Thursday, 16 April 2009

UJIAN PERTAMA NAJIB



BERI BETIS HENDAK PAHA

Baru beberapa hari yang lalu iaitu pada 9 April……….. Datuk Najib mengumumkan barisan Kabinet barunya dengan tema menarik `Satu Malaysia, Rakyat di Dahulukan………..Pencapaian di Utamakan’……………maka banyaklah pihak terutama dari para pemimpin BN sendiri yang mengalu-alukan barisan kepimpinan baru Negara itu……………penerimaan mereka itu di zahirkan dengan pelbagai kenyataan menarik…………..memberangsangkan…………..positif dan di sifatkan wajar dan bertepatan sekali.

Namun beberapa hari sahaja selepas itu………….timbullah suara-suara dan nada sumbang yang mula menunjukkan belang dan topeng sebenar parti dan individu tertentu dengan pelbagai reaksi sinis……….menyangah…………menempelak………….menuntut………….dan sebenarnya mempertikaikan apa yang di putuskan oleh PM keenam itu demi kepentingan rakyat dan negara.

Antara suara sumbang dan tuntutan halus berdiplomasi yang kedengaran ialah :

1. Kepimpinan MIC mengugut untuk menarik keluar pemimpin mereka yang dilantik ke Kabinet kerana tidak berpuas hati dengan jumlah dan kedudukan Kementerian kanan yang tidak diberikan kepada mereka.

2. Menteri MCA mahukan agensi tertentu yang Kementeriannya di mansuhkan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian yang mereka ketuai.

3. Melaka dan Perlis mempersoalkan ketiadaan seorangpun Menteri atau Timbalan Menteri yang dilantik itu dari negeri berkenaan.

4. Ngo’s tertentu mula mempertikaikan agensi dan Kementerian yang di mansuhkan itu akan mengakibatkan masalah kepada golongan tertentu.

5. Pembangkang menyatakan bahawa ini bukan Kabinet Rakyat dan konsep Satu Malaysia dikaburkan dengan huraian sinis yang mengelirukan.

Pak Pelandok menjadi hairan dan pelik dengan sikap golongan dan individu berkenaan. Tidakkah sepatutnya kepentingan rakyat dan Negara yang di utamakan…………atau kestabilan dan kemakmuran rakyat dan negara yang di dahulukan………….kerana itulah ikrar dan ikatan persefahaman yang di menterai mereka terutama di dalam BN ketika ini. Apatah lagi dalam suasana kemelut dan gerimis politik yang melanda Negara dan BN ketika ini.

Sewajarnya keutamaan nasional lebih diutamakan daripada kepentingan peribadi untuk parti dan kaum atau wilayah tertentu. Sebarang nada atau tindakan yang menampakan kerenggangan atau percanggahan perlulah di lenyapkan………….. sebaliknya penyatuan dan persefahaman yang benar-benar ikhlas dan jujur serta utuh perlu di tampilkan dengan tindakan yang jelas dan benar. Sewajarnya semua bersatu...berpadu tenaga..........dalam usaha membina dan memartabatkan bangsa dan negara.....kerana itu yang lebih utama.

Tidakkah pemimpin………….parti atau individu berkenaan menyedari dan menghayati kesungguhan PM untuk memulihkan gerhana yang melanda BN dan Negara selama ini………. Malah manifestasi tindakan rakyat dan pembangkang yang menolak BN selama ini……….tidakkah memberikan sedikit keinsafan dan kesedaran kepada mereka. Apakah mereka ini masih di buai mimpi dan khayalan serta masih bersandiwara dengan nilai hipokrit serta bermuka-muka yang membaluti mereka selama ini.

Rakyat tidak mahu mendengar atau melihat semua pekara seperti itu lagi…………..rakyat mahukan kesungguhan…………keikhlasan dan kerja keras demi kepentingan rakyat dan Negara. Negara tidak sesuai lagi dengan segala kemelut ………….demontrasi………..reformasi dan segala macam kekalutan politik. Rakyat mahukan keutamaan mereka benar-benar di dahului. Rakyat benar-benar mahukan pencapaian………keberhasilan dan suasana serta kehidupan yang selesa………harmoni dan bahagia.

Rakyat juga sebenarnya mahukan keamanan dan perpaduan benar-benar dijelmakan seperti yang di pupuk sekian lama sehingga Negara menikmati keamanan dan kestabilan dan kita semua berbangga dengan pencapaian dan kedudukan Negara di mata dunia.

Rakyat juga sebenarnya tidak mahukan suasana tegang……….krisis atau kekeliruan yang berpanjangan seperti sekarang ini……………rakyat yang rasional begitu menghargai dan mementingkan kedamaian dan kebahagian kerana itu yang menjadi hasrat kita selama ini……….dan itulah juga yang mahu di warisi kepada generasi akan datang…………..biar sampai bila-bila pun jua…………….

Pak Pelandok berharap sangat………..pemimpin dan ahli-ahli politik di Negara ini samada dari yang memerintah ataupun yang membangkang………….janganlah terlalu emosional dan mengikut perasaan atau sentimen………….rakyat dan Negara lebih utama untuk di warisi dengan kestabilan………..kemakmuran dan kedamaian daripada kemelut dan sengketa politik yang sempit serta memualkan itu.

Janganlah asyik nak jadi `Hero’ semata-mata…………jangan juga asyik menangguk di air keruh…………..jangan juga menjadi bak pepatah ` Diberi betis hendakkan paha pula’.

Kemelut politik UMNO di Terengganu juga menjengkelkan…………apakah sebenarnya yang nak di rebutkan itu……….apakah pengalaman lalu belum memberikan pengajaran dan teladan kepada mereka. Inikah yang mahu di maklumkan kepada rakyat sebagai tanda perjuangan dan tanggungjawab mereka…………..Maka samalah juga antara BN di Terengganu dengan apa yang di lakukan oleh Pakatan Rakyat di Perak. Maka jangan pula UMNO atau BN juga menjadi sama seperti tindakan pembangkang yang tidak menyenangkan dan hanya pandai menyalahkan kerajaan semata-mata selama ini.

Apakah kita benar-benar mahukan nasib seperti Pak Kaduk…………benar-benar berlaku atau kita lebih rela dan mahukan rakyat dan negara bertuah ini menjadi mangsa seperti apa yang di derita sekarang ini diPalestin………..Afghanistan…………..Iraq………….Pakistan…………..Somalia……………Sudan…………..Ethopia……….Thailand…………berbagai negara lagi menimpa kita…………..RENUNGI saudaraku sekelian……………..

Pak Pelandok terasa malu pula nak mengisahkan darihal telatah dan gelagat pemimpin dan politik Negara ini kepada anak cucu………………..kerana mereka selalu bertanyakan mengenai Patriotisme…………Jati Diri………..dan Sejarah Negara Bangsa…………yang cuba Pak Pelandok tanam dan suburkan dijiwa sanubari mereka selama ini…………….

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails