Thursday 19 February 2009

AHLI PARLIMEN KULIM SOKONG PENJENAYAH













CARILAH PUBLISITI CARA LAIN

Petikan dari Laman Blog MP Kulim :

Rakyat Kulim khususnya merasa terkejut apabila Enam (6) orang pemuda India telah terbunuh akibat tembakan pihak keselamatan polis malam semalam dalam satu kejadia di pekan Karangan dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pihak polis mendakwa mereka adalah disyaki penjenayah dan telah menembak kearah pasukan polis apabila diminta menyerah diri. Dua (2) pucuk pistol dikatakan dijumpai bersama mereka.
Mereka yang ditembak mati tersebut adalah Elanggo a/l Rajoo, Santhana, Dhilip Kumar, Pannirselvam, Vadivelu dan Chandran. Masyarakat Karangan mengenali Elanggo sebagai peniaga barangan komputer disebuah premis di pekan kecil tersebut. Yang lain-lain adalah pekerja beliau, rakan-rakan serta kenalan

Mengenali mangsa-mangsa tersebut, kini sudah timbul keresahan dikalangan rakyat Kulim tentang mengapa dan bagaimana penama-penama tersebut ditembak mati. Mereka bertanya samada ujud unsur-unsur kelalaian atau penganiayaan terhadap mereka.

Demi keadilan bagi rakyat, dan untuk merungkai sebarang salah faham dan fitnah, saya sebagai Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu mendesak agar suatu siasatan bebas dijalankan untuk memperjelaskan kedudukan sebenar kejadian tersebut. Saya berpendapat adalah wajar suatu inquiry dilaksanakan untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi semua pihak.

Pak Pelandok terpanggil untuk memperkatakan mengenai kejadiaan ini..........dan merasa amat sedih dan terkejut di atas cubaan YB ini yang ingin menjadi Hero dan Pembela Penjenayah........adakah YB Zulkilli ini sedar tentang bahaya dan trauma yang di alami oleh mangsa dan masyarakat dengan tindakan jenayah yang berleluasa di Kulim dan di negara ini.

Apakah YB ini tidak pernah rasa simpati atau kasihan kepada mangsa-mangsa penjenayah yang tidak kira masa dan tempat itu...yang begitu menganas dan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Pernahkah YB melawat dan menziarah mangsa dan keluarganya disaat mereka dirundung malang....sehingga ada yang kehilangan orang tersayang akibat perbuatan penjenayah yang begitu kejam......Atau pernahkah YB melihat bagaimana saban hari ...puluhan mangsa yang cedera........yang kehilangan harta benda membuat laporan di Balai Polis..........

Janganlah dek kerana politik.......YB menyokong dan bersuara membabi buta........sehingga hilang kewarasan dan pertimbangan..........janganlah menjadi alat dan tunggangan orang lain. Jenayah dan soal keselamatan bukan isu politik, perkauman atau untuk mencari pengaruh dan publisiti murahan......... Jangan diborong semua pekara sebagai hal politik............. maruah, harga diri dan tanggungjawab biarlah betul dan kena pada tempatnya serta wajar di jaga dengan baik.

Masih banyak benda yang boleh diperjuangankan..........bagaimana dengan nasib dan kesusahan rakyat.........bagaimana isu sampah, longkang dan jalan yang pecah..........isu banjir dan perberhentian pekerja....bagaimana tentang kawasan yang jarang YB lawati............itu yang sepatutnya diberi perhatian dan keutamaan.

Pak Pelandok merakamkan tahniah dan syabas diatas kegigihan Pihak Polis dalam usaha dalam membasmi jenayah...dan menjaga keselamatan rakyat dan negara.......walaupun di kecam dan di keji.............demi bangsa dan negara..........


3 comments:

Pok Li said...

Hidup Polis

AloQStaQ said...

Pak Pelandok,

Saya mohon untuk copy-paste artikel pak pelandok ni di www.KMU.net.my yer? ... Harap diberi kebenaran ...

I'll give credit for your writing from there ... TQ bro!

Hidup Polis!
Hancur Pakatan & Jenayah!


AloQStaQ
aloqstaq@yahoo.com
www.KMU.net.my

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pelandok....

jangan jadi yb kat bukit. bahaya sebab 3 bukit akan ada pr kecil. tapi KT ada bukit besar dan bukit kecik dalam DUN Bt Buruk.nasiblah jadi batu......

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails