Tuesday, 23 February 2010

SALAM MESRA

SALAM RINDU UNTUK SEMUA

Lama sungguh Pak Pelandok menyepi......bukan tak nak berblog......tapi suasana dan keadaan tak begitu mengizinkan.........

Alhamdulillah selepas Pak Pelandok menjadi tetamu Allah selama 52 hari di tanah haram Makah dan Madinah.......dan menyempurnakan ibadah haji dengan penuh syahdu dan di beri peluang oleh yang Maha Kuasa dengan amat baik dan sungguh menakjubkan.

Kini Pak Pelandok berkelana lagi.........meninggalkan kampung lama di utara dan berhijrah pula ke taman damai PUTRAJAYA.........

Sekadar mencari pandangan dan suasana baru selain memenuhi kewajiban dan tanggung jawab......Pak Pelandok kini berubah sarang ke penempatan baru yang penuh kedamaian dan ketenteraman di Putrajaya.

Pak Pelandok akan terus menulis dan berkongsi pandangan dengan semua para sahabat....... dengan angin dan cuaca baru yang lebih luas untuk meneropong bahang politik dan sepak terajang para pemain bonekanya bersandiwara.

Salam untuk semua...........

3 comments:

ikan emas said...

Welcomeback Pak Pelandok,

kat putrajaya ada pelandok nak dijerat ke ?

lagenda said...

Salam Ziarah,

Selamat kembali dan pastinya ramai yang menunggu entry-entry hebat dari Pak Pelandok.......Selamat Berjuang kembali.........

Pak Pelandok said...

ikan emas & lagenda....

terima kasih atas perhatian anda....

rindu teramat untuk bersama kalian.....

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails