Tuesday 1 June 2010

ADUN UMNO KEDAH SERTAI PAS


LAIN YANG DI HARAP LAIN YANG MELOMPAT

Heboh la ni di seluruh Kedah.........cerita sensasi terbaru.........cerita ni bukan lagi mengenai Pembubaran DUN Kedah atau cerita ADUN-ADUN PKR dan DAP Kedah keluar parti........tetapi yang terjadi adalah sebaliknya pula.......seorang ADUN UMNO Kedah dikatakan melompat parti dan kini menyertai PAS dan akan dilantik menganggotai Kerajaan Negeri sebagai EXCO.

Maka tercengang-cenganglah juak-juak UMNO...yang tak mengjangkakan pekara seperti ini akan berlaku......dalam usaha PAS yang cuba menyelamatkan Kerajaannya yang tercungap-cungap...tiba-tiba seperti ada talian hayat dan tangan ajaib yang membantunya dengan melompatnya seorang ADUN UMNO yang dilihat selama ini tidak sebulu dengan bekas MB Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Maka kempunanlah puak UMNO yang memasang angan-angan untuk berkuasa di Kedah......tapi nampak gayanya Kerajaan PAS semakin kukuh dan stabil pula.........

Pak Pelandok memikir panjang.........kenapalah demikian jadinya........di mana nilai kesetiaan dan perjuangan yang dilaungkan selama ini.........Adakah kerana tak sanggup lagi menanti gelombang baru maka ADUN ini mengkhianati ikrar dan perjuangan yang di junjung selama ini. Apakah tawaran lumayan telah mengelabui mata dan hatinya........maka samalah saja orang ini dengan mereka yang seperti di dakwa PKR menerima habuan kerana keluar PKR.

Pak Pelandok bermenung lagi......hebat sungguh permainan ini.......strategi Ustaz Azizan lebih hebat dari pimpinan UMNO Kedah rupanya............ maka janganlah ditangisi lagi.........nasi dah jadi bubur nampaknya....... 

4 comments:

ikan emas said...

hahaha..
pelandok kekadang lupakan jerat..
tapi jerat tak pernah lupakan pelandok !!

Anonymous said...

Pak Peladuk dah pasti ka? Dan Pak Pelanduk tahu ka pasai apa ADUN tu nak lari dari BN?

Bersih ka dia niiii.... nak rasa bala nak bela ADUN nii... ambik lah!!!... Nan bukan Pak Pelanduk yang terkena jerat, PAS yang akan kena jeratnya...

Selamaaaattt...

Pak Pelandok said...

Pelandok yg kena jerat......buat gulai la jawabnya...sedap tu.....bab lompat-melombatnya kan dah jadi hal biasa sekarang ni.....lagupun jika tiada angin masakan pohon bergoyang........

lawak said...

biaq dia p melompat,tah berapa la PAS bagi sedekah kat ADUN ni,2 juta ka?banyak ekar balak tuu(tiru cara anwar:yg lompat tu dapat 2 juta taww,awww)

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails