Thursday 30 April 2009

KERAJAAN PERPADUAN : GIMMIK PAS




AGENDA DESPERADO PAS

Polimik Kerajaan Perpaduan yang di mulakan oleh Hj Hadi dengan kemungkinan Kerjasama antara UMNO – PAS telah melibatkan bahang panas di dalam PAS itu sendiri.

Kenyataan pantas Nik Aziz yang menifatkan usul itu sebagai `jauh api dari semanggang’ dan meletakan syarat mustahil kerana Nik Aziz tahu UMNO atau BN tidak akan sudi menerima syaratnya itu. Maka itu sebenarnya telah menjelaskan bahawa awal-awal lagi Nik Aziz tidak bersetuju dengan cadangan Hj Hadi dan sememangnya tidak ada sedikitpun niat untuk mengadakan kerjasama atau hubungan dengan UMNO.

Apabila keadaan agak reda….lalu anaknya Nik Abduh memanaskan semula suasana dengan menyatakan ` ada puak yang bodoh dalam PAS dan penasihat Nik Aziz yang memberi gambaran salah kepada Nik Aziz demi memastikan kedudukan mereka dalam PAS tidak terjejas.

Semua ini adalah semata-mata kerana pertandingan pada muktamar PAS nanti……..ianya akan sepi semula seperti usul-usul sebelum ini. Ini semua adalah hanya sandiwara politik ala PAS...........gimik dan agenda muktamar semata-mata.

Pak Pelandok melihat semua ini adalah semata-mata merupakan `gimmic dan agenda setting’ para pemimpin PAS untuk menonjolkan semula wajah dan gaya mereka kepada perwakilan sempena Muktamar yang akan diadakan pada Jun nanti. Dengan mengemukakan isu baru dan panas…..populariti mereka yang menurun akan timbul semula dan menjadi bahan percakapan serta sentiasa berada di mata dan hati para ahli.

Namun begitu.............Apa sekalipun nawaitu mereka mengemukakan alasan dari agenda ini.............Pak Pelandok suka melihatnya dari sudut yang lebih positif............ Jika benarlah niat dan tujuannya itu benar-benar ikhlas.....jujur dan murni demi ummah....agama dan bangsa..............maka sewajarnyalah pekara ini diberi perhatian serius dan diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi merialisasikannya........... Kerana inilah tuntutan agama jika kita benar-benar beriman............

Perbincangan.............pertemuan dan kaedah perlu di buat secara intensif dan tertutup...kerana jika dihebahkan seperti sekarang akan banyaklah anasir yang akan menggagalkan usaha mulia ini....kerana tidak mahu inplikasinya terhadap ummah dan bangsa akan membuahkan paradigma baru yang bakal mencatatkan sejarah hebat...........dan ini semua sudah pasti tidak di senangi atau dimahukan oleh golongan yang mahukan bangsa menjadi lemah...........bersengketa dan bercempera seperti sekarang ini.

Jika benar-benar ikhlas..............buangkan segala syarat dan kepentingan............. berlapang dadalah kita untuk bermusyawarah dan mencari titik pertemuan............kerana itulah lebih utama dan keperluan.................kepentingan peribadi dan politik sempit masing-masing perlu di ketepikan dahulu.....sebaliknya masa hadapan bangsa dan negara di jadikan matlamat yang lebih prioriti.

Sebenarnya Penyatuan Ummah adalah lebih utama di saat negara menghadapi kegetiran sekarang ini.............Lihatlah bagaimana daif...terpinggir dan ketinggalanya bangsa dari arus perdana ekoran kita terlalu beremosi dan taksub kepada wadah dan pegangan politik masing-masing............sebaliknya pihak lain mengambil peluang dengan memenuhi kehendak dan tuntutan mereka di dalam segenap aspek termasuklah hal politik..........ekonomi...........pendidikan...........sukan.........sosial dan pelbagai pekara lain yang merupakan matlamat perjuangan semua pihak selama ini.

Jangalah sejarah silam sejak 1977 itu di ungkit semula kerana yang berlalu biarlah menjadi sempadan dan teladan.............tidakkah usaha untuk penyatuan bangsa dan memperkasakanya satu perjuangan yang mulia dan terpuji.

Hidup yang sementara ini........bukankah baik sekiranya kita dapat menjayakan harapan dan tindakan yang lebih mulia dan bermakna dengan `Penyatuaan Ummah’ agar sengketa dan nasib malang seperti yang menimpa saudara kita di luar negara seperti di Palestin.......Afghanistan......Iraq........Sudan........Selatan Thailand dan Filipina tidak di deritai oleh anak-cucu dan generasi akan datang.

Orang tua-tua selalu berpesan: Bersatu teguh....Bercerai Roboh malah agama juga mengajarkan kita : Berpeganglah dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai.

Tuesday 28 April 2009

AGENDA PENDERHAKAAN NIZAR
















TELUNJUK MENJOLOK MATA

Nizar akan mencabar Artikel 63 Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Menurutnya, artikel ini adalah tidak sah kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes Dato Seri Nizar akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada jam 9.30 pagi ini.

Nampaknya tak habis-habis lagi agenda penderhakaan si Nizar ini.......ianya di selang seli dengan siri penderhakaan oleh Speaker DUN Perak, Sivakumar....maka nampaknya PAS dan PKR bermain injit-injit semut dengan siri penderhakaan yang bersilih ganti terhadap Sultan Perak yang nampaknya tidak akan surut dan berkesudahan.

Apakah Nizar dan sesiapa sahaja rakyat negara ini khususnya di Perak terkecuali dari menjunjung Perlembagaan serta tidak terikat dengan kontrak sosial atau pun nilai dan etika yang menjadi pegangan dan penghormatan selama ini.

Mereka masih dengan sombong......bongkak dan bangganya bertindak mengikut sentimen....emosi dan dendam politik yang sempit sehingga tidak menghiraukan langsung perasaan dan betapa tergurisnya hati seluruh rakyat yang menjungjung tinggi entiti mulia negara bangsa ini.

Tidak cukupkah lagi rentetan penderhakaan yang di tunjukan selama ini......tidak memadaikah lagi penghinaan yang di lakukan selama ini.......dan tidak berpadakah lagi peri laku sombong dan ketidaktaatan kepada Sultan dan Negeri selama ini.

Janganlah menjadi seperti `telunjuk mencucuk mata' atau Pak Kaduk yang gila talak apabila kehilangan kampung ataupun janganlah menjadi seperti Kaduk Naik Junjung. Jangan lah kita lupa diri.....leluhur dan bumi tempat berpijak ini dek kerana semangat dan hasutan orang lain yang berselindung di balik lalang sehelai......janganlah kita disebut seperti manusia yang tidak punya harga diri dan jati diri dek termakan adu domba dan di peralatkan oleh orang lain yang bijak bersandiwara demi kepentingan diri mereka.

Apakah titah Sultan dan Raja Nazrin tempoh hari tidak dipedulikan sama sekali.......dan tidak sedikitpun berbekas di hati bagi menjelmakan keinsafan atau menyemai suburkan semula nilai murni sebagai rakyat yang taat dan setia. Tidakkah mencukupi teguran dan titah Sultan yang sudah berulang kali itu di hormati............jika benar kita berjiwa Melayu sejati. Titah atau tindakan bagaimanakah lagi yang mereka ini mahukan.

Janganlah dipekakkan telinga........dibutakan mata......dan digelapkan hati...... Sebagai pemimpin.....Nizar atau sesiapa sahaja di negara ini perlulah menunjukan teladan dan contoh yang baik dan terpuji supaya rakyat boleh berbangga dengan mereka.
Janganlah nanti generasi akan datang akan meriwayatkan mereka sebagai penderhaka dan yang ingkar kepada ikrar warisan pusaka leluhur yang dipertahankan sejak zaman berzaman sebagai bukti kewujudan sebuah negara bangsa yang bertamadun.

Pak Pelandok amat bersedih keadaan ini masih berlarutan........Apakah bangsaku sudah hilang jati diri dan memungkiri perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba.....atau bangsaku telah hilang kecintaan dan kesetiaanya untuk menjadi bangsa sendiri. Tun Sri Lanang akan berhiba hati apabila buku` Sejarah Melayu' karyanya itu sudah tidak menjadi rujukan dan pedoman lagi........

Monday 27 April 2009

UJIAN PERTAMA DATO' ZAHID HAMIDI DI PENANTI













BONUS DI PENANTI


PRK Penanti tidak sama seperti Permatang Pauh.......Kuala Terengganu............Bukit Gantang atau di Bukit Selambau.

Kali ini Penanti akan menyaksikan barisan baru Kabinet UMNO akan menyerang dengan penuh susila dan bakal menyengat serta menggegarkan cuaca politik Malaysia.

Pulau Pinang yang di terajui Dato' Zahid Hamidi dengan dokongan semangat baru barisan MT UMNO akan bergerak penuh tertib.....berwibawa dan berstrategik bagi menghadapi PKR yang di buai pesona kemenangan lalu.

Kemampunan Dato Zahid akan teruji bagi menyatukan seluruh tenaga dan menggerakan jentera yang bakal menangkis dan mematahkan serangan PKR dan pakatannya nanti. Pendekatan mesra dan berhemah yang menampilkan imej persaudaraan seagama tulin pasti akan memikat hati dan perasaan pengundi di Penanti ini.

Namun begitu...Dato' Zahid dan UMNO serta BN perlulah bersedia awal kerana PKR seperti biasa akan menyerang secara aggresif malah akan membawa isu-isu dan soal peribadi. Pertembungan ini perlu di hadapi secara adil...........serangan balas perlu pantas......berterusan......bersepadu dan bijaksana.

Kelesuan jentera..........kecantikan laporan dan senarai tugas dan aktiviti jangan di jadikan pegangan konkrit kerana selama ini itulah masalah dan asas kegagalan BN. Berani bertindak segera..........berhati dan berfikiran besar kerana sememangnya UMNO itu hebat dan besar..........menghadapi PKR bukan apa-apa....tetapi perlulah serius dan tidak sambil lewa.

Kondisi rakyat yang sudah muak dan jemu dengan segala bentuk wayang hitam.........pemalsuan...........sandiwara...........pembohongan PKR selama ini perlu segera di papar secara jelas biar rakyat benar-benar menginsafinya.

Kehidupan yang nyata dan realiti bukan lagi boleh bertahan selamanya dengan hanya momokan dan retorik PKR yang sentiasa di gula-gulakan kepada rakyat. BN perlu memaparkannya ........biar rakyat yang menilai dan menghakiminya.

Hidup ini bukan semata-mata berdasarkan emosi...dendam atau kepentingan peribadi sahaja........malah ianya perlu bermaruah dan tidak menjadi pak turut atau seperti kerbau di cucuk hidung..........rakyat telah sedar............siapa yang di peralat selama ini.........siapa yang mengadu dumba.........siapa yang mengaut keuntungan............siapa yang memperjudikan nasib dan masa depan rakyat dan negara.............siapa yang pentingkan diri tanpa mengambil kira aspek kestabilan ekonomi dan politik negara.

Jika benar PKR itu memperjuangkan rakyat dengan slogan boombastiknya `Keadilan' maka sudah sepatutnya pilihanraya tidak dijadikan medan menguji sokongan dan populariti...........sebaliknya akan bersama Kerajaan terus membela rakyat dan mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi ini..............tetapi PKR terus-terusan menggunakan medan pilihanraya walaupun sebenarnya tidak perlu....dan memaksa Kerajaan mengeluarkan kos yang besar bagi melaksanakan tuntutan demokrasi yang sengaja di cipta PKR ini.

Arena Penanti memberi ruang dan peluang kepada BN melaksanakan bakti...........jika tewas ....ianya tidak membawa sebarang erti.......namun sekiranya menang ...ia adalah BONUS kepada Dato' Zahid...UMNO...BN dan PM.

BN perlu mulakan segala gerakan dengan semangat `1 Malaysia' demi kesejahteraan dan ketamaddunan bangsa Malaysia yang hebat.

Pak Pelandok melihat peluang itu cerah di Penanti kerana rakyat tidak boleh selama-lamanya di perbodohkan PKR...........Berbohong boleh sesekali tetapi tidak lagi akan dipercayai sekiranya selalu berbohong.......

31 MEI PRK PENANTI







SPR telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil Penanti akan berlangsung pada 31 Mei 2009 manakala hari penamaan calon pada 23 Mei.

Terjawablah sudah segala teka teki dan penantian umum sejak beberapa mingu ini. Malah PKR dan pakatannya sudah tentu lega kerana keputusan SPR ini yang sememangnya dinanti mereka bagi menguji semula populariti dan menampilkan semula wajah politik mereka kepada massa.

Maka akan bermulalah gerakan dan kempen yang sudah pasti akan menjadi panas.....genting dan tegang di Penanti nanti......Rakyat Penanti akan menjadi tidak senang duduk walaupun suasana akan meriah dan gamat.......malah riuh rendah dan kesesakan yang merimaskan selain aktiviti dan kerja harian yang pasti terganggu dengan kegharahan berkempen terutama oleh PKR dan PAS yang sinonim dengan aggresif dan penuh provokasi itu.

Akan lebih padat dan sesak ialah masjid-masjid sekitar Penanti terutama Masjid Tanah Liat......Sungai Semambu dan yang paling hebat ialah di Kubang Semang yang sentiasa di penuhi penyokong dan jentera PAS dengan menjadikan masjid yang bersejarah itu sebagai tempat rehat....tempat lepak.....tempat melunggukkan bahan propaganda serta tempat tidor penyokong mereka yang datang dari jauh....Maka masjid itu akan menjadi kotor....di penuhi sampah sarap dan serba aneka bahan buangan manusia.

Maka Ibadah jemaah di masjid berkenaan juga akan terganggu dek kuliah-kuliah politik serta sembahyang hajat yang pasti di lakukan sentiasa terutama oleh PAS disitu.

Siapa pula yang akan bertanding......PKR sudah bercadang untuk meletakan Pengerusi Negeri Pulau Pinang, Zaharin Hashim atau Timbalannya Dr. Mansor Othman ataupun seorang lagi Peguam bernama Iskandar. Kak Aminah Abdullah, Bekas Ketua Wanita PKR Negeri sudah menyatakan akan nenjadi calon Bebas bagi menentang segala kemungkaran dan kepalsuan serta pembohongan PKR selama ini. Maka akan berentap lah mereka dengan Mat Sabu bakal Timbalan Presiden PAS nanti.

Bagaimana pula UMNO / BN.......tak kan nan tengok sahaja kot......cari lah siapa-siapa pun sebagai calon.......kan masih ramai yang berkalibar dalam UMNO permatang Pauh tu.......asal jangan Ketua bahagian sudahlah.....Dato' Firdaus pun boleh di beri peluang sekali lagi......

Yang malangnya nya ialah Fairus Khairuddin......walaupun telah didapati bersih oleh SPRM tetapi jawatan EXCO dan wakil Rakyat telah terlucut ekoran mainan kotor dan konpirasi PKR yang sememangnya tak bersedia bersekongkol dengan orang yang jujur dan ikhlas.

Maka kini biarlah rakyat yang tentukan siapa yang sewajarnya mewakili mereka di Penanti ini. Apakah pengajranan sejak Mac 2008dengan perjuangan kosong penuh retorik....sandiwara dan opera ini masih memikat hati ataupun perjuangan realiti demi 1 Malaysia yang telah berjasa selama ini mengangkat maruah dan harga diri agama......bangsa dan negara di kedudukan yang sewajarnya akan menjadi pilihan rakyat.......

Kita nantikan waktu itu......Pak Pelandok doakan semuanya berlangsung dengan aman dan semangat demokrasi yang tulin dan terpuji.

Thursday 23 April 2009

PAS LAWAN PKR DI PENANTI








OPERA PULAU PINANG

115 orang perwakilan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya, Omar Hassan usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur. PAS Permatang Pauh menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus melepaskan jawatan exco dan TKM 1 Pulau Pinang dan meletakkan jawatan ADUN sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan."Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat).

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengkritik Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memaklumkan perletakan jawatan Fairus kepadanya. Menurut Lim, tindakan itu seolah-olah membelakangkan kesepakatan antara kedua-dua parti itu.Pertelingkahan itu menjadi lebih panas apabila ada `perang media ’ oleh Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Zahrin Mohd Hashim.

Dalam barisan Exco Pulau Pinang, PAS tidak mempunyai seorang pun wakil walaupun mereka adalah bersaudara dalam Pakatan Rakyat. Ini bermaksud PAS tidak mempunyai ADUN yang layak untuk dilantik ke jawatan itu....... atau DAP dan PKR sebenarnya tidak mahu imej "Islam" PAS dalam kerajaan Pulau Pinang?..........Atau PAS yang tak sedar diri selama ini.........mereka di jadikan kuda tunggangan..........dan mereka sebenarnya `melukut di tepi gantang’ sahaja.

Pak Pelandok teringat semasa di PKR Bukit Selambau lalu............beberapa petugas taksub PAS dari Permatang Pauh sempat berbual dengan Pak Pelandok...........mereka dengan bangga melahirkan kerja keras dan perjuangan mereka selama ini khususnya untuk memenangkan calon PKR di Bukit selambau adalah tugas suci dan mulia.........perjuangan menegakan agama Allah dan perjuangan Islam............menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Pak Pelandok terfikir sejenak.......... benarkah ungkapan sedemikian...........apakah hanya perjuangan Pakatan Rakyat khususnya PKR sahaja yang bertunjangkan `amal makruf...nahi mungkar’ dan calon PKR di Bukit Selambau itu seorang Islam yang bertaraf ulama..........atau pun Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang ini di terajui oleh seorang Tok Guru atau Ulama dan pentadbirannya menyerupai `Kerajaan Islam di zaman Khulafa Arrasyidin atau Umar Ibnu Aziz.

Lalu Pak Pelandok bertanya lagi...............Apakah Kerajaan Persekutuan yang ada kini.........yang telah berjasa mengangkat maruah...harga diri dan martabat bangsa dan agama daripada lembah kehinaan dan kebinasaan.........bukan perjuangan mulia dan suci.............perjuangan yang membela dan memastikan ekonomi.........pendidikan..........sosial dan siasah bangsa dan negara tidak Islami............. Tiada jawapan dari sahabat PAS Pak Pelandok itu.

Sahabat PAS berkata lagi.........sistem sekarang tidak Islamik......sumber penuh subahat dan haram..........cara hidup menyimpang dari Islam...................Lalu Pak Pelandok bertanyakan mereka..............dari sumber manakah mereka menyara kehidupan dan keluarga selama ini (sebahagian mereka merupakan kakitangan awam).........bukankah gaji yang di terima sebagai kakitangan awam setiap bulan dari sumber Kerajaan Persekutuan..............sistem apakah yang di gunakan untuk membiayai pinjaman perumahan untuk rumah yang mereka miliki sekarang ini.............. Jika haram dan subahat.............maka selama ini mereka bersekongkol dan bergelumang dengan yang haram itu.......dan selama inilah rumah dan rezeki mereka haram.

Jadi tidak hairanlah kenapa sokongan kepada PKR begitu hebat..........kerana selama ini di dokong dan dibantu oleh jentera dan tenaga `Kakak Tua’ dari PAS yang membuta tuli dan tak pernah mahu berfikir sejenak............kerana minda mereka telah tertutup rapat............malah mereka tak pernah pun terfikir bahawa `pakatan palsu’ ini hanya sebagai kuda tunggangan dan mereka semua sah di peralat dan di perkuda oleh PKR dan DAP.

Pak Pelandok bertanya lagi...........Islam kah Kerajaan Pulau Pinang sekarang ini...........sudah berapa banyak dasar atau program kah yang telah di laksanakan untuk memperkasa dan memertabatkan agama dan umat Islam di negeri ini........... Apakah dasar dan langkah yang telah di ambil untuk membela dan membantu orang melayu (Islam) yang majoritinya miskin...........terpinggir dan melarat di negeri ini............

Rupa-rupanya pimpinan PAS kawasan Permatang Pauh telah sedar hakikat ini.......... mereka tidak mahu lagi bersekongkol dan terpalit dosa bersama pembohongan dan muslihat PKR dan DAP di Pulau Pinang............kesianya kepada ahli dan penyokong di bawah yang belum membuka mata.........telinga..........minda dan sanubari mereka untuk melihat kebenaran................dan hakikat sebenar.

Pada PRK Penanti ini......kita akan saksikan pertembungan hebat antara PAS menentang PKR dan DAP.

Wednesday 22 April 2009

MUHYIDDIN YASSIN PENGERUSI UMNO KEDAH














SIAPA PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang pertama akan dipengerusikan oleh Presiden baru merangkap Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan di adakan jumaat ini.

Ramai yang menjangka bahawa mesyuarat itu adalah mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju baru parti itu, yang kini dianggotai oleh saf baru. Dan sudah tentu harapan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat di negara yang dinaungi oleh parti itu mahu melihat satu perubahan yang baru berlaku dalam parti itu.

Juga diramalkan Presiden UMNO akan mengumumkan nama-nama Pengerusi UMNO Negeri yang baru. Paling hangat di persada senarai ialah Terengganu, diikuti Kelantan serta juga Perlis, Melaka, Kedah, dan Pulau Pinang.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mempunyai cirri istimewa kerana ia di bawah pembangkang dan kebetulan Pulau Pinang ia dipegang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Cakap-cakap di Kedah menyatakan Pengerusi Perhubungan yang ada sekarang akan diganti dengan muka baru....Siapa tokoh berkenaan....itulah yang menjadi teka-teki dan ramalan panas.......yang mana jawapannya akan diketahui pada Jumaat nanti.

Namum beberapa nama berada dalam senarai `top five' Presiden parti.......kerana siapa sahaja yang dilantik nanti akan memikul tanggungjawab yang besar dan berat untuk menyusun semuala jentera dan saf UMNO di Kedah yang bercempera akibat tsunami Mac 2008 lalu.

Malah Pengerusi baru ini juga akan memikul tanggungjawab besar untuk menyusun dan menggerakan jentera `psywar' dan hulubalangnya untuk menyekat dan melemahkan pembangkang terutamanya PAS yang sedang leka dan selesa memerintah negeri.

Siapapun juga....adalah diharapkan UMNO khususnya di Kedah akan kembali ke pangkal perjuangan......menilai semula corak gerak gempur dan etika kepimpinan yang lebih ikhlas dan jujur serta membetulkan semula hala tuju semoga tetap di hati dan sanubari rakyat.

UMNO sudah membariskan kepimpinan segar dengan perubahan baru di peringkat tertinggi.......maka demikian juga perlu di lakukan di peringkat negeri......malah perlu di teruskan di peringkat Bahagian dan Cawangan. Kepimpinan di semua peringkat perlu benar-benar di amanahkan kepada mereka yang ikhlas....jujur....amanah.....mendahului rakyat........mengutamakan parti dan tidak mementingkan kroni serta diri sendiri.

Maka siapa yang akan mengepalai perjuangan dan survival UMNO Kedah nanti......kita sama-sama nantikan...........
Pak Pelandok teringat kata orang-orang tua : `Buruk Ikan di Kepala....Akan buruk badan dan ekornya'................Reput tunjang pokok...akan tumbang dan rebah lah ia'

Tuesday 21 April 2009

RIBUT MUKTAMAR PAS











PRESIDEN PAS JADI REBUTAN


Muktamar PAS pada JUN nanti di Stadium Melawati akan menyaksikan saingan dan rebutan hebat dikalangan pimpinan Pas. Kebanyakan jawatan tertinggi menjadi idaman mereka yang merasakan layak dan menjanjikan perubahan yang lebih hebat kepada parti ini.

Majoriti ahli-ahli PAS nampaknya mahukan supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sebagai Presiden parti yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk memimpin PAS. Kenyataan Nik Aziz pada 13 April lalu mengesahkan keinginannya itu yang di lihat perlu menolak keluar Hj Hadi kerana tindak-tanduknya selama ini terutama mengenai Kerajaan Perpaduan (UMNO-PAS) dilihat merugikan dan membelakangkan Mursyidul Am Pas ini. Persaingan hebat akan lebih membara kerana banyak perwakilan negeri terutama dari Perak dan Wilayah Persekutuan turut mencalonkan Nizar (bekas MB Perak) yang di anggap hero dan pejuang terkini dan akan membawa angin perubahan yang lebih drastik bagi PAS mengapai matlamatnya.

Jawatan Timbalan Presiden juga, ahli-ahli parti itu mahukan supaya Mohammad Sabu yang diberikan peluang untuk memegang jawatan tersebut dan dilihat boleh menjadi seorang Timbalan Presiden yang berkesan kepada Presiden parti. Pertembungan hebat akan berlaku kerana Salahudin Ayob, Mahfuz Omar, Husam Musa dan Nasaruddin Mat Isa juga mengidamkan jawatan ini. Manakala setiusaha agung Kamaruddin Jaafar juga melihat potensi ini dan tidak akan membiarkan dirinya ketinggalan dalam haraki penting PAS kerana kesetiaannya selama ini perlu di balas juga oleh ahli-ahli.

Jawatan Naib Presiden juga akan menyaksikan pertembungan hebat. Antara yang berminat ialah selain mengekalkan Haji Husam Musa termasuklah muka baru Nizar Jamaluddin dan Prof Dr Mahfuz Muhamad, Prof Dr Mahfuz Muhamad mewakili ulama profesional yang ketika ini memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Ahmad Awang dan Mujahid Yusuf Rawa.

Pak Pelandok melihat ini sebagai sebahagian dari tuntutan sistem kepartian itu sendiri. Selagi namanya parti politik walaupun mengunakan wajah dan tema Islamik..........kaedah berpolitik tetap sama....seperti juga yang di amalkan oleh UMNO (walaupun ditempelak tidak Islamik dan Bercelaru). Hasrat dan keinginan manusia berpolitik tetap sama.....inginkan jawatan terutama yang lebih tinggi bagi memenuhi kepuasan diri (maka `teori need hiraki - Maslow) tetap berlaku walaupun dilakangan mereka yang kononnya bergelar ulama dan ustaz ini.

Keinginan manusia yang tak terbatas tetap mahukan kedudukan dan kuasa yang lebih tinggi dan besar...........tetap mahukan sanjungan dan penghormatan yang lebih besar............Nikmat berkuasa dan di hormati sentiasa bersarang indah dalam setiap nurani manusia walaupun berselindung dengan agama seperti para pemimpin PAS ini.

Pak Pelandok masih teringat kata-kata Nik Aziz dahulu mengenai Tun Mahadir............katanya mungkin nak pegang jawatan sampai mati..........tetapi apabila Tun Mahadir dah lama melepaskan jawatan.......Nik Aziz masih menjadi MB dan Mursidul Am hingga kini..........malah nak merebut jawatan Presiden parti pula Jun nanti. Agaknya orang lain tidak setandingnya atau nak pegang jawatan sampai mati kut.........walaupun nak berjalan pun dah tak terdaya lagi..............

Maka kerana itu............nak bercakap fikirlah dahulu.........`kata dulang paku serpih.....kata orang dia yang lebih' ................Politik tetap daki dunia.......... Manalah nak buang pula Mustafa Ali, Harun Din, Azizan Razak dan ramai lagi dalam kem endorgan tu..........Kesian mereka ni..........

Monday 20 April 2009

DAULAT TUANKU











TITAH DIRAJA TITAH BERPELEMBAGAAN


`MENYALAKAN API DALAM SEKAM'
`RAJA PEMERINTAH BUKANLAH BUTA PEKAK ATAU BISU'
`JANGAN CEPAT MEMBUANG PELITA KERANA RIANG FAJARKAN MENYINGSING, KERANA HARI SIANG JUGA AKAN BERAKHIR'
`TINDAKAN MENGHINA, MEMPERSENDA DAN MENANAM KEBENCIAN KEPADA INTITUISI - BERUNSUR SUBVERSIF'

Untuk berulang kalinya Duli Raja-Raja Melayu telah menzahirkan titah menyeru rakyat memahami kedudukan intituisi Raja.......menghormati dan mematuhinya sejajar dengan kedudukan yang jelas dalam Perlembagaan negara.

Semalam Tuanku Sultan Perak dan anakandanya menyuarakan lagi titah berkenaan dengan nada jelas penuh terkilan dan amaran. Raja-Raja Melayu berada diatas politik....maknanya tidaklah setaraf mainan dan sengketa politik yang bergolak untuk menyeret.....melibatkan atau menyamakan intituisi berkenaan seperti pertelingkahan politik yang tegang dan sedang berlaku sekarang ini.

Sebagai warga Malaysia yang cintakan tanahairnya......prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adahlah kemuncak kepada pelambangan patriotik dan sejarah ketamadunan rakyat dan negara ini.

Keutuhan intituisi ini bukan sekadar simbol atau lambang sahaja sebaliknya adalah benteng survival dan ketuanan bangsa malah sebagai bukti hidup bahawa negara bangsa ini adalah warisan zaman yang gemilang dan bertamadun tinggi.

Lihatlah daripada tragedi politik yang meruncing di negara ini....... apakah tidak kita sedari..........bahawa wahana dan bahang gelora politik yang boleh menggugat kestabilan..........keamanan.........malah menjuruskan bangsa dan negara kekancah kebinasaan sebenarnya telah di selamatkan oleh kuasa Raja-Raja Melayu ini.

Pak Pelandok sungguh terharu dengan titah ucapan baginda berdua semalam..............tidakkah kita sebagai insan yang matang dan punya pemikiran....masih tidak mahu menerima kenyataan dan hakikat serta tidakkah terasa sedikit pun untuk mahu menghormati dan menerima titah berkenaan.

Apakah kita masih keras dengan ego dan kesombongan yang kian jauh membawa kearah kebinasaan dan penghinaan. Apakah kita merasakan tiada kaitan langsung dengan titah berkenaan ataupun kita masih merasakan kitalah yang paling hebat......paling berkuasa dan paling popular. Janganlah terus-terusan menghiris perasaan dan jiwa nurani rakyat yang menjungjung tinggi nilai budaya leluhurnya yang telah sebati menjadi jatidirinya ini.

Sebagai rakyat bumi bertuah ini...........titah keramat ini perlulah di ambil kira....di patuhi dan dijadikan azimat perjuangan..............janganlah sehingga tumpah air mata darah......dan sehingga berputih mata.............barulah di masa itu baru kita mahu menginsafi diri dan nasib malang serta ketelanjuran ini.

Pak Pelandok sering berpesan pada anak cucu : Janganlah selepas ini ada lagi manusia yang keras hati dan bebal yang masih bongkak dan sombong bertindak membantah.........menyeret.............menghina dan mempersenda intituisi Raja-Raja ini.............Ingatlah `Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjong'................`Api semasa kecil menjadi kawan.....apabila besar menjadi lawan'.

Sunday 19 April 2009

PKR MENANG PERCUMA DI PENANTI








PKR MEMPERSENDA DEMOKRASI DAN PENGUNDI DI PENANTI

Kekosongan kerusi DUN Penanti ekoran perletakan jawatan Adunnya Fairus Khairuddin dari PKR............telah memungkinkan pilihanraya kecil berlaku di sini.

Namun kekosongan kerusi ini menampakan sikap dan cara mempermainkan sistem demokrasi dan pilihanraya di Negara ini oleh pembangkang khususnya PKR. Calon PKR kali ini khabarnya adalah seorang peguam yang akan dicanangkan sebagai calon paling sesuai untuk mengisi jawatan TKM 1 Pulau Pinang.

Tuduhan rasuah yang belum tentu akan dibawa ke mahkamah dan belum tentu di dapati bersalah................telah menyebabkan tekanan yang maha hebat dikalangan wakil rakyat mereka......... termasuklah di Bukit Selambau baru-baru ini............dan Permatang Pauh sebelumnya......... hanya kerana tekanan dan kononnya ugutan..........memberi lalauan kepada seorang suami..............mandat dan amanah rakyat di perlekehkan sebegitu rupa.

Jelas sekali.....wakil-wakil rakyat dan pemimpin pembangkang di negara ini tidak benar-benar serius serta tidak langsung bertanggungjawab serta tidak menghormati sama sekali mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih mereka.

Apakah jawatan wakil rakyat itu hak peribadi....yang boleh sewenang-wenangnya diambil....di buang atau pun begitu mudah untuk bertukar ganti hanya kerana isu dan masalah peribadi yang sengaja di tempa.

Sebenarnya inilah bentuk perjuangan dan sikap pemimpin pembangkang PKR..........mereka tidak mempunyai daya tahan yang kukuh...........tidak betah menghadapi cabaran dan kemelut............serta tidak mampu menahan nafsu dan keinginan melihat peluang dan kesempatan yang terhidang di depan mata.............ekoran secara mendadak mendapat kuasa yang tidak di sangka.

Lebih jelas mereka tidak mempunyai hala tuju yang konkrit.............tiada Visi dan Misi sebenarnya untuk membela rakyat seperti apa yang di laung dan di canangkan selama ini.

Rakyat sebenarnya sudah muak dan bosan dengan isu-isu politik murahan yang membuang masa dan fokus selama ini.......... Pilihanraya bukan medan untuk menguji dan mengukuhkan populariti............ dan bukan arena menegakan hujah kosong...retorik....fitnah dan kekalutan semata-mata.............

Pilihanraya sewajarnya diadakan lima tahun sekali sahaja (kecuali kes kematian) untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan..........selepas itu adalah menjadi tanggungjawab untuk menunaikan janji dan amanah dengan berbakti dan membela nasib....kehidupan dan masa hadapan rakyat dan negara.

Jika kerana sebab kecil seperti merajuk.....diskriminasi.............tekanan dalaman seperti ini...........amatlah tidak wajar sama sekali untuk membuang masa dan tenaga rakyat dan kos yang besar bagi melayan kerenah dan permainan pondok-pondok pembangkang seperti ini. Masa dan kos yang terbuang ini lebih baik di gunakan untuk meneruskan agenda pembangunan dan kepentingan rakyat yang masih banyak dan perlu di beri berhatian.

Tidak cukupkah lagi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang jelas mempermainkan pengundi...kini di kawasan yang sama perlukah pula berlangsung satu lagi pilihanraya kecil..............juga dengan isu kredibility dan tanggungjawab peribadi seorang pemimpin atau wakil rakyat kononnya.

Tanyalah mak cik- pakcik di Tanah Liat........Sungai Semambu...............Kubang Ulu........Kg. Pelet............Mengkuang Titi........Guar Perahu..........Guar Jering dan Kg. Tun Saadon.............semuanya mempertikaikan kewajaran dan keperluan pilihanraya kecil ini............ yang mereka mahukan ialah janji-janji wakil rakyat dan kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk janji pemimpin `de facto’ PKR semasa pilihanraya-pilihanraya yang lalu supaya di tunaikan..........pembangunan untuk mereka di laksanakan........taraf hidup mereka di tingkatkan.............masalah ekonomi dan hilang pekerjaan mereka di bantu..........longkang dan prasarana umum di perbaiki dan di bina.............mereka sememangnya sudah muak dengan permainan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai bahan ujian dan perniagaan.

Cumanya..........Pak Pelandok merasakan BN perlu juga menyertai pilihanraya kecil ini sebagai memenuhi kehendak demokrasi dan mengambil kembali kerusi yang sememangnya kepunyaan BN kerana pengundi di sini sudah tidak mahukan lagi PKR. Jika BN tidak menyertainya sekalipun...........Pilihanraya ini tetap akan berlangsung kerana sudah tentu akan ada calon Bebas atau parti kecil lain yang akan turut serta mencuba nasib.

Sebaliknya PKR akan menjaja isu BN tidak bertanding ini...........untuk tempoh yang lebih panjang ke seluruh negara dengan dakwaan bahawa BN sudah tidak berani lagi untuk menghadapi PKR dan sudah menyerah kalah awal-awal lagi............

BN terutamanya UMNO perlu terus bertanding bagi membuktikan kewibawaannya sebagai parti kebanggaan rakyat dan negara yang berjasa............tetapi penyertaan kali ini biarlah lebih berpada.....penuh strategik.............dengan melakukan perubahan kepada cara bertindak dan berkempen yang lebih konprihensif dan efektif.

Rakyat di Penanti sebenarnya menunggu peluang untuk memberi tamparan kepada PKR yang selama ini terlalu banyak membuang masa....berjanji kosong dan ghairah dengan retorik........impian kosong dan pembohongan semata-mata.............Penanti akan menjadi milik UMNO dan BN semula selepas ini.............

Tidak cukupkah lagi PKR........PAS dan DAP mempersenda Sultan dan rakyat Perak hingga ke hari ini.............

Thursday 16 April 2009


Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

(Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR. dan disiarkan melalui MalaysiaKini)


Akhirnya berita yang di tunggu sekian lama telah sahih..........Maknanya akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil di DUN Penanti.........Pak Pelandok sudah menjangkakan pekara ini akan berlaku.......kerana sudah tentu pepimpin de facto PKR tidak mahu menyimpan busung yang sedang membara......bisul yang akan pecah........yang lebih penting ialah cuba menutup aib dan malu ekoran perbuatan tidak bermoral yang berlaku di kalangan deretan orang suruhan dan bala tenteranya.


Maka dengan pahit dan pedihnya Fairuz di nasihatkan meletak jawatan sebagai ADUN....kerana kesnya apabila di bawa kemahkamah akan menyebabkan sengsara yang maha besar kpd DSAI dan PKR..............malah sudah pasti ianya umpama ` Meludah kelangit....akhirnya jatuh kemuka sendiri'


Maka gegak gempitalah pula bumi Penanti dengan pesta dan kemeriahan politik............maka entah berapa ramai pula calon-calon BEBAS akan mencuba nasib dan menghanguskan wang pertaruhan mereka.


Tahniah YB Fairuz.............tindakan `gentelmen' namun alangkah baiknya jika tidak meletak jawatan walaupun awak sudah tidak dikehendaki lagi....umpama habis madu...... sepah dibuang............nasib-nasib............kesian pula pada YB Fairuz ni............ kan lebih elok jika joint UMNO je..........

UJIAN PERTAMA NAJIB



BERI BETIS HENDAK PAHA

Baru beberapa hari yang lalu iaitu pada 9 April……….. Datuk Najib mengumumkan barisan Kabinet barunya dengan tema menarik `Satu Malaysia, Rakyat di Dahulukan………..Pencapaian di Utamakan’……………maka banyaklah pihak terutama dari para pemimpin BN sendiri yang mengalu-alukan barisan kepimpinan baru Negara itu……………penerimaan mereka itu di zahirkan dengan pelbagai kenyataan menarik…………..memberangsangkan…………..positif dan di sifatkan wajar dan bertepatan sekali.

Namun beberapa hari sahaja selepas itu………….timbullah suara-suara dan nada sumbang yang mula menunjukkan belang dan topeng sebenar parti dan individu tertentu dengan pelbagai reaksi sinis……….menyangah…………menempelak………….menuntut………….dan sebenarnya mempertikaikan apa yang di putuskan oleh PM keenam itu demi kepentingan rakyat dan negara.

Antara suara sumbang dan tuntutan halus berdiplomasi yang kedengaran ialah :

1. Kepimpinan MIC mengugut untuk menarik keluar pemimpin mereka yang dilantik ke Kabinet kerana tidak berpuas hati dengan jumlah dan kedudukan Kementerian kanan yang tidak diberikan kepada mereka.

2. Menteri MCA mahukan agensi tertentu yang Kementeriannya di mansuhkan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian yang mereka ketuai.

3. Melaka dan Perlis mempersoalkan ketiadaan seorangpun Menteri atau Timbalan Menteri yang dilantik itu dari negeri berkenaan.

4. Ngo’s tertentu mula mempertikaikan agensi dan Kementerian yang di mansuhkan itu akan mengakibatkan masalah kepada golongan tertentu.

5. Pembangkang menyatakan bahawa ini bukan Kabinet Rakyat dan konsep Satu Malaysia dikaburkan dengan huraian sinis yang mengelirukan.

Pak Pelandok menjadi hairan dan pelik dengan sikap golongan dan individu berkenaan. Tidakkah sepatutnya kepentingan rakyat dan Negara yang di utamakan…………atau kestabilan dan kemakmuran rakyat dan negara yang di dahulukan………….kerana itulah ikrar dan ikatan persefahaman yang di menterai mereka terutama di dalam BN ketika ini. Apatah lagi dalam suasana kemelut dan gerimis politik yang melanda Negara dan BN ketika ini.

Sewajarnya keutamaan nasional lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi untuk parti dan kaum atau wilayah tertentu. Sebarang nada atau tindakan yang menampakan kerenggangan atau percanggahan perlulah di lenyapkan………….. sebaliknya penyatuan dan persefahaman yang benar-benar ikhlas dan jujur serta utuh perlu di tampilkan dengan tindakan yang jelas dan benar. Sewajarnya semua bersatu...berpadu tenaga..........dalam usaha membina dan memartabatkan bangsa dan negara.....kerana itu yang lebih utama.

Tidakkah pemimpin………….parti atau individu berkenaan menyedari dan menghayati kesungguhan PM untuk memulihkan gerhana yang melanda BN dan Negara selama ini………. Malah manifestasi tindakan rakyat dan pembangkang yang menolak BN selama ini……….tidakkah memberikan sedikit keinsafan dan kesedaran kepada mereka. Apakah mereka ini masih di buai mimpi dan khayalan serta masih bersandiwara dengan nilai hipokrit serta bermuka-muka yang membaluti mereka selama ini.

Rakyat tidak mahu mendengar atau melihat semua pekara seperti itu lagi…………..rakyat mahukan kesungguhan…………keikhlasan dan kerja keras demi kepentingan rakyat dan Negara. Negara tidak sesuai lagi dengan segala kemelut ………….demontrasi………..reformasi dan segala macam kekalutan politik. Rakyat mahukan keutamaan mereka benar-benar di dahului. Rakyat benar-benar mahukan pencapaian………keberhasilan dan suasana serta kehidupan yang selesa………harmoni dan bahagia.

Rakyat juga sebenarnya mahukan keamanan dan perpaduan benar-benar dijelmakan seperti yang di pupuk sekian lama sehingga Negara menikmati keamanan dan kestabilan dan kita semua berbangga dengan pencapaian dan kedudukan Negara di mata dunia.

Rakyat juga sebenarnya tidak mahukan suasana tegang……….krisis atau kekeliruan yang berpanjangan seperti sekarang ini……………rakyat yang rasional begitu menghargai dan mementingkan kedamaian dan kebahagian kerana itu yang menjadi hasrat kita selama ini……….dan itulah juga yang mahu di warisi kepada generasi akan datang…………..biar sampai bila-bila pun jua…………….

Pak Pelandok berharap sangat………..pemimpin dan ahli-ahli politik di Negara ini samada dari yang memerintah ataupun yang membangkang………….janganlah terlalu emosional dan mengikut perasaan atau sentimen………….rakyat dan Negara lebih utama untuk di warisi dengan kestabilan………..kemakmuran dan kedamaian daripada kemelut dan sengketa politik yang sempit serta memualkan itu.

Janganlah asyik nak jadi `Hero’ semata-mata…………jangan juga asyik menangguk di air keruh…………..jangan juga menjadi bak pepatah ` Diberi betis hendakkan paha pula’.

Kemelut politik UMNO di Terengganu juga menjengkelkan…………apakah sebenarnya yang nak di rebutkan itu……….apakah pengalaman lalu belum memberikan pengajaran dan teladan kepada mereka. Inikah yang mahu di maklumkan kepada rakyat sebagai tanda perjuangan dan tanggungjawab mereka…………..Maka samalah juga antara BN di Terengganu dengan apa yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak. Maka jangan pula UMNO atau BN juga menjadi sama seperti tindakan pembangkang yang tidak menyenangkan dan hanya pandai menyalahkan kerajaan semata-mata selama ini.

Apakah kita benar-benar mahukan nasib seperti Pak Kaduk…………benar-benar berlaku atau kita lebih rela dan mahukan rakyat dan negara bertuah ini menjadi mangsa seperti apa yang di derita sekarang ini diPalestin………..Afghanistan…………..Iraq………….Pakistan…………..Somalia……………Sudan…………..Ethopia……….Thailand…………berbagai negara lagi menimpa kita…………..RENUNGI saudaraku sekelian……………..

Pak Pelandok terasa malu pula nak mengisahkan darihal telatah dan gelagat pemimpin dan politik Negara ini kepada anak cucu………………..kerana mereka selalu bertanyakan mengenai Patriotisme…………Jati Diri………..dan Sejarah Negara Bangsa…………yang cuba Pak Pelandok tanam dan suburkan dijiwa sanubari mereka selama ini…………….

Monday 13 April 2009

ARIF SHAH TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG










SUSAHNYA NAK LANTIK TIMBALAN KETUA MENTERI

Sudah berminggu-minggu Pulau Pinang tidak mempunyai Timbalan Ketua Menteri 1.........Timbalan Ketua Menteri Melayu yang sepatutnya diharapkan mewakili dan memastikan nasib dan masa depan orang Melayu Pulau Pinang terjaga dan terpelihara.

Sejak Tim. Ketua Menteri lalu....... Fairuz Khairuddin meletak jawatan kerana tuduhan rasuah..........Pulau Pinang yang di terajui Lim Guan Eng terus mencengkam kuasa........ melaksanakan cita-cita politik DAP untuk `Malaysian Malaysia' tanpa gangguan dan campur tangan PKR.

PKR melalui Pemimpin `de facto' nya masih berteka-teki dan meneropong yang tak habis-habis..........entah bila agaknya calon yang sesuai dan yang boleh mengikut telunjuknya akan di temui.........nampak sangat PKR yang sering melaungkan pembohongan untuk menerajui negara dengan ` Kabinet Bayangan'nya..........begitu ketandusan pemimpin untuk di ketengahkan bagi mengisi kekosongan walaupun di sebuah negeri yang kecil.

Nak cari calon yang sesuai.....amanah....ikhlas dan bersih serta `adil' seperti apa yang sering di momokkan kepada rakyat selama ini............. bukan mudah sebenarnya............ kerana pengalaman lalu........... dalam tempoh setahun sahaja di beri kuasa............. dengan rakus dan bebalnya hak rakyat di bolot mereka......... menyeleweng dan rasuah yang sering di tomah dan di lemparkan kepada pimpinan negara rupanya lebih parah dan membusung di dalam PKR sendiri. Kerana itu janganlah asyik mengata dan memfitnah orang lain sahaja......... sedangkan diri dan parti sendiri sebenarnya lebih parah dan pekung baunya lebih pekat..........

Cakap memang senang.......... mempertikai dan memperkecilkan Kerajaan BN sungguh mudah....... namun hakikatnya apakah yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuklah di Kedah dan Selangor hingga kini....... negeri masih di takuk lama......... rakyat semakin tersepit dan tertekan........ apakah langkah atau pakej untuk membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan dan tertekan ekoran kenaikan harga barang keperluan harian dek penguncupan ekonomi dunia.........Pakej ransangan apakah yang telah di sediakan mereka untuk membantu dan membela rakyat khususnya yang mebuta tuli menyokong mereka selama ini............

Yang ada cuma lah........longkang semakin tersumbat......jalan kampung semakin pecah dan rosak...... dewan semakin usang dan terbiar.........rumput semakin panjang berjela.........sampah kian membukit dan busuk.......... rakyat semakin renggang kemesraan dan ikatan perpaduan.........budaya politik liar.........ganas dan tak beretika semakin berkembang dan subur......... wakil rakyat semakin menghilang dan sukar di temui........alasan semakin banyak dan berbagai di berikan bagi menutup pekung dan kelemahan nyata.

Berbalik cerita calon TKM tu.........pilih saja lah siapa-siapa pun.......... peduke salam mana pun boleh....... bukannya nak buat apa pun..... hanya nak jadi pelengkap korum dan menyedap mata sahaja....... kerana selama ini pun orang lain yang perintah........PKR hanya pak turut dan jadi gurka bawahan sahaja.........Cakap saja hebat sebenarnya..........peranan dan penglibatan tak ada apa pun.........

Apa susahnya.........yang ada hanya YB Batu Maung dan Sungai Bakap sahaja.......... itulah yang terbaik antara yang buruk yang di miliki PKR Pulau Pinang......... mereka ni lah yang beria-ia nak sangat jawatan TKM tu......... angan-angan dan impian mereka tu....dah tak boleh di halang lagi........... jika tak di pilih silap-silap boleh berdemontrasi dan berrefomasi pula..........

Tapi sebenarnya pemimpin `de facto' PKR ada perancangan lain............dia nak pilih dan nak lantik orang lain.....itu yang `delay' lama sangat tu............. tengah pujuk rayu dan menabur umpan dan strategi yang belum tentu di makan. Jika berhasil.........matlamat mereka ialah untuk mengegar dan menggemparkan BN dan seluruh negara........kononnya merekalah yang hebat berpolitik dan pakar strategi.............tunggu dan lihatlah samada ianya mengena atau tidak........

Pak Pelandok nak berpesan kepada anak cucu..........Dengar guruh di langit air tempayan di curah jangan............Yang di kendung tak dapat, yang di kilek berciciran........... Menang jadi abu, kalah jadi arang.................. Menang sabung kampung tergadai............. fikirkanlah duhai rakyat Malaysia yang budiman.





Friday 10 April 2009

KIBARAN PKR DI BUKIT SELAMBAU

PKR KEKAL DI BUKIT SELAMBAU DAN PAS UNGGUL DI BUKIT GANTANG

Pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai berlangsung sudah…………Panji PKR terus berkibar di DUN Bukit Selambau dengan majoriti 2362 undi………. dan Bendera PAS berkibaran tinggi di puncak Bukit Gantang dengan majoriti undi 2798……..hanya di Batang Ai neraca BN berlayar megah menempuh badai membawa 1854 majoriti.

Tahniah Pak Pelandok ucapkan kepada PKR dan PAS yang terus di pilih pengundi sebagai medium suara mereka di DUN Kedah dan Parlimen. Demikian subur dan telusnya demokrasi di negara ini……….suara keramat rakyat di hormati……..pilihan rakyat di akui serta amalan politik sihat di hargai…………..

Sebelum ini………….Pak Pelandok sengaja menjolok sedikit emosi dan sentimen pembaca dan para bloggers………….dengan mencuit pandangan dan pendapat yang menungkah arus……………..sengaja Pak Pelandok nyatakan bahawa PKR rebah di Bukit Selambau………… maka bertalu-talulah komen dan pandangan diberi tentang apa yang Pak Pelandok lontarkan itu………….ada yang marah-marah……….ada yang mengomen keras dan sinis dan ada yang selamba dan rasional…………semua ini Pak Pelandok terima dan tatap dengan terbuka dan berhati lapang…………….kerana ada pro dan kontranya………….demikian lah dunia maya dan alam informasi alaf baru ini…………….Terima kasih semuanya…………..

Pak Pelandok ambil dan jadikan ia sebagai satu analisis dan kajian…………….bahawa benarkah `hipotesis’ bahawa sebahagian besar pembaca dan pelayar blog dan laman web dewasa ini begitu mengemari media `5th Generation’ ini…………malah ternyata begitu ramai manusia dan rakyat negara ini samada di dalam maupun di luar negara ……….begitu prihatin dan sentiasa mengambil tahu hal-hal dalam negara khususnya isu-isu panas terutama mengenai perjalanan dan pergolakan politik tanah air.

Maka bermuhasabahlah Pak Pelandok seketika…………. Merenung dan menghalusi senario politik di Malaysia………….khususnya mengenai hala tuju dan masa hadapan BN terutamanya UMNO…………...kerana sejak 8 Mac 2008 malang menimpa bertali arus………….bermula di Permatang Pauh…………..kemudian di Kuala Terengganu………….dan seterusnya di Bukit Gantang serta Bukit Selambau…………..apakah pengundi atau rakyat terus-terusan akan menolak BN (UMNO)……………..apakah parti pemerintah ini sudah tidak di mahukan rakyat lagi…………..atau adakah parti berjasa ini sudah tidak releven lagi dalam arus politik negara…………atau benarkah parti ini sedang nazak dan dalam perjalanan kekuburannya kerana sudah usang dan dimamah usia.

Banyak pandangan dan analisa umum termasuk dari para pemimpin mengenai kedua-dua kekalahan terbaru BN ini…………ada yang menyatakan kaum-kaum tertentu tidak menyokong BN………….kelompok umur pengundi tertentu tidak memihak kepada BN……………pengundi belum merasakan suasana perubahan kepimpinan negara………….. dan berbagai lagi pandangan streotaip yang sering kali di dengar dan di baca selepas setiap kali BN kalah dalam pilihanraya kecil.

Apa yang Pak Pelandok kesan dan dapati sepanjang pemantauan di PRK Bukit Selambau dan yang lain-lain sebelum ini………….sebenarnya alasan di atas tidak lah punya dasar yang konkrit………….mungkin sekadar mencari alasan semata-mata…………….kerana jika di halusi atau di post mortemkan sebenarnya……….. pengundi atau rakyat masih mahukan BN khususnya UMNO…………….ini jelas jika dilihat kepada jumlah undi yang di terima adalah masih besar dan majoriti kemenangan PKR dan PAS tidak lah terlalu besar…………tetapi kenapa BN masih kalah berterusan?.............

Pak Pelandok ingin nyatakan di sini……………walaupun pahit dan kurang di senangi……………. BN dan para pemimpin serta ahli-ahlinya perlulah bersikap terbuka dan berlapang dada untuk menerimanya sebagai kenyataan dan hakikat bagi bangun mengorak langkah dan memacu perjalanan seterusnya…………….

Secara ringkas ………..antaranya ialah :

1. BN tidak bersungguh-sungguh untuk menang dalam PRK berkenaan…………….jenteranya masih seperti biasa………..masih berdendang dengan lagu dan irama lama……………jentera tempatan hanya bergerak ala kadar………….jentera sokongan dari luar lebih banyak memeriahkan keadaan dengan menjadikan bilik gerakan sebagai pusat perkumpulan dan makan-makan daripada sepatutnya meyusun pergerakan jentera dengan lebih proaktif……….aggresif dan lebih dinamik.

2. Komponen BN tidak benar-benar bergerak secara bersepadu………….mereka bertindak sendirian mengikut kaedah tersendiri………….kecelaruan jentera dan kempen menjadikan BN tidak konsisten dan ketinggalan berbanding parti lawan.

3. Pimpinan cawangan dan tempatan mewarisi tradisi lemah dan mengecewakan pengundi…………….kegagalan berfungsi dengan jujur dan berkesan sedari awal menambahkan muak dan penolakan pengundi walaupun pada dasarnya mereka sekeluarga di kampong……………dan penolakan ini bukan kerana kebencian kepada parti atau pimpinan Negara…………

4. Jentera dan kempen BN tidak strategik…………..berbanding pihak lawan yang lebih teratur……………tersusun…………terancang…………….bersepadu………menyeluruh…………..berfokus dan sistematik.

5. Kempen BN lebih bersifat defensive………….tidak langsung menyerang……………….tomahan dan dakyah lawan tidak langsung di jawab atau di tangkis…………….kaedah ini tidak lagi sesuai di era ini……………

6. Aktiviti kempen BN lebih banyak tertumpu dalam bilik gerakan sendiri dan saban hari kegiatan dilambakkan kepada ahli dan jentera parti semata-mata…………….mesej hanya berlegar di kalangan sesama sendiri tanpa cuba memperluaskannya atau keluar kepada pengundi umum.

7. Jentera parti yang membantu tidak ikhlas……………bajet yang di sediakan tidak sepenuhnya cair dan turun keakar umbi……………..perancangan aktiviti di laksanakan sambil lewa dan ada yang tidak berjalan langsung sedangkan laporan menyatakan sebaliknya……………

8. Jentera Perayu terutama dari Wanita dan Puteri tidak terlatih dan tidak berkemahiran sama sekali untuk berkomunikasi…………merayu………..mengumpan.. atau.. memancing……………semangat mereka begitu rendah dan lemah sekali……………tiada bekalan maklumat dan strategi untuk menghadapi pengundi…………. Malah kehadiran mereka dilihat masih sumbang dan kebingungan…………….

9. Kereta besar dan mewah…………..pakaian berjenama …………..gaya koporat dan elit masih membaluti para pemimpin semasa meninjau kampong dan pendalaman……………….sapaan dan kunjungan terhadap pengundi masih di lihat kekok dan tidak benar-benar menjiwai resah-gelisah dan masalah pengundi…………….

10. Pemilihan calon masih tidak mengikut hasrat akar umbi atau pengundi……………..sebaliknya masih terbawa-bawa dengan kehendak dan kelompok tertentu pimpinan dan parti…………..Calon tidak mendalami budaya dan psikologi pengundi terutama yang berbilang kaum……………. Ketulinan kemesraan dan keikhlasan sebenarnya amat mudah dikesan pengundi apabila di temui calon.

Cukup lah dahulu setakad 10 pekara ini Pak Pelandok catatkan…………..mungkin lain kali lebih terperinci lagi…………..Cuma nya Pak Pelandok harapkan BN (UMNO) tidaklah sensitive sangat dengan apa yang Pak Pelandok tulis ini……………yang benar tetap perlu di akui……………..yang tercela perlu di nasihati…………….Pada PKR dan PAS………….kemenangan itu bukan segala-galanya…………….selagi apa yang dijanjikan tidak di kota……………dan apa yang di katakan terbukti tidak benar……………maka kemenangan itu tidak bermakna dan tak akan kekal lama………….. apa pun tahniah kepada kemenangan PKR dan PAS serta BN di Batang Ai……………….jumpa lagi mungkin di Penanti atau Bukit Lanjan………………….

Tahniah juga kepada barisan Kabinet Baru Kepimpinan Negara…………..semoga hasrat ` Satu Malaysia……..Rakyat diDahulukan………Pencapaian diUtamakan’ akan di realisasikan demi Kecemerlangan dan Kegemilangan Bangsa dan Negara……………

Monday 6 April 2009

PKR MENGAKU KALAH DI BUKIT SELAMBAU


HADIAH KEPADA PERDANA MENTERI BARU


Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air akan berlangsung esok......... ianya begitu bermakna kepada BN kerana ianya adalah penting bagi mengukuhkan kembali imej dan kewibawaan yang tercalar sejak PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu............


PKR dan Pakatan Rakyat juga amat mahukan kemenangan dlm PRK ini...bagi meneruskan momentum kemenangan ............sekaligus membolehkan mereka terus mendabik dada dengan lebih angkuh dan sombongnya.


Calon calon Bebas seramai 13 orang juga menaruh harapan tinggi bagi mengulangi semula kemenangan calon Bebas di Bukit Selambau semasa PRU 8 Mac 2008 lalu........


Pak Pelandok yang telah bertapak hampir sebulan di Bukit Selambau ini............ telah mendalami isi hati dan hasrat pengundi Melayu termasuk lah pengundi India di keseluruh DUN ini............dari Taman Ria.......... Tmn Sungai Lalang..........Pekan Bukit Selambau..........Tasik Apong.............Kuala Sin..........Batu belacan hingga ke Titi Panjang.............rata-rata telah melahirkan akan kembali menyokong BN yang di lihat lebih ikhlas dan bertanggungjawab untuk membela nasib dan masa depan rakyat.


Pembangkang walaupun berkuasa lebih setahun di Kedah.......... tidak pernah melakukan apa-apa...........tiada sebarang perubahan atau tindakan untuk membela rakyat............sebaliknya hanya janji kosong dan retirik semata-mata...............


Malah kemungkaran terus berlaku...........tiada usaha atau kemampunan walaupun untuk membaiki Surau atau Masjid........membina jauh sekali lah..............semua kemudahan yang ada yang dinikmati rakyat seperti Klinik, Hospital, Sekolah, Balairaya, Jalan Bertar, Pejabat dan sebagainya ada hasil usaha dan kemudahan yang di bina oleh Kerajaan BN terdahulu.


Yang lebih malang..........dengan slogan negeri Islam dan Pemerintahan Ulamak...........di Kedah sekarang ini...........termasuk lah di DUN Bukit selambau ini............tiada sebarang kedai judi atau tikam ekor yang di tutup...........malah penguatkuasaannya menjadi lebih lembat dan lemah........saban hari di Bandar Sungai Petani..........aakan di dapati pengemar judi dan nombor ekor ini beratur panjang termasuklah orang Melayu tanpa segan atau bimbang.


Lebih malang kedai menjual daging babi di buka dengan lebih banyak, terbuka dan bersebelahan dengan kedai menjual pakaian dan barangan harian lain.


Inikah gaya kepimpinan ulamak atau inikah rupanya bentuk kerajaan adil yang di laungkan itu........


Kelesuan kempen Pakatan Pembangkang........kecelaruan gerakan dan percangahan pendapat antara PAS...DAP dan PKR begitu ketara......... mereka saling tuduh menuduh..........dan tidak lagi wujud persefahaman dan keseeerasian lagi.


Penyokong mula sangsi dengan pemimpin mereka............soal pemimpin yang bermewah-mewah sedangkan penyokong dan jentera perlu makan-minum dan kenderaan perlu di isi minyak...........

Mereka mula mengeluh dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimipin yang hanya pandai meminta penyokong berkorban....tetapi sebenar nya mereka telah di cucuk hidung dan di eksploit dengan leluasa.


Rakyat bukanya hidup dengan janji dan retorik serta dendam yang tak kunjung padam sebaliknya mereka memerlukan pembelaan dan keprihatinan tentang pekerjaan...pelajaran anak-anak dan penyelesaian kepada masalah kemudahan asas mereka di kampong.


Para Pengundi ini berazam akan menunjukan kuasa dan hak mereka dengan menolak calon dan parti yang semata-mata pandai berhujah.......bijak berjanji..........suka menabur fitnah dan asyik memaki hamun...........mereka tidak sanggup lagi bersekongkol segala segala bentuk penipuan....pembohongan dan kepalsuan lagi...........


Pak Pelandok meliohat isyarat di Bukit Selambau semakin jelas..............PKR akan kecundang dan perlu menerima hakikat bahawa pengundi tidak selama-lamanya boleh di gula-gual dengan umpan kosong dan retorik lagi. Aanak muda yang berjaya dalam kerjaya dan berpendidikan tinggi serta tinggal di bandar-bandar besar malah di luar negara.........adalah bukti dan kebenaran perjuangan dan tanggungjawab BN selama ini........mereka telah kembali untuk menyatakan yang sebenarnya.........mereka akan menyatakan yang benar dan pastilah seperti apa yang Pak Pelandok temuai akan di buktikan esok hari oleh pengundi di Bukit Selambau ini.


Pengundi bijaksana Bukit Selambau...Bukit Gantang dan Batang Ai.............kita jadikan kemenangan BN ini sebagai hadiah istimewa kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru sebagai sokongan dengan hasratnya untuk `Satu Malaysia' `Rakyat di Dahului......Negara di Utamakan'

Wednesday 1 April 2009

HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA




ERA BARU NEGARA BANGSA


Malaysia memasuki era baru .......mungkin esok atau lusa..........Perdana Menteri baru akan mengangkat sumpah......... Sudah pasti Presiden baru UMNO.... Dato' Najib akan menerajui negara mulai hujubng minggu ini.

Maka bermulalah era baru kepimpinan tanahair dan akan menyaksikan Perdana Menteri yang keenam........memulakan legasi dan membentuk barisan kabinet baru bagi meneruskan wawasan negara demi bangsa dan tanahair.

Maka ramailah para pemimpin dan ahli parlimen BN yang mula memasang impian dan harapan terutama pemimpin UMNO yang memenangi kerusi Majlis Tertinggi mingu lepas mula mencatur langkah dan mencongak perjalanan seterusnya.............

Paling mendebarkan ialah yang kalah dalam pertandingan MT itu.........bolehlah mula memperkemaskan barang-barang peribadi di pejabat menteri kerana secara prinsip dan tradisinya...........amatlah tipis peluang mereka untuk kembali menjawat jawatan menteri berkenaan.

Seluruh negara dan rakyat begitu mengharapkan satu perubahan dan corak kepimpinan baru yang dinamik, progresif dan membanggakan daripada bakal Perdana Menteri ini........... melihat pada gaya.......watak dan cara kepimpinannya..........sudah pasti negara akan lebih stabil....makmur dan berjaya..............dan paling diharapkan ialah Najib dapat mengawal kemelut dan krisis samada politik, ekonomi atau menyelesaikan isu-isu perkauman yang kian menghakis kesejahteraan rakyat dan negara.

Dek kerana ketegasan dan kepimpinan yang terserlah itulah......pembangkang terutama PKR menyerangnya bertalu-talu.........isu-isu peribadi........kononnya rasuah dan kaitan dengan pembunuhan wanita Monggolia di sebar dan ditujamkan dengan bersungguh-sungguh bagi mencalarkan imej dan kewibawaan Najib...........walhal semua yang di tuduh itu ternyata palsu....fitnah jahat dan mainan politik murahan pembangkang kerana bimbangkan ketegasan dan keikhlasan serta kewibawaan Najib.........pembangkang juga sudah membayangkan masalah dan tentangan hebat yang bakal mereka hadapi ekoran gaya dan corak kepimpinan Najib yang tak akan besekongkol dengan segala yang palsu....fitnah dan politik meruntuhkan negara itu...........

Malaysia pasti berubah ke era lebih hebat dan cemerlang............Pak Pelandok begitu optimis dengan kebolehan dan kewibawaan bakal Perdana Menteri Malaysia ini.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails