Wednesday, 22 April 2009

MUHYIDDIN YASSIN PENGERUSI UMNO KEDAH














SIAPA PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang pertama akan dipengerusikan oleh Presiden baru merangkap Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan di adakan jumaat ini.

Ramai yang menjangka bahawa mesyuarat itu adalah mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju baru parti itu, yang kini dianggotai oleh saf baru. Dan sudah tentu harapan ahli-ahli UMNO dan juga rakyat di negara yang dinaungi oleh parti itu mahu melihat satu perubahan yang baru berlaku dalam parti itu.

Juga diramalkan Presiden UMNO akan mengumumkan nama-nama Pengerusi UMNO Negeri yang baru. Paling hangat di persada senarai ialah Terengganu, diikuti Kelantan serta juga Perlis, Melaka, Kedah, dan Pulau Pinang.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang mempunyai cirri istimewa kerana ia di bawah pembangkang dan kebetulan Pulau Pinang ia dipegang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Cakap-cakap di Kedah menyatakan Pengerusi Perhubungan yang ada sekarang akan diganti dengan muka baru....Siapa tokoh berkenaan....itulah yang menjadi teka-teki dan ramalan panas.......yang mana jawapannya akan diketahui pada Jumaat nanti.

Namum beberapa nama berada dalam senarai `top five' Presiden parti.......kerana siapa sahaja yang dilantik nanti akan memikul tanggungjawab yang besar dan berat untuk menyusun semuala jentera dan saf UMNO di Kedah yang bercempera akibat tsunami Mac 2008 lalu.

Malah Pengerusi baru ini juga akan memikul tanggungjawab besar untuk menyusun dan menggerakan jentera `psywar' dan hulubalangnya untuk menyekat dan melemahkan pembangkang terutamanya PAS yang sedang leka dan selesa memerintah negeri.

Siapapun juga....adalah diharapkan UMNO khususnya di Kedah akan kembali ke pangkal perjuangan......menilai semula corak gerak gempur dan etika kepimpinan yang lebih ikhlas dan jujur serta membetulkan semula hala tuju semoga tetap di hati dan sanubari rakyat.

UMNO sudah membariskan kepimpinan segar dengan perubahan baru di peringkat tertinggi.......maka demikian juga perlu di lakukan di peringkat negeri......malah perlu di teruskan di peringkat Bahagian dan Cawangan. Kepimpinan di semua peringkat perlu benar-benar di amanahkan kepada mereka yang ikhlas....jujur....amanah.....mendahului rakyat........mengutamakan parti dan tidak mementingkan kroni serta diri sendiri.

Maka siapa yang akan mengepalai perjuangan dan survival UMNO Kedah nanti......kita sama-sama nantikan...........
Pak Pelandok teringat kata orang-orang tua : `Buruk Ikan di Kepala....Akan buruk badan dan ekornya'................Reput tunjang pokok...akan tumbang dan rebah lah ia'

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails