PKR MENANG SORAK........BN MENANG PRK
Gegak gempita kempen di Hulu Selangor....hari kelima hari ini bertambah sengit dan bahang semakin terasa membahang...........
Calon PKR begitu yakin untuk meraih sokongan pengundi walaupun terpaksa menghadapi serangan peribadi beberapa laman blog yang mengaitkan isu negetif mengenai peribadinya sebelum ini.
Para hulubalang PKR seperti MB Selangor dan Penasihat Umumnya beria-ia membela dengan mengaitkan isu berkenaan sebagai isu lapok yang tak sewajarnya dibangkitkan semula.
Maka para soldadu PKR pun mula menyebarkan cerita bahawa isu itu sengaja di reka dan ditaja BN bagi merosakan imej calon mereka........walhal semua orang tahu bahawa BN terutama UMNO tak terlibat langsung dalam hal-hal peribadi seperti itu..............sebaliknya adalah pendedahan para bloger yang menyahut cabaran dari Timbalan Presiden PKR yang begitu sombongnya cuba merendahkan kredibiliti dan kesahihan kes dan isu tersebut.
Lebih parah dan paling menakutkan PKR kini ialah apabila Bendahari PKR Hulu Selangor meletak jawatan dan menyertai UMNO...........apabila orang yang paling kanan.........pengasas dan doktor peribadi DSAI itu keluar PKR dan membuat kenyataan tentang tembelang dan penyimpangan perjuangan PKR.............maka pandangan dan dunia PKR menjadi gelap........gegak-gempita ekoran trajidi yang tidak disangka ini...........mereka terasa amat terpukul sekali...........dan graf sokongan pengundi terhadap PKR merudum dan menjunam dengan begitu teruk dan drastik.
Para pengundi semakin sayang kepada calon 1 Malaysia BN, sikap mesra dan empatinya yang tulin dan asli benar-benar memikat dan ciri-ciri kepimpinan serta keprihatinan yang di tunjukkan calon BN ini telah di janjikan sokongan tak berbelah bagi dari sebahagian besar pengundi yang ditemui.........malah pengundi di sini sudah muak.......jemu dan bosan dengan janji kosong PKR selama ini..........yang ternyata tak pernah ambil tahu hal dan masalah rakyat dan kawasan............sebaliknya lebih mengutamakan agenda peribadi pemimpin utama mereka sahaja.
Janji dan ikrar pengundi Hulu Selangor akan mereka buktikan pada 25 April ini..........mereka akan memberikan kemenangan pada BN........kerana mereka amat inginkan perubahan dan pembangunan seperti kawasan dan daerah lain.........yang mana kawasan mereka begitu ketinggalan dan terabai sejak PKR menguasai kawasan ini kerana mereka lebih mengutamakan matlamat utama ke Putrajaya yang sebenarnya adalah mimpi dan retorik belaka.
Pengundi juga sudah muak dengan sikap taksub.........ganas dan ala samseng jentera pembangkang yang sangup melakukan apa sahaja walaupun yang ganas dan keterlaluan tanpa menghirau perasaan dan hak orang lain dan tidak langsung mahu menghormati undang-undang.
Pak Pelandok juga bersimpati dengan luahan perasaan para pengundi di Hulu Selangor ini.......dan menantikan detik pengumuman kemenangan BN pada 25 April nanti...........
No comments:
Post a Comment