SPR telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil Penanti akan berlangsung pada 31 Mei 2009 manakala hari penamaan calon pada 23 Mei.
Terjawablah sudah segala teka teki dan penantian umum sejak beberapa mingu ini. Malah PKR dan pakatannya sudah tentu lega kerana keputusan SPR ini yang sememangnya dinanti mereka bagi menguji semula populariti dan menampilkan semula wajah politik mereka kepada massa.
Maka akan bermulalah gerakan dan kempen yang sudah pasti akan menjadi panas.....genting dan tegang di Penanti nanti......Rakyat Penanti akan menjadi tidak senang duduk walaupun suasana akan meriah dan gamat.......malah riuh rendah dan kesesakan yang merimaskan selain aktiviti dan kerja harian yang pasti terganggu dengan kegharahan berkempen terutama oleh PKR dan PAS yang sinonim dengan aggresif dan penuh provokasi itu.
Akan lebih padat dan sesak ialah masjid-masjid sekitar Penanti terutama Masjid Tanah Liat......Sungai Semambu dan yang paling hebat ialah di Kubang Semang yang sentiasa di penuhi penyokong dan jentera PAS dengan menjadikan masjid yang bersejarah itu sebagai tempat rehat....tempat lepak.....tempat melunggukkan bahan propaganda serta tempat tidor penyokong mereka yang datang dari jauh....Maka masjid itu akan menjadi kotor....di penuhi sampah sarap dan serba aneka bahan buangan manusia.
Maka Ibadah jemaah di masjid berkenaan juga akan terganggu dek kuliah-kuliah politik serta sembahyang hajat yang pasti di lakukan sentiasa terutama oleh PAS disitu.
Siapa pula yang akan bertanding......PKR sudah bercadang untuk meletakan Pengerusi Negeri Pulau Pinang, Zaharin Hashim atau Timbalannya Dr. Mansor Othman ataupun seorang lagi Peguam bernama Iskandar. Kak Aminah Abdullah, Bekas Ketua Wanita PKR Negeri sudah menyatakan akan nenjadi calon Bebas bagi menentang segala kemungkaran dan kepalsuan serta pembohongan PKR selama ini. Maka akan berentap lah mereka dengan Mat Sabu bakal Timbalan Presiden PAS nanti.
Bagaimana pula UMNO / BN.......tak kan nan tengok sahaja kot......cari lah siapa-siapa pun sebagai calon.......kan masih ramai yang berkalibar dalam UMNO permatang Pauh tu.......asal jangan Ketua bahagian sudahlah.....Dato' Firdaus pun boleh di beri peluang sekali lagi......
Yang malangnya nya ialah Fairus Khairuddin......walaupun telah didapati bersih oleh SPRM tetapi jawatan EXCO dan wakil Rakyat telah terlucut ekoran mainan kotor dan konpirasi PKR yang sememangnya tak bersedia bersekongkol dengan orang yang jujur dan ikhlas.
Maka kini biarlah rakyat yang tentukan siapa yang sewajarnya mewakili mereka di Penanti ini. Apakah pengajranan sejak Mac 2008dengan perjuangan kosong penuh retorik....sandiwara dan opera ini masih memikat hati ataupun perjuangan realiti demi 1 Malaysia yang telah berjasa selama ini mengangkat maruah dan harga diri agama......bangsa dan negara di kedudukan yang sewajarnya akan menjadi pilihan rakyat.......
Kita nantikan waktu itu......Pak Pelandok doakan semuanya berlangsung dengan aman dan semangat demokrasi yang tulin dan terpuji.
No comments:
Post a Comment