Gelombang keruntuhan PAS semakin merebak......ini merunsingkan pucuk pimpinannya.......selain masalah dalaman dengan seribu konflik peribadi dan perebutan kuasa........di tambah lagi dengan tekanan PKR dan DAP yang menjadikan PAS sebagai batu loncatan dan kuda tunggangannya.
Kepincangan PAS terutama di Kelantan dan Kedah begitu ketara........apatah lagi kelemahan kerajaan negeri yang tidak mampu mengurus dan mentadbir dengan baik ......cekap......dan sempurna, malah suara-suara dan rungutan rakyat mengenai kehidupan yang tersepit dan daif tidak mampu lagi dibendung.......rakyat tidak boleh lagi terus didendangkan dengan lagu-lagu rakyat dan padang pasir berterusan yang mengasyikan.......mereka juga perlu hidup...bernafas......makan-minum........memiliki rumah.........mempunyai pekerjaan dan berpeluang memiliki pendidikan dan kemahiran tinggi.
Suara dan bantahan rakyat semakin lantang di Kelantan....Selangor dan Kedah..........hidup tidak semata-mata di momokan untuk beribadah sahaja.......kesederhanaan dalam agama bukan bermakna membiarkan terus hidup dalam serba kekurangan......kemiskinan dan kepapaan. Rakyat semakin tertekan......jalan kampung semakin banyak rosak dan berlubang.........kawasan kampung dan taman di penuhi longgokan sampah dan lalat-langau..........longkang kian terkambus dan tersumbat......menjadi sarang Aedes membiak dan menyebarkan Denggi........masjid dan surau semakin suram dan sepi.........hanya gah dan gemuruh dengan tempik sorak para ustaz PAS berceramah saban malam dengan menjadikan rumah Allah yang suci ini sebagai medan kotor politik sempit mereka.
Lalu PAS mencari-cari strategi baru untuk kembali menonjol dan mendominasi minda rakyat.............maka jarum halus PKR dan DAP mula menjalar dengan memperkudakan PAS yang pasti melatah dan menurut membabi-buta...........maka agenda baru di ketengahkan dengan mengheret dan mempertikaikan kedudukan dan kuasa Sultan.......telah pun di saksikan sebagai titik hitam dalam sejarah orang Melayu apabila mereka menyembah derhaka di Perak......mempersendakan titah sultan di Selangor.......tidak mengunjungi dan membantu kemelut istana di Kelantan dan kini terbaru mempertikaikan pula kedudukan dan kuasa sultan di Kedah.
Maka berjayalah matlamat `Malaysian Malaysia'........`Midle Malaysia'.........di mana akhirnya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah `Republik' yang sudah pasti akan menghapuskan kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu dan keistimewaan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan. Ini bukan pekara kecil dan main-main.........maka dalam berpolitik jangan bermain dengan api..........jangan dijolok sarang tebuan........
Pak Pelandok sungguh sedih dan berwalang hati dengan senario malang ini........masihkan kita tidak sedar dengan permainan merbahaya ini........yang semakin mengheret kearah kehancuran dan kemusnahan ummah dan negara.
TAHNIAH dan SYABAS kepada UMNO Bahagian KUALA KEDAH kerana bingkas dan lantang bersuara membela dan mempertahankan Sultan dari penghinaan yang terancang ini..........dan bagaimana pula Bahagian yang lain terutama Perhubungan Negeri...............
No comments:
Post a Comment