Tuesday, 2 December 2008

SENIMAN RAKYAT YANG DILUPAKAN


PERGINYA SEORANG PEJUANG LAGU-LAGU RAKYAT

Al-Fatihah!

Semalam, 1 Disember 2008, seorang seniman lagu-lagu rakyat yang tidak asing lagi di Utara iaitu Pak Ku Shadat telah meninggal dunia. Pak Ku meninggal dunia pada sebelah pagi dan jenazahnya disemadikan di Padang Sera, Kedah, Darul Aman.

Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.

Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.

Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin. Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.

Gambar ini diambil dalam tahun 2004 di rumah sewanya di tengah sawah Tambun Tulang, Perlis

Berita Harian melaporkan:

Tokoh penglipur lara yang terkenal di Perlis dan Kedah, Ku Nafiah Ku Aman, 79, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ku Shadat' meninggal dunia di rumah keluarganya di Padang Sera, Kedah hari ini kerana sakit tua. Seorang rakan rapatnya, Ahmad Md Noh, 57, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya kira-kira jam 11 pagi dan mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melele, Kedah jam 4.30 petang tadi. Beliau menyifatkan kematian Pak Ku Shadat sebagai kehilangan seorang pejuang seni penglipur lara yang tidak pernah jemu berkarya. Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipur lara sejak lebih 20 tahun lalu menerusi nyanyian selokanya. AL-FATIHAH.

PAK PELANDOK merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham........ semoga rohnya di cucuri Rahmat Allah...........
TERIMA KASIH saudara Omara.....gambar tuu ... minta maaf kerana dalam kesedihan tak ingat jadi lagu tuu.... terima kasih kerana respon drp saudara....

3 comments:

omara said...

Awat Pak Pelandok kerat gambar saya bersama Allahyarham Pak Ku Shadat. Berita dan gambar sebenar boleh diikuti di http://mamutanjung.blogspot.com

omara said...

Sila lihat berita dan gambar sebenar yang ditulis oleh saya sendiri di http://mamutanjung.blogspot.com/

PAK PELANDOK said...

Saudara Omara...

terima kasih di atas keperihatinan saudara.....

Blog saudara saya ikuti selalu,
menarik dan berinfomasi...

Maaf kerana guna gambar dari blog saudara..

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails