Tuesday, 30 December 2008

HEBATNYA KUALA TERENGGANU LA NI




KUALA TERENGGANU KEBANGGAAN KU

Pak Pelandok sedang berkelana di Terengganu..... mencari ilham dan meninjau perkembangan pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu yang kian terasa bahangnya.

Kesempatan berada lama di Kuala Terengganu .... membolehkan Pak Pelandok meninjau hampir keseluruhan kawasan Kuala Terengganu ni......

Apa yang Pak Pelandok dapati kini..... sejak tiga tahun Pak Pelandok berhijrah ke utara...... Pak Pelandok dapati kepesatan pembangunan Kuala Terengganu memang sudah berubah dan berbeza sama sekali sejak tiga tahun semasa Pak Pelandok menetap di sini dahulu.

Di Cendering sudah ada Kampus Cawangan UiTM, deretan rumah mewah dan semi-d selain jalan raya yang lebar dan sempurna.

Kedai-kedai makan sentiasa penuh terutama di waktu malam, menandakan tahap ekonomi rakyat Terengganu yang bertambah baik.

Pasar Payang dan Pasaraya Maidin di Jalan Hiliran setiap hari penuh sesak dengan pelanggan yang sentiasa sibuk membeli belah.

Rumah-rumah persendirian tumbuh bagai cendawan dengan senibina yang cantik menawan dan berkeluasan yang selesa.

Menyusuri jalanraya di pusat bandar diwaktu malam..... dapat di saksikan keindahan malam dengan tiupan bayu laut yang nyaman....... bertemankan gemerlapan dan kilauan lampu neon beraneka warna yang sungguh menawan dan mengasyikan.

Pak Pelandok terfikir...... betapa hebat, pantas dan terancangnya pembangunan yang dilaksanakankan di sini. Bertuah sungguh orang Terengganu.... sekarang ini serba serbi ada. Segala kemudahan telah di sediakan mencakupi semua aspek .... dari peluang ekonomi kepada aspek pendidikan maupun perumahan. Bertuah sungguh orang Kuala Terengganu.

Mungkin orang Kuala Terengganu sendiri tidak menyedari perubahan dan pembangunan pesat ini, kerana setiap hari mereka melihat dan melaluinya, sehinggakan mungkin tidak terasa lagi......

Tetapi bagi Pak Pelandok yang berada di luar dan pelancong luar sudah tentu merasai, menyedari dan turut mengucapkan kata-kata tentang kepesatan dan keindahan Kuala Terengganu la ni....

Sudah sewajarnya orang Kuala Terengganu berasa bangga dengan perubahan dan kejayaan ini. Sudah pasti apa yang berada didepan mata sekarang ini adalah hasil usaha pemimpin dan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menunaikan janji dan amanah demi masa depan rakyat dan negeri.

Pesan Pak Pelandok... jangan dek terpesona dengan kempen dan gula-gula pilihanraya ini, para pengundi terpengaruh untuk membuat keputusan yang silap..... sehingga boleh merencat dan mengendalakan segala perancangan dan pembangunan yang sedang dan akan di laksanakan ini. Kuala Terengganu mempunyai masa depan dan potensi yangh cerah dan besar untuk lebih maju. Jangan hentikan setakat ini sahaja, jangan di gagalkan perancangan untuk masa depan anak cucu kita agar lebih gah di persana negara dan antarabangsa.
Pada orang Ganu Kite............ Negeri Kite Warisan Kite..........

5 comments:

Pok Li said...

Salam Singgah,. :)

KADAYAN BANTING said...

Saya yakin rakan-rakan di Terengganu akan terus memberi sokongan yang padu kepada kerajaan yang sedia ada kalau mereka mahukan pembangunan yang berterusan. Trengganu memang indah dan apa tah lagi dengan adanya pembangunan yang pesat pada hari ini. Saya pernah beberapa kali ke Trengganu, ke pasar payang, ke pulau duyung dan turun ke laut mencandat sotong pada waktu malam.

KADAYAN BANTING said...

Saya yakin Kuala Trengganu akan bertambah hebat kalau rakan-rakan di sana memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan yang sedia ada. Kuala Trengganu yang sedia indah itu pasti akan bertambah indah dengan adanya pembangunan pesat yang berterusan. Tiada siapa yang boleh memberikan pembangunan berterusan melainkan kerajaan yang sedia ada.

Saya telah beberapa kali berkunjung ke Trengganu beberapa tahun yang lalu, saya mengunjungi pasar payang, belihat suasana di pulau duyung dan mencandat sotong di tengah laut pada waktu malam. Walaupun saya hampir2 dapat mabuk free tetapi amat menyeronokkan. Nanti saya datang lagi ke sana

PAK PELANDOK said...

KADAYAN BANTING

Kuala Terengganu semakin hangat dan menarik, hari ini (malam)PAS akan mengumumkan calonnya di Stadium Negeri. Dua calon di sebut-sebut iaitu calon favorite Dr. Syed Azman dan Mustafa Ali.

Kempen dan ceramah PAS mulai dilaksanakan sejak semalam.....menariknya ....untuk di analisa...

sticker said...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
jordan shoes

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails