MENGALAH SELEPAS DI GERTAKBukan main punya hebat apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan melaksanakan kuata 50% perumahan di Kedah perlu di peruntukan kepada bumiputra Melayu. Hebat sungguh no......
Sedap bukan main mendengarnya, walaupun REHDA Cawangan Kedah tidak bersetuju dan bercadang membawanya ke mahkamah.
MB terus bertegas bahawa keputusan dan Dasar ini adalah wajar serta tetap akan dilaksanakan dan mendakwa GLC Negeri boleh membina sendiri sekiranya REHDA tidak mahu menerima dasar ini. Mungkin dasar ini positif atau tidak... fikir dan renungkanlah sendiri...........
(Lihat petikan ini)
Ini laporan Berita Harian:
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dari luar Kedah supaya jangan campur tangan dalam isu dasar baru kerajaan Pas Kedah berhubung pemilikan kuota rumah Bumiputera yang dinaikkan daripada 30 kepada 50 peratus.Beliau berkata, pemimpin PKR dan DAP dari luar Kedah tidak layak untuk campur tangan hal dalaman negeri itu selain tidak berhak mengajar beliau membuat keputusan terutama membabitkan perkara berkaitan dasar kerajaan Pas Kedah."Mereka (pemimpin PKR dan DAP) bukan bos saya, bos saya hanya Pas Pusat dan saya hanya akan mendengar arahan daripada pemimpin Pas."Kenapa Azmin (Azmin Ali, Naib Presiden PKR) menyibuk? Sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan dalaman negeri Selangor atau Pulau Pinang walaupun ada antara dasar yang mereka putuskan itu mengguris hati orang Islam dan Melayu," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.Azizan juga menolak andaian dasar kuota itu akan dibatalkan.
Realitinya projek perumahan bukannya seperti membina balairaya atau surau, perlu pengalaman, kepakaran, kajian strategik dan peruntukan kewangan yang besar. Sedangkan di Kedah la ni.., kawasan perumahan (projek) baru wujud bagai cendawan tumbuh, lihat saja di Sungai Petani, Alor Setar dan Kulim. Malahan untuk menghabiskan jualan perlu mengambil masa yang lama walhalnya harga di Kedah masih rendah di bandingkan dengan negeri lain seperti Pulau Pinang ( Kepala Batas dan Seberang Perai). Untuk memenuhi kuata 30% pun terpaksa mengambil masa yang lama apatah lagi jika 50%. Fikiaq la sama kemampuan ekonomi Bumiputra dan realiti kehidupan mereka yang punya kampung masing-masing.........
Ketegasan MB Kedah pun bukan main lagi, sangup mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat Kedah jika tak setuju ......... Alih-alih, ekoran gertakan dan ancaman DAP Pusat dan di sokong pula oleh MCA Kedah, ketegasan MB dan Kerajaan PAS Kedah tiba-tiba longlai dan layu, dengan sedikit gertakan sahaja, tiba-tiba cakap yang berdegar-degar sebelum ini tiba-tiba menjadi perlahan dan akhirnya akur dengan kehendak pihak yang tidak bersetuju ini. Macam mana jadi lagu ni oii........
Amatlah hairan dan menakjubkan, keputusan dan dasar yang yang dibuat kononnya untuk membela Bumiputra tiba-tiba boleh berubah sekelip mata, siapa lebih kuat dan berkuasa dalam perkara ini, PAS Kedah atau DAP....
Pak Pelandok : Lain kali pikiaq la dulu, jika nak buat dasar tu, biarlah rasional dan perlu juga pengalaman untuk mentadbir dan memerintah, bukan ikut selera dan kepentingan politik semata-mata,... akhirnya malu dapat dan maruah tercalar. Ingat kata orang-orang tua `Cakap Berdegar-degar, tahi lekat di gelegar'. Sampah kat taman-taman perumahan pun la ni.. di kutip seminggu sekali sahaja, busuk la mak oii........
No comments:
Post a Comment