Wednesday, 25 August 2010

SALAM MERDEKA

SUARA ANAK MERDEKA

TANGGAL KERAMAT 31 OGOS DATANG LAGI
BERSAMA SUMPAH PARA PAHLAWAN
YANG MEWARISI PERJUANGAN DAN PENGORBANAN

JALUR GEMILANG YANG GAGAH BERKIBARAN
DI MERCU KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN
DARI PERJALANAN SELAMA 53 TAHUN YANG LALU

NAMUN...APAKAH KITA TELAH BENAR-BENAR MERDEKA
KERNA SENGKETA DAN PRASANGKA MASIH MEMBARA
API PERPECAHAN BERTIUP KERAS SEMULA
SEHINGGA ADA YANG BANGGA ...... MEMPERTIKAI
PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL

BENAR-BENARKAH KITA SUDAH MERDEKA
SEDANGKAN ANAK BANGSA SEMAKIN TERLEKA
DADAH MENJADI SANTAPAN REMAJA
ANAK-ANAK KECIL DI BUANG DI JALANAN

SALAH SIAPA KAH INI
PARA PEMIMPIN.......AGAMAWAN ATAU AHLI POLITIK
YANG SEMAKIN KACAU MENCAMPUR ADUK
ANTARA AGENDA DAN HAKIKAT
SEHINGGA MIMBAR MASJID ROBOH DAN...
TANGGA RUMAH DI LARIKAN ORANG........

1 comment:

ikan emas said...

http://aksarapower.blogspot.com/2010/08/entri-hari-ke-15-puasa-mari-kita.html

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails