Kedah
negeri tua. Malah sejarah Kedah jauh lebih tua dari mana-mana negeri di
Malaysia. Kedah juga pernah menjadi pusat ibu kota Langkasuka dan Kedah
jugalah pencetus kepada kewujudan Gangga Negara.
Negeri ini juga menjadi fenomena agama. Orientalis mengatakan penduduk
Kedah pada zaman sejarah, menganuti agama animisme, kemudian beragama
Hindu dan sesetengahnya Buddha. Islam hanya datang kemudian.
Itu kata kaum Orientalis…
Tetapi
tidak pernah sekali, mana-mana pendokong teori sejarah Orientalis yang
dapat menerangkan mengapa terlalu banyak pengaruh Iran, sama ada
daripada perkataan, ungkapan mahupun pengenalan kepada sesuatu objek.
Tidak pernah pula ada mana-mana penyokong teori Orientalis yang dapat
menerangkan mengapa Muzaffar Syah I bergurukan Syeikh Abdullah Al Yamani
walaupun sebelum itu sudah ada Syeikh Kuala!
Maka bagi yang kurang memahami apa yang ingin diperkatakan bersandar
kepada faktor di atas, ia sekadar ingin menerangkan penduduk Bumiputera
sebenarnya sangat kaya dengan sejarah yang amat unik.
Begitulah, pada ketika negeri-negeri lain, penjajah mereka hanyalah
Inggeris dan Siam manakala Melaka pula mempunyai tambahan dua lagi
penjajah iaitu Portugis dan Belanda. Namun Kedah lebih dari itu.
Kini, selepas merdeka, Melayu-Bumiputera nampaknya berdepan dengan penjajahan berbentuk baru terutama sekali di kawasan selatan.
Kekurangan
dan harga tanah yang tinggi di Pulau Pinang, selatan Kedah mulai
tededah kepada satu lagi bentuk pelaburan iaitu PELABURAN KE ATAS
TANAH-TANAH PERKUBURAN SWASTA. Ditambah pula dengan kegilaan orang
Melayu yang gemar menjual tanah, akhirnya menjadikan kawasan tanah
pemilikan Melayu di selatan Kedah semakin mengecil.
Sebenarnya tidak ada sebarang akta yang boleh mencegah orang Melayu
selatan Kedah daripada menjual tanah-tanah mereka kepada pihak yang
sanggup menawarkan harga yang sedikit tinggi atau kerana ‘kawan-kawan’
lain telah menjual tanah mereka, jadi trend itu juga ingin dituruti.
Dalam banyak keadaan, Melayu Kedah hilang tanah kerana gelagat-gelagat
seperti inilah. Berapa ramai Melayu Kedah yang akhirnya tersadai di
KEDA-KEDA di seluruh Kedah kerana tidak lagi mempunyai tanah sekalipun
pada masa yang sama, mereka jugalah yang bertukar menjadi penyokong kuat
PAS di Kedah?
Tanah merupakan maruah yang paling tidak ternilai. Namun berapa ramai
daripada orang Melayu Kedah yang mampu menilai atau masih beranggapan
bahawa tanah adalah ‘penyelamat’ generasi mereka pada masa hadapan,
berbanding Melayu Kedah yang melihat tanah sebagai saluran mendapatkan
keuntungan dengan cara yang amat mudah?
Dari Bukit Kayu Hitam, sehinggalah ke Selama, Kedah, tanah-tanah Melayu
semakin mengecil. Kalau ditanya kepada orang PAS, sudah pasti yang
dipersalahkan adalah UMNO. Kononnya UMNO yang telah memperkecilkan tanah
milik Melayu. Namun sedar tidak sedar, kebanyakan marhein PAS yang
begitu marah kepada UMNO kerana kehilangan tanah adalah mereka yang
sebelum itu, begitu gila menjual tanah sehingga akhirnya menjadikan
mereka sebagai muflis tanah.
Beranggapan dengan menyokong PAS akan membolehkan mereka memperolehi
tanah-tanah baru atau terpukau dengan janji Pakatan terutama kepada
kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka FELDA yang mudah termakan
pujukan dan hasutan, membuatkan mereka yang hidup berangan-angan
berfikir, mengubah kerajaan bermakna mereka akan memiliki tanah baru.
Hakikatnya, tanah hanyalah modal untuk kempen pilihanraya semata-mata.
Tiada mana-mana kerajaan yang waras akan menyediakan tanah untuk
dibahagi-bahagikan sesama ahli secara pukal. Kalau ada yang
membahagi-bahagikan tanah, hanyalah sesama kroni yang dilihat mampu
memberikan keuntungan besar sama ada kepada pucuk pimpinan mahupun
kepada parti. Nama kata, membahagikan sesama ahli, ia bolehlah
diibaratkan sebagai mimpi yang tidak berkesudahan.
Kampung
Kebun 500, Kampung Sungai Kob, Langkawi dan beberapa bahagian lain di
Kedah merupakan contoh terbaik bagaimana Melayu kehilangan tanah kerana
ketamakan dan kurang berakal dalam mempertahankan apa yang mereka ada.
Hanya dengan sedikit tawaran harga yang lebih tinggi dan dalam tempoh
jangka pendek, keuntungan boleh diperolehi, tanah-tanah Melayu akhirnya
bertukar tangan.
Dan sekarang, apabila tanah-tanah tersebut sudah bertukar menjadi tanah
perkuburan bukan Melayu di tengah-tengah perkampungan Melayu, maka
seharusnya Melayu sudah boleh mendapat iktibar bahawa kehilangan tanah
tersebut adalah bersifat selama-lamanya. Mereka terpaksa hidup dengan
apa yang mereka sendiri lakukan!
Justeru, Melayu tidak seharusnya memalukan Melayu dengan penjualan tanah
seperti yang sedang dilakukan secara berleluasa sekarang ini. Hanya
mereka yang tidak bermaruah sahaja akan menjual tanah yang mereka miliki
kerana inginkan sedikit keuntungan!
DARI BLOG PELANTAQ HUJAH : Terima Kasih.