Thursday 29 January 2009

HIDUP SUSAH...MATI PUN SUSAH



















BAHAYA SAMADA HIDUP ATAU MATI

Ekoran kematian suspek jenayah A.Kugan dalam tahanan Polis..... telah mencetuskan sentimen dan emosi yang di eksploit oleh banyak pihak terutama oleh parti politik ` desperado'.

Maka muncullah hero dan kononnya wira yang membela dan menunjukan prihatin tak bertempat bagi meraih perhatian dan populariti. Antaranya ialah dua orang pemimpin parti dalam BN dan terakhirnya Presiden yang terpinggir dan ditolak oleh ahli dan kaumnya sendiri.

Yang menghairankan ialah..... kenapa tiba-tiba pemimpin-pemimpin ini beria-ia seperti mengambil berat dan membela mangsa yang di kehendaki Polis ini.... malah ianya merbahaya kepada orang awam ekoran kegiatan jenayah yang serius ....malah boleh menyebabkan pembunuhan yang lebih trajis keatas mangsa dan orang awam lain yang tidak berdosa akibat perbuatan jenayah yang di lakukannya selama ini.

Janganlah bertindak melulu seperti ini..... undang-undang tetap mengatasi semua (seperti kata Menteri Dalam Negeri)......kes dan jenayah tidak patut dijadikan isu perkauman kerana undang-undang atau jenayah tidak mengira kaum atau sesiapa.

Apakah pemimpin ini sudah lupa hakikat bahawa undang-undang perlu ditegakkan...apatah lagi bagi membendung jenayah dan manusia ganas dan yang tidak menghormati undang-undang dan ketenteraman awam sepatutnya lebih di beri keutamaan...... Jangan jadi badut yang boleh berubah wajah dan watak semata-mata kerana kepentingan peribadi atau politik.

Sandiwara HINDRAF cukup memberikan pengajaran kepada kita....daripada tuntutan dan saman terhadap British.... telah berubah menjadi sengketa dan mainan politik sehingga mengeruhkan hubungan dan keharmonian kaum di negara ini...... Masyarakat minoriti tiba-tiba menjadi terlalu berani, angkuh dan sombong sehingga tidak lagi menghormati undang-undang....... malah ianya hampir-hampir menghancurkan rukun dan ikatan yang dibina sejak merdeka di bumi bertuah ini.

Perlulah di ingat, negara ini dihuni pelbagai kaum dan kontrak sosial yang menjadi asas Perlembagaan yang dipersetujui sejak sekian lama.... jangan diusik atau di permainkan.... kerana akibatnya amat pedih dan dahsyat..... Sengketa kecil jika ditangani secara emosional serta melulu akan membenihkan suasana keruh yang boleh mengharu-birukan ketenteraman dan perpaduan yang menjadi senjata keramat di negara ini untuk sekian lamanya.

Pak Pelandok merakamkan tahniah kepada pihak Polis yang sentiasa berkhidmat dengan tulus ikhlas bagi memastikan keamanan dan ketenteraman rakyat dan negara terus terpelihara........malah bukan sedikit anggota Polis yang menjadi mangsa....tercedera dan terkorban ekoran tindakan ganas penjenayah dan golongan yang tidak menghormati undang-undang selama ini. Siapakah yang mengambil berat terhadap nasib dan kesusahan mereka dan keluarga yang berkorban demi kesejahteraan kita ini......berapa ramaikah pemimpin yang benar-benar pantas membela dan menghulurkan bantuan terhadap mereka ini......Teruskan khidmat baktimu tanpa sebarang prejudis.....atau pilih kasih demi bumi bertuah ini.

Takziah juga kepada keluarga A Kuhan....... semoga tabah menghadapi dugaan.

Wednesday 28 January 2009

BERUBAHLAH UMNO








PEMIMPIN DAN AHLI UMNO PERLU INSAF DAN BERUBAH

Pak Pelandok sering bermenung mengenangkan untung nasib parti keramat UMNO ni.....

Sejak penubuhannya pada 1946, bingkas perkasa menentang Malayan Union sehinggalah memaksa penjajah akur dengan tuntutan Kemerdekaan setelah mencengkam dan menginjak bangsa dan bumi bertuah ini selama 446 tahun. Lama sungguh masanya..... dan selama itulah agama dan bangsa kita dihina, diperkosa dan diperkotak-katikkan....Hak dan Peluang kita di nafikan, pendidikan di abai, ekonomi di sisih jauh, pembangunan bak `jauh api dari semanggang'.

Berkat perjuangan pemimpin silam termasuklah emak-ayah kita, belenggu itu dirongkai, kita bangun dan berlari dengan megah dan gagah.... sehingga kini selepas 51 tahun detik Kebebasan mutak, anak bangsa ini telah menerokai dunia, negara pesat membangun, peluang dan hak kita nikmati bersama dengan selesa dan harmoni......kita bangga dengan bumi bertuah ini... walaupun hanya baru merdeka 51 tahun.... masih muda dan baru bermula....tetapi kita sudah boleh `duduk sama rendah.. berdiri sama tinggi' dengan bangsa dan negara lain. Alhamdulillah.

Namun gerhana melanda parti keramat ini... bermula Mac 2008 dan hingga kini.... ekoran percaturan dan kemelut politik dalam dan luar negara.... UMNO menerima tempias dan kesannya. Bukan sahaja kemelut ekonomi dunia turut menjejaskan rakyat dan negara......malah perancangan dan perhitungan politik dunia juga turut mencorakan warna dan perjalanan politik dinegara ini.

Bumi bertuah yang makmur dan aman damai ini sememangnya di cemburui orang... kalau boleh mereka ingin mengcengkam dan menghirup kembali apa yang kita kecapi hari ini. Bukan lagi melalui penjajahan bersenjata.... tetapi di alaf global ini, penjajahan baru adalah berupa cengkaman ekonomi dan politik. Ini yang sedang melanda dunia sekarang...... Lihatlah pada nasib dan kehidupan rakyat dan negara seperti di Palestin, Iraq, Sudan, Nigeria, Afganistan(sebagai contoh)... apa maknanya kehidupan bernegara mereka....sekiranya rakyat menderita, saban hari bermandi darah, kemusnahan harta benda, kehilangan orang tersayang..... Dahulunya mereka gagah dan hebat, makmur dan bahagia..... kini saban hari berhempas pulas menyabung nyawa dan mempertahankan diri.

Malaysia..bumi bertuah..... janganlah kita humbankan kejurang kemusnahan .... sengketa politik biar berpada..... jangan digadai anak bangsa tidak berdosa...... UMNO perlu bangun dan memperkasakan diri.... kemelut, penting diri, dengki kianat bukan sumpah keturunan kita.

Perjuang perlu ikhlas, bersih, jujur dan amanah.... kembalilah pada pangkalnya.... kepentingan agama, bangsa dan tanahair adalah yang utama... bukannya mengkianati parti demi tembolok dan jawatan. Hilang kuasa dan tampok berpegang..... akan meruntun dan melenyapkan apa sahaja yang dimiliki dan dikejar selama kini..... Tiada maknanya menjadi wakil rakyat, ahli majlis tertinggi atau ketua bahagian dan cawangan kiranya parti yang didokong (sebenarnya dikianati)ini lemah, hancur dan ditolak rakyat gara-gara sikap, perilaku dan tindakan yang memual dan menjijikan.

Pak Pelandok dalam mengelamun........ teringat kata orang tua-tua.....`INGAT SEBELUM KENA, JIMAT SEBELUM HABIS' dan `DENGAR CAKAP ENGGANG... MAKAN BUAH BELOLOK, DENGAR CAKAP ORANG....... SESAMA KITA BERGOLOK'

Wednesday 21 January 2009

SAYU HATI KU SAYU









KUALA TERENGGANU YANG KU TINGGALKAN

Selepas berakhirnya PRK Kuala Terengganu, Pak Pelandok pun berangkat balik kesarang yang telah agak lama ditinggalkan. Jenuh dan puas Pak Pelandok memantau dan menganalisa perjalanan PRK KT ni........ berbagai ragam, sandiwara dan pertembungan yang beranika telah Pak Pelandok rakamkan. Ada yang indah ada yang sebaliknya..........

Sayu juga Pak Pelandok rasakan untuk meninggalkan bumi Penyu menangis ni......... seolah-olah akan meninggalkan kampung halaman sendiri. Sayu kerana Pak Pelandok tak berpeluang lagi menikmati sepoi bayu di Batu Buruk, lazat Ikan Celup Tepung di Telok Ketapang, Nasi Dagang dan Nasi Minyak di Cendering malah menikmati kehalusan batik sutera dan songket di Pasar Payang, juga nikmatnya menyuap keropok lekor Losong dan Kuala Ibai.

Yang lebih terasa ialah kemesraan dan senyuman serta baik budi masyarakat Kuala Terengganu. Terutama keluarga angkat di Gong Tok Nasik, Mengabang Tengah dan di Kg. Tanjung Pantai Terengganu. Biarpun bahang pilihanraya yang membakar semangat, namun walaupun berbeza pendirian dan sokongan, kehadiran Pak Pelandok tetap diterima mesra dan perbualan kami berlangsung aman dan mesra sekali.

Sayu sekali untuk meninggalkan Kuala Terengganu yang sedang dalam pembinaan semula. Masjid Kristal & Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man, UiTM di Cendering, Komplek Equestrin dan TER di Kuala Ibai, Komplek Warisan Pasar Payang dan Bukit Puteri di Shahbandar, Giant dan Maidin Mall di Hiliran dan Universiti Islam Terengganu dan Universiti Darul Iman, malah menurut perancangan banyak lagi kemudahan dan prasarana akan dibangunkan bagi meningkatkan lagi taraf Kuala terengganu sebagai Ibu Negeri dan sekali gus peluang perniagaan dan ekonomi, peluang pekerjaan dan pendapatan selain kemudahan pendidikan akan semakin membesar dan menjana ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Terengganu khususnya di sekitar Kuala Terengganu.

Semua ini memerlukan dokongan dan sokongan serta penyertaan pemimpin dan rakyat agar Terengganu sebaris dengan negeri lain terutama di Pantai Barat. Faktor utama ialah dokongan dan kesinambungan politik yang tulus dan ikhlas, kekuatan politik selari antara Pusat dan Negeri perlu wujud dalam memastikan segala perancangan dan harapan itu berterusan agar menjadi kenyataan. Namun sayang sekali, pengundi Kuala Terengganu telah menongkah arus, memilih ruas tebu yang keras, lebih terpesona dengan pandangan yang emosi, marah dan dendam daripada bersifat terbuka, rasional dan melihat cemerlang masa depan. Kaedah yang keras dan bermuslihat lebih mempengaruhi mereka, putar belit fakta lebih disukai sehinggalah kita melihat keputusan PRK seperti yang telah di maklumi.

Pak Pelandok menghormati pilihan pengundi KT, ini juga bermakna demokrasi masih segar dan hidup tetapi atas alasan itu janganlah kiranya masa depan anak bangsa dan tanahair ini diperjudikan sedemikian rupa. Biarlah cukup di sini sahaja, untuk di lain kali dan dilokasi lain, biarlah kita lebih rasional dan matang menentukan pilihan, masa depan di tangan kita, dengan sekali pangkah boleh mengubah keaadan dan kerajaan. Renungilah nasib malang saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Selatan Thailand dan di Selatan Filipina. Apa maknanya kehidupan dan ghairah berpolitik, jika masa depan, anak bangsa, maruah dan harga diri tergadai.

Kata Orang tua-tua........`dengar guruh di langit, air di tempayan jangan curahkan'...............

Selamat tinggal Ganu Kite.......... Pak Pelandok doakan bumi bertuah ini terus cemerlang dan berjaya...........

Friday 16 January 2009

PAS KECUNDANG DI KUALA TERENGGANU

TAK TERDAYA PAS MENGHADAPI BN

Sepanjang Pak Pelandok berkelana di Kuala Terengganu ni...... sudah jenuh menjenguk kesegenap ruang wilayah Kuala Terengganu yang akan direbut oleh BN dan PAS esok hari....
Kempen berjalan lancar, selamat, aman dan tidak ada sebarang kekecohan ketara yang berlaku. Sungguh harmoni dan damai sekali. Syukur kerana pengundi Kuala Terengganu begitu matang dan bijaksana menempuh semangat membara sepanjang tempoh berkabung ini.
Jelas sekali semangat demokrasi benar-benar dihayati oleh pengundi-pengundi di sini...... Bukan sahaja seluruh kawasan parlimen ini dihias indah bak pengantin baru dengan poster, bendera, sepandok yang beranika warna dan ragam. Malah senyuman dan kemesraan tetap bertaut sesama kita kerana itulah sebaik-baiknya...... berbeza sungguh dengan Permatang Pauh........
Esok (17hb) hari yang mendebarkan akan menentukan bagaimanakah corak dan perjalanan seterusnya pembangunan dan masa depan pengundi dan negeri ini. Apakah potensi kejayaan, pembangunan dan peningkatan ekonomi dan taraf hidup rakyat Terengganu khususnya di ibu negerinya Kuala Terengganu ini akan terus pesat, hebat dan membanggakan untuk kita wariskan kepada generasi akan datang........... atau adakah pengundi di sini sudah berpuas hati dengan kejayaan yang jelas ketara buktinya di depan mata dan baru sahaj bermula ini dihentikan setakad ini sahaja....... adakah kita mahu mengulangi zaman gerhana tahun 1999 kerana emosi dan keramatnya amanat segelintir manusia yang mengejar kuasa dengan memperlatankan agama.
Semuanya terletak ditangan para pengundi Kuala Terengganu........... muhasabah dan beristiqarohlah....... sebelum awal pagi nanti kita mencoretkan keputusan di atas cuma kekeping kertas kecil...........
Yang paling jelas pada Pak Pelandok, PAS tidak berdaya lagi untuk membenam kepalsuan dan dogengan..... kerana pengundi Kuala terengganu sudah matang dan cukup berpengalaman.
Malah Pak Pelandok sendiri merasakan PAS akan tewas di Kuala Terengganu ini, ceramah umum PAS kurang mendapat perhatian, penceramahnya tidak berjaya membawa isu atau fakta yang benar dan menyakinkan. Pengundi Kuala Terengganu sudah bijak dan celik mata.........
Yang paling meriah ialah........peniaga, pembekal, penyewa, pekedai dan penjual keropok, batik dan sutera. Syukur pada rezeki dan ketentuan yang Allah takdirkan di Kuala Terengganu ini.
Biarlah kemeriahan dan kebahagian ini berterusan selama-lamanya..........
Selamat Maju Jaya Ganu Kite............. Pak Pelandok akan kembali kesarangnya...............
Jumpa lagi Ganu Kite yang indah dan mendamaikan.

Sunday 11 January 2009

PERJUANGAN ISLAM PAS


















MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu akan berlangsung tidak sampai enam hari lagi..... kempen, bendera dan sepanduk serta pelbagai risalah dan bahan propaganda bertaburan sepanjang hari disegenap ceruk Kuala Terengganu.

Pak Pelandok pun begitu asyik dan tidak pernah jemu mengikuti segala yang terpapar, terdengar dan terlihat. Pelbagai jenis dan bentuk bahan-bahan berkenaan mewarnai Kuala Terengganu ni......

Dalam pada Pak Pelandok merakamkan segala slogan, tema dan bahasa kempen bagi menyalurkan mesej parti terutamanya PAS, timbul kehairanan teramat sangat..... kerana sehingga hari ini Pak Pelandok belum pun terjumpa sebarang sepandok, bahan atau ceramah PAS yang berkaitan memperjuangkan Islam..... yang kononnya selama ini begitu di dokong dan menjadi wadah dan keutamaan perjuangan PAS.

JIka dahulu ada `pilar' seperti PAS Parti Islam, PAS Memperjuangkan Islam, PAS Menegakkan Hudud, Islam Matlamat Kita (PAS), Membangun Bersama Islam dan banyak lagi yang memperalatkan Islam sebagai momokan politik murahan demi memancing sokongan......tetapi anehnya dalam pilihanraya Kuala Terengganu ni..... demi mencapai matlamat politik mereka... selain menjaga hati dan perasaan sahabat-sahabat dari PKR dan DAP..... hilang lenyap suara mengenai HUDUD, ISLAM dan JIHAD daripada ceramah dan kempen PAS.

Terfikirlah PAK Pelandok...... rupa-rupanya benarlah seperti kata tok guru Pak Pelandok bahawa dalam politik ala PAS ni.....tidak ada yang benar dan kata-kata mengenai Islam adalah umpan dan pancing semata-mata. Maka benarlah tangggapan umum yakni dari Mok Cik dan Pok Cik di Gong Tok Naseh, Wakaf Mempelam, Kubang Ikan, Mengabang Tengah dan di Kg. Che Mat Taukeh yang Pak Pelandok temui......bahawa PAS bukan parti Islam....PAS memperalatkan Islam semata-mata..... dan PAS tidak berbeza dengan parti lain malah sama saja dengan PKR dan DAP.

Mok Cik dan Pok Cik itu berkata lagi....... jika pandai menuduh, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain, memperlekehkan usaha dan pembangunan yang telah tersergam dan terbukti depan mata sahaja kerja mereka, dok payahlah merayu-rayu lagi...... pengundi la ni..... celik doh..... doh boleh berfikir.... anak-anak mereka pun doh jadi orang-orang berjaya dan punya kerjaya dan rumah besar. Semua ini adalah nikmat pembangunan, kestabilan, kesungguhan dan bukti khidmat pemimpin yang telah menunaikan amanah dan janji demi agama, bangsa dan negara.

Taklah seperti PAS dan kawan-kawan mereka yang bersungguh-sungguh menyogokkan kepalsuan, pembohongan dan menafikan kebenaran demi mencapai hasrat mereka. Apa guna mencapai kemenangan kiranya masa depan agama, bangsa dan negara di perjudikan. Apa gunanya kejayaan sekiranya anak bangsa merempat dan merana.... Peristiwa di Palestin dan Selatan Thailand patut menjadi pengajaran kepada kita.......

Pak Pelandok mendoakan pengundi di Kuala Terengganu bermuhasabah sendiri tanpa menelan bulat-bulat segala apa yang di perkatakan kerana yang manis bukan semuanya gula..... lihatlah dengan mata hati yang tulus apa yang wujud depan mata sepanjang perjalanan hidup kita dan anak-anak di bumi bertuah ini.............


Lucunya..... PAS tak sedar harga minyak dah enam kali turun.............. tak kan lupa kot...........tu la ghairah sangat, tak sedar guna sepandok lama yg `out of date'..... kah....kah....kah.........


Ganu ku hebat dan indah............. tahniah pada Tetamu Allah yang selamat kembali ke tanahair.


Monday 5 January 2009

BADAI MELANDA PAS












BILIK GERAKAN PAS DI TINGGALKAN


Sejak semalam kebanyakan Markas PAS di Kuala Terengganu seperti dilanggar geruda....... sunyi sepi dan menjadi lengang tiba-tiba. Entah kenapa tiba-tiba semua petugas dan jentera PAS dari dalam dan luar Terengganu yang sebelum ini begitu bersemangat berkumpul, memasang video dan memasang bendera...... tiba-tiba seperti di tinggalkan .... seolah-olah di kejar sesuatu yang menakutkan.

Pak Pelandok pun terperanjat dengan situasi ini...... mulanya Pak Pelandok menyangka petugas PAS ini tergesa-gesa meninggalkan markas dan kubu mereka kerana perlu menyelamatkan anak isteri dan harta benda mereka yang di landa banjir gelombang kedua.

Rupa-rupanya....... selepas Pak Pelandok membuat tinjauan dan risikan, banyak sumber terutama dari petugas tempatan dan rakan-rakan dari PAS sendiri telah berbisik dan menyatakan situasi gempar ini adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan cara pemilihan calon PAS yang dikatakan membuat keputusan sendiri serta merasa tidak yakin akan kemampuan calon PAS Wahid Endut untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini.

Bukan sahaja sokongan yang kian berbelah bagi, malah sebahagian besar petugas yang terdiri dari golongan belia turut meninggalkan markas kerana begitu kecewa dengan calon yang bukan dari golongan muda yang di lihat lebih mampu untuk menghadapi calon BN.

Pak Pelandok melihat situasi ini sebagai sesuatu yang aneh dan seolah-olah PAS sudah menyerah kerana menyedari calon mereka tidak akan mampu menyaingi calon BN.

Sedih dan kesian Pak Pelandok kepada petugas PAS kerana akibat sikap diktator pemimpin...... semangat dan peluang PAS direntap begitu saja........ sungguh rugi...... BN diberi peluang menang mudah.

Sunday 4 January 2009

PENDERITAAN PALESTINE







PALESTIN BERMANDI DARAH DAN KUALA TERENGGANU YANG PANAS

Ketika ini rakyat Palestin sedang menderita dan bergelumang dengan kematian, saban hari pesawat rejim Yahudi memuntahkan bom dan peluru, merobek tubuh, mengkecai daging, menghirup darah, menyatimkan anak kecil, meranapkan rumah. Malang nasib saudara kita di bumi Palestin ketika ini. Sudah lebih 450 jiwa yang diragut kezaliman Yahudi.

Begitulah ironi dan tragisnya nasib mereka di tanah air sendiri. Di jarah, di ceroboh dan di nodai kuasa rakus tak berperi kemanusiaan.
Betapa sengsara, derita, cemas, sedih, pilu dan menyayatnya penganggungan yang terpaksa di hadapi. Kita sekadar bersimpati, mengeluh dan cuba membayang nasib sengsara mereka di sana.

Itulah teladan kepada kita, apabila tanahair di ceroboh orang, negara di belengu dan di cengkam orang lain. Kebebasan, Keamanan, Keselamatan tidak mampu di pertahankan. Sungguh malang........

Saudaraku........ bayang kan situasi dan kegentingan itu..... sekiranya berlaku di tanahair tercinta ini. Apakah nasib dan masa depan anak-anak kesayangan kita....... bagaimana harta benda, rumah kediaman dan apa yang kita nikmati ini........ Segala pergerakan terhalang, kebebasan di rampas....... maruah dan harga diri di noda dan di perkosa.

Kerana itu...... bersyukurlah kita di atas nikmat kemerdekaan yang kita miliki, keamanan yang kita kecapi, kesejahteraan dan kebahagiaan yang kita punyai, begitu berharga sekali makna dan nilainya.........

Apakah kita tidak lagi mahu menghargai dan mengenang pristiwa seperti yang menimpa Palestin ini, atau sesekali mengenang kembali detik derita dan malang semasa kita di jajah dan di injak dahulu..........

Janganlah sesekali kita cuba membuka ruang permusuhan, perpecahan dan persengketaan sesama kita...... Jangan pula dek kerana perbezaan fahaman dan pegangan politik kita sanggup mendedahkan maruah, harga diri, kesejahteraan dan kemerdekaan kita sehingga segala apa yang kita bina selama ini menjadi tidak bermakna lagi. Apakah kita rela anak-anak dan bumi bertuah ini bermandikan darah dan kemusnahan meragut segala nikmat dan kebahagiaan ini.

Insaflah....... Janganlah kerana perbedaan kecil, kita sanggup mengadai maruah, kerana tamakan kuasa kita membuka ruang kemusnahan, kerana iri hati dan dendam kesumat kita rela menggadai maruah dan harga diri.........

Pak Pelandok berharap masyarakat Kuala Terengganu yang mulai panas dengan bahang pilihanraya yang akan menjelang....... bermuhasabah dan merenung dengan hati nan suci........ janganlah terfikir sama sekali untuk membiarkan sesiapa atau pihak mana sekalipun membuat onak dan membuka ruang kepqada kemusnahan dan kesengsaraan seperti yang di hadapi oleh rakyat Palestin. Renung dan insafilah..... hak dan kuasa kecil yang ada kepada kita sebagai pengundi jangan dibiarkan diperkuda oleh sesiapa, jangan dijadikan senjata untuk menyeret anak-cucu kita kel;embah kebinasaan dan penderitaan.

Fikirkan lah dengan berlapang dada dan sesekali mengimbau sejarah derita bangsa dan tanahair...... juga bayangkan penderitaan saudara kita di Palestin sekarang termasuklah di Afganistan, Selatan Thailand dan beberpa negara lain.

Friday 2 January 2009

CALON PAS TAK DITERIMA PENYOKONG



PRESIDEN PAS AMAL DIKTATORISME





Calon PAS, Wahid Endut bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini telah diumumkan semalam di stadium negeri. Beliau merupakan wakil rakyat DUN Wakaf Mempelam selama lima penggal dan memegang jawatan sebagai YDP Pas Kuala Terengganu.

Pemilihan calon ini begitu memeranjatkan semua pihak termasuk di kalangan pimpinan dan penyokong PAS sendiri, kerana sebelum ini Wahid tidak termasuk langsung dalam senarai awal calon. Calon favorite Dr. Azman dan penyokongnya yang terdiri dari golongan muda mula melahirkan rasa kecewa dan ketidak puasan hati terhadap keputusan Presiden yang dikatakan bersikap diktator tanpa mengambil kira pandangan dan kehendak suara majoriti.

Tindakan dan keputusan Presiden ini dilihat telah membelakangkan suara-suara utama dalam PAS serta memperlihatkan sikap sebenar Presiden PAS yang begitu angkuh dengan memutuskan siapa calon yang akan diletakan mengikut kehendaknya sendiri dengan tidak langsung mahu menerima kehendak dan pandangan pihak lain terutama golongan muda dalam PAS.

Calon PAS ini Wahid Endut sememangnya kurang diterima dan tidak disenangi oleh penyokong PAS dan pengundi di DUN Batu Buruk dan Ladang kerana beberapa insiden dan masalah yang melibatkan calon ini secara peribadi dengan masyarakat di kedua-dua DUN berkenaan. Malah sokongan pengundi terhadap calon ini di DUN Wakaf Mempelam yang diwakilinya sejak lima penggal lalu yang didakwa sebagai kubu kuat PAS selama ini pun mulai menunjukan penurunan dan kemerosotan. Trend ini jelas menampakan bahawa pengundi di DUN yang diwakilinya sendiri pun sudah muak, jemu dan bosan dengan sikap dan kerenahnya yang hanya pandai menabur janji dan bermain kata-kata tanpa sebarang usaha atau penyelesaian untuk membantu dan mengatasi masalah pengundi yang jelas sekali ketinggalan dari segi prasarana dan kemudahan jika dibandingkan dengan pengundi di kawasan lain.

Ramai penyokong PAS yang ditemui semalam menyatakan dengan nada kesal yang mendalam terhadap keputusan Presiden yang di sifatkan sebagai diktator dan tidak mengamalkan syura seperti yang sering didakwanya selama ini. Mereka melahirkan kebimbangan tentang kemampuan calon PAS ini yang dikatakan tidak setara dengan kepimpinan dan ketokohan calon BN Dato' Wan Ahmad Farid yang begitu di senangi pengundi, mesra, peramah, senang di dekati dan sentiasa merendah diri dan bersedia membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum atau parti.

Penyokong PAS berkenaan juga menyatakan, dengan keputusan pemilihan calon ini seolah-olah PAS telah tewas dan graf sokongan terhadap PAS merosot dengan begitu mendadak. Pemilihan Wahid Endut ini juga menunjukan PAS berada dalam kekeliruan untuk mengimbangi ketokohan calon BN dan jelas sekali PAS telah ketandusan calon sehinggakan wakil rakyat yang telah begitu lama menjadi wakil rakyat pun masih mahu merebut kawasan parlimen pula. Sepatutnya berilah peluang kepada muka baru yang lebih berkarisma seperti Dr. Wan Azman yang dilihat mampu menandingi calon BN.

Pak Pelandok pong terperanjat dan tak menyangka sama sekali dengan pengumuman semalan, malah Pak Pelandok turut bersimpati dan berasa sedih bersama penyokong dan ahli PAS yang rata-ratanya begitu kecewa dan hampa dengan sikap dan keputusan Priseden yang jelas sekali mengamalkan budaya diktatorisme dan membelakangkan syura, walau pong selama ini Presiden Parti dan PAS sering mendakwa merekalah pejuang yang mengamalkan syura, muzakarah, istisyarah dan menepati lunas agama.


Hidup Ganu Kite............ Kesian PAS.... awal-awal lagi dah kalah..........

Thursday 1 January 2009

GERAKSARAF PAS


KATA DULANG PAKU SERPIH


Kuala Terengganu mulai panas..... walaupun hujan sepanjang hari dan berterusan memanjang.....

Nampaknya kempen PAS mendahului BN. Ceramah umum PAS mulai bergema di seluruh petu undi dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu ini.


Semalam bertempat di Peti Undi Kg. Kolam dalam DUN Ladang.... PAS melancarkan tujahan serangannya. Siapa lagi penerajunya jika tidak bakal calon tidak jadi Mat Sabu.


Berapi sungguh ceramahnya...... berbagai isu dan pekara yang dikemukakanya dengan begitu bergaya dan mempesonakan.


Dari isu royalti minyak, harga barang dan minyak hinggalah kepada aspek ekonomi negara di sentuh dengan penuh keyakinan.


Tetapi apa yang Pak Pelandok muskilkan ialah mengenai fakta dan kebenaran yang di sembunyikan kepada pengundi di sini. Kenapa tidak di senaraikan projek pembangunan dan bantuan-bantuan yang berupa dana khas atau ehsan yang di keluarkan oleh Kerajaan BN kepada demi kebajikan dan kepentingan rakyat.


Kenapa juga tidak di sebutkan tentang kepesatan pembangunan seperti jalanraya yang menjang dari Kuala Terengganu ke Besut atau ke Setia dan Jertih....... kenapa juga tidak dinyatakan betapa megah dan bermanafaatnya projek ekonomi seperti pasaraya Giant dan Maidin Mall yang menjana peluang pekerjaan dan merupakan sumber ekonomi isi keluarga masyarakat di sini.


Tidakkah kita rasa bangga dengan keujudan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kampus UiTM di Cendering, Komplek baru Pasar Payang, menaiktaraf kemudahan Pantai Batu Buruk, Komplek Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Universiti Darul Iman dan banyak lagi.......


Sungguh hebat dan berpotensi sekali Terengganu khususnya Kuala Terengganu untuk muncul sebagai antara bandar yang hebat dan cemerlang. Sudah pasti masa depannya begitu cerah dan menjanjikan peluang kejayaan yang hebat.


Itu yang patut disampaikan kepada pengundi.... bukannya dimomokkan dan ditakutkan dengan isu palsu seperti anti ugama, rasuah, pengundi hantu dan sebagainya lagi........


Bercakap benar dan teluslah duhai penceramah PAS, YANG SERING MELAUNGKAN SLOGAN ISLAM.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails