Wednesday, 21 January 2009

SAYU HATI KU SAYU









KUALA TERENGGANU YANG KU TINGGALKAN

Selepas berakhirnya PRK Kuala Terengganu, Pak Pelandok pun berangkat balik kesarang yang telah agak lama ditinggalkan. Jenuh dan puas Pak Pelandok memantau dan menganalisa perjalanan PRK KT ni........ berbagai ragam, sandiwara dan pertembungan yang beranika telah Pak Pelandok rakamkan. Ada yang indah ada yang sebaliknya..........

Sayu juga Pak Pelandok rasakan untuk meninggalkan bumi Penyu menangis ni......... seolah-olah akan meninggalkan kampung halaman sendiri. Sayu kerana Pak Pelandok tak berpeluang lagi menikmati sepoi bayu di Batu Buruk, lazat Ikan Celup Tepung di Telok Ketapang, Nasi Dagang dan Nasi Minyak di Cendering malah menikmati kehalusan batik sutera dan songket di Pasar Payang, juga nikmatnya menyuap keropok lekor Losong dan Kuala Ibai.

Yang lebih terasa ialah kemesraan dan senyuman serta baik budi masyarakat Kuala Terengganu. Terutama keluarga angkat di Gong Tok Nasik, Mengabang Tengah dan di Kg. Tanjung Pantai Terengganu. Biarpun bahang pilihanraya yang membakar semangat, namun walaupun berbeza pendirian dan sokongan, kehadiran Pak Pelandok tetap diterima mesra dan perbualan kami berlangsung aman dan mesra sekali.

Sayu sekali untuk meninggalkan Kuala Terengganu yang sedang dalam pembinaan semula. Masjid Kristal & Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man, UiTM di Cendering, Komplek Equestrin dan TER di Kuala Ibai, Komplek Warisan Pasar Payang dan Bukit Puteri di Shahbandar, Giant dan Maidin Mall di Hiliran dan Universiti Islam Terengganu dan Universiti Darul Iman, malah menurut perancangan banyak lagi kemudahan dan prasarana akan dibangunkan bagi meningkatkan lagi taraf Kuala terengganu sebagai Ibu Negeri dan sekali gus peluang perniagaan dan ekonomi, peluang pekerjaan dan pendapatan selain kemudahan pendidikan akan semakin membesar dan menjana ekonomi yang lebih baik kepada rakyat Terengganu khususnya di sekitar Kuala Terengganu.

Semua ini memerlukan dokongan dan sokongan serta penyertaan pemimpin dan rakyat agar Terengganu sebaris dengan negeri lain terutama di Pantai Barat. Faktor utama ialah dokongan dan kesinambungan politik yang tulus dan ikhlas, kekuatan politik selari antara Pusat dan Negeri perlu wujud dalam memastikan segala perancangan dan harapan itu berterusan agar menjadi kenyataan. Namun sayang sekali, pengundi Kuala Terengganu telah menongkah arus, memilih ruas tebu yang keras, lebih terpesona dengan pandangan yang emosi, marah dan dendam daripada bersifat terbuka, rasional dan melihat cemerlang masa depan. Kaedah yang keras dan bermuslihat lebih mempengaruhi mereka, putar belit fakta lebih disukai sehinggalah kita melihat keputusan PRK seperti yang telah di maklumi.

Pak Pelandok menghormati pilihan pengundi KT, ini juga bermakna demokrasi masih segar dan hidup tetapi atas alasan itu janganlah kiranya masa depan anak bangsa dan tanahair ini diperjudikan sedemikian rupa. Biarlah cukup di sini sahaja, untuk di lain kali dan dilokasi lain, biarlah kita lebih rasional dan matang menentukan pilihan, masa depan di tangan kita, dengan sekali pangkah boleh mengubah keaadan dan kerajaan. Renungilah nasib malang saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Selatan Thailand dan di Selatan Filipina. Apa maknanya kehidupan dan ghairah berpolitik, jika masa depan, anak bangsa, maruah dan harga diri tergadai.

Kata Orang tua-tua........`dengar guruh di langit, air di tempayan jangan curahkan'...............

Selamat tinggal Ganu Kite.......... Pak Pelandok doakan bumi bertuah ini terus cemerlang dan berjaya...........

7 comments:

faridah said...

Semangat ya ,dont forget to visit MY zrooglepic

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pak pelanduk

adek angkat dan mak terangkat serta bapa mengangkat tak der ker di kt tu?

pelanduk dah kerja kuat dan pintar. tapi harun kita dah jadi hero pulak...patut bagi org lain cakap malam tu. pelanduk terbukti bijak cakap pasal kerja saja.hal lain pelanduk buat2 tak minat...tapi mau kan? patut pasal 3p bagi org lain cakap.....budak kelantan atau pahang atau trg...bukan org kita...nanti apa depa ingat?

Pok Li said...

Kalau rindu datang lah lagi. Keropok lekor tetap panas, kain sutera tetap lembut, batiknya tetap wangi. Mydin Mall dan Giant tetap sibuk. Yang tersirat sudah tersurat. Jadikan ia sebagai teladan. Memang sukar menyelam hati budi orang Terengganu. :)

gondangmas said...

salam pak pelandok
pantai terengganu yang ditinggalkan putih melepak dah jadi hitam
sabar je la..

记汉先生 said...

walauapun,rakyat K.Terengganu telah memilih PAS sebagai wakil mereka di Parlimen. Keputusan pilihanraya kecil ini jelas orang Melayu semakin nampak perpecahannya, walaupun perbezaan pendapat itu baik tetapi kesannya perpecahan sesama Islam tetap berlaku sebabnya orang Melayu ada di PAS,UMNO & PKR.

cutokperol said...

salam pak pelandok,
jangan lah sayu sangat ttg prk p036 k.tganu lalu.dah adat pertandingan,ada kalah dan ada yg menang.
janji pak pelandok dah tunai tanggungjawab dan amanah yg digalas.ok dah tu.
syabas pak pelandok gigih dan bersemangat..teruskan perjuangan ni ke persiangan lak...ok

googler said...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
jordan shoes

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails