Thursday 26 February 2009

CELAKA KAH UMNO











SIAPA YANG CELAKA



Petikan Berita Utusan Malaysia : 26 Feb 2009.

Ungkapan 'celaka' Karpal cetuskan kekecohan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sesi perbahasan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila berlaku pertikaman lidah antara Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dengan penyokong-penyokong kerajaan.

Insiden itu tercetus apabila Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mendesak supaya Karpal menarik balik ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang berulang kali disebutnya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

''Kalau suruh tarik balik, saya tarik balik. Tetapi saya beri amaran kepada Pemuda UMNO, jangan main-main dengan saya. Singh is King (tajuk sebuah filem Hindi)," tegasnya.

Pak Pelandok tersentak sungguh mengikuti siaran di Parlimen melalui TV semalam dan sekali lagi apabila membaca berita berkenaan di akhbar hari ini. Walaupun diucapkan di dalam Parlimen tetapi tetap menunjukan kebiadapan dan kesombongan yang amat sangat Ahli Parlimen ini.


Sungguh biadap....tak beretika dan tak beradap langsung Karpal Sing ini, janglah terlalu sombong kerana menyangkakan dia seorang wakil rakyat dan peguam yang hebat dan terkenal..........sehingga merasakan terlalu kebal dan boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata tanpa tapis dan batasan lagi.


Apakah Karpal Singh ini memikirkan dirinya sahaja yang betul tanpa memikirkan langsung sensitiviti dan perasaan orang lain khususnya orang Melayu.........walaupun perkataan itu ditujukan kepada Pemuda UMNO....tetapi majoriti Melayu adalah UMNO manakala yang bukan UMNO tetapi Melayu juga seharusnya terasa sama kerana mereka juga Melayu.


Apakah atas nama politik dan Parlimen segala perkataan boleh dikeluarkan sesuka hati sahaja......dimanakah nilai dan penghormatan kepada orang Melayu yang juga merupakan penyokong pembangkang termasuk ahli Melayu DAP sendiri. Adakah orang -orang Melayu ini tidak terasa langsung yang bangsanya sedang dihina...diperlecehkan serta dipermain-mainkan. Apakah kerana politik orang Melayu didalam pembangkang merasa tidak berkaitan dan tidak terasa pedih dengan penghinaan ini serta banyak lagi tindakan Karpal Singh sebelum ini yang menghina Melayu.


Pak Pelandok bukan cuba menimbulkan sentimen perkauman....tetapi atas semangat kenegaraan....yang menjunjung tinggi Perlembagaan dan Rukun Negara dengan penghayatan mendalam prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Kesopanan dan Kesusilaan............merasakan perkataan dan tindakan Karpal Singh berkenaan amat tidak wajar.........tidak menghormati langsung orang Melayu.........tidak langsung menunjukan pengamalan dan kefahamannya terhadap Undang-Undang dan Rukun Negara.


Sewajarnya sebagai peguam yang hebat kononnya...Karpal Singh patut lebih bertanggjuawab.......menunjukan teladan dan saling menghormati semua kaum terutamanya orang Melayu yang menjadi majoriti dan punya `Ketuanan' dinegara ini.


Jangan dikata orang Melayu sensitif atau perkauaman ...jika orang seperti Karpal Singh ini yang dahulu mencuit perasaan dan menguris hati orang Melayu dengan perkataan biadap dan tindakan `celaka'nya selama ini. Umum tak akan lupa rentetan penghinaan terhadap Sultan Perak sehingga mahu menyaman Baginda..........ingatlah demi sebuah negara yang harmoni perlu ada kestabilan serta nilai hormat-menghormati dengan mengelak isu-isu sensitif seperti ini.


Apakah Karpal Singh ini menganggap diri terlalu hebat dan mengatasi undang-undang............sehingga tidak lagi mengampil kira perasaan orang Melayu diluar Parlimen.............kerana apabila disiarkan di TV dan akhbar ianya sudah menjadi isu umum dan di ketahui ramai............malah sering kali mengugut sesiapa sahaja yang cuba menentang dan bertembung dengan nya............seolah-olah ia terlalu kebal dan tahu segala-galanya.


Kesian orang Melayu dalam Pakatan Rakyat.............saudara dan bangsa mu sedang di hina dan dipermainkan orang...........dimana maruah dan harga diri sebagai bangsa Melayu. Tidakkah dia yang lebih celaka dari segala celaka selama ini.................


Pak Pelandok terlalu sedih dengan perkembangan mutahir ini...........kerana bangsa pewaris sejarah gemilang dan menebus maruah dan kemerdekaan negara sedang di hina serta di pandang terlalu rendah oleh mereka yang kononnya hebat........kebal dan pejuang...........


Jangan bermain api..............terlajak perahu boleh di undur....terlajak kata buruk padahnya. Keharmonian dan perpaduan di negara ini perlu dipertahankan sampai bila-bila........jangan dibiarkan terbakar oleh orang-orang seperti ini............politik bukan segala-galanya..........cuma secebis dari keseluruhan sistem bernegara..............Kita tak rela bangsa dan negara musnah menjadi abu seperti yang berlaku di Palestin...Afganistan dan Iraq berulang di bumi bertuah ini.


Pak Pelandok menunggu komen Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Hj Hadi, Ibrahim Ali dan seluruh pemimpin dan orang Melayu yang cintakan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan.


2 comments:

gondangmas said...

pak pelandok.
ambo sebagai org melayu amat terasa sekali apabila luahan perkataan "celaka" diungkapkan oleh Karpal yg mungkin akan karam tak lama lagi.mai kita pakat-pakat sembahyang hajat biar Karpal ni terus karam.
Jgn jadikan dewan yg mulia tempat meluah rasa dan dendam kesumatnya dihamburkan yg boleh meledakan api kemarahan semua masyarakat.
Insaf la wahai karpal Singh....tgk tempoh 24 jam yg diberikan oleh PEMUDA dapat dibuktikan??//klau tidak.....HAMPRAK lah kamu.

Z-MAY said...

masih ada kuasa tp sudah tak bertaring. kalau tak ada kuasa bagaimanakah nanti...? melayu akan hilang di dunia... termalah nasb melayu...

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails