Monday, 27 April 2009

UJIAN PERTAMA DATO' ZAHID HAMIDI DI PENANTI













BONUS DI PENANTI


PRK Penanti tidak sama seperti Permatang Pauh.......Kuala Terengganu............Bukit Gantang atau di Bukit Selambau.

Kali ini Penanti akan menyaksikan barisan baru Kabinet UMNO akan menyerang dengan penuh susila dan bakal menyengat serta menggegarkan cuaca politik Malaysia.

Pulau Pinang yang di terajui Dato' Zahid Hamidi dengan dokongan semangat baru barisan MT UMNO akan bergerak penuh tertib.....berwibawa dan berstrategik bagi menghadapi PKR yang di buai pesona kemenangan lalu.

Kemampunan Dato Zahid akan teruji bagi menyatukan seluruh tenaga dan menggerakan jentera yang bakal menangkis dan mematahkan serangan PKR dan pakatannya nanti. Pendekatan mesra dan berhemah yang menampilkan imej persaudaraan seagama tulin pasti akan memikat hati dan perasaan pengundi di Penanti ini.

Namun begitu...Dato' Zahid dan UMNO serta BN perlulah bersedia awal kerana PKR seperti biasa akan menyerang secara aggresif malah akan membawa isu-isu dan soal peribadi. Pertembungan ini perlu di hadapi secara adil...........serangan balas perlu pantas......berterusan......bersepadu dan bijaksana.

Kelesuan jentera..........kecantikan laporan dan senarai tugas dan aktiviti jangan di jadikan pegangan konkrit kerana selama ini itulah masalah dan asas kegagalan BN. Berani bertindak segera..........berhati dan berfikiran besar kerana sememangnya UMNO itu hebat dan besar..........menghadapi PKR bukan apa-apa....tetapi perlulah serius dan tidak sambil lewa.

Kondisi rakyat yang sudah muak dan jemu dengan segala bentuk wayang hitam.........pemalsuan...........sandiwara...........pembohongan PKR selama ini perlu segera di papar secara jelas biar rakyat benar-benar menginsafinya.

Kehidupan yang nyata dan realiti bukan lagi boleh bertahan selamanya dengan hanya momokan dan retorik PKR yang sentiasa di gula-gulakan kepada rakyat. BN perlu memaparkannya ........biar rakyat yang menilai dan menghakiminya.

Hidup ini bukan semata-mata berdasarkan emosi...dendam atau kepentingan peribadi sahaja........malah ianya perlu bermaruah dan tidak menjadi pak turut atau seperti kerbau di cucuk hidung..........rakyat telah sedar............siapa yang di peralat selama ini.........siapa yang mengadu dumba.........siapa yang mengaut keuntungan............siapa yang memperjudikan nasib dan masa depan rakyat dan negara.............siapa yang pentingkan diri tanpa mengambil kira aspek kestabilan ekonomi dan politik negara.

Jika benar PKR itu memperjuangkan rakyat dengan slogan boombastiknya `Keadilan' maka sudah sepatutnya pilihanraya tidak dijadikan medan menguji sokongan dan populariti...........sebaliknya akan bersama Kerajaan terus membela rakyat dan mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi ini..............tetapi PKR terus-terusan menggunakan medan pilihanraya walaupun sebenarnya tidak perlu....dan memaksa Kerajaan mengeluarkan kos yang besar bagi melaksanakan tuntutan demokrasi yang sengaja di cipta PKR ini.

Arena Penanti memberi ruang dan peluang kepada BN melaksanakan bakti...........jika tewas ....ianya tidak membawa sebarang erti.......namun sekiranya menang ...ia adalah BONUS kepada Dato' Zahid...UMNO...BN dan PM.

BN perlu mulakan segala gerakan dengan semangat `1 Malaysia' demi kesejahteraan dan ketamaddunan bangsa Malaysia yang hebat.

Pak Pelandok melihat peluang itu cerah di Penanti kerana rakyat tidak boleh selama-lamanya di perbodohkan PKR...........Berbohong boleh sesekali tetapi tidak lagi akan dipercayai sekiranya selalu berbohong.......

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails