KUAT ANJING MENYALAK..BUKIT TERSERGAM JUGA
Bagai perangai budak kecil........melepaskan geram dengan berguling.......membaling permainan dan bantal......menyelerakan rumah..........kerana tak dapat apa yang di inginkan.............
Itulah peel dan perangai PKR termasuklah calonnya yang kalah di Hulu Selangor.............bermacam tuduhan.......kata nista dan umpat cela yang tak habis-habis dihamburkan kerana tak dapat menerima keputusan PRK itu........dek tak percaya dengan pilihan rakyat Hulu Selangaor..........tak dapat menerima kenyataan bahawa proses demokrasi telah menentukan sedemikian..........adat pilihanraya.
Tuduhan demi tuduhan yang bermula semasa kempen pilihanraya masih terbawa-bawa hingga sekarang........malah lebih memualkan ialah sehingga nak bawa petisen ke mahkamah pula...........cukuplah tu........masa kempen dulu.......bukan main lagi tomahan dan dakyah yang dilemparkan pada BN........tapi masih tak puas-puas lagi hingga nak bawa ke mahkamah pula.........memang la pembangkang ni tak ada kerja lain........asyik buat onar dan masalah je.........sepatutnya buat kerja jaga kebajikan rakyat dan negara. Berpolitik biarlah berpada........pada masa dan ketika tertentu sahaja.......bukanya melalak sepanjang masa.
Kalau ya pun nak tunjuk hebat.......bantulah masalah rakyat........masih ramai yang bermasalah dan kesempitan...........selesaikan dahulu masalah rakyat...........bukannya asyik menimbulkan masalah.......kemelut dan kacau-bilau semata-mata. Kalau tak ada kerja atau tak tahu nak buat kerja sekalipun........janganlah diganggu Kerajaan dan BN yang serius berusaha nak bantu rakyat dan membangunkan negara.
Umum tahu...calon PKR ini seorang pengamal undang-undang........kok ya pun janganlah di gunakan kelebihan yang di anugerahkan tuhan tu untuk menyusahkan orang lain.........berdosa tu.........jadilah seorang insan yang budiman dan berpekerti mulia...........itu lebih baik dari bersengketa dan berdendam sepanjang masa.
Belajarlah dari masa yang lepas........daripada tiada.........tuhan telah jadikan kita berkuasa........berada dipuncak.......hebat.......dan di hormati..........takdir juga yang menetukan perjalanan hidup ini...........malah kerana penyakit hati kita jatuh tersungkur kembali.........maka redalah dengan takdir ini.........jangan di tambah lagi segala kerumitan dan masalah yang merugikan bangsa dan negara ini.
BN juga sering kali kalah dalam PRK.......malah jumlahnya lebih banyak dari PKR.........tidak pula BN menyeret ke mahkamah atau terus-terusan mempertikaikan kemenangan pembangkang.......jadi belajarlah untuk menerima kekalahan dan kenyataan.
PAK PELANDOK mengeleng kepala melihatkan gelagat orang politik ni.........rupanya masih ramai Si Kitol dan Raja Mandaliar di bumi bertuah ini. Ya Allah lindungilah rakyat dan negara ini dari segala musibah dan bencana.
No comments:
Post a Comment