PRESIDEN PAS AMAL DIKTATORISME
Calon PAS, Wahid Endut bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini telah diumumkan semalam di stadium negeri. Beliau merupakan wakil rakyat DUN Wakaf Mempelam selama lima penggal dan memegang jawatan sebagai YDP Pas Kuala Terengganu.
Pemilihan calon ini begitu memeranjatkan semua pihak termasuk di kalangan pimpinan dan penyokong PAS sendiri, kerana sebelum ini Wahid tidak termasuk langsung dalam senarai awal calon. Calon favorite Dr. Azman dan penyokongnya yang terdiri dari golongan muda mula melahirkan rasa kecewa dan ketidak puasan hati terhadap keputusan Presiden yang dikatakan bersikap diktator tanpa mengambil kira pandangan dan kehendak suara majoriti.
Tindakan dan keputusan Presiden ini dilihat telah membelakangkan suara-suara utama dalam PAS serta memperlihatkan sikap sebenar Presiden PAS yang begitu angkuh dengan memutuskan siapa calon yang akan diletakan mengikut kehendaknya sendiri dengan tidak langsung mahu menerima kehendak dan pandangan pihak lain terutama golongan muda dalam PAS.
Calon PAS ini Wahid Endut sememangnya kurang diterima dan tidak disenangi oleh penyokong PAS dan pengundi di DUN Batu Buruk dan Ladang kerana beberapa insiden dan masalah yang melibatkan calon ini secara peribadi dengan masyarakat di kedua-dua DUN berkenaan. Malah sokongan pengundi terhadap calon ini di DUN Wakaf Mempelam yang diwakilinya sejak lima penggal lalu yang didakwa sebagai kubu kuat PAS selama ini pun mulai menunjukan penurunan dan kemerosotan. Trend ini jelas menampakan bahawa pengundi di DUN yang diwakilinya sendiri pun sudah muak, jemu dan bosan dengan sikap dan kerenahnya yang hanya pandai menabur janji dan bermain kata-kata tanpa sebarang usaha atau penyelesaian untuk membantu dan mengatasi masalah pengundi yang jelas sekali ketinggalan dari segi prasarana dan kemudahan jika dibandingkan dengan pengundi di kawasan lain.
Ramai penyokong PAS yang ditemui semalam menyatakan dengan nada kesal yang mendalam terhadap keputusan Presiden yang di sifatkan sebagai diktator dan tidak mengamalkan syura seperti yang sering didakwanya selama ini. Mereka melahirkan kebimbangan tentang kemampuan calon PAS ini yang dikatakan tidak setara dengan kepimpinan dan ketokohan calon BN Dato' Wan Ahmad Farid yang begitu di senangi pengundi, mesra, peramah, senang di dekati dan sentiasa merendah diri dan bersedia membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum atau parti.
Penyokong PAS berkenaan juga menyatakan, dengan keputusan pemilihan calon ini seolah-olah PAS telah tewas dan graf sokongan terhadap PAS merosot dengan begitu mendadak. Pemilihan Wahid Endut ini juga menunjukan PAS berada dalam kekeliruan untuk mengimbangi ketokohan calon BN dan jelas sekali PAS telah ketandusan calon sehinggakan wakil rakyat yang telah begitu lama menjadi wakil rakyat pun masih mahu merebut kawasan parlimen pula. Sepatutnya berilah peluang kepada muka baru yang lebih berkarisma seperti Dr. Wan Azman yang dilihat mampu menandingi calon BN.
Pak Pelandok pong terperanjat dan tak menyangka sama sekali dengan pengumuman semalan, malah Pak Pelandok turut bersimpati dan berasa sedih bersama penyokong dan ahli PAS yang rata-ratanya begitu kecewa dan hampa dengan sikap dan keputusan Priseden yang jelas sekali mengamalkan budaya diktatorisme dan membelakangkan syura, walau pong selama ini Presiden Parti dan PAS sering mendakwa merekalah pejuang yang mengamalkan syura, muzakarah, istisyarah dan menepati lunas agama.
Hidup Ganu Kite............ Kesian PAS.... awal-awal lagi dah kalah..........
1 comment:
Aimingzi berharap kemenangan yang cemerlang berpihak kepada BN. Jangan gentar.......
Post a Comment