Tuesday, 29 September 2009

ISA SAMAD CALON BAGAN PINANG




KEMELUT CALON GUGAT KEKUATAN BN

Hari ini BN / UMNO akan mengumumkan siapakah calon bertuah yang akan mewakili BN untuk menghadapi PAS/ Pakatan Rakyat di Bagan Pinang.

Tiga nama sudah dihantar kepada pucuk pimpinan......... dimana Isa samad adalah calon tunggal dan favorite yang dihantar awal-awal lagi.......dan selepas di minta pimpinan tertinggi BN barulah dua nama lagi menyusul kemudian.

Begitulah senario dan kemelut yang sering melanda BN khususnya UMNO setiap kali berlakunya PRK. Perebutan untuk menjadi calon tak pernanh reda dan pudar apatah lagi Bagan Pinang adalah kubu kuat BN dan mempunyai potensi cerah untuk mengekalkan kemenangan.........malah kemelut seperti ini yang amat merugikan BN juga berlaku di kawasan kelabu dan sukar bagi BN seperti di Permatang Pasir dan Bukit Selambau.

Bilakah pemimpin dan ahli UMNO nak sedar diri dan bermuhasabah sedalam-dalamnya. Sengketa awal berebut menjadi calon adalah barah dan kudis yang akan merebak pantas membusung dan meloyakan.........sehingganya akhirnya ditolak pengundi dan semuanya berputih mata.

Tidakkah kepentingan dan kemenangan parti lebih utama dari individu.........biarpun siapa yang diputuskan sewajarnya semua pihak harus menerima dan berusaha keras dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi memastikan kemenangan kerana ianya bukan sahaja kemenangan bagi BN tetapi adalah lambang dan simbol perpaduan.......kejituan dan relevannya UMNO / BN kepada rakyat.

Biarpun siapa.......Isa samad atau yang lain.......yang penting dan utama ialah maruah........imej.......dan harga diri UMNO / BN agar dilihat bersih dan mulia serta dapat mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat.

UMNO / BN perlu mengerakan jentera dengan sepenuh hati........ikhlas dan berkesan tanpa ada unsur irihati........sabotaj........sambil lewa........sandiwara.......atau menangguk diari keroh.....fenomena ini semua seakan menjadi amalan dan trade mark kepada BN dalam setiap PRK.......sehingga menimbulkan muak dan jelak berpanjangan pengundi kepada BN.

BN teruji dengan begitu hebat........di serang dari setiap penjuru.......terpaksa menhadapi jentera Pakatan Rakyat yang jauh lebih konsisten dan bersemangat.......sedangkan jentera BN masih berseloka dan berdendang sayang dengan mimpi dan khayalan.

Kempen BN perlu benar-benar sampai keakar umbi dan menyeluruh selain ceramah umum dan propaganda yang hebat........berterusan dan berkesan.......jangan hanya cantik dan indah pada laporan dan di kertas semata-mata........tetapi pelaksanaanya matlah mengecewakan sama- sekali........ inilah yang sering terjadi di setiap kali PRK sebelum ini.

Jentera BN yang ramai datang membantu perlulah serius dan komited untuk bekerja dan membantu.........bukannya untuk makan angin di Port Dicsond atau perpeleseran yang menghabiskan beras semata-mata. Mereka perlu benar-benar faham dan menghayati erti perjuangan dan matlamat dengan bekalan senjata dan bahan kempen yang berbisa dan ampuh. Bukannya menghadapi pengundi dan pihak lawan secara melulu.......tangan kosong dan bersikap ambil mudah sahaja.........ini yang selalu berlaku dilapangan PRK yang lalu.

Jadilah seperti Pakatan Rakyat walau siapapun yang dipilih.......mereka tetap bersatu dan berganding tangan berhempas pulas dengan strategi dan serangan yang seragam dan senada...... berterusan.....penuh semangat juang dan habis-habisan menyerang dengan segala kaedah dan cara secara menyeluruh dan bersepadu.

Maka kita nantikan siapa calon BN petang nanti.........dan adakah kemelut malang BN itu akan berterusan jika UMNO / BN masih mahu mengadai maruah dan harga diri kerana lebih mementingkan individu dan kepentingan diri.

Salam Pak Pelandok buat pengundi Bagan Pinang...........Sayang-Sayang Buah Kepayang........Di telan Pahit di Buang Sayang.

4 comments:

Bestari said...

Kalau dah pahit buang aja bang. Tak ada lagi sayang-sayang. Kalau padi katakan padi.......

gondangmas said...

salam pak pelandok.
Nampaknya semua KDM dan Petugas Gerakraya PRK Bagan Pinang kena beli berus sabun bulu besi sbb nak cuci banyak selut dan lumpur(pillar) yg terlekat di minda pengundi.Harap-harap chain morad dan ikan emas berhempas pulas di sana nanti.

gondangmas said...
This comment has been removed by the author.
Bicara Luncai said...

Macam tu la....BN sudah beberapa kali salah pilih calon seperti di DUN Bukit Selambau dan Permatang Pasir menyebabkan BN tewas. Tak pa la sebab di situ pengaruh pembangkang kuat.

Tapi kalau BN tewas di Bagan Pinang kubu kuat BN menunjukkan pengundi sudah muak dengan gelagat pemimpin-pemimpin BN yang seringkali bertelagah dalam menentukan calon yang paling tepat.Kalau BN meletakkan calon yang tidak bersih dan telah tercemar maka pembangkang akan menggunakan isu calon tersebut untuk hentam BN.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails