Wednesday, 30 September 2009

2 WAKIL RAKYAT PKR KEDAH SERTAI UMNO













ADUN LUNAS DAN AHLI PARLIMEN KULIM SERTAI UMNO

ADUN Lunas, YB Radhi Salleh dan MP Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin di sebut-sebut akan menyertai UMNO bila-bila masa sahaja......... hanya menanti saat dan ketika yang baik sahaja............ sekarang ini segala proses dan persediaan telah dibuat bagi merayakan detik bersejarah ini............. dan sekali gus akan melenyapkan pengaruh PKR di Lunas yang merupakan benteng terakhir dalam Parlimen Padang Serai............ juga akan melumpuhkan keangkuhan PAS yang menumpang populariti PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Adun Lunas yang telah keluar PKR dan melepaskan jawatan EXCO nya sebelum ini...........kini ditekan.......... di desak dan diburu pengikut PKR kerana terlampau terkejut dan kecewa dengan tindakan YB ini membuang PKR yang kini begitu tenat dan tercungap-cungap di Lunas dan Padang Serai. PKR Bahagian Padang Serai kini lumpuh dan tak berdaya bangun lagi sehinggakan tiada lagi suara atau sebarang aktiviti yang mampu dilaksanakan dikawasan ini.

Malah penyokong India yang merupakan pengundi terbesar yang begitu fanatik kepada PKR sebelum ini.......... jelas mula beralih arah dan menyampah dengan parti ini termasuklah MP nya yang terlalu banyak cakap tetapi tiada langsung menampakan muka atau mengambil berat masalah rakyat........... apatah lagi untuk menunaikan janji palsu yang ditaburnya semasa PRU dahulu.

Rakyat mula menempelak PKR dan MP Padang Serai ini termasuklah MP Kulim Bandar Baharu yang semata-mata menumpang pengaruh PAS........... yang kian jelas bahawa cakap kosong yang berdegar-degar tidak membawa apa-apa erti kepada kehendak dan keperluan rakyat. Rakyat yang di timpa musibah seperti kebakaran............banjir............rumah ditimpa pokok...........jalan yang runtuh dan rosak..........sampah yang bertimbun tidak pernah langsung diambil tahu dan peduli oleh wakil-wakil rakyat ini. Mereka hanya pandai dan ghairah berceramah dengan menyalahkan orang lain seperti Kerajaan Pusat dan Agensi Kerajaan yang didakwa lemah dan tidak pandai menjalankan tugas.

Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak tahu bekerja ini............jelas sekali ketaranya kerana wakil-wakil rakyat PKR ini amat jarang sekali menghadiri mesyuarat Pembangunan Daerah..........sebaliknya hanya menghantar wakil yang tidak tahu apa-apa dan hanya berperanan tukang angguk dan catat sahaja. Wakil-wakil rakyat ini masih terlena dengan mimpi kemenangan mengejut mereka...........sehingga tidak sedar bahawa mereka sudah menjadi Kerajaan Negeri yang berkuasa dan sewajarnya menjalankan peranan dan tanggungjawab mentadbir dan mengurus rakyat dan negeri.

Sebaliknya mereka masih bersifat pembangkang...............tanpa sebarang ide atau perancangan untuk membangunkan kawasan atau membela rakyat seperti janji palsu hebat yang ditabur sebelum ini............ masih sering menuding jari mempersalahkan pihak lain...........sehinggakan pentadbiran peringkat daerah seperti Pejabat daerah.........Majlis Perbandaran dan agensi-agensi serta pegawai-pegawai Kerajaan negeri yang lain pun di persalahkan kononnya tidak menjalankan tugas dan mensabotaj Kerajaan Negeri. Kasihan pegawai dan agensi berkenaan.

Kasihan pengundi dan rakyat di Parlimen Padang Serai dan Kulim............ wakil rakyat yang ada nampak macam hebat dan ikhlas..........tetapi sebenarnya hanya habuk dan hampas semata-mata. Maka tindakan kedua-dua Adun Lunas dan MP Kulim ini untuk menyertai UMNO amatlah dialu-alukan serta di sokong penuh semua pengikut dan ahli-ahli PKR di kawasan ini demi menegakkan kebenaran dan keadilan seperti yang di perjuangkan mereka terutama MP Kulim yang selalu bercakap mengenai kebenaran....keadilan........kejujuran dan keikhlasan.

Kita nantikan detik sejarah itu yang kian hampir............dan akan kita saksikan teriak tangis PKR di Lunas dan Kulim nanti. Tahniah YB Lunas dan Kulim Bandar Baharu.


1 comment:

gondangmas said...

pak pelandok,
betoi sgt apa yg dikatakan oleh pak pelandok tu..wakil rakyat PKR (bekas adun Lunas dulu) la ni MP Machang..kalu nak jumpa dia hanya dpt tgk kat sepandok saja.. bila nak puasa dan sambut raya.terpampang la kat tiang trafik light.. rumah terbuka ke?habuk tarak. nak jumpa mata pun tak dpt.cakap berdegar-degar....itu la PKR

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails