Monday, 2 February 2009

DRAMA BARU : EXCO KEDAH DIUGUT







SIAPA YANG JAHAT DAN BERMUSLIHAT

BACA PETIKAN INI :

Exco PKR Kedah dakwa diugut sertai BN

Seorang exco kerajaan Kedah daripada PKR pula sedang dipancing untuk melompat kepada BN, termasuk melalui ugutan bersifat jenayah terhadapnya dan pegawai-pegawainya.

Arumugam Vengatarakoo, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas.

"Satu laporan polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Adun dan ahli exco kerajaan, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8 Mac, 2008," katanya.

"Ia juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya.

"Kesemua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari PKR kepada Barisan Nasional."

ADMIN - KedahLaNie TIME - 4:13 PM 0 Komen Anda
Labels: exco, kerajaan negeri, MalaysiaKini
Kenyataan Akhbar ADUN Bukit Selambau
2hb Februari, 2009


FITNAH DAN MUSLIHAT MURAHAN

Membaca cerita ini...... Pak Pelandok tertawa sendirian dan merasa lucu sekali.......ternyata dalam orang sibuk memperkatakan perihal kemelut politik di Perak......tiba-tiba muncul pula mamak sorang ni.........buat cerita sensasi dan disebarkan oleh kuncu-kuncu upahannya dengan belanja secawan teh tarik.......

Sekali mereka cerita....mungkin orang percaya........jika berkali-kali...sekejab di Perak....sekejap di Negeri Sembilan dan sekarang di Kedah pula........orang pun mula merasa sangsi dan curiga.........cari dan rekalah cerita dan skrip baru dan lain daripada yang sedang ditonton sekarang ni........dah habis idea dan akal ke puak PKR ni.......apa tok guru mereka si Dato' Seri tu tak sempat tulis skrip baru ke...........

Adakah munasabah........ seorang pemimpin...EXCO pula tu..... nak di culik dan diugut orang........... ini Malaysia la........bukan India atau Columbia.........senang-senang nak culik, ugut, ancam dan bom orang sesuka hati...........

Itulah kalau jadi pemimpin dan pemerintah yang tak reti buat kerja dan tak reti bahasa......... awak tu pemerintah sebuah kerajaan negeri...... ada kuasa.....sepatutnya buat kerja membela rakyat dan membangun negeri....... bukan buat cerita budak-budak darjah enam atau cerita dongeng Sang Kelembai........ cari la skrip yang baik sikit.........kalau tak reti tu....... budak tingkatan tiga pun boleh tolong ajarkan cara buat dialog dan skrip yang lebih baik.

Dah la skrip basi dan buruk.......pulak tu dikaitkan pula dengan Polis yang dah pening kepala mengurus hal jenayah dan ketenteraman awam.....dulu kata polis tak guna....polis tali barut dan macam-macam lagi........sekarang ni mereka alasan dengan berlapik laporan Polis pula tu.........

Kesian puak-puak pakatan rakyat ni.......... nampak sangat tak ada kerja nak buat........buka mata buat fitnah......bangun tidoq reka cerita palsu.......kok ya pun nak cari publisiti dan nak naikkan semula nama yang telah mula dilupakan dan muak nak di sebut pengundi kerana tak pernah nampak batang hidung dikawasan selepas berkuasa.........tak usahalah mereka cerita lama zaman 60an tu.........

Kesian Pak Pelandok kepada orang dan parti yang tak ada Visi dan Misi seperti ini......

No comments:

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails