Monday, 10 November 2008

ADUHAI UMNO












POLITIK WANG DAN GADUH


ADUHAI, UMNO kenapalah pekara seperti ini berlaku dan masih terjadi. Ianya sungguh mengaib dan menjejaskan imej dan kredibiliti parti dan turut mencalitkan kesannya kepada Kerajaan.
Bergaduh dalam persidangan, melambangkan ahli-ahli UMNO tidak berdisiplin, tidak mengetahui atau tak mahu ikut peraturan serta tidak langsung mahu menghormati orang lain. Kenapa jadi macam MIC tahun-tahun 80an dahulu. UMNO parti keramat yang memerentah, tetapi ahlinya seperti badut sarkas yang `bodoh sombong', tak ambil kira langsung situasi dan kondisi semasa, sudahlah imej parti tercalar hebat sejak 8 Mac 2008, ditambah pula dng pendedahan demi pendedahan ekoran pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, kini gelagat `kelas ketiga' para ahli UMNO akan menambahkan `muak dan jelak' umum yang sentiasa mengikuti dan memerhati.
Politik Wang atau yang sebenarnya adalah RASUAH, begitu mendominasi sepanjang proses pemilihan Bahagian dan Pusat. Kenyataan Tengku Ahmad Rizaudin, Muhyidin Yasin, Dato Najib mengesahkanya. Apakah pemimpin dan ahli UMNO tidak merasa berkaitan dng isu keji ini. Politik Wang menjadfi amalan dan bualan umum yang biasa, seolah-olah ianya bukan satu kesalahan atau pelanggaran etika dan nilai. Keadaan seperti mengharuskannya, ianya sama sekali bercanggah dengan hasrat dan kenyataan para pemimpin termasuk PM yang berazam membasmi rasuah. Apakah rasuah hanya berkaitan dng penjawat awam atau di sektor awam dan swasta sahaja., dan menjadi tidak apa atau halal serta dibolehkan dalam politik. Apakah ahli-ahli politik ini merasakan mereka tidak berkaitan atau perbuatan mereka itu tidak keji dan hina, apakah mereka tidak memikirkan kesan dan akibat buruk yang turut sama yang menyeret kepimpinan dan kerajaan, yang dalam jangka panjang akan menjadi barah dalam seluruh masyarakat dan menghancurkan negara.
Ahli-ahli UMNO perlulah benar-benar bermuhasabah diri secara ikhlas dan jujur, bukan sekadar mainan di bibir sahaja atau sekadar menyedapkan ucapan, sebaliknya mereka terus rela dan berkekongkol dengan amalan keji ini. Ingatlah pengundi kini majoroti yang muda dan berpendidikan, mereka mempunyai medium untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat dan berkesan., sikap berdiam diri akan di terjemahkan apabila pilihanraya berlaku. Janganlah dipermudah atau di perbodohkan pengundi sekarang, buktinya lima buah kerajaan negeri telah bertukar tangan.
Ahli UMNO perlu segera melakukan reformasi dan revolusi bagi memastikan parti berjasa ini terus relevan dan menerajui negara. Insiden, isu dan kerenah yang merugikan perlu dihentikan segera. Keadaan memang parah dan tiada masa lagi untuk terus bersengketa, bersandiwara atau `menghalalkan cara' kerana pembangkang semakin bijak dan strategis, pengundi semakin muak dan jelak, bangsa semakin dicabar dan terhimpit.

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails