Friday 10 April 2009

KIBARAN PKR DI BUKIT SELAMBAU

PKR KEKAL DI BUKIT SELAMBAU DAN PAS UNGGUL DI BUKIT GANTANG

Pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai berlangsung sudah…………Panji PKR terus berkibar di DUN Bukit Selambau dengan majoriti 2362 undi………. dan Bendera PAS berkibaran tinggi di puncak Bukit Gantang dengan majoriti undi 2798……..hanya di Batang Ai neraca BN berlayar megah menempuh badai membawa 1854 majoriti.

Tahniah Pak Pelandok ucapkan kepada PKR dan PAS yang terus di pilih pengundi sebagai medium suara mereka di DUN Kedah dan Parlimen. Demikian subur dan telusnya demokrasi di negara ini……….suara keramat rakyat di hormati……..pilihan rakyat di akui serta amalan politik sihat di hargai…………..

Sebelum ini………….Pak Pelandok sengaja menjolok sedikit emosi dan sentimen pembaca dan para bloggers………….dengan mencuit pandangan dan pendapat yang menungkah arus……………..sengaja Pak Pelandok nyatakan bahawa PKR rebah di Bukit Selambau………… maka bertalu-talulah komen dan pandangan diberi tentang apa yang Pak Pelandok lontarkan itu………….ada yang marah-marah……….ada yang mengomen keras dan sinis dan ada yang selamba dan rasional…………semua ini Pak Pelandok terima dan tatap dengan terbuka dan berhati lapang…………….kerana ada pro dan kontranya………….demikian lah dunia maya dan alam informasi alaf baru ini…………….Terima kasih semuanya…………..

Pak Pelandok ambil dan jadikan ia sebagai satu analisis dan kajian…………….bahawa benarkah `hipotesis’ bahawa sebahagian besar pembaca dan pelayar blog dan laman web dewasa ini begitu mengemari media `5th Generation’ ini…………malah ternyata begitu ramai manusia dan rakyat negara ini samada di dalam maupun di luar negara ……….begitu prihatin dan sentiasa mengambil tahu hal-hal dalam negara khususnya isu-isu panas terutama mengenai perjalanan dan pergolakan politik tanah air.

Maka bermuhasabahlah Pak Pelandok seketika…………. Merenung dan menghalusi senario politik di Malaysia………….khususnya mengenai hala tuju dan masa hadapan BN terutamanya UMNO…………...kerana sejak 8 Mac 2008 malang menimpa bertali arus………….bermula di Permatang Pauh…………..kemudian di Kuala Terengganu………….dan seterusnya di Bukit Gantang serta Bukit Selambau…………..apakah pengundi atau rakyat terus-terusan akan menolak BN (UMNO)……………..apakah parti pemerintah ini sudah tidak di mahukan rakyat lagi…………..atau adakah parti berjasa ini sudah tidak releven lagi dalam arus politik negara…………atau benarkah parti ini sedang nazak dan dalam perjalanan kekuburannya kerana sudah usang dan dimamah usia.

Banyak pandangan dan analisa umum termasuk dari para pemimpin mengenai kedua-dua kekalahan terbaru BN ini…………ada yang menyatakan kaum-kaum tertentu tidak menyokong BN………….kelompok umur pengundi tertentu tidak memihak kepada BN……………pengundi belum merasakan suasana perubahan kepimpinan negara………….. dan berbagai lagi pandangan streotaip yang sering kali di dengar dan di baca selepas setiap kali BN kalah dalam pilihanraya kecil.

Apa yang Pak Pelandok kesan dan dapati sepanjang pemantauan di PRK Bukit Selambau dan yang lain-lain sebelum ini………….sebenarnya alasan di atas tidak lah punya dasar yang konkrit………….mungkin sekadar mencari alasan semata-mata…………….kerana jika di halusi atau di post mortemkan sebenarnya……….. pengundi atau rakyat masih mahukan BN khususnya UMNO…………….ini jelas jika dilihat kepada jumlah undi yang di terima adalah masih besar dan majoriti kemenangan PKR dan PAS tidak lah terlalu besar…………tetapi kenapa BN masih kalah berterusan?.............

Pak Pelandok ingin nyatakan di sini……………walaupun pahit dan kurang di senangi……………. BN dan para pemimpin serta ahli-ahlinya perlulah bersikap terbuka dan berlapang dada untuk menerimanya sebagai kenyataan dan hakikat bagi bangun mengorak langkah dan memacu perjalanan seterusnya…………….

Secara ringkas ………..antaranya ialah :

1. BN tidak bersungguh-sungguh untuk menang dalam PRK berkenaan…………….jenteranya masih seperti biasa………..masih berdendang dengan lagu dan irama lama……………jentera tempatan hanya bergerak ala kadar………….jentera sokongan dari luar lebih banyak memeriahkan keadaan dengan menjadikan bilik gerakan sebagai pusat perkumpulan dan makan-makan daripada sepatutnya meyusun pergerakan jentera dengan lebih proaktif……….aggresif dan lebih dinamik.

2. Komponen BN tidak benar-benar bergerak secara bersepadu………….mereka bertindak sendirian mengikut kaedah tersendiri………….kecelaruan jentera dan kempen menjadikan BN tidak konsisten dan ketinggalan berbanding parti lawan.

3. Pimpinan cawangan dan tempatan mewarisi tradisi lemah dan mengecewakan pengundi…………….kegagalan berfungsi dengan jujur dan berkesan sedari awal menambahkan muak dan penolakan pengundi walaupun pada dasarnya mereka sekeluarga di kampong……………dan penolakan ini bukan kerana kebencian kepada parti atau pimpinan Negara…………

4. Jentera dan kempen BN tidak strategik…………..berbanding pihak lawan yang lebih teratur……………tersusun…………terancang…………….bersepadu………menyeluruh…………..berfokus dan sistematik.

5. Kempen BN lebih bersifat defensive………….tidak langsung menyerang……………….tomahan dan dakyah lawan tidak langsung di jawab atau di tangkis…………….kaedah ini tidak lagi sesuai di era ini……………

6. Aktiviti kempen BN lebih banyak tertumpu dalam bilik gerakan sendiri dan saban hari kegiatan dilambakkan kepada ahli dan jentera parti semata-mata…………….mesej hanya berlegar di kalangan sesama sendiri tanpa cuba memperluaskannya atau keluar kepada pengundi umum.

7. Jentera parti yang membantu tidak ikhlas……………bajet yang di sediakan tidak sepenuhnya cair dan turun keakar umbi……………..perancangan aktiviti di laksanakan sambil lewa dan ada yang tidak berjalan langsung sedangkan laporan menyatakan sebaliknya……………

8. Jentera Perayu terutama dari Wanita dan Puteri tidak terlatih dan tidak berkemahiran sama sekali untuk berkomunikasi…………merayu………..mengumpan.. atau.. memancing……………semangat mereka begitu rendah dan lemah sekali……………tiada bekalan maklumat dan strategi untuk menghadapi pengundi…………. Malah kehadiran mereka dilihat masih sumbang dan kebingungan…………….

9. Kereta besar dan mewah…………..pakaian berjenama …………..gaya koporat dan elit masih membaluti para pemimpin semasa meninjau kampong dan pendalaman……………….sapaan dan kunjungan terhadap pengundi masih di lihat kekok dan tidak benar-benar menjiwai resah-gelisah dan masalah pengundi…………….

10. Pemilihan calon masih tidak mengikut hasrat akar umbi atau pengundi……………..sebaliknya masih terbawa-bawa dengan kehendak dan kelompok tertentu pimpinan dan parti…………..Calon tidak mendalami budaya dan psikologi pengundi terutama yang berbilang kaum……………. Ketulinan kemesraan dan keikhlasan sebenarnya amat mudah dikesan pengundi apabila di temui calon.

Cukup lah dahulu setakad 10 pekara ini Pak Pelandok catatkan…………..mungkin lain kali lebih terperinci lagi…………..Cuma nya Pak Pelandok harapkan BN (UMNO) tidaklah sensitive sangat dengan apa yang Pak Pelandok tulis ini……………yang benar tetap perlu di akui……………..yang tercela perlu di nasihati…………….Pada PKR dan PAS………….kemenangan itu bukan segala-galanya…………….selagi apa yang dijanjikan tidak di kota……………dan apa yang di katakan terbukti tidak benar……………maka kemenangan itu tidak bermakna dan tak akan kekal lama………….. apa pun tahniah kepada kemenangan PKR dan PAS serta BN di Batang Ai……………….jumpa lagi mungkin di Penanti atau Bukit Lanjan………………….

Tahniah juga kepada barisan Kabinet Baru Kepimpinan Negara…………..semoga hasrat ` Satu Malaysia……..Rakyat diDahulukan………Pencapaian diUtamakan’ akan di realisasikan demi Kecemerlangan dan Kegemilangan Bangsa dan Negara……………

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails