Sunday 30 November 2008

PEMIMPIN BUTA SEJARAH





JANGAN MAIN API

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mendakwa ketuanan Melayu tidak relevan lagi hari ini serta disokong oleh Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun semalam. Dahulunya kenyataan seumpama ini dikeluarkan oleh Ketua Wanita Gerakan dan Naib Presidennya Tiong Lai.

Pemimpin usang MCA dan Ketua Wanitanya bercakap terlalu mengikut perasaan, tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan orang Melayu. Sudahlah emosi dalam MCA yang seperti menidakkan kewujudan Soi Lek, malah skandal sexnya dahulu masih belum dilupai umum. kini Soi Lek muncul lagi untuk meraih perhatian dan meningkatkan sokongan atau untuk menarik perhatian MCA bahawa dia masih utuh memperjuangkan kaum Cina (walaupun isu lapuk dan sensitif spt ini).

Adalah dikesalkan, kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin tertinggi MCA, parti kompenan BN yang sepatutnya mengelakkan diri dari menyentuh isu sensitif secara terbuka. Jelas sekali tembelang orang seperti ini bersikap cauvanis dan opotunis, kerana adakah mereka sengaja atau pun sememangnya bebal dan buta sejarah.
Konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu.

Inilah akibat perpecahan ketara sesama Melayu, jika dalam UMNO juga bermasalah, PAS dan PKR lagilah tah boleh harap, mereka lebih mudah di cucuk hidung dan menjadi boneka asalkan boleh menjadi Ketua atau pemimpin. Dengan berbangga sebagai Ketua Pembangkang atau Menteri Besar, mata akan dibutakan, telinga akan dipekakan, walaupun agama dan banfgsa jadi mainan dan di perlekehkan.

Kenyataan jahat dan bodoh seperti ini begitu merbahaya dan boleh membakar seluruh negara ini. Tidak cukupkah lagi dengan `Kuasa Ekonomi' yang mereka miliki', sehinggakan `Kuasa Politik' yang menjadi satu-satunya benteng orang Melayu pun hendak dimusnahkan. Malah kebodohan memahami dan menghayati Perlembagaan yang jelas menunjukan `Ketuaan Melayu' sepatutnya di hormati. Kerana Melayu sememangnya tuan dan `Pewaris Bumi Bertuah ini sejak zaman berzaman dan Nusantara adalah Kepulauan Melayu termasuk di dalamnya Tanah Melayu atau Malaysia.

Tidak ada kelebihan drastik `Ketuanan Melayu', hak dan kesamarataan semua rakyat,walaupun mereka asalnya adalah pendatang tetap terpelihara. Jangan jadi manusia lupa diri dan sejarah., kerana sejarah tak boleh dipadam, sejarah adalah akar diri dan menjadi tunjang dan perisai maha kebal kepada Jati Diri rakyat khusunya kepada orang Melayu.

SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK, ingatlah semangat perkongsian dan kerjasama dlm BN dan di negara ini adalah aatas kemurahan hati dan kebaikan orang Melayu, sehingga untuk menang di semasa pilihanrayapun majoriti kawasan yang dipertandingkan oleh MCA dan Gerakan memiliki mengundi majoriti Melayu, malah ada kawasan yang sememangnya hak Melayu (UMNO) pun diberikan kepada parti komponen seperti di Gerik, Perak dan beberapa kawasan lain.

Jika Pemimpin BN, jangan jadi seperti DAP atau pembangkang, ingatlah keharmonian, keamananan dan kestabilan ini bukan benda yang boleh dipermainan-mainkan atau untuk dibuat percubaan. Kesetiaan, kejujuran, keikhlasan adalah di tuntut walau atas nama politk sekali pun. Pemimpin seperti ini nak kena sekolah semula.... masuk sekolah politik dan sejarah..............

Wednesday 26 November 2008

KERAJAAN PAS KEDAH CELARU


PAS BONEKA PKR DAN DAP DI KEDAH

Betul lah slogan dan Manifesto tu....:- PAS UNTUK SEMUA

Beberapa rentetan peristiwa mengambarkan keadaan itu :

1. PENJUALAN ARAK : Sebelum ini, DAP yang tidak mempunyai kuasa di Kedah telah berjaya untuk mempengaruhi keputusan Menteri Besar, Azizan Abdul Razak. Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya. Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah ".


2. JUAL BABI SECARA TERBUKA
: Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya. Nampak gayanya sekarang cara bagaimana BN mengatasi perkara ini adalah lebih baik daripada apa yang hendak dilakukan oleh Pas Kedah. Sekurang-kurangnya kerajaan BN mengasingkan tempat halal dan bukan halal dipasar-pasar besar bagi memudahkan orang Islam dan bukan Islam berniaga dan membeli-belah. Apa dah jadi kepada kerajaan Pas kedah sekarang?

Jika dilihat dari lapuran tersebut mungkin ramai orang Islam terutamanya di Kedah akan marah dan kecewa dengan apa yang akan berlaku. Mereka mungkin kecewa dengan Perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Kadang-kadang terfikir juga, apakah sebenarnya yang Pas hendak tonjolkan di dalam pemerintahannya. Kalau dilihat sejak kebelakangan ini dimana DAP semakin agresif menekan rakan-rakan mereka didalam Pakatan Rakyat, adalah tidak salah jika di katakan pemimpin Pas Kedah telah di cucuk hidungnya.

Pas nampaknya lebih tunduk kepada DAP daripada hukum Allah SWT. Sepatutnya Pas mampu melaksanakan banyak hukum Allah SWT di bumi jelapang padi ini kerana ianya bukan kerajaan campuran seperti di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin penyokong-penyokong Pas kini terpaksa melupakan hasrat atau impian menubuhkan Kerajaan Islam di Kedah kerana perkara-perkara yang sekecil inipun gagal dilaksanakan oleh pemimpin Pas. Sepatutnya ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan BN yang terdahulu, tetapi kini lain pula jadinya. Bertambah buruk?

Penyokong-penyokong Pas sekarang bertambah keliru. Sepatutnya MB Azizan perlu menekankan bahawa pentadbirannya akan cuba mengurangkan jumlahnya bukan mengekalkan.

Rakyat juga tidak faham dengan tindakan MB Azizan yang hendak membenarkan penjualan daging babi secara terbuka. Apakah ini bermaksud, taukeh-taukeh babi boleh menjual daging babi bersebelahan dengan peniaga-peniaga ayam dan lembu? Bayangkan lah jika ia benar-benar berlaku, sanggupkah kita dengan terpaksa melalui kedai-kedai menjual daging babi dahulu apabila hendak membeli ayam dan daging dipasar-pasar besar di Kedah. Sudah tentunya ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Jangan terkejut jika di Pasar Rabu, Alor Setar kelak akan ada kedai menjual daging babi, pusat snuker, kedai nombor ekor dan rumah urut ! Masih berbaloi kah rakyat Kedah memilih Pakatan Rakyat? Tapi betul juga tu..... dah ternak besar-besaran...... kena lah juga jual besar-besaran dan terbuka, kan.....kan.......

3. KUATA 50% Bumiputra Pemilikan Rumah : Di Kedah dibantah habis-habisan oleh DAP termasuk dari Pusat, akhirnya PAS dan Kerajaannya terpaksa tunduk dan mengalah begitu sahaja.

4. Yang terbaru isu Ladang Ternak BABI tetap akan diteruskan walaupun dibantah oleh rakyat, ini kerana dibelakangnya adalah DAP yang tetap mahukan projek hebat ini di laksanakan. MB telah menyatakan walaupun projek ini ditangguhkan tetapi tetap akan diteruskan dengan mencari lokasi baru yang lebih sesuai.

PAK PELANDOK : Apa dah jadi ni, Kedah dah macam pasar borong......., dah jadi rojak......., kalau ikut Islam, tak kan macam tu kot nak perintah negeri..........., ni baru lapan bulan, jika lima tahun, entah apa la yang nak jadi negeri ku DARUL AMAN ni......., dengar kata la ni, hari-hari PAS bergaduh sakan dengan PKR dan DAP di Kedah, celaru..... celaru......... kata orang-orang tua : PAKU DULANG KAYU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH, Kah....Kah......Kah..........

JELAPANG PADI JADI GELARAN
NIRA, PEKASAM JUADAH SANTAPAN
LA NI ARAK, JUDI JADI KEUTAMAAN
TERNAK BABI JADI KEBANGGAAN

Tuesday 25 November 2008

KAKITANGAN AWAM SABOTAJ KERAJAAN KEDAH


ADUN KULIM TUDUH DAN UGUT KAKITANGAN AWAM

Adun Kulim, Lim Soo Nee menuduh kakitangan awam di Kedah mensabotaj Kerajaan Negeri dan wakil rakyat sombong ini telah mengugut kakitangan awam supaya berjaga-jaga sekiranya usaha itu bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri.

Tuduhan tidak berasas dan melulu ini di lemparkan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri melalui soalan bertulis no. 48 ketika membahas usus terima kasih ke atas ucapan Kebawah DYMM Sultan Kedah.

Tuduhan biadap ini juga diulanginya di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Tindakan Daerah Kulim pada 23 November 2008 yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Peringkat Daerah.

Adalah tidak wajar sama sekali seorang yang kononnya bergelar Yang Berhormat boleh begitu mudah melepaskan kata-kata tanpa mengambilkira perasaan dan kesetiaan kakitangan awam yang sentiasa berkhidmat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh selama ini.

Wakil Rakyat biadap seperti ini patut diberi kursus budi bahasa, Perhubungan Awam dan belajar cara untuk bercakap dengan sopan serta tahu untuk mendekati dan menjalin hubungan baik, mesra dan harmoni dengan kakitangan awam bagi melancarkan segala urusan dan tugas untuk rakyat dan negeri.

Pak Pelandok telah lama berkhidmat di beberapa buah negeri dan sering berhubung dengan kebanyakan wakil rakyat termasuk pembangkang, dan inilah pertama kali Pak Pelandok berhadapan dengan seorang wakil rakyat yang bodoh sombong, biadap dan tak beretika langsung.

Tuduhan ini mencerminkan budaya dan sikap wakil rakyat celup yang entah dari mana datangnya dan itulah gambaran sebenar kebanyakan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat, maka amat malang sekalilah negeri dan negara ini untuk mengharapkan mereka bagi melaksana dan menjalankan amanah rakyat dengan baik dan berkesan.

Jika wakil rakyat seperti samseng dan tak berpendidikan, kucar kacir lah kawasan, negeri dan negara. Rakyat dan pengundi yang malang yang memilih mereka dahulu sebenarnya telah memilih hampas dan kaca yang pasti akan membawa ke era kemusnahan nilai dan etika.

Kepada wakil rakyat biadap Kulim ini, Pak Pelandok sarankan belajarlah segera tata cara bercakap dan mengajukan soalan, bukan macam di pasar atau kaki lima.

Wakil rakyat seperti inilah yang beria-ia sangat nak buka ladang babi di kedah ni....... kesian-kesian......orang Kulim lagi la kesian........... Apa kata YB Zulkifli Nordin...........

Thursday 20 November 2008

LADANG BABI DI KEDAH


HADIAH KEPADA PENGUNDI KEDAH

Tahniah kepada kerajaan PAS Kedah kerana berjaya mengusahakan projek yang hebat dan menguntungkan.... dan Tahniah kepada pengundi Kedah kerana kerajaan kita telah membuktikan kemampuan untuk menjana ekonomi yang hebat di Kedah.....

Projek ternakan Babi memang menguntungkan, cepat membiak dan hasilnya pun lumayan... bolehlah bantu rakyat dan banyakkan lagi pembangunan negeri...........

Jika nak buat projek Babi tu, buat saja lah, tak payah kata orang lain yang lulus.......kalau kita tak setuju, boleh batal pun bila-bila masa sahaja.......

Hebat kan Kedah, dari negeri Jalapang Padi dah nak tukar ke Darul Babi pula..........

Yang kesiannya kat orang sekitar Bukit Selambau, lepas ni hari-hari lah dapat menikmati `perfume' free. Wangi dan semerbak pulak tu.......

Sebenarnya, jika nak buat projek, belambak lagi macam-macam boleh buat, kata kita ni Islamik sangat, kalau projek Babi, tak payah Kerajaan buat, ramai lagi orang lain boleh buat, buat lah projek Rusa ke, Lembu ke, Unta ke, Badak ke, Gajah ke lagi berbaloi kan......

Renungkan lah : Babi tetap babi walau dibedak dan dicelak. Walau diubah nama seindah khinzir atau lembu pendek; perutnya tetapi membuncit, hidungnya tetap pesek, bunyinya terus mendengus begitu. Tak ada yang hensem. Bukan maksud menghina, inilah uniknya kejadian Allah. Hina ini satu subjek yang subjektif, dalam al Quran Allah ada menyebut seburuk-buruk bunyi adalah bunyi himar. Buruk tetap buruk, nak buat macam mana. Sifat buruk itu Allah jadikan sebagai perbandingan untuk yang indah dan cantik.
Cakap memang sedap dan indah....... kelaku dan tindakan , teruk dan buruknya.............Hebat pemimpin dan Kerajaan kita noo.............
Pak Pelandok nak bagi tau di Jepun, majoriti rakyatnya makan Babi dan hampir keseluruhan jenis masakan pasti ada Babi, dan dikatakan rakyat Jepun adalah pemakan Babi yang kuat mengatasi rakyat Cina dan Korea. Tapi tidak ada langsung ladang ternakan Babi di sana, semuanya di import masuk, dan selepas ini Kedah Darul Aman akan menjadi sebahagian negeri PENGEKSPORT terbesar babi pula, hebat kan.............. Orang eksport Beras ni eksport babi pulak ... kah..kah..kah....................................................

Wednesday 19 November 2008

KERAJAAN PAS KEDAH RUNTUH


ADUN PKR KEDAH SERTAI UMNO


Riuh rendah semakin kencang, ADUN PKR akan menyertai UMNO bagi membentuk Kerajaan Negeri yang baru........... termasuklah MP Kulim Bandar Baharu......


Kepada pembaca budiman, saya sertakan coretan dari adinda http://korek-bloq.blogspot.com/ yang telah menyatakan prihal berkenaan dengan tepat dan sewajarnya........


(baca jangan tak baca)

Dalam keriuhan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih teraju negara tiba2 di Negeri Kedah riuh rendah kononnya akan berubah pentadbiran Kerajaan Negeri pada 18 Nov (hari ini). Hal ini mungkin menjadi kenyataan jika tindakan susulan dengan menyekat beberapa ADUN PKR yang tidak henti2 mau melompat ke Barisan Nasional dengan janji kononnya akan mendapat jawatan Timbalan Menteri Besar dan Exco akan diberi kepada ADUN tersebut di samping imbuhan keduniaan berupa wang ringgit berjumlah jutaan ringgit akan ditawarkan kepada malaun2 ini. Begitu juga dengan juak2 dan balaci yang taat dan setia kepada ADUN-ADUN ini.
Maklumat diterima kerja buat untuk melompat parti ini diterajuai oleh ADUN Lunas yang merupakan kepala kepada setiap perbincangan dengan bekas Menteri Besar Kedah di samping dibantu oleh broker2 politik taik minyak yang dulunya bekas pemimpin PKR negeri yang telah mengepak kad keahlian PKR dan hidup bersenang lenang hasil imbuhan daripada kerja2 pengkhianatan kepada parti yang berpusat di bahagian Merbok. Walau pun mereka telah keluar dari Parti tetapi masih lagi menjalankan kerja2 pengkhianatan ini demi untuk memuaskan nafsu serakah dan dendam kesumat yang tiada penghujungnya.Begitu juga broker2 politik taik minyak yang terdiri dari bekas ahli UMNO yang hanya menyertai PKR hanya setelah PKR menang pada PRU ke-12 bulan Mac lalu.
Bagi pengundi2 di DUN Lunas ingin sekali memesan kepada YB Radzi "SUDAHLAH YB, MAI LA JENGOK2 KAMI DI LUNAS". Tak payah lah buat kerja2 yang tak berfaedah tu, Maila tengok masalah kami terutamanya di Taman Selasih ni. Banyak masalah rakyat yang perlu diselesaikan. Kami kepingin bejumpa dan bersemuka dengan YB. Kami bukannya mau duit YB.......Kami cuma maukan khidmat dan sokongan dari YB sahaja. Jangan lah malu berjumpa kami. YB kena ingat kami yang mengangkat YB, Jadi jangan YB cuba2 mengkhianati kami. Kalau mai pun jangan lah mai sengap2. Pembantu YB pun seperti Din, Ilias a.k.a Songkok Tinggi dan Lan Gemok yang YB gunakan pun kami tau siapa mereka.Si Songkok Tinggi dan Lan Gemok ni pun semasa kami kalut dok buat kerja di PRK Permatang Pauh, mereka dok kalut dok buat kerja2 nak jual parti. Kami tau perjumpaan mereka dengan Pecacai UMNO di Hosba dan Pekan Danork. YB pula kalut ke Indonesia dalam kalutnya kita tengah berkempen untuk DSAI. Herannya kami macammana PKR Kedah tidak memecat pengkianat2 parti seperti Ilias a.k.a Songkok tinggi dan Lan Gemok yang mempunyai niat untuk menjahanamkan Parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah. Malaun2 ini menggunakan kapasiti atas jawatan mereka sebagai AHLI MAJLIS dan AJK PKR Bahagian untuk mendapatkan habuan yang tinggi semasa urusniaga dengan UMNO Kedah. Lan gemok pun dah naik mercedes Benz lani.......
Nak cerita sikit pasai ADUN Kulim. Beliau juga disyaki terlibat dengan kerja2 melompat parti ni. Beliau telah beberapa kali berbincang dengan broker2 politik dengan habuan jutaan ringgit jika bersetuju dengan syarat2 yang ditetapkan. Dengar khabarnya beliau sekarang telah berbincang secara terus tanpa melibatkan orang tengah dengan bekas MB Kedah beberapa kali. Khabarnya segala hutang2 peribadi dan perniagaan beliau yang dulu telah pun diselesaikan. BETOL KE?........ Wah, senangla macam tu, tak payah jual handfon dan kad prabayar lagi. Boleh tutup kedai la YB Lim oi.........Lu jangan ingat kami tarak tau aaaa,,,,,,Dah lah ahli Parlimen Kulim serupa Pelak,pembantu2 AP Kulim macam merak buih, Adun Kulim pula serupa.........! Kesian kat Dato' Seri MB Kedah. Dari hari kesehari mesti Pikiaq " Esok aku masih MB lagi ke!..Takut hari2 dok pikiaq hal tu kerja lain tak menjadi........Jadi sebagai pemerhati politik semasa yang tiada berkepentingan ingin berpesan kepada YB2 PKR Kedah agar melaksanakan amanah dan tanggung jawab kepada rakyat di bawah. Janganlah terlalu memikirkan habuan keduniaan sangat. ingatlah kepada rakyat terutamanya yang menjulang hangpa sampai ketahap setinggi ini.
Pada YB Lunas tak payah la rasa malu untuk balik ke kawasan. Kami pengundi kat sini tak kata apa pun. Untuk YB Kulim jangan hang ingat kami tak yau kerja buat hang. Jangan lah dok pandang kulit sangat. Bagi Ahli Parlimen Kulim BB, hang nak masuk UMNO hang pi sorang2, jangan dok hasut Ahli parlimen lain. Dan yang pastinya semua ADUN PKR yang lainnya perlulah bermuhasabah diri. Insaflah dan teruskan bersama Kerajaan Pakatan Rakyat. Teruskan khidmat anda kepada Rakyat. Barulah...."KEDAH SEJAHTERA'..


Sumber; JIN BRABUS....18.11.2008 dari http://korek-bloq.blogspot.com/

Terima Kasih adinda ku...........

TERCABARNYA JEJAKA MALAYSIA










GADIS MALAYSIA KAHWIN JEJAKA LUAR NEGARA

Sekarang ini semacam menjadi trend, gadis Melayu Malaysia (termasuk artis) memilih pasangan hidup mereka dari luar negara.

Ada yang pilih Mat Indon, Mat Bangla dan banyak pula yang rela mengikut lari buah hati mereka ke Lambok, Indonesia walaupun terpaksa menderita.

Lebih menarik, dikalangan artis wanita Melayu, semacam berlumba-lumba untuk berkahwin dengan Mat Saleh, (sekadar beberapa contoh Ning Baizura, Maya Karin, Anita Sarawak).

Apa dah jadi dengan jejaka Malaysia.

Tidak tercabarkah anda, mungkin jejaka Malaysia tidak ada ummh, bukan idaman, banyak yang lalok, asyik merempit sahaja dan poket sentiasa kering memanjang........

Malulah macam tu......... buktikan jejaka Malaysia boleh..........

Syabas kepada Ashraf Sinclair kerana berjaya menawan artis popular dari seberang,... itu baru hebat... Tahniah juga kepada Datuk Siti Norhaliza kerana memilih Datuk K............

IKHLASKAH DISKAUN PLUS?


Seronoknya PLUS Bagi Diskaun 10%

Tahniah dan syabas kepada PLUS kerana bermurah hati memberikan diskaun 10% dan tambah 10% lagi semasa musim perayaan kepada para pengguna mulai Januari 2009.

Nampak sungguh begitu bermakna dan amat teruja sekali......

Tapi sayang sekali, berapa ramaikah yang akan benar-benar menikmati kemurahan hati PLUS ini.....

Kalau nak bagipun , biarlah meliputi dan termasuk waktu siang sekali, biarpun 5% dah memadai.

Lawak-lawak...... Jalan malam-malam ada juga bahayanya tau..........

Monday 17 November 2008

PENYOKONG BANTAH KERAJAAN KEDAH


KELAB PENYOKONG PAS KEBANGSAAN BANTAH DASAR 50% PERUMAHAN KERAJAAN PAS KEDAH


Lihat Berita Dalam Negeri : Utusan Malaysia 17 Nov.2008, Muka surat 25.

(Kenyataan Presiden Kelab Kebangsaan pula tuu....


Apa dah jadi ni, penyokong sendiri dah berpaling tadah, nampak gayanya semakin celarulah Pakatan Rakyat lagu ni no.....


Harapkan Penyokong nak sokong, rupanya membantah pula, itulah kalau buat dasar atau keputusan, biaqla profesional sikit, nak perintah dan urus negeri bukan senang oii, bukan pakai cakap macam masa dok ceramah tu.... mengata orang memang senang, la ni baru tau ` Langit Tinggi Rendah', tu baru lapan bulan, kalau 5 lima tahun, nanya la orang Kedah. kesian....kesian......


Sunday 16 November 2008

PAS DAH MENGALAH?

MENGALAH SELEPAS DI GERTAK

Bukan main punya hebat apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan melaksanakan kuata 50% perumahan di Kedah perlu di peruntukan kepada bumiputra Melayu. Hebat sungguh no......

Sedap bukan main mendengarnya, walaupun REHDA Cawangan Kedah tidak bersetuju dan bercadang membawanya ke mahkamah.

MB terus bertegas bahawa keputusan dan Dasar ini adalah wajar serta tetap akan dilaksanakan dan mendakwa GLC Negeri boleh membina sendiri sekiranya REHDA tidak mahu menerima dasar ini. Mungkin dasar ini positif atau tidak... fikir dan renungkanlah sendiri...........

(Lihat petikan ini)

Ini laporan Berita Harian:
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dari luar Kedah supaya jangan campur tangan dalam isu dasar baru kerajaan Pas Kedah berhubung pemilikan kuota rumah Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus.Beliau berkata, pemimpin PKR dan DAP dari luar Kedah tidak layak untuk campur tangan hal dalaman negeri itu selain tidak berhak mengajar beliau membuat keputusan terutama membabitkan perkara berkaitan dasar kerajaan Pas Kedah."Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas."Kenapa Azmin (Azmin Ali, Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu mengguris hati orang Islam dan Melayu," katanya ketika dihubungi
Berita Harian di sini, semalam.Azizan juga menolak andaian dasar kuota itu akan dibatalkan.

Realitinya projek perumahan bukannya seperti membina balairaya atau surau, perlu pengalaman, kepakaran, kajian strategik dan peruntukan kewangan yang besar. Sedangkan di Kedah la ni.., kawasan perumahan (projek) baru wujud bagai cendawan tumbuh, lihat saja di Sungai Petani, Alor Setar dan Kulim. Malahan untuk menghabiskan jualan perlu mengambil masa yang lama walhalnya harga di Kedah masih rendah di bandingkan dengan negeri lain seperti Pulau Pinang ( Kepala Batas dan Seberang Perai). Untuk memenuhi kuata 30% pun terpaksa mengambil masa yang lama apatah lagi jika 50%. Fikiaq la sama kemampuan ekonomi Bumiputra dan realiti kehidupan mereka yang punya kampung masing-masing.........

Ketegasan MB Kedah pun bukan main lagi, sangup mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat Kedah jika tak setuju ......... Alih-alih, ekoran gertakan dan ancaman DAP Pusat dan di sokong pula oleh MCA Kedah, ketegasan MB dan Kerajaan PAS Kedah tiba-tiba longlai dan layu, dengan sedikit gertakan sahaja, tiba-tiba cakap yang berdegar-degar sebelum ini tiba-tiba menjadi perlahan dan akhirnya akur dengan kehendak pihak yang tidak bersetuju ini. Macam mana jadi lagu ni oii........

Amatlah hairan dan menakjubkan, keputusan dan dasar yang yang dibuat kononnya untuk membela Bumiputra tiba-tiba boleh berubah sekelip mata, siapa lebih kuat dan berkuasa dalam perkara ini, PAS Kedah atau DAP....

Pak Pelandok : Lain kali pikiaq la dulu, jika nak buat dasar tu, biarlah rasional dan perlu juga pengalaman untuk mentadbir dan memerintah, bukan ikut selera dan kepentingan politik semata-mata,... akhirnya malu dapat dan maruah tercalar. Ingat kata orang-orang tua `Cakap Berdegar-degar, tahi lekat di gelegar'. Sampah kat taman-taman perumahan pun la ni.. di kutip seminggu sekali sahaja, busuk la mak oii........

DI KEHENDAKI

AWAS : SIAPA KENAL ORANG INI

Lelaki Ini bernama NASABRI BIN MAT AROP no k/p : 700822-08-5443 adalah pemangsa yang menipu dgn cara meminta kepada mana2 individu bawah umur 40 tahun untuk mendapatkan DANA BELIA di bawah KEMENTERIAN BELIA RM30-50K dengan bayaran RM250-RM300 untuk bayaran kertas kerja untuk di uruskan olehnya... Manakala buku akaun bank rakyat di serahkan kepada lelaki ini dengan salinan kad pengenalan.

Sehingga kini sudah beberapa laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di sebelah Balik Pulau & Pulau Pinang... sehingga hari ini masih tidak tahu status ke mana perginya lelaki ini... dimaklumkan dia berada di lokasi Padang Serai, Kulim, Baling, Gurun hingga Jitra Kedah.
Ratusan Ribu Ringgit telah di tipu oleh lelaki ini. Mempunyai 2 orang isteri termasuk isteri keduanya seorang GRO dari negara jiran. dia sudah tidak lagi berada di tempat kerja beliau iaitu di Agensi Dadah Kebangsaan(ADK) di Pulau Pinang. Modus operandi tertumpu kepada mereka yang punyai masalah kewangan... berita yang diterima juga memaklumkan bahawa lelaki ini di dakwa adalah daripada kalangan PEKIDA... kepada mereka yang mengenai lelaki ini, termasuk ADIK BERADIK KITA... bantulah... ramai yang telah teranianya... di harapkan dapat menghubungi pihak polis yang berdekatan atau menghubungi Syam 019-559 7527 atau azman 019-408 5232

Thursday 13 November 2008

NIK AZIZ BERKETURUNAN RAJA?

KETURUNAN RAJA MANA PULAK NI?

Raja Sagor ke atau Raja Gopal ??...

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah diwawancara dan menghiasi cover majalah berbahasa Inggeris 'Off The Edge' untuk bulan November ini. Beliau telah diwawancara oleh Farish A Noor untuk ruangan utama majalah ini, dan artikel yang bertajuk 'God, Politics, Everything' (Tuhan, Politik, Segalanya) dimuatkan didalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu Inggeris.

Pelbagai persoalan ditanyakan kepada Tuan Guru termasuklah tentang pertalian darah Tuan Guru dengan kesultanan kerajaan Langkasuka 400 tahun dahulu. Ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa Tuan Guru ini berdarah raja dan keturunannya bermula daripada Raja Surenda, Raja Bharubhasa (Sultan Mahmud di Langkasuka), Sultan Iskandar Shah (Sultan Kelantan yang pertama), Sultan Mansur Shah, Raja Abdul Rahman, Raja Abdullah, Raja Mohammad dan Raja Banjar.

Yang menariknya, iaitu penerbit majalah ini telah meletakkan gambar Tuan Guru Nik Aziz dibahagian hadapan manakala bahagian belakangnya pula ialah iklan arak 'Bombay Sapphire' Dry Gin.


P/s: Begitulah jadinya kalau dah taksub dan lupa diri, seseorang pemimpin itu sanggup mengaku yang bukan-bukan dan pengikut pula mulai melangit mendewa-dewa sehingga terlupa pada realiti, kebenaran dan bumi tempat berpijak. Apa komen rakan-rakan blogers Kelantan terutamanya OTAI. Ahli sejarah kena betulkan ni....

Wednesday 12 November 2008

PILIHANRAYA KECIL ?


Pilihanraya Kecil di DUN Kuala Nerang?

KHABAR ANGIN YANG DIHEBAHKAN DLM KEBANYAKAN BLOG TERUTAMA DR MP PADANG TERAP....... Betoi ka ni, saja nak buat lawak kot.....


Khabar angin yang mula bertiup menunjukkan kemungkinan satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku di DUN Kuala Nerang, di bawah Parlimen Padang Terap, Kedah setelah ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim dilaporkan muflis.

Menurut berita yang dipercayai, Speaker DUN Kedah, Dr. Isa Ismail sudah menghantar surat kepada SPR berkenaan kekosongan kerusi DUN tersebut.
Berikutan itu, semua jentera parti terutama PAS mula digerakkan untuk mengadakan persiapan menjelang pengumuman pilihanraya kecil tersebut.


Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang memenangi Pilihanraya ke 12 yang lalu menewaskan Ust.Zawawi Ahmad yang merupakan YDP PAS Kawasan Padang Terap dengan majoriti hanya 805 undi.

N7 KUALA NERANG
Jumlah Pengundi: 18,394Peratusan Kaum: M:96.91% C:1.97% I:0.19% L:0.93%
1. Datuk Syed Sobri Syed Hashim (BN) (7,856) 2. Zawawi Ahmad (Pas) (7,051)
Majoriti: 805Jumlah undi: 15,216Peratus mengundi: 82.72%Undi rosak: 309

Monday 10 November 2008

ADUHAI UMNO












POLITIK WANG DAN GADUH


ADUHAI, UMNO kenapalah pekara seperti ini berlaku dan masih terjadi. Ianya sungguh mengaib dan menjejaskan imej dan kredibiliti parti dan turut mencalitkan kesannya kepada Kerajaan.
Bergaduh dalam persidangan, melambangkan ahli-ahli UMNO tidak berdisiplin, tidak mengetahui atau tak mahu ikut peraturan serta tidak langsung mahu menghormati orang lain. Kenapa jadi macam MIC tahun-tahun 80an dahulu. UMNO parti keramat yang memerentah, tetapi ahlinya seperti badut sarkas yang `bodoh sombong', tak ambil kira langsung situasi dan kondisi semasa, sudahlah imej parti tercalar hebat sejak 8 Mac 2008, ditambah pula dng pendedahan demi pendedahan ekoran pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, kini gelagat `kelas ketiga' para ahli UMNO akan menambahkan `muak dan jelak' umum yang sentiasa mengikuti dan memerhati.
Politik Wang atau yang sebenarnya adalah RASUAH, begitu mendominasi sepanjang proses pemilihan Bahagian dan Pusat. Kenyataan Tengku Ahmad Rizaudin, Muhyidin Yasin, Dato Najib mengesahkanya. Apakah pemimpin dan ahli UMNO tidak merasa berkaitan dng isu keji ini. Politik Wang menjadfi amalan dan bualan umum yang biasa, seolah-olah ianya bukan satu kesalahan atau pelanggaran etika dan nilai. Keadaan seperti mengharuskannya, ianya sama sekali bercanggah dengan hasrat dan kenyataan para pemimpin termasuk PM yang berazam membasmi rasuah. Apakah rasuah hanya berkaitan dng penjawat awam atau di sektor awam dan swasta sahaja., dan menjadi tidak apa atau halal serta dibolehkan dalam politik. Apakah ahli-ahli politik ini merasakan mereka tidak berkaitan atau perbuatan mereka itu tidak keji dan hina, apakah mereka tidak memikirkan kesan dan akibat buruk yang turut sama yang menyeret kepimpinan dan kerajaan, yang dalam jangka panjang akan menjadi barah dalam seluruh masyarakat dan menghancurkan negara.
Ahli-ahli UMNO perlulah benar-benar bermuhasabah diri secara ikhlas dan jujur, bukan sekadar mainan di bibir sahaja atau sekadar menyedapkan ucapan, sebaliknya mereka terus rela dan berkekongkol dengan amalan keji ini. Ingatlah pengundi kini majoroti yang muda dan berpendidikan, mereka mempunyai medium untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat dan berkesan., sikap berdiam diri akan di terjemahkan apabila pilihanraya berlaku. Janganlah dipermudah atau di perbodohkan pengundi sekarang, buktinya lima buah kerajaan negeri telah bertukar tangan.
Ahli UMNO perlu segera melakukan reformasi dan revolusi bagi memastikan parti berjasa ini terus relevan dan menerajui negara. Insiden, isu dan kerenah yang merugikan perlu dihentikan segera. Keadaan memang parah dan tiada masa lagi untuk terus bersengketa, bersandiwara atau `menghalalkan cara' kerana pembangkang semakin bijak dan strategis, pengundi semakin muak dan jelak, bangsa semakin dicabar dan terhimpit.

Thursday 6 November 2008

YANG MANA CANTIK




NORMAN TAK PATUT..

Dua-dua cantik, tapi satu yg sah dan yang satu lagi........

Adakah patut, `Dah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi'

Sandiwara dan lakonan cukuplah sekadar dalam filem dan drama sahaja, jangan jadi teladan kepada penonton..

BAHAYA POLITIK PERKAUMAN

Bahaya Politik Perkauman

SELEPAS Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe membangkitkan secara terbuka isu status orang Melayu yang disamakan dengan istilah pendatang seperti mana orang Cina dan India ke alam Melayu, kini Naib Presiden MCA, Low Tiong Lai pula membangkitkan isu 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.
Sebelum ini perkara yang sama dibangkitkan oleh Gerakan dan DAP yang diterjemahkan melalui kajian oleh Lim Teck Ghee, bekas Pengarah, Pusat Kajian Dasar-Dasar Awam, Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) berhubung pemilikan ekuiti bumiputera yang dikatakan mencapai sebanyak 45 peratus.
Kenyataan seperti ini mengundang pelbagai kontroversi. UMNO dan beberapa NGO Melayu menyifatkan pernyataan tersebut sebagai amat keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat setiakawan. Kenapa perlu isu-isu sebegini dibincangkan secara terbuka? Tidakkah ada saluran dalaman untuk membincangkan masalah ini?
Parti Gerakan mempertikaikan kajian yang dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). Gerakan mahukan kerajaan mengeluarkan pendekatan atau metodologi yang digunakan dalam mendapatkan angka 18.9 peratus pemilikan ekuiti bumiputera oleh EPU.
Mereka juga menggesa EPU menjelaskan metodologi dan mengemukakan angka pencapaian ekonomi orang Melayu sejak 36 tahun. Kata Gerakan lagi, dasar ekonomi, persepsi, ekuiti dalam bursa saham orang Melayu mesti didedahkan secara telus untuk mengelakkan salah tanggapan orang Cina terhadap orang Melayu yang mana ia sama sekali tidak baik untuk negara ini.
Bagi Ketua Pemuda DAP Pusat, Nga Kor Ming (Al-Islam, Jun 2006), DEB bukan sekadar mendiskriminasi kaum bukan Melayu, malahan orang Melayu tidak terkecuali. DEB menurut beliau hanya menguntungkan segelintir orang Melayu. Ramai Melayu yang sepatutnya diberikan bantuan menerusi DEB tidak diberi perhatian, sebaliknya yang dibantu pula tidak menggunakan sepenuhnya bantuan yang diberi. Mereka mengkhianati dan menipu kerajaan.
Hujah beliau lagi, bantuan yang diberikan tidak digunakan untuk memajukan diri, tetapi mengambil jalan pintas dengan menjual kontrak atau tender yang diperolehi kepada orang lain. Dasar sebegini katanya perlu diubah. Melanjutkan tempoh DEB ternyata tidak menguntungkan orang Melayu sebaliknya menguntungkan segelintir pihak yang rapat dengan pihak berkuasa. Kekayaan atau pegangan mengikut kaum sebenarnya akan terbuka kepada penyelewengan dan penyalahgunaan
Jika diteliti secara mendalam, ternyata pandangan Gerakan, MCA dan DAP tidak banyak bezanya. Begitu juga dengan pertubuhan- pertubuhan Cina lain seperti SEDAR, INSAP, Dong Jiao Zong dan lain-lain lagi pertubuhan Cina atau lebih dikenali sebagai Huatuan.
Pendek kata, majoriti Huatuan senada dalam melihat hak-hak istimewa Melayu dan DEB. Pandangan mereka tergolong dalam kumpulan ultra kiasu, yakni melihat DEB dan pemilikan ekuiti Melayu dari sudut negatif.
Tidak ramai yang mengikuti jejak Tan Teong Jin, Ho Wah Foon, Tan Joo Lan (2005) yang melihat hak-hak istimewa dan DEB dari sudut yang positif. Kajian mereka mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan penyelidik-penyelidik Cina yang lain.
Tulisan mereka agak lembut, objektif, berpijak di bumi nyata serta memahami realiti dan sejarah. Bagi mereka, sebenarnya dasar DEB banyak mendorong masyarakat Cina terutama para usahawannya untuk gigih berdikari seterusnya menjadi lebih cemerlang dalam sektor korporat. Mereka merumuskan bahawa kemakmuran hidup dan masa depan masyarakat Cina bergantung kepada dinamika politik dan status ekonomi Melayu.
Dengan berkembangnya ekonomi orang Melayu, mereka turut dapat merasai nikmatnya. Perniagaan mereka turut berkembang kerana saling bergantungan antara satu sama lain dari segi penawaran dan permintaan.
Hari ini, agak malang setelah lebih 50 tahun merdeka, kita sebenarnya gagal untuk melahirkan penyelidik seperti Tan Teong Jin, Ho Wah Foon dan sebagainya. Apatah lagi untuk melahirkan orang-orang seperti Tun Tan Siew Sin, bekas Presiden MCA dan Tun Sambanthan, bekas Presiden MIC.
Sebelum pergi lebih jauh, cuba kita renungi kata-kata Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi, "Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".
Sebelum itu, Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: "Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
"Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara". Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, berapa ramai orang bukan Melayu seperti Siew Sin dan Sambanthan yang berjaya kita lahirkan? Rata-rata yang ada, adalah mereka yang terdiri daripada kumpulan ultra kiasu, mahukan keadilan melalui konsep sama rata dan sama rasa.
Keadilan tidak lagi dilihat menurut definisi yang betul yakni meletak sesuatu pada tempatnya. Tetapi apabila keadilan dilihat semata-mata dari sudut konsep sama rasa, sama rata yakni jika orang Melayu dapat sebiji, maka bukan Melayu juga perlu diberi sebiji.
Jika dua biji diberikan kepada orang Melayu, satu biji kepada bukan Melayu, maka itu tidak adil, tanpa mahu menyelidiki atau sengaja buat-buat tidak faham kenapa keadaan sebegini wujud. Ini politik kurang matang yang menyelubungi politik Malaysia sekian lama. Justeru, tidak hairan jika wujud ketegangan dan tuntut-menuntut yang tidak pernah habis.
Isu-isu sensitif sebegini seolah-olah sengaja dibangkitkan oleh parti-parti Cina, apatah lagi ketika UMNO berada dalam kedudukan yang agak lemah selepas pilihan raya umum 2008.
Pengkaji bersependapat dengan Jayum (2007: 27-28) mengenai perlunya pengagihan ekonomi melalui DEB sepatutnya dilihat dari segi pemilikan ekuiti bumiputera berasaskan nisbah kependudukan.
Isu sebenar katanya bukanlah soal peningkatan sehingga 20 peratus sahaja atau kenapa 30 peratus tidak tercapai pada tahun 1990 atau 45 peratus telah dicapai menjelang pertengahan abad ke-19 sebagaimana yang didakwa oleh penyelidik- penyelidik bukan Melayu. Paras sebenar dan terakhir yang perlu dikejar selaras dengan agihan mengikut nisbah pendudukan ialah lebih kurang 65 peratus.
Persoalannya, apakah pendapat Jayum (2007) berkaitan agihan ekuiti mengikut nisbah kependudukan orang Melayu (bumiputera) sebanyak 65 peratus ini diterima bukan Melayu yang selama ini mahukan DEB itu dimansuhkan setelah tamat tempohnya? Jawapannya, sudah tentu tidak, kerana bukan Melayu mahukan keadilan berasaskan kesamaan dan kesamarataan. Orang bukan Melayu tidak mahu mengaku bahawa mereka lebih bernasib baik, jika dilihat daripada struktur strata hidup, berbanding dengan orang Melayu yang masih ketinggalan walaupun berada di tanah air sendiri.
Menurut Imran Imtiaz dalam tulisan bertajuk The Future of the Malaysian Chinese, walaupun ada 'diskriminasi' di Malaysia, orang Cina masih bernasib baik kerana mereka berjaya terus mendominasi ekonomi negara dengan pendapatan per kapita yang tinggi berbanding orang Melayu.
Dalam kata lain, orang Cina bukanlah warga negara kelas dua memandangkan mereka menikmati taraf kualiti hidup lebih baik. Perlu diakui juga, tidak semua orang Cina yang berjaya sepenuhnya, ada di kalangan yang masih miskin dan memerlukan bantuan. Begitu juga dengan orang Melayu, tidak semua mendapat habuan DEB.
Justeru sudah sampai masanya semua perkara ini diteliti semula. Jangan sampai yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terus menjadi miskin. Perkara yang sama pernah dinyatakan oleh Tun Dr. Ismail, satu-satunya pemimpin yang berani berdiri menentang arus pelampau dan prasangka yang melanda. Meskipun Dr. Ismail menyetujui konsep hak istimewa Melayu, tetapi dia tidak segan menghebahkan bahawa hak istimewa hanya buat sementara, bukan hak yang hakiki untuk menindas hak orang lain.
Mengambil kira pandangan Dr. Ismail, bukan Melayu perlu melihat DEB dalam konteks yang positif. Seperti yang pernah dikatakan oleh Shamsul Amri, apabila MCA membangkitkan soal tender, reaksi orang Melayu adalah mereka akan kehilangan peluang (hak).
Inilah bentuk persepsi yang akan wujud jika kita melihat dari sudut zero sum game. Namun, jika dilihat dari sudut situasi 'menang- menang' sudah tentu persepsinya agak berlainan. Katakanlah satu kontrak untuk membina bangunan bernilai RM10 juta. Kita tahu kemungkinan orang Melayu untuk membinanya bukan mudah. Mungkin hak tender yang bernilai RM2 juta dapat kepada orang Melayu tetapi RM8 juta lagi jatuh kepada orang Cina. Persoalannya, kenapa yang difokuskan ialah RM2 juta sahaja, yang RM8 juta projek kepada kaum lain kita tidak bincang? Kenapa mereka asyik menuntut?.
Pendek kata, sifat zero sum game atau ultra kiasu sudah tertanam lama dalam pemikiran kita selama ini. Persoalannya, sampai bilakah mereka mahu sedar atau sengaja tidak mahu sedar? Orang Cina memang sedar bahawa UMNO akan meneliti apa yang dituntut, disebabkan UMNO amat bergantung kepada undi Cina untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya, daripada jatuh kepada parti lain. Akibatnya, UMNO terpaksa akur dengan beberapa tuntutan yang dikemukakan.
Strategi politik Cina adalah mereka tahu bahawa jika UMNO tidak memberikan kesemua apa yang dituntut, sekurang-kurang UMNO akan memenuhi beberapa tuntutan mereka atau sebahagian daripadanya. Justeru, tuntutan paling ekstrem perlu dikemukakan. Beberapa tuntutan atau sebahagian yang diberikan UMNO, sebenarnya itulah kemenangan terbesar kepada orang Cina. Misalnya, tuntutan orang Cina terhadap jawatan-jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan awam seperti jawatan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor IPTA. Hari ini, kita sudah dapat lihat ada IPTA yang telah melantik bukan Melayu menjadi Timbalan Naib Canselor, begitu juga sektor perkhidmatan awam. UMNO yang menerajui BN telah menampakkan perubahan dan mula memberikan tuntutan-tuntutan Cina ini.

Persoalannya, sejauh manakah IPTS- IPTS atau syarikat swasta yang didominasi oleh orang Cina seperti UTAR, Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan lain-lain bersedia untuk menerima dan melantik Naib Canselor mereka daripada kalangan orang Melayu jika tuntutan ini dikemukakan suatu hari nanti?
Pengalaman menunjukkan bahawa orang Cina menentang sebarang percubaan untuk orang Melayu memasuki institusi mereka. Contohnya, kemasukan guru besar Melayu ke sekolah Cina.
Contoh lain adalah rancangan kerajaan untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan. Ia mendapat tentangan daripada masyarakat Cina yang diwakili oleh Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Pertubuhan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) atau singkatannya Dong Jiao Zong (Utusan Malaysia, 27 April 2005). Dong Jiao Zong bersangka buruk dengan beranggapan bahawa ia bertujuan menghapuskan SJKC selepas ini. Rancangan ini menurut mereka tidak akan berjaya menarik orang Cina ke sekolah kebangsaan.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa hanya di Malaysia, SJKC masih kekal dengan identitinya berbanding negara lain yang mana orang Cina menjadi minoriti. Negara seperti Singapura yang majoriti kaum Cina sekalipun, tidak lagi mempraktikkan bentuk sekolah Cina seperti yang ada di Malaysia (Lee Kam Heng dan Tan Chee Beng, 2000: 228).
Contoh lain yang tidak keterlaluan untuk ditonjolkan ialah Thailand. Pada tahun 1940-an, kerajaan Thailand bertindak menutup atau mengharamkan operasi semua sekolah Cina kerana bimbang akan menyukarkan proses integrasi dan asimilasi kaum. Mereka beranggapan, sekolah Cina hanya akan melahirkan nasionalisme Cina yang membahayakan sesebuah negara.
Justeru kerajaan Thailand telah bertindak mengasimilasikan semua orang Cina dan menghapuskan agen utama sosialisasi politik ini kepada satu sistem pendidikan Thai (Siam). Hasilnya, proses sosialisasi politik bertunjang kepada pendidikan Thai (Siam), telah berjaya melahirkan orang Cina yang mempunyai semangat nasionalisme Thai (Siam) begitu tinggi.
Ini diakui sendiri oleh ahli perniagaan atau penulis chauvanis Cina bernama Ye Lin- Sheng (2003: 129) dalam bukunya The Chinese Dilemma. Beliau terpaksa akur betapa beruntungnya menjadi orang Cina di Malaysia yang masih dapat mempertahankan semangat dan identiti kecinaannya.
Justeru, apa yang pernah disarankan oleh Tun Abdul Razak perlu dijadikan kenyataan. Beliau mengatakan integrasi merupakan suatu cara penyelesaian yang sesuai dalam menyelesaikan kemelut politik di Malaysia. Dasar kerajaan mengenai perpaduan kebangsaan bukanlah merupakan proses asimilasi tetapi dengan cara integrasi iaitu dengan membuat penyesuaian terhadap pelbagai budaya dan sosial yang dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dengan berpaksikan kepada kaum asal (Comber, 2007).
Perlu diingatkan, asimilasi seperti Cina di Thailand dan Indonesia, tidak mungkin lagi berlaku kerana politik perkauman telah tertanam sekian lama. Ada yang memberikan alasan Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia disebabkan minoriti Cina di kedua-dua negara ini amat kecil berbanding Malaysia sebanyak 25 peratus.
Namun sejauh manakah langkah - langkah telah diambil untuk menyelesaikan masalah sedia ada? Semua dasar, kontrak sosial dan ramuan integrasi telah termaktub dalam perlembagaan, seperti isu bahasa Melayu, agama, hak-hak istimewa dan sebagainya. Cuma, yang ditunggu hari ini adalah pelaksanaannya secara telus dan jujur tanpa dipolitikkan.
Apakah kita harus terus melayan tuntutan-tuntutan seperti yang dinukilkan oleh Kim Quek (2004), yang menurutnya, penentangan orang Cina tidak dapat lari daripada perkara-perkara seperti, pertama; diskriminasi kaum dalam pelantikan dan kenaikan pangkat pekerja-pekerja di badan-badan kerajaan, menjadikan badan-badan ini hampir dikuasai satu bangsa sahaja (lebih-lebih lagi di lapisan tertinggi). Badan-badan ini termasuklah: perkhidmatan awam, polis, tentera dan pelbagai agensi semi dan separa-kerajaan.
Kedua; menghalang kaum bukan Melayu daripada tender dan kontrak yang dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan. Ketiga; mengenakan diskaun harga wajib dan kuota memihak kepada orang Melayu di dalam projek-projek perumahan.
Keempat; mengenakan kuota saham wajib bagi orang Melayu di syarikat bukan Melayu. Kelima; larangan menyeluruh terhadap pelajar bukan Melayu bagi memasuki institusi akademik awam (contoh UiTM) dan keenam; peruntukan biasiswa dan tempat belajar yang jelas berat sebelah dengan kadar yang sememangnya tidak munasabah yang menampakkan diskriminasi kaum (Mohd Ridhuan Tee, 2006).
Kesimpulannya, adakah semua tuntutan yang dikemukakan selaras dengan konsep keadilan yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya dan semangat perlembagaan? Sedangkan semua kita tahu bahawa kesemua tuntutan tersebut telah pun dibuka sedikit demi sedikit. Apa yang jelas, adalah sikap ultra kiasu yang sebenar. Sentiasa mahu menang tanpa memikirkan yang kalah itu sebenarnya akan menimbulkan masalah kepada yang menang. Apakah kita harus terus meletakkan kepentingan etnik di hadapan berbanding kepentingan nasional? Jika inilah bentuk budaya politik yang wujud, sebenarnya kita sedang bermain dengan api. Walaupun api itu masih lagi tidak kelihatan atau membara, tetapi bara itu tetap menyala. Bara inilah yang amat bahaya dalam politik Malaysia hari ini.
mohd. ridhuan tee abdullah

RENUNG DAN HAYATI


Pesanan terbaik dari seorang rakan..... Just wanna share with everyone kisah benar yang dilalui seorang teman....

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Surah ini, katanya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik. Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....! ...Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Monday 3 November 2008

POLITIK TEMPANG


Membentuk Kerajaan dan memiliki kuasa adalah sesuatu yang agak mudah, tetapi melaksanakan tangggungjawab, pemerintahan dengan kuasa yang di miliki bukanlah semudah yang diucapkan. Buktinya baru 7 bulan PR memerintah di beberapa buah negeri, berbagai kebobrokan, ketempangan dan kelucuan telah di putuskan.

Teringat saya pada pesan orang-orang tua, `Pohon yang telah berbuah lebat sekian lama jangan ditebang dan diganti dng benih baru yang belum tentu berbuah'

Renungkan catatan berikut:

1. Projek Mega Babi di Sepang
2. Mempertikai dan menghapuskan DEB
3. Campurtangan dlm pentadbiran agama Negeri Perak
4. MB jadi boneka DAP di Selangor dan Perak
5. PKR & PAS jadi kuda tunggangan DAP di Pulau Pinang
6. Lantik bukan Melayu terajui PKNS
7. Parlimen di jadikan Sarkas
8. Perlembagaan jadi bahan jualan murah (Hak Keistimewaan Melayu)
9. Undang-undang di permainkan (Kes makanan anjing di lokap)
10. Agama di persendakan (Rasuah sek dan penzinaan dikatakan sedekah)

dan banyak lagi la...... fikirkan.........




LAIN PERSEPSI

Kisah anakku: BERLAINAN PERSEPSI

Isteriku sedang membantu anak lelakiku yang berumur tujuh tahun membaca buku sejarah pahlawan Hang Tuah.

Selesai membaca isteriku menanyakan beberapa soalan kepada anakku itu:

S: Kenapa Hang Tuah di geruni oleh musuh

J: Kerana Hang Tuah berani dan hebat

S: Kenapa Hang Tuah di sayangi oleh Sultan

J: Sebab Hang Tuah begitu taat dan setia kepada Sultan dan Negeri Melaka

S: Adakah adik mahu menjadi seperti Hang Tuah

J: Tak Mahu

Dengan kehairanan isteriku terus bertanya.. Kenapa ?

Jawabnya lagi : Adik tak mahu pakai macam Hang Tuah (bertengkolok dan berkeris), nanti malulah adik diketawakan oleh kawan-kawan. Lagi pun sekarang ni mana ada orang pakai macam tu....

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails