Tuesday 7 June 2011

DAP SEMAKIN AGRESIF – HASUT PELAJAR DI LUAR NEGARA  



Akhbar China Press keluaran 31 Mei 2011 melaporkan bahawa delegasi DAP telah melakukan lawatan dan menemui alumni pelajar-pelajar Malaysia di tiga buah Universiti di Taiwan. Perjumpaan berlangsung di Universiti Perguruan Taiwan (Shi Da), Universiti Selatan Taiwan (Nan Da) dan Universiti Pengangkutan Xinzhu (Jiao Da).


DAP kini semakin rakus dan mula keluar negara mempengaruhi pelajar Malaysia. Usaha DAP ini yang sememangnya mempunyai niat dan maksud tersirat untuk menguasai kerajaan tanpa perlu bergantung pada PKR dan PAS, masih tidak di sedari oleh PKR dan PAS yang selama ini merasakan mereka bijaksana tetapi sebaliknya adalah menjadi kuda tunggangan DAP.

PAS terutamanya yang telah mengadai maruah dan prinsipnya sehingga menggugurkan matlamat perjuangan `Negara Islam' dan di gantikan dengan Negara Kebajikan kononnya nak ambil hati  sekutu baiknya DAP , sebenarnya dalam senyap sekutunya sedang mengatur muslihat untuk menguasai kerajaan sendirian dan pada mereka PKR dan PAS hanya pak turut yang perlu di singkirkan dan alat untuk melonjak naik sahaja.

PAS dan PKR bukalah mata anda......dan renung serta fahamilah  perkembangan ini dan perlulah mengambil langkah mufarakah bagi menghadapi hasrat DAP ini. Jangan jadi seperti Pak Kadok........menang sorak kampong tergadai........kesian....kesian.

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails