Wednesday 11 February 2009

BUKIT SELAMBAU KEMBALI KE BN
















PELUANG PENGUNDI MENOLAK PEMBOHONGAN

KENYATAAN MENTERI BESAR KEDAH.
Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, menyatakan Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN."Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat."Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah." Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu."Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu."

Jelas sekali pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin PAS dan Menteri Besar ini. Apakah kerana politik dan kepentingan diri maka di bolehkan untuk berbohong dan memutar belit fakta dan kisah sebenar. Lucu benar bunyinya...............

Apakah di bolehkan seorang pemimpin yang mengaku ulama, ustaz dan yang kononnya memperjuangan Islam sanggup memalsukan kebenaran dan mereka fakta palsu sedemikian.

Malah situasi ini turut mengundang sokongan Menteri Besar Kelantan yang di lihat membabi buta menyokong dan membuat kenyataan. Apakah kerana politik di bolehkan semua itu........Kesian.......Kesian....

Renungilah fakta dibawah:

1. Sekiranya benarpun BN cuba membeli bekas EXCO ini dengan nilai RM 5 juta, apakah faedahnya kepada BN Kedah, kerana jika seorang sahaja ADUN yang menyertai BN, BN masih tidak mampu untuk mengambil alih Kerajaan Negeri. Bukankah itu satu kerja sia-sia dan tidak logik sama sekali. Kenapa perlu dibazirkan wang sebanyak itu dan lagipun lebih baik digunakan untuk tujuan membela dan membantu rakyat.

2. PAS yang mendesak, menekan dan mengugut bekas EXCO ini supaya meletak jawatan dan keluar dari Kerajaan Pakatan Rakyat PAS, kerana masalah dan skandalnya akan menjejas dan merosakan imej dan moral bersih dan Islamik Kerajaan PAS Kedah.

3. PKR yang tidak senang dengan bekas EXCO ini kerana secara tiba-tiba menjadi EXCO dan mendapat tempat istimewa, sedangkan sebelum ini beliu tidak sehaluan dengan PKR dan PAS. Pimpinan PKR tempatan merasa tersisih ekoran wujudnya bekas EXCO ini dalam PKR.

4. Dakwaan mengugut, mengancam dan cubaan menculik sebenarnya dilakukan sendiri oleh anggota Pakatan Rakyat sendiri kerana selama ini kedua-dua parti inilah yang mengamal, menganjur dan menggalakan budaya refomasi, kekerasan, keganasan dan ala samseng dinegara ini.

5. Sebenarnya bekas EXCO ini menyahut kaedah dan matlamat pemimpin besar mereka dalam PKR yang menerajui budaya lompat parti.

6. Bekas EXCO ini bertindak wajar kerana tidak lagi sanggup bersekongkol dengan segala dakyah, penipuan dan penyelewengan Pakatan Rakyat yang ternyata tidak langsung berusaha membela nasib, masalah dan kepentingan rakyat sebaliknya hanyalah gimmik dan retorik politik semata-mata. Beliu tidak sanggup lagi membohongi rakyat selama-lamanya.

7. Bekas EXCO ini sememangnya tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah pengundi kerana selama inipun beliu tidak pernah melawat kawasan, apatah lagi menunaikan janji semasa pilihanraya umum dan tidak ada sebarang perubahan, apa lagi tiada sebarang pembangunan yang di laksanakan di Kedah khususnya di Bukit Selambau walaupun telah memiliki kuasa sebagai EXCO dan Pakatan Rakyat yang memerintah Kedah.

Pak Pelandok menyeru kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS ........janganlah terlalu berpolitik sehingga sanggup `Memutihkan Gagak' dan Menghalalkan segala Cara demi Mencapai Matlamat........... Renungilah duhai pengundi Bukit Selambau yang bijaksana............


10 comments:

abu lola said...

Askum bro..gua pun mengikuti perkembangan politik semasa jugak..Dizaman sekarang ini bro susah nak mengenali ulama yang sebenar..akhir zaman dah bro

Anonymous said...

Tak payah pi undi, menang atau kalah dapat kat hindu jugak!

bungaraya said...

100% betul. Rakyat yang tahu melayari blog harusnya insaf bahawa selama ini Pimpinan PAS dan PKR telah banyak menabur fitnah dan dakyah yang songsang sifatnya.

Pak Pelandok said...

Abu Loa, Bungaraya dan Tetamuku....

Mencintai watan adalah sebahagian iman.....

Mempertahankan watan adalah jihat...

Maruah, harga diri dan warisan adalah pegangan Melayu beragma yg sejati....

Terima Kasih sahabatku.....

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

dah kena bertugas lagi lah pelanduk di sinun tu....

apa isu atau pillar untuk kasi menang?

AloQStaQ said...

InsyaAllah Pak Pelandok ...

BN akan kembali merampas Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Usaha kena ada, dan kerja mesti smart, kalau setakat kita kuat buat kerja, tapi tak smart pun rugi, macam orang cangkui bukit, nampak macam rajin kerja, tapi zaman la ni, kalau pakai cangkui, orang kata "si bangang yang rajin" , seeloknya zaman ni keja smart kena guna backhoe ...

baru rakyat suka!

Hehehe ...
Salam perkenalan ...

AloQStaQ

Bicara Luncai said...

Kata Pak Pelandok memang betui....MB Kedah memang pembohong dan memutarkan fakta kononnya Barisan Nasional membuat ugutan dan cuba beri rasuah pada Arumugam. Sebenarnya ugutan tu...mungkin mai dari depa sendiri pasai nak adakan pilihanraya kecik bolehla..depa letak calon PAS sendiri bertanding. Awat depa ingat pengundi Bkt selambau nak undi depa kot....

amz fiteri said...

kalau betul PAS nak buang ADUN bukit selambau sebab skandalnya kan bagus. sebab pemimpin bermasalah buat ape nak simpan. contoh di perak ADUN Behrang dan Changkat Jering yang cuba di singkirkan oleh nizar dulu adalah ADUN yang bermasalah dan menerima rasuah. kita memang nak kerajaan yang akan menyingkirkan wakil rakyat bermasalah..

amz fiteri said...

Oo... bab menipu tadi.nak komen jugak. kalau citer bab menipu ni. media kat negara kita dah lama amalkan. media menipu atas arahan siapa?? macam kata nabil, lu fikir la sendiri.

Pak Pelandok said...

Otai, AloQStaQ,BicaraLuncai, SatriaMuda

Yang Benar tetap benar...

Jangan ditegak benang yang basah

Perancangan Allah maha hebat....

Perancangan dan gerakkerja strategik, smat dan bersepadu adalah kunci kemenangan dalam perjuangan politik, selain ikhlas, jujur dan objektif...

Terima kasih di atas pandangan baik tuan-tuan.......

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails