Thursday, 13 May 2010

DUN KEDAH BUBAR

KEDAH MENUNGGU REBAH

Kerajaan PAS Kedah semakin goyah……..ibarat nyawa-nyawa ikan sahaja lagi........hanya mampu menunggu ajal yang akan menjelma bila-bila masa sahaja lagi……

Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah terutama MB nya sudah kehabisan ikhtiar untuk mencari talian hayat.......kini begitu nazak dan tercungap-cungap menyedut sisa-sisa nafas terakhir yang ada……

Bantuan yang di nanti tak kunjung tiba……hulubalang dan bala tentera luar terkandas dengan kemelut dan isu yang mereka cipta sendiri di negeri masing-masing. Isu dan agenda yang di cipta kini mula memakan diri dan melondehkan daki dan kotoran dalaman yang selama ini berjaya di sorok dari rakyat terutama pada penyokong sendiri. Bau hanyir tembelang yang pecah begitu meloyakan tak mampu di bendung lagi……..hinggakan para penyokong yang begitu taksub selama ini pun tak sanggup lagi menghidu dan bergelumang dengan segala bentuk kemungkaran dan sandiwara………mereka mula melarikan diri dan tak sanggup lagi bersekongkol dengan segala macam penindasan…..penyelewengan dan penyimpangan yang berlaku.

Berbondong-bondong ahli dan penyokong Pakatan Rakyat keluar parti dan menyertai BN di seluruh Kedah…….hampir 2000 orang di Padang Serai dan Kulim…….lebih 100 orang di Alor Setar…..ada hampir 700 orang lagi di Sungai Petani dan Kuala Muda akan mengistiharkan keluar parti PAS dan PKR………bukan sekadar istihar keluar parti…..malah mereka meluahkan kekecewaan terhadap janji palsu dan pengabaian terhadap rakyat selama ini dan sikap pemimpin mereka yang hanya bijak berpidato tanpa sebarang idea dan usaha untuk membangun negeri dan membela rakyat.

Bukan hanya ahli dan penyokong sahaja yang keluar parti……malah beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat juga akan turut keluar parti dalam waktu terdekat ini…….untuk bersama-sama dengan rakyat yang tidak tertahan lagi dengan retorik dan cakap kosong pimpinan tertinggi mereka yang mengutamakan kepentingan diri dan kroni semata-mata.

MB sudah tiada pilihan….jalan terbaik bagi menyelamatkan maruah dan kedudukan mereka……ialah membubarkan DUN…….kuasa perlu di kembalikan kepada rakyat. Proses Demokrasi perlu di laksanakan segera……..mandat rakyat perlu di tagih kembali……jika tidak nasib malang seperti yang menimpa Nizar di Perak akan berulang……..maka ketika itu segala teriak tangis…..laung dan pekik sudah tidak bermakna lagi…….akhirnya menjadi jiwa lebih parah dan tidak keruan………maka jadi sasaulah seperti Nizar yang terjerit-jerit keseorangan di merata tempat menagih simpati dan sokongan.

Mungkin kini Nizar mulai sedar……siapa kawan dan lawannya…..mana dalang dan penyokongnya………tiada siapa lagi yang mahu membela dan seiring denganya lagi……. Maka MB Kedah pun telah arif dan amat khuatir situasi begitu terjadi padanya dan kerajaan pimpinannya yang tidak mampu lagi menentang arus kebangkitan dan protes rakyat ini.

Pak Pelandok tertanya-tanya kenapa boleh berlaku sebegitu rupa…….lalu beberapa orang tok ayah dan tok guru menyatakan itulah balasan dan kifarah Allah terhadap mereka yang di beri amanah tetapi mengkhianatinya…….diberi kuasa tapi menyalah gunakanya……..di beri kesempatan tetapi di remehkanya……..di beri kedudukan tetapi lupa diri dan janji………menjadi sombong……bongkak…..angkuh dan bangga diri…… sehingga lupa asal-usul…….lupa maruah……..hinggakan rakyat sanggup diperbodohkan…...ulil amri (Sultan) di perlekeh dan di hina……agama di perdagangkan…….masjid dan surau di jadikan gelanggang keji menabur fitnah dan dakyah kotor……..rakyat di adu dumba……keluarga dan masyarakat di pecah belahkan……kampong halaman menjadi huru-hara…….negeri menjadi mundur dan terkebelakang.

Maka tulah daulat Raja-Raja Melayu yang di persendakan kini memakan diri mereka.........Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba di Bukit Seguntang seperti yang di pusakakan oleh Tun Sri Lanang…….kini sedang di robek…..di injak dengan rakus mulai terbukti………..

Janganlah dek sengketa…….nafsu amarah.......dendam kesumat…… maka sejarah hitam 500 tahun dahulu berulang kembali………apabila kuasa yang ada di ragut orang……maruah dan harga diri di noda orang…….bangsa di hina……kebebasan di rampas………negeri di teroka orang………

Maka kembalilah kita ke akar umbi…….dengan semangat perjuangan datuk nenek kita yang telah mengorbankan jiwa raga mereka bersama wadah keramat UMNO sejak 64 tahun dahulu. Bersamalah kita pertahankan maruah…….jati diri dan masa depan anak cucu kita yang kian terancam ke jalan dan kehidupan yang cemerlang dan bahagia. DIRGAHAYU UMNO.

4 comments:

a/latif said...

umno dah bersedia ke bila mb kedah bubar dun nanti.

life is not a fairy tale dude said...

Akhirnya PAS tersungkur sendiri. Dah lemah tu jadi pengikut DAP.

PAS, ally of communist

samad said...

sebenarnya 400 lebih je yang keluar pkr/itu pun ada yang 3 kali keluar pkr pun ada.contoh dia sing dari pekan padang serai.dah 3 kali istihar keluar.yang ramai mlm itu ahli ipf,ahli amno tmn kucai

Detguaq said...

Lagi tak bubar lagi tulah depa ni kena honggaq...

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails