Monday 6 July 2009

PAS KALAH DI MANIK URAI KERANA NIK AZIZ









NIK AZIZ PENYEBAB KEKALAHAN PAS DI MANIK URAI

Ribut di Manik Urai mula bertukar menjadi gelora dan kian mengganas.

Rata-rata pengundi yang Pak Pelandok temui di Manik Urai melahirkan optimis...........bahawa kali ini PAS akan kecundang di Manik Urai..........tiada lagi keangkuhan dan kesombongan Pakatan Rakyat akan bergentayangan seperti PRK yang telah berlalu.

Para Pengundi sudah muak dan jemu.....malah terlalu bosan dan menyampah dengan segala retorik...........kepalsuan dan permaianan politik yang keterlaluan.

Ketaksuban kepada Tok Guru juga semakin terhakis........ekoran tertonjolnya indentiti dan wajah sebenar Tok Guru ini..........yang amat sangat mempergunakan agama dan watak ulamanya untuk berselindung dengan segala macam kelemahan dan kegagalan selama ini.

Tuduhan palsu dan paling jelik Nik Azizi terhadap UMNO.........yang melebelkan UMNO seperti Chin Peng.........Ayah Pin begitu melukakan hati dan amat menguris perasaan pengundi..............kerana walalupun berbeza pendirian..........namun jasa UMNO memerdekakan negara.................memakmurkan rakyat................membangunkan negara amat jelas dan rrakyat amat terhutang budi kepada UMNO....setiap kali kita menghirup nikmat kemerdekaan dan menyuap rezeki pembangunan .........kestabilan dan kebahagian yang di bina sejak sekian lama ini.

Nik Aziz yang menolak Gagasan Kerajaan Perpaduan dengan alasan mentah dan dangkal......malah sanggup menikam dan menempelak rakan sendiri.............menampakan sikap diktator dan langsung tidak berciri Islam sama sekali. Tiada langsung sikap toleransi..........muzakarah dan tawazuk serta keterbukaan...........malah sikap sebegini amat merbahaya kepada ketamadunan dan kelangsungan agama dan bangsa.

Yang lebih parah..........rintihan pengundi dan rakyat Manik Urai sendiri.........mereka tidak sanggup dan tidak terdaya lagi untuk hidup dalam segala macam kesusahan dan kepayahan.......sudah puas rintihan......rayuan dan permohonan kepada Kerajaan Negeri supaya nasib dan kehidupan serta keperluan mereka di lihat..........dibantu dan diberi perhatian.........maka selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan itulah...........kedaifan dan kesusahan mereka tidak dibela.........terbiar dan seperti tidak dipedulikan langsung.............

Maka bertanya lah mereka..........apakah Islam menerusi Kerajaan PAS dan Nik Aziz mahukan begitu..........biar rakyat miskin....fakir.........terbiar.........sengsara dan tersisih.............tiada langsung harapan untuk sama-sama selesa dan lega menghirup nikamat pembangunan dan kemerdekaan seperti rakyat di kawasan dan negeri lain. Cukupkah hidup ini hanya di sogokkan dengan momokan agama yang sebenarnya bukan begitu...........Islam menuntuk kebahagian dunia dan akhirat.........kejayaan...........kesejahteraan dan kemakmuran yang melimbah kepada rakyat yang saban hari merintih dan menangis mengenang nasib yang dipermainkan pemerintah negeri.

Lalu calon PAS yang memborong ikan selama dipersoalkan pengundi...............layak dan sesuaikah pemimpin tempatan ini membawa dan memperjuangan kehendak dan nasib pengundi Manik Urai...........untuk menjadi pemimpin dan pejuang bukan sahaja boleh berlagak seperti pembela tetapi ilmu pengetahuan..........nilai kepimpinan dan tanggungjawab juga perlu diletakan di puncak dan seiring bukan dengan laungan kosong untuk membela rakyat semata-mata.

Apatah lagi calon PAS ini adalah kehendak Nik Aziz seorang diri.......tanpa mengambil kira pandangan dan kehendak seluruh jawatankuasa dan syura PAS yang mahukan calon lain yang dilihat lebih sesuai dan layak.

Maka Pak Pelandok dapat rasakan.........setelah puas menerokai setiap pelosok Manik Urai.........suara pengundi jelas sekali.....baik di pihak BN mahupun di sebelah PAS........ kali ini mereka akan membuat kejutan........mereka mahukan perubahan..........mereka hendakkan pembelaan dan pembangunan......politik retorik dan janji palsu PAS akan di tolak..........Nik Aziz akan diberikan kenangan sebagai peringatan...........bahawa lebel ulama belum cukup untuk menyuapkan nasi kemulut dan tidak mampu untuk menyara keluarga dan kehidupan ini.

Syabas pengundi Manik Urai..........peluang keemasan ini akan mencatit sejarah gemilang dibumi Puteri Saadon yang bertuah ini.........

1 comment:

Harapan said...

Salam Pak Pelandok,

Saya datang ziarah ,saya tertarik penulisan tuan.

http://kuberharap.blogspot.com

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails