Thursday 30 December 2010

GARUDA KALAH KERANA PROVOKASI MELAMPAU

TAHNIAH HARIMAU MALAYA........MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI




Bahang provokasi yang sungguh menjengkelkan.....mencemaskan dan begitu sadis malah menakutkan
di jelmakan penyokong Sang Garuda........sehinggakan pemain Malaysia terpaksa di bawa masuk kestadium Bung Karno dengan kereta kebal tentera.

Kefanatikan dan kelampauan semangat dan emosi para penyokong ini tidak lagi menampakan semangat kesukanan malah di lihat boleh mencetuskan ketegangan dan situasi tidak selesa dalam hubungan dua hala.

Namun sikap tenang dan propesional penyokong....rakyat.....pemain dan jurulatih Malaysia telah menampilkan nilai dan ciri terpuji yang amat di banggakan yang sudah sewajarnya di teladani dan di amalkan sentiasa oleh semua pihak di masa akan datang. Sokongan dan semangat yang meluap-luap perlulah dibendung dan di kawal agar tidak mendatangkan mudarat......kerugian dan masalah kepada sebarang hubungan di masa hadapan.

Jangan di ketepikan tata susila........budi bahasa dan peraturan hanya kerana inginkan kemahuan sendiri di penuhi.......belajarlah untuk menghormati perasaan dan kewujudan orang lain sama........sikap esktrim seumpama itu........samada kepada penyokong sukan atau politik tidak akan membawa hasil.......malah dalam jangka panjang akan membenihkan kebencian dan permusuhan. Inilah yang sedang berlaku kepada DSAI dan PKR berserta PR yang begitu ghairah berefomasi sehingga mencetuskan suasana tegang dan keliru rakyat dengan menyemai benih perkauman......perpecahan dan kebencian. Maka hari ini benih itu mulai bercambah dan kini sedang memakan diri sendiri.

Maka samalah PKR dengan penyokong ekstrim Sang Garuda itu.............Tahniah Harimau Malaya.  
SALAM DAN SELAMAT TAHUN BARU 2011

Thursday 16 December 2010

TAHNIAH MALAYSIA

TEAM MALAYSIA HEBAT DAN BERSEMANGAT TINGGI

Semalam di Satadium Nasional Bukit Jalil dengan sokongan semangat hampir 60000 penyokong......pasukan bimbingan Rajagopal menghadiahkan kemenangan 2-0 dalam pertarungan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF.

Pak Pelandok juga terbuai bersama puluhan ribu para penyokong team Malaysia yang memakai baju t kuning dan biru kerana menemani anak turut sama berkunjung buat pertama kalinya menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium bertaraf antarabangsa ini.

Bingit dan gamat pekik sorak para penonton yang majoritinya para belia......telah memanaskan stadium walaupun pada sebelah petangnya hujan lebat seperti merestui kemenangan team Malaysia.

Apapun semangat berkobar-kobar para penyokong perlu juga di analisa sedikit...kerana dari pemerhatian Pak Pelandok.......perbuatan membakar mercun.......memasang asap dan membaling botol dan bekas minuman masih lagi berlaku. Bukan sahaja penyokong dan pemain lawan sahaja di perli dan di boo.....malah penonton dan rakan sendiri yang berada di `tangga ayam' bawah pun menjadi mangsa balingan mereka yang terlalu ghairah terutama setiap kali palang gol lawan ditembusi.

Malah masih ada semangat `politik' turut di bawa masuk ke stadium.......di mana terdapat bendera PAS dan laungan `refomasi' berulangkali turut bergema.

Namun begitu......Pak Pelandok tetap mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang menunjukan mutu permainan yang hebat dengan semangat juang yang tinggi dan berharap akan berterusan dan ditingkatkan lagi menjelang pertemuan kedua di Veitnam nanti dan seterusnya melangkah megah ke perlawanan akhir.

Perlawanan dan kemenangan semalam mengingatkan Pak Pelandok kembali.......detik manis kemenangan Malaysia keatas Veitnam di Sukan SEA Laos tahun lepas........dimana ketika perlawanan akhir itu berlangsung.....Pak Pelandok dan ribuan rakyat Malaysia masih berada di tanah suci Mekah selepas menunaikan ibadah Haji. Perlawanan tersebut kami saksikan di lobi hotel Al-Janariah AlAbrar tempat penginapan jemaah dan ibu pejabat Tabung Haji Malaysia. Perlawanan berkenaan disiarkan secara langsung oleh ASTRO dan waktu di Mekah ketika itu antara 2 petang dan perlawanan berakhir hampir waktu asar (sekitar jam 5 petang). 

Riuh rendah jerit pekik penyokong Malaysia di lobi sehinggakan mungkin ada yang terlupa kita masih berada di tanah suci dan majoritinya adalah peminat veteren dan berusia. Malah lebih hebat lagi ada beberapa jemaah yang berdoa supaya pasukan Malaysia menang.......dan mungkin di atas berkat doa jemaah berkenaan dan kebesaran tanah suci agaknya.......pasukan Malaysia menang 1-0 di perlawanan akhir itu. 

TAHNIAH MALAYSIA......MALAYSIA BOLEH...........dan........ SELAMAT KEMBALI PARA TETAMU ALLAH KE TANAH AIR.  

Thursday 25 November 2010

MENCAPAI SASARAN



MALAYSIA 9 EMAS 

TAHNIAH kepada para atlet Malaysia yang telah mencapai sasaran 9 emas di Sukan Asia 2010......... kejayaan ini akan bertambah kerana harapan masih ada pada final hoki petang nanti........walaupun harapan pada squash berpasukan lelaki tidak kesampaian.

Sekurang-kurangnya semangat dan kilauan pingat di China itu dapat meredakan sentimen politik yang membara dan sentiasa tegang di tanah air........setelah sebelum ini telah dinyamankan dengan banjir di beberapa buah negeri.

Sasaran pingat emas di sukan Asia telah tercapai..........bagaimana pula sasaran cita-cita besar geng DSAI dalam PKR untuk mengapai mimpi ke Putrajaya.......adakah sasaran itu terus membara dengan seribu macam strategi dan tipu muslihat atau semakin runtuh dan lenyap segala impian yang sememangnya tak berpijak di bumi nyata itu.

Sasaran UMNO untuk melantik Pengerusi Perhubungan Negeri yang baru di beberapa negeri yang di kuasai PR kian hampir dan semakin hangat di bisikkan.......terbaru di katakan bahawa YB Datuk Noh Omar akan menerajui Selangor...........dan siapa pula di Terengganu.......sudah jelas bahawa Dato Ahmad Said adalah pilihan terbaik.......... bagaimana pula di Kelantan......Pulau Pinang dan Kedah.

Maka cakap-cakap dan ramal meramal selain tonjol menonjol kian hebat.......masing-masing merasakan mereka layak dan sesuai untuk mengisi kedudukan itu.............maka kita lihatlah nanti apa keputusan Dato Najib selaku Presiden untuk meletakan calon yang paling sesuai.

Minggu lepas Pak Pelandok balik ke Kedah sempena Aidil Adha dan menemui ramai sahabat dan ahli politik..........mereka meramalkan situasi di Kedah perlu ada perubahan drastik bagi mengukuhkan semangat dan perjuangan ahli dan UMNO.......Pengerusi baru perlulah benar-benar baru dan bersih trek rekodnya.......tidak boleh lagi yang sedia ada dengan pelbagai kemelut dan kerenah yang terbukti tidak menguntungkan UMNO selama ini. 

Biar pun akhir-akhir ini semasa bencana banjir muka-muka lama dan yang sedia ada mula menonjolkan diri dengan begitu ketara......walaupun sebelum ini begitu lesu dan lembab.........tetapi demi masa depan UMNO.........mereka ini semua tidak lagi sesuai dan tidak wajar lagi di beri peluang untuk menerajui UMNO negeri.

Untuk menghadapi PRU 13......UMNO Kedah perlu tampil dengan pemimpin baru.....muda yang dinamik.....bersih........dan punya wawasan seiring dengan inpirasi Presiden. Walaupun pemimpin ini bukan seorang menteri dan bukan juga seorang wakil rakyat...........demi menghadapi gelora besar PRU 13 semua pihak perlu realistik dan berlapang dada untuk menerima siapa sahaja yang di tunjuk Presiden parti.

Kejayaan Gelombang Biru di Terengganu pada PRU 11 dahulu perlu di teladani.........Presiden membawa balik tokoh muda yang frest dan berani serta berwawasan.......walhah tokoh ini bukan wakil rakyat dan bukan juga Ketua Bahagian.....sedangkan ada calon lain yang awal-awal lagi telah balik ke Terengganu dan begitu bersedia untuk memimpin negeri.........tetapi Presiden tidak memilih tokoh veteren ini kerana perjuangan dan matlamat wahid pada ketika itu lebih penting daripada menjaga hati dan perasaan kawan dan sahabat lama.

Maka di Kedah juga begitu......peluang yang terbuka cerah untuk menawan semula negeri perlu di terajui perjuangan besar ini dengan pemimpin berani dan seiring dengan Presiden.........maka setelah di tilik di jampi........tiada pilihan lain kecuali dua nama sahaja yang sesuai.......maka siapa sahaja samada Dato' Lat Shariman, Ketua Bahagian Kuala Kedah ataupun Dato' Mukhris Mahatir merupakan jeneral utama yang perlu menerajui UMNO Kedah kerana perjuangan ini amat besar dan perlukan komitmen dan semangat yang ikhlas dan kental sekali.

Maka kita nantikan adakah sasaran ini juga tercapai seperti sasaran 9 pingat emas di sukan Asia 2010.

Thursday 11 November 2010

MB KEDAH MENGAMUK TAICHI



BURUK RUPA & BURUK KELAKU

Seluruh dunia terkejut beruk semalam apabila menonton siaran berita RTM dan TV3.......tentang kelaku dan perangai beserta rupa buruk Ust Azizan, MB PAS Kedah yang memcemuh.....membebel dan membedal para  wartawan di sidang media selepas mesyuarat EXCO.

Dengan muka yg begitu beremosi.....nada suara yg menjengkelkan........bahasa yang kasar dan kesat........gerak badan yang aggresif...........wajah yg bengis dan tidak menyukai tetamu...........jelas sekali betapa buruk nya kelaku dan perangai seorang MB apatah lagi yg kononnya bergelar ustaz.....ulama dan bekas pensyarah.

Lebih malang lagi ustaz ini dah lupa agaknya bahawa dia orang Melayu yg sepatutnya memiliki dan mengamalkan budi bahasa dan adap sopan yang baik dan terpuji.........apatah lagi dia adalah seorang MB dan pemimpin tertinggi PAS di Kedah.

Adalah amat malang sekali........kerana siaran itu di tonton oleh seluruh dunia..........semua kaum..........termasuklah anak-anak sekolah..........ini memberikan imej dan gambaran buruk betapa sikap dan kelaku seorang pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga imej dan diri di khalayak ramai.

Tak pernah ada seorang pemimpin yg baik bersikap sebegini kecualilah itu adalah sikap dan kelaku asal dan sebenar yg di sorok selama ini.......maka topeng dan tembelangnya pecah dan di singkap sendiri olehnya di hadap para wartawan dan ditonton umum..........seisi rumah termasuk anak-anak Pak Pelandok tertawa besar dan memberi komen segera mengenai kelaku buruk seorang pemimpin sebuah parti Islam kononya.

Tak kiralah apa pun masalah dan tekanannya......maka itulah namanya permainan politik dan sebagai seorang MB haruslah sudah bersedia......faham dan ambil tahu situasi dan kondisi sebegini. Bukannya beraksi seperti budak-budak atau samseng jalanan yang tak berilmu.

Apatah lah lagi sidang media itu diadakan di tempat yang mulia......di Wisma Darul Aman dan para wartawan itu adalah tetamu yang di jemput ke sidang media berkenaan. Amat memalukan sikap.....kelaku dan layanan buruk sebegitu di tunjukkan oleh seorang yg bergelar MB PAS.

Itulah akibat selalu ngantuk dan lesi.......tak tahu apa yg berlaku disekeliling......negeri dan rakyat hampir musnah dan lenyap dek banjir pun masih buat tak kesah dan tak ambil tahu........sedar-sedar keadaan dah jadi haru-biru.........orang tegur sikit........maka melentinglah tak tentu pasal......macam orang mabuk todi yang hilang akal.  MB kah itu?

Hari ini heboh satu dunia memperkatakan mengenai kelaku buruk MB ni.........nak nafi dan nak bagi alasan apa lagi.....semua orang tengok semalam.....tu la.....nak jadi MB dan nak tadbir negeri bukannya senang dan mudah.....bukan boleh buat mudah je........bukannya macan tadbir surau kat kampong..........tu la masa kempen pilihanraya hari tu....bukan main lagi janji dan ikrar......la ni dah Allah bagi amanah dan tanggungjawab.......baru tau susah dan beratnya tanggungjawab tu........

Kesian....kesian pada puak-puak si Luncai ini.......dan yang lebih malang lagi ialah rakyat Kedah.....kerana mendapat MB Luncai....Pak Lawak dan yang buruk kelakunya. Malu Pak Pelandok nak mengaku anak Kedah.     

Tuesday 9 November 2010

PAS TAK TERIMA KADAQ TUHAN

KALAH DI GALAS & BANJIR DI KEDAH DI SALAHKAN ORANG LAIN



Sebut sahaja nama Nik Ajis dan Ust Azizan semua org tahu......lebih-lebih lagi para fanatik PAS yang terlalu mendewakan kedua-dua orang Menteri Besar ini. Seolah-olah kedua-duanya adalah maha ulama terbesar dan tinggi martabatnya. Kata-katanya adalah bagai fatwa wajib dan benar-benar Islamik.......tak boleh di ragu apatah lagi untuk tidak mematuhinya.

Sedangkan kedua-dua insan ini adalah `manusia politk' dan ulama politik yang menjual propaganda, strategi dan sandiwara untuk hayat dan kedudukan politik yang begitu nyaman dan selesa di duduki hingga kini. Mereka selalu mengeluarkan kenyataan kontrovesi dengan bersandarkan agama seolah-olah orang lain tak tahu apa-apa dan tidak Islam sama sekali.

Fatwa mereka termasuk ulama celup bawahan di jadikan pegangan dan di pasak kemas dalam pemikiran seolah-olah segala hal di dunia ini termasuklah soal politik perlulah di pegang dengan apa sahaja kata-kata para ulama mereka ini. Sehinggakan ulama sebenar seperti para Mufti....Khadi......Majlis Fatwa dan ilmuan Islam tidak lagi menjadi rujukan dan sandaran......kerana di anggap ulama `Kerajaan' dan tidak tulin.

Dalam alpa dan ghairah itu.....Allah Yang Maha Agung........ menurunkan ujian sebagai dugaan dan teladan untuk di renung dan di insafi..........Kekalahan PAS di PRK Galas dan Banjir di kawasan utara terutama di Kedah sebenarnya adalah dugaan dan ujian Allah untuk melihat keimanan dan ketakwaan manusia.

Namun malang sekali........peringatan dan ujian Allah ini tidak memberi kesan dan tidak pernah di ambil iktibar............malah dek kerana telah kecanduan politik.......langsung buta mata dan hati mereka untuk menerima segala yang berlaku ini sebagai peringatan dan ujian. Lalu atas nama politik semua kejadian dan hal dikaitkan dengan politik......lalu keluarlah fatwa sakti dari mulut kedua-dua dewa PAS ini yang terus menuding jari dan menyalahkan orang lain di atas kedua-dua pekara ini.

Nik Ajis dengan bangganya menyatakan kekalahan PAS di Galas adalah kerana BN bermain kotor......rasuah...mengugut dan macam-macam lagi cara tidak baik...........dan sedikitpun tidak terfikir langsung bahawa kekalahan itu adalah kehendak dan ketentuan Allah jua.........adakah demi nak menutup malu dan pekung sendiri.....yang jelas tak pernah menunaikan janji......menganiaya rakyat terutama Orang Asli......menghulur rasuah dengan jelas..............boleh ditutup begitu sahaja tanpa memikirkan bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Tahu.

Ulama yang juga MB Kedah pula.........dengan sentiasa kuyu dan ngantuknya......menyalahkan projek Kerajaan Persekutuan iaitu projek landasan berkembar sebagai sebab banjir besar berlaku...............sepatutnya sebagai ulama kononya apatah lagi MB.......Ust Azizan sewajarnya berbalik kepada hukum dan ketentuan Allah.........bahawa itulah kada dan kadaq yang perlu di terima dan di imani manusia bukannya dengan sombong masih mahu bertelagah dan asyik menyalahkan orang lain......padahal PAS dan Ust. Azizan sendiri tak pernah berusaha untuk membantu mangsa banjir ini........dengan buat do no dan tak kisahnya........rakyat di biarkan terkapai-kapai sendirian..........sungguh memalukan rakyat di negeri sendiri di biarkan dan hanya mengharapkan orang lain untuk membantu.........sebaliknya dengan selamba mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan orang lain......tanpa sedikitpun mahu kembali kepada hukum Allah bahawa itu semua adalah kadaq yang perlu di terima dan di insafi.


Inilah bahananya....jika seluruh hidup.........setiap detik.......semua aspek di politikkan.......sehingga hukum dan kadaq Allah pun tidak diterima lagi.........maka tidak hairanlah sehingga ke dalam rumah tangga.....masjid......kubur malah sehingga hal syurga dan neraka pun telah di politikkan oleh ulama PAS seperti ini. Maka kekalahan di Galas dan banjir di Kedah adalah bala Allah keatas dosa dan musibah buatan PAS yang perlu di insafi dan dihisab kembali.

Kasihan dua `ulama' ini......... 

Thursday 4 November 2010

PAS TERDUDUK DI GALAS






SEMANGAT PAS LUNTUR AWAL

Sehingga jam 3.00 petang tadi lebih 62% atau 7150 pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Rata-rata yang di temui memberi isyarat jelas undi mereka adalah untuk UMNO.

Isyarat ini bukan sahaja di sampaikan kepada petugas UMNO malah turut di kesan dan di analisa oleh jentera dan pakar psywar PAS. Keadaan ini mula menimbulkan kecelaruan...kebingungan dan kemerosotan semangat dan moral petugas PAS.

Harapan mereka kepada pengundi Orang Asli.......juga musnah dan sebaliknya protes Orang Asli yang dilihat amat berani dan terpuji......mereka keluar mengundi dengan memakai batu t merah UMNO.

Undi orang Cina pula......awal-awal lagi petanda telah di beri bahawa lebih 80% akan menyokong UMNO. penghormatan mereka kepada Ku Li lebih tinggi daripada ulama celup PAS yang sering kali berbohong dan mungkir janji.

Pengundi luar yang balik ke Galas lebih cenderung kepada UMNO.......dimana mereka lihat pembangunan yang dan sedang serta akan dilaksanakan adalah dari UMNO/BN yakni Kerajaan Pusat.........sedangkan PAS hanya pandai bercakap kosong semata-mata. Malah mereka juga mulai jelek dengan sikap talam dua muka pemimpin PAS yang selama ini hanya asyik menuduh UMNO sedangkan mereka lebih teruk merasuah dan mengenyangkan perut masing-masing.

Semangat jentera PAS semakin kendur dan luntur......keadaan ini tak pernah berlaku di mana-mana PRK sebelum ini........mereka sudah patah semangat dan menyerah kalah. Kecelaruan jentera saat akhir PAS tidak memberi hasil kerana banyak menggunakan anak-anak kecil yang tak sepatutnya di heret ke kancah politik dan mereka sebenarnya tidak mengerti pun apa yang sedang berlaku. 

Maka tinggal lebih sejam sahaja lagi........UMNO akan meraikan kemenangan yang cukup bererti ini......dan PAS akan kembali menghitung kekalahan ini........adakah sebagai bala dan balasan Tuhan keatas tindakan dan perjudian mereka keatas agama dan bangsa selama ini tidak benar dan tidak di restui.

Tahniah.....Tahniah........Tahniah........Para Pengundi GALAS.

Wednesday 3 November 2010

NIK AJIS HULUR RM DI GALAS

PAS DAN DAP SAUDARA KEMBAR

Nik Ajis dan Kit Siang saudara kembar ataupun memang bersaudara.......jika dah bersaudara dah tentu `Umar Abd Aziz' si Guan Eng di Pulau Pinang tu anak saudara Nik Ajis juga......patutlah selalu kod `Khalifah Umar Abd Aziz'....yang sebenarnya Guan Eng nak sebut MB Nik Ajis la tu......

Jika Nik Ajis dah sama `sehati sejiwa' ngan Kit Siang dan Guan Eng.......maka bermakna PAS pun sama je lah dengan DAP......sama dari segi perjuangan.....semangat......falsafah dan etika. 

Jika tak sama......kenapa Nik Ajis hulur-hulur semasa kempen PRK di Galas semalam.......Nik Ajis nak bayar tambang pengundi luar yg baik ke Galas...........bukankah perbuatan itu sama ngan apa yg Guan Eng buat di Pulau Pinang dulu........hulur bantuan hari raya kepada penduduk miskin guna wang judi dari Kelab Lumba Kuda.

Nik Ajis rampas tanah Orang Asli dan Melayu di Gua Musang......anak Kit Siang rampas tanah Melayu di Pulau Pinang..........sama la tu.....macam `Belanda minta tanah'  la pula.....memang sehati sejiwa dan bersaudara mereka ni kan .........

Lebih dahsyat lagi.....betapa Nik Ajis dan Kit Siang yang bersaudara ini.........bertindak serupa terhadap saudara dan ahli UMNO.......Nik Ajis kata ahli UMNO kafir........semalam pula Kit Siang juga berkata di Galas bahawa UMNO kafir. Hebat Tok Guru ini dan saudaranya ulamak HARBI sehingga sanggup mengeluarkan fatwa mengkafirkan umat Islam yg tak sebulu dengan perjuangan sempit dan merbahaya ini.


Maka genaplah rangkaian tiga bersaudara ini apabila seorang yang sentiasa berusaha menghancurkan maruah dan harga diri bangsa bersekongkol erat. Nik Ajis......Kit Siang dan Anwar merupakan `three sturgers' dan pelawak nombor satu yang paling merbahaya terhadap masa depan agama......bangsa dan tanahair.  

Duhai saudaraku semua....rakyat Malaysia yang tercinta ini......terutama para pengundi di Galas dan Batu Sapi.........renung dan fikirkanlah pekara ini.......tetapkan sokongan seperti yang telah di suarakan untuk BN..........kerana undi itu memang mudah tetapi kesan dan akibatnya amat parah.    

Monday 1 November 2010

PAS TAK MAMPU GALAS



BN GALAS PIALA MALAYSIA

Piala Prestij Piala Malaysia sampai ke destinasi pertama di Kelantan. Kehebatan pasukan `Red Warrios' menjulang Piala hebat ini sungguh membanggakan seluruh peminat dan penyokong bola sepak Kelantan.........

Bumi bertuah GALAS menjadi saksi pertama Piala ini di arak dan wira-wira Kelantan di sambut dengan meriah sekali. Ribuan penyokong berkumpul beramai-ramai termasuklah para pemimpin BN Kelantan yang bersama ribuan jentera parti BN yang sedang berjuang disana. Tapi pemimpin PAS tak nampak muka langsung.....mungkin mereka merasakan tak kena mengena dengan perjuangan mereka........

Impak kepada sambutan ini merupakan petanda paling jelas betapa kejayaan dan kecemerlangan memerlukan pimpinan yang baik.......ikhlas dan bertanggungjawab. Ini di buktikan dengan kejayaan hebat pasukan negeri `Che Siti Wan Kembang' ini.

Maka ironinya....kemenangan itu akan di lanjutkan lagi pada 4 November ini........dengan sekali lagi rakyat Kelantan khususnya di Galas akan menghadiahkan kemenangan kepada BN. Kerana mereka mahukan pasukan dan pemimpin yang bertanggungjawab dan benar-benar berusaha untuk membela dan mengangkat maruah dan taraf kehidupan mereka. Semangat dan kesungguhan seperti itu telah di buktikan melalui kemenangan di arena bola sepak ini.

Maka berbisik dan berkata-katalah ribuan peminat dan orang ramai yang berkumpul hari ini....terutamanya golongan muda......bahawa bukan sahaja untuk bola sepak.......tapi demi kejayaan dan kecemerlangan hidup dan masa depan.......terutama melalui pilihan raya ini........pemimpin dan parti yang ikhlas berjuang akan di sokong. Bukannya pemimpin dan parti yang hanya pandai bersandiwara.......bijak berceramah dan memusnahkan kampong laman dan kehidupan rakyat semata-mata.......bukan juga pemimpin dan parti yang asyik menjadikan agama sebagai alasan dan benteng untuk mengenyangkan mereka semata-mata.

Maka semangat Piala Malaysia ini akan di terjemahkan di Galas dan seterusnya keseluruh Kelantan kelak. Pak Pelandok berasa bangga dengan perkembangan dan perubahan ini......dan hanya mampu mengucapkan syabas.....syabas dan syabas.

Tuesday 26 October 2010

BN HEBAT DI GALAS DAN BATU SAPI

GELANGGANG GALAS DAN BATU SAPI DIBUKA

Bermulalah kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas (Kelantan) dan Parlimen Batu Sapi (Sabah) apabila proses penamaan calon selesai hari ini. Galas akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara BN (UMNO) dan PAS.....manakala di Batu Sapi menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara BN (PBS), SAPP dan PKR.

Bermula perarakan calon dan penyokong masing-masing beserta bendera dan sepanduk yang menambahkan warna-warni di kedua-dua kawasan yang agak sunyi sebelum ini.......ternyata dari suasana dan semangat penyokong terutama di Galas lebih memihak kepada BN.

Kebanyakan penyokong PAS terdiri dari org luar yg tak tahu hujung pangkal tentang sentimen...isu dan budaya setempat....di mana cuaca dan deru angin yang bertiup ketika ini lebih cenderung kepada BN. Dari bisik-bisik sesama penyokong PAS mereka sudah tidak berapa yakin untuk memenangi kerusi ini...ekoran kredibiliti dan rekod calon PAS yang kurang menyenangkan dan tidak langsung menampakan keyakinan untuk benar-benar betarung dengan BN.

Keadaan setempat yg agak ke hulu.......dengan suasana kehidupan yang sederhana dan serba kesempitan......rata-rata pengundi (termasuklah penyokong PAS) tetap dambakan pembangunan dan kehidupan yang lebih selesa...baik dan sempurna. Ini menyebabkan luahan rasa hati mereka merasakan UMNO sahaja yang mampu dan berupaya untuk mengotakan janji seperti apa yang sudah dilaksanakan selama ini dengan kemudahan asas...infrastruktur dan pembangunan untuk rakyat di Galas dan Gua Musang.

Malah rata-rata begitu optimis dan yakin sekali dengan kepimpinan Tengku Razalieh dan Perdana Menteri yang tidak pernah melupakan rakyat umum malah sentiasa mengutamakan rakyat dalam era pentadbiran sekarang.

Sebahagian besar pengundi yang ditemui turut kesal dengan cara PAS Kelantan memerintah......kerana mereka lebih mementi9ngkan kroni dan tembolok masing-masing dengan membiarkan masalah rakyat begitu sahaja sehingga merebak menjadi semakin parah......contoh yang mereka sebut ialah masalah air bersih......pencemaran sungai........pengondolan hutan........pencerobohan tanah orang asli..........tiada bantuan kepada rakyat  miskin dan bantuan rumah PPR. Sebaliknya PAS lebih ghairah dan gah dengan ceramah yang berapi-api ibarat ayam jantan yang berkokok siang semata-mata.   

Ceramah dan isu PAS beserta kuncu PR nya tetap isu basi dan biasa seperti hukum hudud......aurat......rasuah.......maksiat.........yang mana isu-ius seperti itu sudah muak didengar oleh para pengundi di kampong terutama di Galas. Sebaliknya kata mereka.......betulkah puak PAS terutama pemimpinnya tak terlibat langsung dengan isu yang mereka cuba pasakan ke fikiran umum itu......adakah keluarga.......anak dan isteri mereka malah kehidupan mereka sendiri benar-benar bersih dari isu yg sedang mereka halakan kepada BN dan UMNO selama ini.

Jika benar begitu sudah pasti Galas dan kelantan umumnya akan lebih maju dan hebat.....masalah air tidak akan berlarutan.......pencabulan dan pencerobohan tanah dan hutan tak akan berlaku.......maksiat dan gejala sosial.........penagihan dadah.........jenayah tidak wujud sama sekali di Kelantan.

Janganlah jadi cakap tak serupa bikin.........janganlah di sandarkan kepada agama demi mencapai tujuan politik.......janganlah terlalu lama memperbodohkan pengundi terutama yang tinggal di kampong-kampong. Mereka sudah sedar dengan perubahan dan perkembangan sekeliling. Apa yang berlaku di Gua Musang jelas dapat di lihat......jasa dan usaha BN mereka puji dan hargai......tidak satu apa pun yang PAS laksanakan untuk rakyat di Galas ini......sehingga masjid dan suraupun begitu usang dan seperti tidak terbela langsung.

Para Pengundi Galas seperti berjanji pada Pak Pelandok mereka akan melakukan perubahan.....perubahan demi kehidupan yang lebih baik.....demi kesempurnaan untuk beribadah....demi masa depan anak dan cucu yang lebih terjamin.

Maka Pak Pelandok dalam terharu ...bersalaman dengan mereka walaupun lebih bersemangat sebelum meminta izin untuk beredar......dan berazam akan menemui mereka lagi selepas 4 November ini dengan kemenangan hebat kepada UMNO dan BN.  

Thursday 21 October 2010

MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN

UCAPAN PRESIDEN UMNO
 
 

UCAPAN

YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

SELAKU PRESIDEN UMNO

SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010

DI DEWAN MERDEKA PWTC

“MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN”



Bismillahirrahmanirrahim

Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali,

YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah,

Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL,

Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan,

Para Perwakilan dan Pemerhati,


MUKADDIMAH

Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 143,berbunyi:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu”.

Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu”.

Saudara dan Saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.

2. Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.

3. Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.

4. Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.

TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA

Saudara dan Saudari sekalian,

5. Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.

6. Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7. Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato’ Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.

Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun:

Hidup sebumbung, di bawah teratak,

Berlain bantal, satu hati,

Bercerai kasih, bertalak tidak,

Ibarat rambut, bersimpul mati.

8. Di sudut lain, sekalipun idea Dato’ Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9. Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisme politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.

10. Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.

Saudara dan Saudari,

11. Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dan pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.

12. Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

13. Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.

14. Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk “Malaysia; Melangkah ke Hadapan” yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.

15. Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.

16. Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.

17. Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saudara dan Saudari,

18. Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.

19. Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.

20. Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.

Saudara dan Saudari,

21. Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

22. Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

23. Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.

Saudara dan Saudari,

24. Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato’ Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.

25. Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.

KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

26. Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan “adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan”.

27. Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.

28. Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.

29. Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.

30. Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.

Saudara dan Saudari sekalian,

31. Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.

Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.

Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:

Melayu itu, kaya falsafahnya

Melayu itu, orang yang bijaksana

Akal budi bersulamkan daya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu,

Minangkabau memang Melayu,

Keturunan Acheh adalah Melayu,

Saudara dan Saudari,

Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:

Jakun dan Sakai asli Melayu,

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah muallaf bertakrif Melayu

Mendakap realiti semasa Malaysia pula:

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,

Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,

Kita bersama dalam serumpun,

Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung

Syarak dipakai adat dijunjung

Hidupnya mengabdi kepada rakyat

Taat setia membela umat

Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:

Dijadikan induk kuat berdiri

Umat sentosa bertuahlah negeri.

Saudara dan Saudari sekalian,

32. Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.

33. Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

34. Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.

35. Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,

36. Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.

37. Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.

38. Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.

39. Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.

40. Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.

Saudara dan Saudari sekalian,

41. Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42. Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43. Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46. Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Saudara dan Saudari sekalian,

47. Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48. Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49. Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama. Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.

50. Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.

51. Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

52. Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.

53. Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.

54. Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.

Saudara dan Saudari sekalian,

55. Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.

56. Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

57. Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

58. Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.

59. Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

60. Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak

dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan “primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.

61. Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62. Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

63. Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64. Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.

65. Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.

66. Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.

GERAK KERJA UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

67. Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.

68. Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.

69. Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.

70. Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.

Saudara dan Saudari sekalian,

71. Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

72. Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.

73. Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu…… seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu…… seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu…… mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

74. Justeru, saya sebagai Presiden UMNO…… tidak mahu….. menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela…… melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu…… melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.

75. Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

Saudara dan Saudari sekalian,

76. Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

77. Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.

78. Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya….. tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya…. bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.

79. Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Saudara dan Saudari sekalian,

80. Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

81. UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.

82. Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.

83. Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

PENUTUP

Saudara dan Saudari sekalian,

84. UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

85. Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.

86. Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

87. Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,

88. Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

89. Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

90. Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

91. Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

92. Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Sesungguhnya,

93. Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

94. Ayuh..

Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..

Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..

Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..

Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95. Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.

Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

Pengerusi Negeri Hanya Bantu

SUARA DARI LUAR PWTC


UMNO sedang mengadakan Persidangan Agungnya sekarang ini di PWTC, Kuala Lumpur.........pagi ini Presiden UMNO sedang menyampaikan ucapan dasarnya.........begitu juga semalam sayap Wanita, Pemuda dan Puteri telah bersidang dengan ucapan ketua masing-masing.....ucapan perwakilan mengusul mengulas ucapan Timbalan Presiden dan Ketua sayap masing-masing.

Antara yg menarik semalam ialah ucapan wakil Pemuda Kedah iaitu Ketua Pemuda Jerai yang mengusulkan Pengerusi Perhubungan Kedah di kembalikan kepada pemimpin Kedah. Beliau juga menegur kepimpinan tinggi Pemuda yg amat jarang turun ke Kedah.

Ironinya...hari ini kedua-dua pemimpin berkenaan telah menjawab melalui akhbar bahawa tugas sebagai Pengerusi Negeri hanyalah membantu...........maka hairanlah Pak Pelandok mengenai jawapan seperti ini......adakah tugas sebagai Pengerusi Negeri hanya membantu....bukanya mengepalai atau menerajui perjalanan dan gerakan sebuah perjuangan itu. Jika itu jawapanya maka amatlah mudah menjadi Pengrusi Negeri rupanya......siapa-siapa pun boleh jika begitu.......maka patutlah UMNO Kedah selama ini begitu lesu dan lembab sekali.

Maka tidak hairanlah jika begitu......kenapa aktiviti di Kedah begitu lesu dan terkebelakang.......dan patutlah untuk menangkis isu atau sesekali menyerang pembangkang pun mereka tidak berupaya dan tak bersemangat langsung. Walhal telah banyak kali pembangkang terbabas dan tersasul dan mendedahkan diri kepada peluang terbaik untuk ditembak UMNO.......namun peluang dan kesempatan itu berlalu dan menjadi sejuk begitu sahaja.

Maka dengan semangat berkobar dan lantangnya suara di persidangan kali ini.........sudah sewajarnya tidak hanya menggegarkan PWTC atau untuk meraih perhatian pimpinan tertinggi........tetapi perlulah benar-benar di realisasikan kata dan tindakan untuk menghadapi pembangkang di Kedah sekaligus mengembalikan tampuk kuasa yang terlepas itu.

Maka pimpinan tertinggi UMNO perlulah mengambil penting saranan ini......tukarkan segera Pengerusi Negeri.....kembalikan kepada pimpinan Kedah yang sememangnya punya semangat dan harga diri yg tinggi untuk menebus kegagalan lalu........lalu ada saranan kedudukan itu di serahkan kepada Ahli Parlimen Jerlun (Datuk Mukris Mahatir)...dan ada juga yg mahukan pemimpin yang lebih fress dan belum teruji dan terpalit dengan daki dan lemak politik.......pemimpin yg di maksudkan ialah seperti Ketua Bahagian Kuala Kedah (Datuk Lat Shariman).

Siapapun jua......yang penting adalah matlamat yg jelas..jitu dan penuh komitmen serta dapat diterima rakyat. Visi dan Misi yg jelas perlu diterjemahkan dengan penuh kesungguhan dan tanggungjawab kerana perjuangan ini begitu besar matlamatnya.

Rakyat terutama di Kedah termasuklah di Pulau Pinang......Selangor dan Kelantan sedang mengikuti perjalanan Persidangan ini dengan penuh minat dan harapan.....jangan sekadar semangat dan ucapan berapi hanya di PWTC sahaja.......dan apabila kembali ianya mulai luntur dan kembali ke asal. Terjemahkan hasrat hebat itu dalan tindakan berani yang benar-benar akan membuahkan hasil. Jangan jadi `walhasil balik asal'......cakap tak serupa bikin..........kembalikan dan pertahankan kepercayaan dan harapan rakyat yang mulai merapati UMNO dan tautkan lagi keyakinan rakyat bahawa UMNO sahajalah yg berupaya membela Agama...Bangsa dan Tanahair. 
  

Tuesday 19 October 2010

BULAN NAIK - CAJ PUN NAIK


KUTIPAN SAMPAH KENA BAYAR DI KEDAH

Hebat bukan main Kerajaan PAS di Kedah......mereka mendakwa sumber pendapatan dan ekonomi negeri meningkat.......pelabur asing semakin ramai datang ke Kedah. Modal asing semakin banyak melabur di DI Kedah terutama di Kulim Hi-Tech......... peluang pekerjaan semakin banyak......hasil dan cukai dari pembalakan dan perniagaan semakin meningkat.

Hebat Kerajaan PAS Kedah........mereka lebih hebat dari Kerajaan BN dahulu......mereka lebih arif dalam menjana ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat Kedah.

Itu......hanyalah dakwa dan cakap PAS......mereka mencanang dan menyebarkan berita indah ini dimana-mana.....waima di pentas ceramah......dalam tazkirah maqrib malah semasa khutbah Jumaat sekalipun.

Tup.....tup......SADA (Syarikat Air Kedah) mengumumkan kenaikan kadar caj penggunaan air. Bukan sedikit...tapi lebih 20% rakyat Kedah kena bayar mulai Oktober ini. Maka sebak dan pilulah Pak Long dan Mak Long yang tinggal di pendalaman dan di ulu kampong......sudahlah hidup sekadar kais pagi makan pagi.......mana lagi nak sara anak-anak yang berderet....dengan belanja makan...pakai dan sekolah yg serba tinggi dan membebankan. Maka kenaikan dan caj terbaru ini amat membebankan lagi penghidupan mereka.

Maka dalam terpinga-pinga bersama sendu itu....tertanya-tanya lah Pak Long dan Mak Long ini.....betulkah Kerajaan PAS sanggup berbuat begitu.....benarkah Kerajaan yang mendakwa Pejuang Islam bersikap keras dan menekan seperti ini.....di mana janji dan ikrar mereka sebelum ini untuk membantu.....menolong dan meringankan kesusahan rakyat.

Dengan mengeleng-geleng kepala tanda kesal dan sedih.....mereka mengucapkan.......itulah politik PAS.....cakap tak serupa bikin.......sebelum berkuasa.....bukan main manisnya tutur kata.....tapi pabila dan bertahta........akulah raja yang berkuasa.

Dan selepas ini sampah sarap yang semakin hari semakin menimbun.......yang semakin maung busuknya dengan dengung lalat dan langau......dah tak mampu lagi untuk dikutip agensi Kerajaan PAS............akan memberikan ilham dan sumber ekonomi baru kepada kerajaan PAS Kedah.......perkhidmatan mengutip sampah akan di kenakan bayaran dan caj.......semakin banyak individu atau sesiapa sahaja yg membuang sampah....maka semakin banyaklah caj yang kena di bayar.

Sudah pasti alasan dan propaganda mereka.....akan sama seperti alasan semasa menaikan caj air dahulu.......kerajaan tidak mampu lagi menampung kos yang tinggi akibat dasar Kerajaan Pusat yang tidak membantu......dan ianya sebagai didikan kepada rakyat untuk berjimat cermat dan menghargai alam sekitar (air dan sampah).

Maka sekali lagilah berderai-derai air mata Pak Long dan Mak Long di Sala.......di Singkir......di Malau......di Jenalik......di Sedim dan seluruh negeri Kedah.......kali ini akan lebih lencun dan lebatnya sedu dan sedih mereka semua.

Maka PAK Pelandok pun turut sama terkena badi dan tempias ini.......Pak Pelandok pun turut tersedu mengenangkan nasib anak bangsa yang malang di tanah air sendiri. Lalu Pak Pelandok pun teringat sebuah bidalan lama ` Dengar cakap enggang makan buah belolok.....dengan cakap org kita kita mati terjelepok'.  

Monday 18 October 2010

LABBAIKALLAH........





Selamat menunaikan Ibadah Haji......moga beroleh Haji yang Mabrur.....

Selamat menjadi Tetamu Allah.....
Semoga selamat pergi dan kembali ke tanahair.....

Pak Pelandok doakan keselamatan.....kesahteraan dan kejayaan menunaikan ibadah suci ini kepada semua sahabat.....rakan-taulan dan seluruh muslimin di Malaysia dan di mana jua.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails