Tuesday 21 July 2009

NIZAR KEBANGGAAN PAS
















HERO PAS BERDOA DENGAN LILIN

Sidang media Pakatan Rakyat telah menganjurkan Majlis Memperingati Kematian Setiusaha ADUN DAP Selangor yang terbunuh diri di Wisma Masalam..............

Amalan orang Cina yang beragama Buddha........memegang lilin dan colok sambil berdoa dan membaca mentera Buddha kini sudah mula diamalkan dan diikuti oleh orang Melayu beragama Islam.

Tapi bukan semua orang Melayu yang begitu liberal kononnya berbuat begitu.........sebaliknya hanya si Nizar seorang ni sahaja yang begitu taksub dengan Cina..........budaya dan agamanya yang berbuat begitu.

Kusyuk sungguh Nizar berdoa dan bertafakur...............maklumlah ingin menunjukan kesedihan dan simpati yang melimpah ruah...........terutama kepada rakan-rakan DAP yang menjadi idola, mahaguru dan sahabat setianya selama ini.

Maka hukum agama di tolak ketepi...........sentimen dan perasaan orang Islam tidak dipedulikan lagi...........lalu Nizar pun tampil penuh emosi menyertai ritual agama orang lain.

Maka akan ada para pembela yang mengamalkan dotrin baru.........akan mengatakan ianya di bolehkan dan tidak mengapa.........tidak salah dari hukum agama dan berbagai andaian dan alasan yang berlandaskan akal fikiran dan lojik akal akan dikemukakan..............bagi mempertahankan Nizar ini.

Apakah peraturan agama boleh diubah-ubah dan dipinda-pinda mengikut selera dan kehendak masing-masing............jika dibolehkan...........maka huru-haralah agama dan ummah ini. Sedangkan larangan agama begitu jelas...........melarang sama sekali kita menyertai atau meniru amalan agama lain walau apa sekalipun alasannya.

Jika dahulu UMNO dituduh sesat dengan `Islam Hadhari'.........walaupun sebenarnya hanya sebuah tafsiran semula kepada makna `Ketamadunan dan Kecemerlangan'. Namun UMNO di serang bertubi-tubi di segenap peringkat dan arena. Walhal UMNO sebenarnya tidak pernah menjatuhkan agama seburuk dan seteruk seperti yang di lakukan oleh Nizar dan pemimpin PAS yang lain.

UMNO tidak pernah menabur fitnah.........tidak pernah mencerca dan membongkar aib dan rahsia orang lain...........sebaliknya PAS lah yang sering menabur fitnah........memaki hamun.........mencerca.........menganas..........dan meruntuhkan ketamadunan dan kecemerlangan agama........bangsa dan tanah air.

Pak Pelandok sungguh sedih dan berhati walang dengan gelagat dan situasi ini...........apakah demi politik agama boleh dipersendakan..........hukum agama boleh dipermainkan dan diubah-ubah...........insaf dan sedarlah walau apapun alasannya...........agama dan hukumnya tetap kekal dan terpelihara.

Bukalah mata duhai orang-orang Islam terutama juak-juak PAS sekelian.........inikah yang kita mahukan........pemimpin beginikah yang mahu dipertahankan...........orang beginikah yang diharapkan untuk membela agama dan bangsa...........Maka tepatlah ketentuan Tuhan selama ini..........dengan menurunkan dan mengambil kembali kuasa yang diberi kepada si Nizar ini............agar keadaan tidak menjadi lebih keliru dan hancur.

Pak Pelandok turut mengucapkan takziah di atas kejadian sedih yang menimpa mendiang Teoh dan keluarganya.


Thursday 16 July 2009

KEDAH DI SERANG WABAK GILA BABI








GILA BABI MENYERANG KEDAH

Kisah dan cerita babi memang panas di Kedah.......dulu Kerajaan PAS Kedah nak buka ladang besar di Bukit Selambau........rakyat protes dan senyap begitu sahaja.

Tiba-tiba rakyat di Alor Setar protes tentang keujudan pusat penyembelihan babi di situ.......maka Kerajaan PAS melalui MBAS pun bertindaklah merobohkan pusat penyembelihan itu.........lalu pengusaha dipusat berkenaan pula yang protes dan tunjuk perasaan.......apalagi DAP pun masuk jarum dan acah-acah serta gertak keluar pakatan rakyat........lalu Kerajaan PAS menjadi kecut dan kelam kabut.........

Bagi mengambil hati puak-puak ini........maka dicadangkan pusat sembelih dan membela babi ini di laksanakan di Pendang........maka majoriti penduduk sekitar iaitu orang Siam dan Melayu pula yang protes ......lalu projek itu tergendala sebentar.

Tut-tut......tanpa ribut tanpa taufan......Kerajaan PAS memutuskan untuk mengalih projek ini ke Sungai Tok Pawang di Bedong dekat Sungai Petani. Maka penduduk di situ yang majoriti orang India dan Melayu mula gelisah dan serba salah.......lalu turut juga memprotes keputusan pelik bin ajaib Kerajaan PAS ini.

Maka.....Pak Pelandok turut sama bersimpati dengan majoriti penduduk di situ yang bukannya kaum Cina yang banyak terlibat dalam urusan babi ini........hairan sungguh kenapa Kerajaan PAS dan MB membuat keputusan begitu.......apakah untuk mengambil hati DAP yang hanya ada satu kerusi sahaja di DUN Kedah.......atau pun kerana takut dan gentar dengan gertak dan ugutan DAP.......ataupun kerana terasa sakit yang amat sangat apabila hidung yang sudah lama di cucuk DAP itu di tarik dan di sentap.

Hairan Pak Pelandok bertambah lagi.......kerana semua kawasan yang dicadangkan itu termasuk yang muktahir di Sg. Tok Pawang........bukanlah kawasan penempatan orang Cina........sebaliknya adalah kawasan penempatan orang Melayu dan India.......kenapakah kawasan itu yang hendak di jadikan tempat proses dan ternak babi ini.........kenapa tidak di cari kawasan penempatan orang Cina......kerana mereka yang hendak mengusahakannya........banyak kawasan lain lebih sesuai seperti di Pekan Lama Sg. Petani.......Bakar Arang.......atau di Pekan Padang Serai yang memang sesuai kerana dikelilingi dan dipenuhi dengan orang Cina.

Atau yang paling sesuai sekali.....bawa lah kekawasan MB sendiri di Sg. Limau.......kawasan bendang yang masih luas sesuai sangat nak buat projek ini bagi menjaga hati orang-orang Cina dan DAP........itu baru patut dan kena...........

Rupanya kepintaran politik PAS di Kedah hanya berlegar mengenai babi sahaja.......bukalah mata dan fikiran......banyak lagi projek dan cara untuk menjana ekonomi negeri.......jangan nampak babi sahaja.........

Sekarang ini.....dahlah penyakit selsema babi menjadi wabak di dunia termasuk Malaysia ........janganlah di tambah dan di banyakan lagi tapak dan sumber penularan wabak merbahaya ini........yang peliknya negeri Kedah yang kononnya di perintah oleh Kerajaan Islam PAS pun begitu seronok dan asyik mahsyur dengan perniagaan dan hal ehwal babi ini........Islam pebenda macam tu........

Gila mengenai babi ni.......bukan sekadar Kerajaan PAS Kedah sahaja.......malah melalut kepada ustaz-ustaz PAS yang berkuliah dan berceramah saban malam di masjid dan surau seluruh Kedah.......hari-hari semasa berceramah........pada mulanya nampak baik dan betul punya.......lepas lima minit mulalah ustaz ni seleweng.......isu babi akan menjadi cerita dan bahan ceramah utama selain tak habis-habis dengan isu politik menghentam Kerajaan Pusat.

Lupakah ustaz-ustaz taliban ini........ lokasi ceramah dan kuliah mereka tu dalam masjid yang mulia.......tempat suci dan khusus untuk beribadat.......bermunajat dan mencambah ilmu agama yang bermanafaat..........kalau nak berpolitik pun janganlah dalam masjid dan biarlah di luar atau tempat dan masa yang lain.....yang masih banyak dan terbuka........

Nampak sangat ustaz-ustaz sengkek ini tak ada modal dan gila babi macam idola dan Kerajaan mereka juga........kesihan Pak Pelandok kepada para jemaah yang tak punya pilihan dan tak boleh bersuara di majlis ilmu dalam masjid itu.......mereka nak kemasjid untuk beribadah dan mencari ilmu.......bukannya nak dengan ceramah dan celoteh politik dari ustaz bengkrap dan tak sedar diri ini..........

Hinggakan para jemaah terutama yang baru cuba nak berjinak-jinak ke masjid terutama golongan muda ...... menjadi keliru...bosan dan muak dengan suasana dan gelagat ustaz yang tak sedar di untung ini.........lalu para jemaah ini pun turut sama sasau dan menjadi gila babi macam puak-puak ustaz misai kontot dan Kerajaan PAS Kedah ini.

Haru...haru.....kacau-bilau jadinya.......inikah bentuk Kerajaan Islam PAS atau cara memerintah mereka.......sudahlah sampah sarap bertimbun-timbun.....lalat semakin banyak........kemiskinan tak terbela......musibah dan malang yang menimpa rakyat tidak dipedulikan.......pemimpin mereka rakus membolot harta dan mengisi tembolok......Islamkah begitu.......betulkah caranya ini.......

Kata Dulang Paku Serpih
Kata Orang Dia Yang Lebih.....

Kokok Berderai-derai
Tahi Sendiri Lekat di Gelegar.......

Dek kerana Babi.....semuanya jadi Gila Babi........

Wednesday 15 July 2009

NIK AZIZ TETAP KALAH DI MANIK URAI



















PAS MENANG TAPI NIK AZIZ KALAH


Keputusan PRK Manik Urai telah diketahui.........PAS menang dengan hanya majoriti 65 undi........jauh merudum dari majoriti 2008 iaitu 1352 undi.

Jelas sekali pengaruh dan kewibawaan Nik Aziz telah tercalar teruk dan menampakan petanda semakin merosot dan mula di tolak pengundi...........

Biarpun PAS akan berkata.........walaupun majoriti hanya satu undi...........mereka tetap menang...........namun hakikatnya PAS bukan lagi sehebat dan segagah dahulu..............walaupun dilubuk dan medan sendiri yang begitu kebal sebelum ini.

Ternyata rakyat dan pengundi terutama di Kelantan.............sudah berani membuat pilihan...........berani mempuat keputusan............berani untuk bersuara demi kepentingan masa depan............kampung halaman dan generasi mereka sendiri.

Walaupun PAS dan Nik Aziz selepas ini akan terus berlagak sombong dan bermegah...........namun hakikatnya Kepimpinan mereka sudah tergugat dan keyakinan rakyat khususnya di Kelantan mulai cair dan berubah.

Eloklah Nik Aziz bermunajat dan bermuhasabah.............buanglah sifat buruk............bongkak..........sombong..........dan tinggi diri. Belajarlah menghormati pandangan dan pendapat orang lain.........janganlah suka membebel............memfitnah dan mentohmah orang lain secara melulu.

Fikirkanlah erti perjuangan sebenar..........untuk agama........bangsa dan tanahair. Janganlah menjadi pak turut dan dicucuk hidung oleh orang lain........... janganlah riak dan bersekongkol dengan puak yang secara halus mahu melemah dan memecahkan perpaduan dan kekuatan bangsa dan agama.

Kesihan pada pengundi Manik Urai..........walaupun hampir 50% menyokong BN..........namun ada pengundi hantu PAS yang menyebabkan BN kalah 65 undi. Maka kempunanlah untuk merasa dan menikmati pembangunan kemudahan, ekonomi dan sosial seperti yang dijanjikan BN. Meloponglah pengundi Manik Urai untuk melihat Pusat Agro terbesar di Manik Urai........kerana jika BN menang projek ini sudah pasti menjanjikan peluang pekerjaan..........perniagaan dan meningkatkan ekonomi rakyat di Manik Urai dan Kelantan amnya.

Maka akan berlarutanlah tahap kehidupan mereka...........kais pagi makan pagi......kais petang makan petang...........rumah tetap usang dan atap berlubang...........kemudahan air dan letrik akan seperti dahulu...........jalan akan tetap berlopak...pecah dan rosak seperti sediakala.

Maka pergilah meminta kepada Nik Aziz segala keperluan dan kekurangan itu.............kehidupan perlu berterusan............jangan mereka sahaja yang kaya.........senang dan selesa. Rakyat di biarkan sengsara dan menderita...........cukupkah sekadar momokan agama sahaja...........walhal agama sendiri menuntut kemajuan dan kejayaan ummahnya.

Maka biarkah..........si Luncai terjun dengan labunya...........biarkan...........biarkan
Tapi ingatlah kita adalah seagama dan sebangsa..................

Monday 6 July 2009

PAS KALAH DI MANIK URAI KERANA NIK AZIZ









NIK AZIZ PENYEBAB KEKALAHAN PAS DI MANIK URAI

Ribut di Manik Urai mula bertukar menjadi gelora dan kian mengganas.

Rata-rata pengundi yang Pak Pelandok temui di Manik Urai melahirkan optimis...........bahawa kali ini PAS akan kecundang di Manik Urai..........tiada lagi keangkuhan dan kesombongan Pakatan Rakyat akan bergentayangan seperti PRK yang telah berlalu.

Para Pengundi sudah muak dan jemu.....malah terlalu bosan dan menyampah dengan segala retorik...........kepalsuan dan permaianan politik yang keterlaluan.

Ketaksuban kepada Tok Guru juga semakin terhakis........ekoran tertonjolnya indentiti dan wajah sebenar Tok Guru ini..........yang amat sangat mempergunakan agama dan watak ulamanya untuk berselindung dengan segala macam kelemahan dan kegagalan selama ini.

Tuduhan palsu dan paling jelik Nik Azizi terhadap UMNO.........yang melebelkan UMNO seperti Chin Peng.........Ayah Pin begitu melukakan hati dan amat menguris perasaan pengundi..............kerana walalupun berbeza pendirian..........namun jasa UMNO memerdekakan negara.................memakmurkan rakyat................membangunkan negara amat jelas dan rrakyat amat terhutang budi kepada UMNO....setiap kali kita menghirup nikmat kemerdekaan dan menyuap rezeki pembangunan .........kestabilan dan kebahagian yang di bina sejak sekian lama ini.

Nik Aziz yang menolak Gagasan Kerajaan Perpaduan dengan alasan mentah dan dangkal......malah sanggup menikam dan menempelak rakan sendiri.............menampakan sikap diktator dan langsung tidak berciri Islam sama sekali. Tiada langsung sikap toleransi..........muzakarah dan tawazuk serta keterbukaan...........malah sikap sebegini amat merbahaya kepada ketamadunan dan kelangsungan agama dan bangsa.

Yang lebih parah..........rintihan pengundi dan rakyat Manik Urai sendiri.........mereka tidak sanggup dan tidak terdaya lagi untuk hidup dalam segala macam kesusahan dan kepayahan.......sudah puas rintihan......rayuan dan permohonan kepada Kerajaan Negeri supaya nasib dan kehidupan serta keperluan mereka di lihat..........dibantu dan diberi perhatian.........maka selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan itulah...........kedaifan dan kesusahan mereka tidak dibela.........terbiar dan seperti tidak dipedulikan langsung.............

Maka bertanya lah mereka..........apakah Islam menerusi Kerajaan PAS dan Nik Aziz mahukan begitu..........biar rakyat miskin....fakir.........terbiar.........sengsara dan tersisih.............tiada langsung harapan untuk sama-sama selesa dan lega menghirup nikamat pembangunan dan kemerdekaan seperti rakyat di kawasan dan negeri lain. Cukupkah hidup ini hanya di sogokkan dengan momokan agama yang sebenarnya bukan begitu...........Islam menuntuk kebahagian dunia dan akhirat.........kejayaan...........kesejahteraan dan kemakmuran yang melimbah kepada rakyat yang saban hari merintih dan menangis mengenang nasib yang dipermainkan pemerintah negeri.

Lalu calon PAS yang memborong ikan selama dipersoalkan pengundi...............layak dan sesuaikah pemimpin tempatan ini membawa dan memperjuangan kehendak dan nasib pengundi Manik Urai...........untuk menjadi pemimpin dan pejuang bukan sahaja boleh berlagak seperti pembela tetapi ilmu pengetahuan..........nilai kepimpinan dan tanggungjawab juga perlu diletakan di puncak dan seiring bukan dengan laungan kosong untuk membela rakyat semata-mata.

Apatah lagi calon PAS ini adalah kehendak Nik Aziz seorang diri.......tanpa mengambil kira pandangan dan kehendak seluruh jawatankuasa dan syura PAS yang mahukan calon lain yang dilihat lebih sesuai dan layak.

Maka Pak Pelandok dapat rasakan.........setelah puas menerokai setiap pelosok Manik Urai.........suara pengundi jelas sekali.....baik di pihak BN mahupun di sebelah PAS........ kali ini mereka akan membuat kejutan........mereka mahukan perubahan..........mereka hendakkan pembelaan dan pembangunan......politik retorik dan janji palsu PAS akan di tolak..........Nik Aziz akan diberikan kenangan sebagai peringatan...........bahawa lebel ulama belum cukup untuk menyuapkan nasi kemulut dan tidak mampu untuk menyara keluarga dan kehidupan ini.

Syabas pengundi Manik Urai..........peluang keemasan ini akan mencatit sejarah gemilang dibumi Puteri Saadon yang bertuah ini.........

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails