga bermasalah, PAS dan PKR lagilah tah boleh harap, mereka lebih mudah di cucuk hidung dan menjadi boneka asalkan boleh menjadi Ketua atau pemimpin. Dengan berbangga sebagai Ketua Pembangkang atau Menteri Besar, mata akan dibutakan, telinga akan dipekakan, walaupun agama dan banfgsa jadi mainan dan di perlekehkan.

Kenyataan jahat dan bodoh seperti ini begitu merbahaya dan boleh membakar seluruh negara ini. Tidak cukupkah lagi dengan `Kuasa Ekonomi' yang mereka miliki', sehinggakan `Kuasa Politik' yang menjadi satu-satunya benteng orang Melayu pun hendak dimusnahkan. Malah kebodohan memahami dan menghayati Perlembagaan yang jelas menunjukan `Ketuaan Melayu' sepatutnya di hormati. Kerana Melayu sememangnya tuan dan `Pewaris Bumi Bertuah ini sejak zaman berzaman dan Nusantara adalah Kepulauan Melayu termasuk di dalamnya Tanah Melayu atau Malaysia.

Tidak ada kelebihan drastik `Ketuanan Melayu', hak dan kesamarataan semua rakyat,walaupun mereka asalnya adalah pendatang tetap terpelihara. Jangan jadi manusia lupa diri dan sejarah., kerana sejarah tak boleh dipadam, sejarah adalah akar diri dan menjadi tunjang dan perisai maha kebal kepada Jati Diri rakyat khusunya kepada orang Melayu.

SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK, ingatlah semangat perkongsian dan kerjasama dlm BN dan di negara ini adalah aatas kemurahan hati dan kebaikan orang Melayu, sehingga untuk menang di semasa pilihanrayapun majoriti kawasan yang dipertandingkan oleh MCA dan Gerakan memiliki mengundi majoriti Melayu, malah ada kawasan yang sememangnya hak Melayu (UMNO) pun diberikan kepada parti komponen seperti di Gerik, Perak dan beberapa kawasan lain.

Jika Pemimpin BN, jangan jadi seperti DAP atau pembangkang, ingatlah keharmonian, keamananan dan kestabilan ini bukan benda yang boleh dipermainan-mainkan atau untuk dibuat percubaan. Kesetiaan, kejujuran, keikhlasan adalah di tuntut walau atas nama politk sekali pun. Pemimpin seperti ini nak kena sekolah semula.... masuk sekolah politik dan sejarah..............

Wednesday, 26 November 2008

KERAJAAN PAS KEDAH CELARU


PAS BONEKA PKR DAN DAP DI KEDAH

Betul lah slogan dan Manifesto tu....:- PAS UNTUK SEMUA

Beberapa rentetan peristiwa mengambarkan keadaan itu :

1. PENJUALAN ARAK : Sebelum ini, DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya. Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah ".


2. JUAL BABI SECARA TERBUKA
: Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya. Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah. Apa dah jadi kepada kerajaan Pas kedah sekarang?

Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika di katakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.

Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk?

Penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru. Sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan.

Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu? Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Tapi betul juga tu..... dah ternak besar-besaran...... kena lah juga jual besar-besaran dan terbuka, kan.....kan.......

3. KUATA 50% Bumiputra Pemilikan Rumah : Di Kedah dibantah habis-habisan oleh DAP termasuk dari Pusat, akhirnya PAS dan Kerajaannya terpaksa tunduk dan mengalah begitu sahaja.

4. Yang terbaru isu Ladang Ternak BABI tetap akan diteruskan walaupun dibantah oleh rakyat, ini kerana dibelakangnya adalah DAP yang tetap mahukan projek hebat ini di laksanakan. MB telah menyatakan walaupun projek ini ditangguhkan tetapi tetap akan diteruskan dengan mencari lokasi baru yang lebih sesuai.

PAK PELANDOK : Apa dah jadi ni, Kedah dah macam pasar borong......., dah jadi rojak......., kalau ikut Islam, tak kan macam tu kot nak perintah negeri..........., ni baru lapan bulan, jika lima tahun, entah apa la yang nak jadi negeri ku DARUL AMAN ni......., dengar kata la ni, hari-hari PAS bergaduh sakan dengan PKR dan DAP di Kedah, celaru..... celaru......... kata orang-orang tua : PAKU DULANG KAYU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH, Kah....Kah......Kah..........

JELAPANG PADI JADI GELARAN
NIRA, PEKASAM JUADAH SANTAPAN
LA NI ARAK, JUDI JADI KEUTAMAAN
TERNAK BABI JADI KEBANGGAAN

Tuesday, 25 November 2008

KAKITANGAN AWAM SABOTAJ KERAJAAN KEDAH


ADUN KULIM TUDUH DAN UGUT KAKITANGAN AWAM

Adun Kulim, Lim Soo Nee menuduh kakitangan awam di Kedah mensabotaj Kerajaan Negeri dan wakil rakyat sombong ini telah mengugut kakitangan awam supaya berjaga-jaga sekiranya usaha itu bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri.

Tuduhan tidak berasas dan melulu ini di lemparkan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri melalui soalan bertulis no. 48 ketika membahas usus terima kasih ke atas ucapan Kebawah DYMM Sultan Kedah.

Tuduhan biadap ini juga diulanginya di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Tindakan Daerah Kulim pada 23 November 2008 yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Peringkat Daerah.

Adalah tidak wajar sama sekali seorang yang kononnya bergelar Yang Berhormat boleh begitu mudah melepaskan kata-kata tanpa mengambilkira perasaan dan kesetiaan kakitangan awam yang sentiasa berkhidmat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh selama ini.

Wakil Rakyat biadap seperti ini patut diberi kursus budi bahasa, Perhubungan Awam dan belajar cara untuk bercakap dengan sopan serta tahu untuk mendekati dan menjalin hubungan baik, mesra dan harmoni dengan kakitangan awam bagi melancarkan segala urusan dan tugas untuk rakyat dan negeri.

Pak Pelandok telah lama berkhidmat di beberapa buah negeri dan sering berhubung dengan kebanyakan wakil rakyat termasuk pembangkang, dan inilah pertama kali Pak Pelandok berhadapan dengan seorang wakil rakyat yang bodoh sombong, biadap dan tak beretika langsung.

Tuduhan ini mencerminkan budaya dan sikap wakil rakyat celup yang entah dari mana datangnya dan itulah gambaran sebenar kebanyakan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, maka amat malang sekalilah negeri dan negara ini untuk mengharapkan mereka bagi melaksana dan menjalankan amanah rakyat dengan baik dan berkesan.

Jika wakil rakyat seperti samseng dan tak berpendidikan, kucar kacir lah kawasan, negeri dan negara. Rakyat dan pengundi yang malang yang memilih mereka dahulu sebenarnya telah memilih hampas dan kaca yang pasti akan membawa ke era kemusnahan nilai dan etika.

Kepada wakil rakyat biadap Kulim ini, Pak Pelandok sarankan belajarlah segera tata cara bercakap dan mengajukan soalan, bukan macam di pasar atau kaki lima.

Wakil rakyat seperti inilah yang beria-ia sangat nak buka ladang babi di kedah ni....... kesian-kesian......orang Kulim lagi la kesian........... Apa kata YB Zulkifli Nordin...........

Thursday, 20 November 2008

LADANG BABI DI KEDAH


HADIAH KEPADA PENGUNDI KEDAH

Tahniah kepada kerajaan PAS Kedah kerana berjaya mengusahakan projek yang hebat dan menguntungkan.... dan Tahniah kepada pengundi Kedah kerana kerajaan kita telah membuktikan kemampuan untuk menjana ekonomi yang hebat di Kedah.....

Projek ternakan Babi memang menguntungkan, cepat membiak dan hasilnya pun lumayan... bolehlah bantu rakyat dan banyakkan lagi pembangunan negeri...........

Jika nak buat projek Babi tu, buat saja lah, tak payah kata orang lain yang lulus.......kalau kita tak setuju, boleh batal pun bila-bila masa sahaja.......

Hebat kan Kedah, dari negeri Jalapang Padi dah nak tukar ke Darul Babi pula..........

Yang kesiannya kat orang sekitar Bukit Selambau, lepas ni hari-hari lah dapat menikmati `perfume' free. Wangi dan semerbak pulak tu.......

Sebenarnya, jika nak buat projek, belambak lagi macam-macam boleh buat, kata kita ni Islamik sangat, kalau projek Babi, tak payah Kerajaan buat, ramai lagi orang lain boleh buat, buat lah projek Rusa ke, Lembu ke, Unta ke, Badak ke, Gajah ke lagi berbaloi kan......

Renungkan lah : Babi tetap babi walau dibedak dan dicelak. Walau diubah nama seindah khinzir atau lembu pendek; perutnya tetapi membuncit, hidungnya tetap pesek, bunyinya terus mendengus begitu. Tak ada yang hensem. Bukan maksud menghina, inilah uniknya kejadian Allah. Hina ini satu subjek yang subjektif, dalam al Quran Allah ada menyebut seburuk-buruk bunyi adalah bunyi himar. Buruk tetap buruk, nak buat macam mana. Sifat buruk itu Allah jadikan sebagai perbandingan untuk yang indah dan cantik.
Cakap memang sedap dan indah....... kelaku dan tindakan , teruk dan buruknya.............Hebat pemimpin dan Kerajaan kita noo.............
Pak Pelandok nak bagi tau di Jepun, majoriti rakyatnya makan Babi dan hampir keseluruhan jenis masakan pasti ada Babi, dan dikatakan rakyat Jepun adalah pemakan Babi yang kuat mengatasi rakyat Cina dan Korea. Tapi tidak ada langsung ladang ternakan Babi di sana, semuanya di import masuk, dan selepas ini Kedah Darul Aman akan menjadi sebahagian negeri PENGEKSPORT terbesar babi pula, hebat kan.............. Orang eksport Beras ni eksport babi pulak ... kah..kah..kah....................................................

Wednesday, 19 November 2008

KERAJAAN PAS KEDAH RUNTUH


ADUN PKR KEDAH SERTAI UMNO


Riuh rendah semakin kencang, ADUN PKR akan menyertai UMNO bagi membentuk Kerajaan Negeri yang baru........... termasuklah MP Kulim Bandar Baharu......


Kepada pembaca budiman, saya sertakan coretan dari adinda http://korek-bloq.blogspot.com/ yang telah menyatakan prihal berkenaan dengan tepat dan sewajarnya........


(baca jangan tak baca)

Dalam keriuhan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih teraju negara tiba2 di Negeri Kedah riuh rendah kononnya akan berubah pentadbiran Kerajaan Negeri pada 18 Nov (hari ini). Hal ini mungkin menjadi kenyataan jika tindakan susulan dengan menyekat beberapa ADUN PKR yang tidak henti2 mau melompat ke Barisan Nasional dengan janji kononnya akan mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar dan Exco akan diberi kepada ADUN tersebut di samping imbuhan keduniaan berupa wang ringgit berjumlah jutaan ringgit akan ditawarkan kepada malaun2 ini. Begitu juga dengan juak2 dan balaci yang taat dan setia kepada ADUN-ADUN ini.
Maklumat diterima kerja buat untuk melompat parti ini diterajuai oleh ADUN Lunas yang merupakan kepala kepada setiap perbincangan dengan bekas Menteri Besar Kedah di samping dibantu oleh broker2 politik taik minyak yang dulunya bekas pemimpin PKR negeri yang telah mengepak kad keahlian PKR dan hidup bersenang lenang hasil imbuhan daripada kerja2 pengkhianatan kepada parti yang berpusat di bahagian Merbok. Walau pun mereka telah keluar dari Parti tetapi masih lagi menjalankan kerja2 pengkhianatan ini demi untuk memuaskan nafsu serakah dan dendam kesumat yang tiada penghujungnya.Begitu juga broker2 politik taik minyak yang terdiri dari bekas ahli UMNO yang hanya menyertai PKR hanya setelah PKR menang pada PRU ke-12 bulan Mac lalu.
Bagi pengundi2 di DUN Lunas ingin sekali memesan kepada YB Radzi "SUDAHLAH YB, MAI LA JENGOK2 KAMI DI LUNAS". Tak payah lah buat kerja2 yang tak berfaedah tu, Maila tengok masalah kami terutamanya di Taman Selasih ni. Banyak masalah rakyat yang perlu diselesaikan. Kami kepingin bejumpa dan bersemuka dengan YB. Kami bukannya mau duit YB.......Kami cuma maukan khidmat dan sokongan dari YB sahaja. Jangan lah malu berjumpa kami. YB kena ingat kami yang mengangkat YB, Jadi jangan YB cuba2 mengkhianati kami. Kalau mai pun jangan lah mai sengap2. Pembantu YB pun seperti Din, Ilias a.k.a Songkok Tinggi dan Lan Gemok yang YB gunakan pun kami tau siapa mereka.Si Songkok Tinggi dan Lan Gemok ni pun semasa kami kalut dok buat kerja di PRK Permatang Pauh, mereka dok kalut dok buat kerja2 nak jual parti. Kami tau perjumpaan mereka dengan Pecacai UMNO di Hosba dan Pekan Danork. YB pula kalut ke Indonesia dalam kalutnya kita tengah berkempen untuk DSAI. Herannya kami macammana PKR Kedah tidak memecat pengkianat2 parti seperti Ilias a.k.a Songkok tinggi dan Lan Gemok yang mempunyai niat untuk menjahanamkan Parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Malaun2 ini menggunakan kapasiti atas jawatan mereka sebagai AHLI MAJLIS dan AJK PKR Bahagian untuk mendapatkan habuan yang tinggi semasa urusniaga dengan UMNO Kedah. Lan gemok pun dah naik mercedes Benz lani.......
Nak cerita sikit pasai ADUN Kulim. Beliau juga disyaki terlibat dengan kerja2 melompat parti ni. Beliau telah beberapa kali berbincang dengan broker2 politik dengan habuan jutaan ringgit jika bersetuju dengan syarat2 yang ditetapkan. Dengar khabarnya beliau sekarang telah berbincang secara terus tanpa melibatkan orang tengah dengan bekas MB Kedah beberapa kali. Khabarnya segala hutang2 peribadi dan perniagaan beliau yang dulu telah pun diselesaikan. BETOL KE?........ Wah, senangla macam tu, tak payah jual handfon dan kad prabayar lagi. Boleh tutup kedai la YB Lim oi.........Lu jangan ingat kami tarak tau aaaa,,,,,,Dah lah ahli Parlimen Kulim serupa Pelak,pembantu2 AP Kulim macam merak buih, Adun Kulim pula serupa.........! Kesian kat Dato' Seri MB Kedah. Dari hari kesehari mesti Pikiaq " Esok aku masih MB lagi ke!..Takut hari2 dok pikiaq hal tu kerja lain tak menjadi........Jadi sebagai pemerhati politik semasa yang tiada berkepentingan ingin berpesan kepada YB2 PKR Kedah agar melaksanakan amanah dan tanggung jawab kepada rakyat di bawah. Janganlah terlalu memikirkan habuan keduniaan sangat. ingatlah kepada rakyat terutamanya yang menjulang hangpa sampai ketahap setinggi ini.
Pada YB Lunas tak payah la rasa malu untuk balik ke kawasan. Kami pengundi kat sini tak kata apa pun. Untuk YB Kulim jangan hang ingat kami tak yau kerja buat hang. Jangan lah dok pandang kulit sangat. Bagi Ahli Parlimen Kulim BB, hang nak masuk UMNO hang pi sorang2, jangan dok hasut Ahli parlimen lain. Dan yang pastinya semua ADUN PKR yang lainnya perlulah bermuhasabah diri. Insaflah dan teruskan bersama Kerajaan Pakatan Rakyat. Teruskan khidmat anda kepada Rakyat. Barulah...."KEDAH SEJAHTERA'..


Sumber; JIN BRABUS....18.11.2008 dari http://korek-bloq.blogspot.com/

Terima Kasih adinda ku...........

TERCABARNYA JEJAKA MALAYSIA










GADIS MALAYSIA KAHWIN JEJAKA LUAR NEGARA

Sekarang ini semacam menjadi trend, gadis Melayu Malaysia (termasuk artis) memilih pasangan hidup mereka dari luar negara.

Ada yang pilih Mat Indon, Mat Bangla dan banyak pula yang rela mengikut lari buah hati mereka ke Lambok, Indonesia walaupun terpaksa menderita.

Lebih menarik, dikalangan artis wanita Melayu, semacam berlumba-lumba untuk berkahwin dengan Mat Saleh, (sekadar beberapa contoh Ning Baizura, Maya Karin, Anita Sarawak).

Apa dah jadi dengan jejaka Malaysia.

Tidak tercabarkah anda, mungkin jejaka Malaysia tidak ada ummh, bukan idaman, banyak yang lalok, asyik merempit sahaja dan poket sentiasa kering memanjang........

Malulah macam tu......... buktikan jejaka Malaysia boleh..........

Syabas kepada Ashraf Sinclair kerana berjaya menawan artis popular dari seberang,... itu baru hebat... Tahniah juga kepada Datuk Siti Norhaliza kerana memilih Datuk K............

IKHLASKAH DISKAUN PLUS?


Seronoknya PLUS Bagi Diskaun 10%

Tahniah dan syabas kepada PLUS kerana bermurah hati memberikan diskaun 10% dan tambah 10% lagi semasa musim perayaan kepada para pengguna mulai Januari 2009.

Nampak sungguh begitu bermakna dan amat teruja sekali......

Tapi sayang sekali, berapa ramaikah yang akan benar-benar menikmati kemurahan hati PLUS ini.....

Kalau nak bagipun , biarlah meliputi dan termasuk waktu siang sekali, biarpun 5% dah memadai.

Lawak-lawak...... Jalan malam-malam ada juga bahayanya tau..........

Monday, 17 November 2008

PENYOKONG BANTAH KERAJAAN KEDAH


KELAB PENYOKONG PAS KEBANGSAAN BANTAH DASAR 50% PERUMAHAN KERAJAAN PAS KEDAH


Lihat Berita Dalam Negeri : Utusan Malaysia 17 Nov.2008, Muka surat 25.

(Kenyataan Presiden Kelab Kebangsaan pula tuu....


Apa dah jadi ni, penyokong sendiri dah berpaling tadah, nampak gayanya semakin celarulah Pakatan Rakyat lagu ni no.....


Harapkan Penyokong nak sokong, rupanya membantah pula, itulah kalau buat dasar atau keputusan, biaqla profesional sikit, nak perintah dan urus negeri bukan senang oii, bukan pakai cakap macam masa dok ceramah tu.... mengata orang memang senang, la ni baru tau ` Langit Tinggi Rendah', tu baru lapan bulan, kalau 5 lima tahun, nanya la orang Kedah. kesian....kesian......


Sunday, 16 November 2008

PAS DAH MENGALAH?

MENGALAH SELEPAS DI GERTAK

Bukan main punya hebat apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan melaksanakan kuata 50% perumahan di Kedah perlu di peruntukan kepada bumiputra Melayu. Hebat sungguh no......

Sedap bukan main mendengarnya, walaupun REHDA Cawangan Kedah tidak bersetuju dan bercadang membawanya ke mahkamah.

MB terus bertegas bahawa keputusan dan Dasar ini adalah wajar serta tetap akan dilaksanakan dan mendakwa GLC Negeri boleh membina sendiri sekiranya REHDA tidak mahu menerima dasar ini. Mungkin dasar ini positif atau tidak... fikir dan renungkanlah sendiri...........

(Lihat petikan ini)

Ini laporan Berita Harian:
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dari luar Kedah supaya jangan campur tangan dalam isu dasar baru kerajaan Pas Kedah berhubung pemilikan kuota rumah Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus.Beliau berkata, pemimpin PKR dan DAP dari luar Kedah tidak layak untuk campur tangan hal dalaman negeri itu selain tidak berhak mengajar beliau membuat keputusan terutama membabitkan perkara berkaitan dasar kerajaan Pas Kedah."Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas."Kenapa Azmin (Azmin Ali, Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu mengguris hati orang Islam dan Melayu," katanya ketika dihubungi
Berita Harian di sini, semalam.Azizan juga menolak andaian dasar kuota itu akan dibatalkan.

Realitinya projek perumahan bukannya seperti membina balairaya atau surau, perlu pengalaman, kepakaran, kajian strategik dan peruntukan kewangan yang besar. Sedangkan di Kedah la ni.., kawasan perumahan (projek) baru wujud bagai cendawan tumbuh, lihat saja di Sungai Petani, Alor Setar dan Kulim. Malahan untuk menghabiskan jualan perlu mengambil masa yang lama walhalnya harga di Kedah masih rendah di bandingkan dengan negeri lain seperti Pulau Pinang ( Kepala Batas dan Seberang Perai). Untuk memenuhi kuata 30% pun terpaksa mengambil masa yang lama apatah lagi jika 50%. Fikiaq la sama kemampuan ekonomi Bumiputra dan realiti kehidupan mereka yang punya kampung masing-masing.........

Ketegasan MB Kedah pun bukan main lagi, sangup mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat Kedah jika tak setuju ......... Alih-alih, ekoran gertakan dan ancaman DAP Pusat dan di sokong pula oleh MCA Kedah, ketegasan MB dan Kerajaan PAS Kedah tiba-tiba longlai dan layu, dengan sedikit gertakan sahaja, tiba-tiba cakap yang berdegar-degar sebelum ini tiba-tiba menjadi perlahan dan akhirnya akur dengan kehendak pihak yang tidak bersetuju ini. Macam mana jadi lagu ni oii........

Amatlah hairan dan menakjubkan, keputusan dan dasar yang yang dibuat kononnya untuk membela Bumiputra tiba-tiba boleh berubah sekelip mata, siapa lebih kuat dan berkuasa dalam perkara ini, PAS Kedah atau DAP....

Pak Pelandok : Lain kali pikiaq la dulu, jika nak buat dasar tu, biarlah rasional dan perlu juga pengalaman untuk mentadbir dan memerintah, bukan ikut selera dan kepentingan politik semata-mata,... akhirnya malu dapat dan maruah tercalar. Ingat kata orang-orang tua `Cakap Berdegar-degar, tahi lekat di gelegar'. Sampah kat taman-taman perumahan pun la ni.. di kutip seminggu sekali sahaja, busuk la mak oii........

DI KEHENDAKI

AWAS : SIAPA KENAL ORANG INI

Lelaki Ini bernama NASABRI BIN MAT AROP no k/p : 700822-08-5443 adalah pemangsa yang menipu dgn cara meminta kepada mana2 individu bawah umur 40 tahun untuk mendapatkan DANA BELIA di bawah KEMENTERIAN BELIA RM30-50K dengan bayaran RM250-RM300 untuk bayaran kertas kerja untuk di uruskan olehnya... Manakala buku akaun bank rakyat di serahkan kepada lelaki ini dengan salinan kad pengenalan.

Sehingga kini sudah beberapa laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di sebelah Balik Pulau & Pulau Pinang... sehingga hari ini masih tidak tahu status ke mana perginya lelaki ini... dimaklumkan dia berada di lokasi Padang Serai, Kulim, Baling, Gurun hingga Jitra Kedah.
Ratusan Ribu Ringgit telah di tipu oleh lelaki ini. Mempunyai 2 orang isteri termasuk isteri keduanya seorang GRO dari negara jiran. dia sudah tidak lagi berada di tempat kerja beliau iaitu di Agensi Dadah Kebangsaan(ADK) di Pulau Pinang. Modus operandi tertumpu kepada mereka yang punyai masalah kewangan... berita yang diterima juga memaklumkan bahawa lelaki ini di dakwa adalah daripada kalangan PEKIDA... kepada mereka yang mengenai lelaki ini, termasuk ADIK BERADIK KITA... bantulah... ramai yang telah teranianya... di harapkan dapat menghubungi pihak polis yang berdekatan atau menghubungi Syam 019-559 7527 atau azman 019-408 5232

Thursday, 13 November 2008

NIK AZIZ BERKETURUNAN RAJA?

KETURUNAN RAJA MANA PULAK NI?

Raja Sagor ke atau Raja Gopal ??...

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diwawancara dan menghiasi cover majalah berbahasa Inggeris 'Off The Edge' untuk bulan November ini. Beliau telah diwawancara oleh Farish A Noor untuk ruangan utama majalah ini, dan artikel yang bertajuk 'God, Politics, Everything' (Tuhan, Politik, Segalanya) dimuatkan didalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu Inggeris.

Pelbagai persoalan ditanyakan kepada Tuan Guru termasuklah tentang pertalian darah Tuan Guru dengan kesultanan kerajaan Langkasuka 400 tahun dahulu. Ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa Tuan Guru ini berdarah raja dan keturunannya bermula daripada Raja Surenda, Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud di Langkasuka), Sultan Iskandar Shah (Sultan Kelantan yang pertama), Sultan Mansur Shah, Raja Abdul Rahman, Raja Abdullah, Raja Mohammad dan Raja Banjar.

Yang menariknya, iaitu penerbit majalah ini telah meletakkan gambar Tuan Guru Nik Aziz dibahagian hadapan manakala bahagian belakangnya pula ialah iklan arak 'Bombay Sapphire' Dry Gin.


P/s: Begitulah jadinya kalau dah taksub dan lupa diri, seseorang pemimpin itu sanggup mengaku yang bukan-bukan dan pengikut pula mulai melangit mendewa-dewa sehingga terlupa pada realiti, kebenaran dan bumi tempat berpijak. Apa komen rakan-rakan blogers Kelantan terutamanya OTAI. Ahli sejarah kena betulkan ni....

Wednesday, 12 November 2008

PILIHANRAYA KECIL ?


Pilihanraya Kecil di DUN Kuala Nerang?

KHABAR ANGIN YANG DIHEBAHKAN DLM KEBANYAKAN BLOG TERUTAMA DR MP PADANG TERAP....... Betoi ka ni, saja nak buat lawak kot.....


Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.

Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut.
Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.


Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.

N7 KUALA NERANG
Jumlah Pengundi: 18,394Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%
1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856) 2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)
Majoriti: 805Jumlah undi: 15,216Peratus mengundi: 82.72%Undi rosak: 309

Monday, 10 November 2008

ADUHAI UMNO












POLITIK WANG DAN GADUH


ADUHAI, UMNO kenapalah pekara seperti ini berlaku dan masih terjadi. Ianya sungguh mengaib dan menjejaskan imej dan kredibiliti parti dan turut mencalitkan kesannya kepada Kerajaan.
Bergaduh dalam persidangan, melambangkan ahli-ahli UMNO tidak berdisiplin, tidak mengetahui atau tak mahu ikut peraturan serta tidak langsung mahu menghormati orang lain. Kenapa jadi macam MIC tahun-tahun 80an dahulu. UMNO parti keramat yang memerentah, tetapi ahlinya seperti badut sarkas yang `bodoh sombong', tak ambil kira langsung situasi dan kondisi semasa, sudahlah imej parti tercalar hebat sejak 8 Mac 2008, ditambah pula dng pendedahan demi pendedahan ekoran pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, kini gelagat `kelas ketiga' para ahli UMNO akan menambahkan `muak dan jelak' umum yang sentiasa mengikuti dan memerhati.
Politik Wang atau yang sebenarnya adalah RASUAH, begitu mendominasi sepanjang proses pemilihan Bahagian dan Pusat. Kenyataan Tengku Ahmad Rizaudin, Muhyidin Yasin, Dato Najib mengesahkanya. Apakah pemimpin dan ahli UMNO tidak merasa berkaitan dng isu keji ini. Politik Wang menjadfi amalan dan bualan umum yang biasa, seolah-olah ianya bukan satu kesalahan atau pelanggaran etika dan nilai. Keadaan seperti mengharuskannya, ianya sama sekali bercanggah dengan hasrat dan kenyataan para pemimpin termasuk PM yang berazam membasmi rasuah. Apakah rasuah hanya berkaitan dng penjawat awam atau di sektor awam dan swasta sahaja., dan menjadi tidak apa atau halal serta dibolehkan dalam politik. Apakah ahli-ahli politik ini merasakan mereka tidak berkaitan atau perbuatan mereka itu tidak keji dan hina, apakah mereka tidak memikirkan kesan dan akibat buruk yang turut sama yang menyeret kepimpinan dan kerajaan, yang dalam jangka panjang akan menjadi barah dalam seluruh masyarakat dan menghancurkan negara.
Ahli-ahli UMNO perlulah benar-benar bermuhasabah diri secara ikhlas dan jujur, bukan sekadar mainan di bibir sahaja atau sekadar menyedapkan ucapan, sebaliknya mereka terus rela dan berkekongkol dengan amalan keji ini. Ingatlah pengundi kini majoroti yang muda dan berpendidikan, mereka mempunyai medium untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat dan berkesan., sikap berdiam diri akan di terjemahkan apabila pilihanraya berlaku. Janganlah dipermudah atau di perbodohkan pengundi sekarang, buktinya lima buah kerajaan negeri telah bertukar tangan.
Ahli UMNO perlu segera melakukan reformasi dan revolusi bagi memastikan parti berjasa ini terus relevan dan menerajui negara. Insiden, isu dan kerenah yang merugikan perlu dihentikan segera. Keadaan memang parah dan tiada masa lagi untuk terus bersengketa, bersandiwara atau `menghalalkan cara' kerana pembangkang semakin bijak dan strategis, pengundi semakin muak dan jelak, bangsa semakin dicabar dan terhimpit.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails