Dr Dzul: PAS sedia dipimpin bukan Melayu
Pengarah
Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu bersedia
melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan
kanan di parti berkenaan."Ya, kita bersedia," katanya yang menambah, keadaan itu boleh dilihat apabila PAS yang dahulunya banyak bertapak di kawasan majoriti Melayu, kini lebih diterima di kawasan bukan majoriti Melayu.
Perkara itu merupakan hasil daripada usaha transformasi yang dijalankan parti itu yang membolehkannya menjadi lebih inklusif, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya satu program wacana di Shah Alam hari ini mengenai perpecahan sokongan di kalangan orang Melayu.
Jelasnya, perkara itu hanya melibatkan perkara urus tadbir yang dibolehkan dalam Islam.
Ketika diminta menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas itu, Dzulkefly berkata ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa.
Info dr Malaysiakini.com
Apa dah jadi ni.....PAS semakin terbabas dan huru-hara........fikirkanlah wahai sekelian suku-sakat bendul PAS sekelian........
No comments:
Post a Comment