Sunday, 4 January 2009

PENDERITAAN PALESTINE







PALESTIN BERMANDI DARAH DAN KUALA TERENGGANU YANG PANAS

Ketika ini rakyat Palestin sedang menderita dan bergelumang dengan kematian, saban hari pesawat rejim Yahudi memuntahkan bom dan peluru, merobek tubuh, mengkecai daging, menghirup darah, menyatimkan anak kecil, meranapkan rumah. Malang nasib saudara kita di bumi Palestin ketika ini. Sudah lebih 450 jiwa yang diragut kezaliman Yahudi.

Begitulah ironi dan tragisnya nasib mereka di tanah air sendiri. Di jarah, di ceroboh dan di nodai kuasa rakus tak berperi kemanusiaan.
Betapa sengsara, derita, cemas, sedih, pilu dan menyayatnya penganggungan yang terpaksa di hadapi. Kita sekadar bersimpati, mengeluh dan cuba membayang nasib sengsara mereka di sana.

Itulah teladan kepada kita, apabila tanahair di ceroboh orang, negara di belengu dan di cengkam orang lain. Kebebasan, Keamanan, Keselamatan tidak mampu di pertahankan. Sungguh malang........

Saudaraku........ bayang kan situasi dan kegentingan itu..... sekiranya berlaku di tanahair tercinta ini. Apakah nasib dan masa depan anak-anak kesayangan kita....... bagaimana harta benda, rumah kediaman dan apa yang kita nikmati ini........ Segala pergerakan terhalang, kebebasan di rampas....... maruah dan harga diri di noda dan di perkosa.

Kerana itu...... bersyukurlah kita di atas nikmat kemerdekaan yang kita miliki, keamanan yang kita kecapi, kesejahteraan dan kebahagiaan yang kita punyai, begitu berharga sekali makna dan nilainya.........

Apakah kita tidak lagi mahu menghargai dan mengenang pristiwa seperti yang menimpa Palestin ini, atau sesekali mengenang kembali detik derita dan malang semasa kita di jajah dan di injak dahulu..........

Janganlah sesekali kita cuba membuka ruang permusuhan, perpecahan dan persengketaan sesama kita...... Jangan pula dek kerana perbezaan fahaman dan pegangan politik kita sanggup mendedahkan maruah, harga diri, kesejahteraan dan kemerdekaan kita sehingga segala apa yang kita bina selama ini menjadi tidak bermakna lagi. Apakah kita rela anak-anak dan bumi bertuah ini bermandikan darah dan kemusnahan meragut segala nikmat dan kebahagiaan ini.

Insaflah....... Janganlah kerana perbedaan kecil, kita sanggup mengadai maruah, kerana tamakan kuasa kita membuka ruang kemusnahan, kerana iri hati dan dendam kesumat kita rela menggadai maruah dan harga diri.........

Pak Pelandok berharap masyarakat Kuala Terengganu yang mulai panas dengan bahang pilihanraya yang akan menjelang....... bermuhasabah dan merenung dengan hati nan suci........ janganlah terfikir sama sekali untuk membiarkan sesiapa atau pihak mana sekalipun membuat onak dan membuka ruang kepqada kemusnahan dan kesengsaraan seperti yang di hadapi oleh rakyat Palestin. Renung dan insafilah..... hak dan kuasa kecil yang ada kepada kita sebagai pengundi jangan dibiarkan diperkuda oleh sesiapa, jangan dijadikan senjata untuk menyeret anak-cucu kita kel;embah kebinasaan dan penderitaan.

Fikirkan lah dengan berlapang dada dan sesekali mengimbau sejarah derita bangsa dan tanahair...... juga bayangkan penderitaan saudara kita di Palestin sekarang termasuklah di Afganistan, Selatan Thailand dan beberpa negara lain.

1 comment:

petrokoxi said...

Aimingzi turut sama bersimpati apa yang telah berlaku di bumi Palestine sekarang. Sekiranya umat Islam didunia ini berpadu tenaga dan tidak berbalah sesama sendiri dan menguasai ilmu sains sudah tentu mereka tidak berani menindas orang Islam. Bayangkan jumlah kaum zionis yang sedikit berbanding umat Islam, mereka berupaya menyerang umat Islam dengan begitu mudah sekali. Doakanlah agar umat Islam kembali kuat seperti kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu....

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails