Thursday 30 April 2009

KERAJAAN PERPADUAN : GIMMIK PAS




AGENDA DESPERADO PAS

Polimik Kerajaan Perpaduan yang di mulakan oleh Hj Hadi dengan kemungkinan Kerjasama antara UMNO – PAS telah melibatkan bahang panas di dalam PAS itu sendiri.

Kenyataan pantas Nik Aziz yang menifatkan usul itu sebagai `jauh api dari semanggang’ dan meletakan syarat mustahil kerana Nik Aziz tahu UMNO atau BN tidak akan sudi menerima syaratnya itu. Maka itu sebenarnya telah menjelaskan bahawa awal-awal lagi Nik Aziz tidak bersetuju dengan cadangan Hj Hadi dan sememangnya tidak ada sedikitpun niat untuk mengadakan kerjasama atau hubungan dengan UMNO.

Apabila keadaan agak reda….lalu anaknya Nik Abduh memanaskan semula suasana dengan menyatakan ` ada puak yang bodoh dalam PAS dan penasihat Nik Aziz yang memberi gambaran salah kepada Nik Aziz demi memastikan kedudukan mereka dalam PAS tidak terjejas.

Semua ini adalah semata-mata kerana pertandingan pada muktamar PAS nanti……..ianya akan sepi semula seperti usul-usul sebelum ini. Ini semua adalah hanya sandiwara politik ala PAS...........gimik dan agenda muktamar semata-mata.

Pak Pelandok melihat semua ini adalah semata-mata merupakan `gimmic dan agenda setting’ para pemimpin PAS untuk menonjolkan semula wajah dan gaya mereka kepada perwakilan sempena Muktamar yang akan diadakan pada Jun nanti. Dengan mengemukakan isu baru dan panas…..populariti mereka yang menurun akan timbul semula dan menjadi bahan percakapan serta sentiasa berada di mata dan hati para ahli.

Namun begitu.............Apa sekalipun nawaitu mereka mengemukakan alasan dari agenda ini.............Pak Pelandok suka melihatnya dari sudut yang lebih positif............ Jika benarlah niat dan tujuannya itu benar-benar ikhlas.....jujur dan murni demi ummah....agama dan bangsa..............maka sewajarnyalah pekara ini diberi perhatian serius dan diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi merialisasikannya........... Kerana inilah tuntutan agama jika kita benar-benar beriman............

Perbincangan.............pertemuan dan kaedah perlu di buat secara intensif dan tertutup...kerana jika dihebahkan seperti sekarang akan banyaklah anasir yang akan menggagalkan usaha mulia ini....kerana tidak mahu inplikasinya terhadap ummah dan bangsa akan membuahkan paradigma baru yang bakal mencatatkan sejarah hebat...........dan ini semua sudah pasti tidak di senangi atau dimahukan oleh golongan yang mahukan bangsa menjadi lemah...........bersengketa dan bercempera seperti sekarang ini.

Jika benar-benar ikhlas..............buangkan segala syarat dan kepentingan............. berlapang dadalah kita untuk bermusyawarah dan mencari titik pertemuan............kerana itulah lebih utama dan keperluan.................kepentingan peribadi dan politik sempit masing-masing perlu di ketepikan dahulu.....sebaliknya masa hadapan bangsa dan negara di jadikan matlamat yang lebih prioriti.

Sebenarnya Penyatuan Ummah adalah lebih utama di saat negara menghadapi kegetiran sekarang ini.............Lihatlah bagaimana daif...terpinggir dan ketinggalanya bangsa dari arus perdana ekoran kita terlalu beremosi dan taksub kepada wadah dan pegangan politik masing-masing............sebaliknya pihak lain mengambil peluang dengan memenuhi kehendak dan tuntutan mereka di dalam segenap aspek termasuklah hal politik..........ekonomi...........pendidikan...........sukan.........sosial dan pelbagai pekara lain yang merupakan matlamat perjuangan semua pihak selama ini.

Jangalah sejarah silam sejak 1977 itu di ungkit semula kerana yang berlalu biarlah menjadi sempadan dan teladan.............tidakkah usaha untuk penyatuan bangsa dan memperkasakanya satu perjuangan yang mulia dan terpuji.

Hidup yang sementara ini........bukankah baik sekiranya kita dapat menjayakan harapan dan tindakan yang lebih mulia dan bermakna dengan `Penyatuaan Ummah’ agar sengketa dan nasib malang seperti yang menimpa saudara kita di luar negara seperti di Palestin.......Afghanistan......Iraq........Sudan........Selatan Thailand dan Filipina tidak di deritai oleh anak-cucu dan generasi akan datang.

Orang tua-tua selalu berpesan: Bersatu teguh....Bercerai Roboh malah agama juga mengajarkan kita : Berpeganglah dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai.

1 comment:

Z-MAY said...

sekadar gimik untuk meraih kepentingan.... tiada keikhlasan pun...

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails