Tuesday 23 February 2010

SALAM MAULIDUL RASUL UNT RAKYAT PULAU PINANG

PULAU PINANG IKUT JEJAK TOK GURU KELATE

Maulidul Rasul akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Ianya tarikh kelahiran dan juga tarikh kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Di Malaysia..........detik sejarah yang membawa cahaya kepada umat manusia ini akan di sambut dengan pelbagai majlis dan acara.

Malangnya tarikh keramat dan mempunyai erti yang besar kepada umat Islam ini tidak akan berlangsung di Pulau Pinang. Kemelut dan sandiwara yang di terajui oleh Ketua Menteri yang kononnya menjiwai pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz...........jelas sekali menonjolkan tembelang dan sikap `talam dua muka' yang tidak senang dengan agama dan penganut Islam.........sesuai dengan pegangan partinya yang memperjuangkan `Malaysian Malaysia'.........

Maka menjadi mangsalah pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang............ diperlakukan seperti patung opera Cina dan di tendang seperti bola sepak. Sekejap di arahkan keluar surat membatalkan perarakan..........sekejap pula disuruh keluarkan pula surat lain yang menyatakan perarakan akan diadakan semula. Mereka menuduh pegawai-pegawai ini tidak faham arahan dan buat kerja pandai-pandai sendiri.

Pak Pelandok...........tak hairan semua itu.........kerana begitulah feil dan perangai puak-puak kemaruk kuasa ni............peluang memerintah beberapa buah negeri menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan menjadi tak tentu arah. Dan kuasa memerintah ini juga membolehkan mereka melepaskan geram dan kesumat yang terpendam sekian lama bagi merialisasikan cita-cita tersurat yang membara sejak sekian lamanya.

Yang malang dan sedihnya ialah...........apabila suku-sakat mereka dari PKR dan PAS yang sering menjuarai isu-isu agama.......keadilan dan demokrasi telah menyepi dan menikus sama- sekali...........tiada sebarang ulasan maupun teguran di keluarkan demi keadilan dan kesucian serta martabat agama yang menjadi teras utama Perlembagaan Negara.

Lebih malang ialah rakyat Pulau Pinang terutama penyokong dan pengundi mereka pada PRU lalu...........maka itulah hadiah paling istimewa di berikan kepada mereka sebagai membalas jasa dan sokongan mereka. Bukan sekadar isu perarakan........malah merobohkan gerai dan restoran Melayu di Tanjung Bunga, Batu Feringgi, Bagan dan Permatang Pauh adalah muslihat halus yang membutakan mata hati pengundi Pulau Pinang sehingga bersekongkol dengan dosa terhadap saudara sendiri.

Terima Kasih pengundi Pulau Pinang...........setitik sumbangan anda terhadap nasib malang saudaramu akan tetap diambil kira nanti..............mungkin juga Pulau Pinang mencontohi Tok Guru di Kelantan.......yang dah lama tak mengadakan perarakan Maulidul Rasul disana.

Pak Pelandok terkenang.........betapa umat Islam negara lain begitu memuliakan junjungan besar kita............malah masih terbayang bagaimana suasana semasa menziarahi.........mengucap salam dan berdoa di Makam Nabi dalam Masjid Madinah........... bagaimana kita?

3 comments:

Pok Li said...

Nak berarak kat mana tahun ni tuan. Kat Putrajaya aje ke

Pak Pelandok said...

Pok li.....

Mari kita berarak bersama di Putrajaya......

siapa lagi jika bukan kita yg memuliakan jungan besar kita.....

Salam maulidulrasul

gondangmas said...

mai belarak kat bachok la pat d.awg adek

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails