SOMBONG TAK BERTEMPAT
Sekarang ini musim Persidangan Bahagian.....sana-sini berita mengenainya di siarkan media........ucapan perasmian oleh pucuk pimpinan UMNO di hi-light dan menjadi perhatian umum.
Pelbagai pandangan....nasihat.....idea......pendekatan........strategi dan teori di lontarkan untuk di fikirkan......di praktikkan serta dihayati umum terutama para pemimpin dan ahli UMNO.
Hari ini pun di Alor Setar.... Presiden UMNO akan merasmikan Persidangan Bahagian Kuala Kedah. Hebat Kuala Kedah kerana Presiden UMNO hadir sendiri ke Bahagian ini.....dan sudah pasti ianya adalah signal dan tanda kepada seluruh UMNO Kedah......tentang peri penting dan utama Bahagian ini........mungkin sebagai pelantar tropedo `tsunami Kedah' ataupun peneraju gagasan `Gelombang Biru' untuk menghadapi PRU ke 13 nanti. Tahniah Kuala Kedah dan Ketua Bahagiannya.
Banyak pekara yang di sarankan.......termasuklah strategi menawan kembali hati dan minda pengundi.......memperkasa jentera dan kempen parti........merancang dan melaksana aktiviti yang berkesan selain kaedah membina imej dan saksiah diri yang lebih sesuai dan baik.
Ini semua perlu di hayati dan di dokong sesungguh hati.......kerana PRU 13 semakin hampir..........beberapa negeri di kuasai pembangkang.......dan beberapa negeri berkedudukan tidak selamat. Post Mortem PRU 12 menunjukan kelemahan dan kekalahan UMNO/BN adalah kerana salah strategi......tiada kesepaduan.....merosotnya semangat setia dan cinta pada parti dan perjuangan........lebih ego dan lagak dari benar-benar melaksanakan tugas..........lebih ampu dan angkat daripada serius berkempen dan memikat pengundi.
Salah satu aspek kekalahan dan kelemahan UMNO/BN yang tidak boleh dinafikan ialah sikap dan gelagat pemimpin UMNO yang kelihatan begitu sombong.....angkuh......berdarjat tinggi........bermartabat dewa......... `aku sahaja yang betul dan pandai'..........`peduli apa orang lain' .......... `kita yang berkuasa' merupakan racun kepada UMNO sehingga di tolak pengundi dan rakyat umum.
Maka apa yang berlaku di Persidangan UMNO Sungai Petani baru-baru ini.......amatlah menyedihkan sekali........tak ubah seperti parti picisan dan pasar borong.......dan ahli-ahlinya seperti anak-anak berebut gula-gula yang di tabur.
Seluruh negara...malah seluruh dunia melihat........mengikuti dan menganalisa kejadian seperti ini............amat memalukan.......sungguh memualkan dan begitu meloyakan apabila mendengar dan melihat kes-kes seperti ini.
Apakah para pemimpin seperti ini masih tidak sedar diri......masih angkuh dan sombong dengan bebayang suram.......masih bersikap tidak peduli pada pandangan dan penilaian umum........terutama generasi muda yang lebih pantas bertindak dan membuat keputusan.
Apakah mereka mengangap.....tindakan buruk seperti itu hak dan milik mereka untuk berbuat sesuka hati..........sebenarnya mereka lupa kepada segenap pandangan yang sedang memandang dan mengikuti segala perkembangan yang berlaku untuk dinilai bagi membuat keputusan pada PRU ke 13 nanti.
Rupanya pesanan Ketua Bahagian Kuala Kedah semasa merasmikan Persidangan Pemuda Sungai Petani sebelum ini.......bahawa segala tindakan kita umpama berada dalam cermin dan kaca......yang sedang dilihat dan di nilai orang di luar sana.......tidak langsung memberi bekas..........mereka tetap ghairah...alpa dan sombong berterusan.
Pak Pelandok kemukakan ini semua kerana inilah situasi sebenar yang tidak di sedari sebahagian pemimpin dan ahli UMNO.......yang masih berselimut dengan mega dan pelangi yang semakin suram..........sedangkan mereka sedang dihakimi dan akan di adili pada PRU 13 nanti...........tak berguna lagi jika di saat akhir itu baru nak bersikap baik dan bermanis muka.........walau di tabur berguni emas pun...........ianya tak memberi erti lagi pada tempoh kritikal itu.
Pak Pelandok suarakan ini semua.......kerana inilah pekara yang di lupakan dan tidak di ambil berat oleh pemimpin dan ahli UMNO..........muak dan jelak pengundi jangan di tambah lagi.........tindakan dan kelakuan perlu di ambil kira kerana ianya memberi kesan pada UMNO........itupun jika benar-benar ikhlas dan murni perjuangan mereka.
Pak Pelandok nyatakan semua ini kerana mengenang jasa dan budi UMNO kepada Agama.....Bangsa dan Tanah Air ini.....
No comments:
Post a Comment