Tuesday 24 February 2009

ENAM PENJURU DI BUKIT SELAMBAU


PASAR BORONG BUKIT SELAMBAU

Pilihanraya Kecil Bukit Selambau masih jauh...hanya pada 29 Mac baru di ketahui siapa yang sah akan bertanding pada hari pengundian 7 April nanti.

Sehingga kini sudah tiga calon BEBAS menyatakan keputusan mereka untuk bertanding.........dan seorang belum membuat kenyataan antaranya :

G.Saralah 33 tahun, Bekas Ketua Wanita PPP Kedah

R. Loganathan 43 tahun, Ahli Perniagaan

Datuk Thasleem Mohd Ibrahim 50 tahun, Ahli Perniagaan dari Ipoh, Bekas Penasihat KIMMA

Zahran Abdullah, 39 tahun , Ahli Perniagaan, Bc (Hons) Public Administration UUM.

Pakatan Rakyat pula bersedia memberi laluan kepada PKR dan kini menyenaraikan 6 orang calun, antara calon `favorite' mereka ialah :


Ks. Thanenthiren, 45 tahun, Penyelarasan Hindraf atau

P. Vasanthakumar, seorang tahanan ISA

Manakala BN masih dalam percaturan dan lobi-melobi antara MIC dengan UMNO.

Pak Pelandok melihat situasi dan kondisi di Bukit Selambau ini tak ubah seperti di pasar borong atau market........ malah lebih mirip kepada pasar malam di mana peniaga saling lelong-melelong barangan mereka dengan pelbagai cara dan kaedah bagi menarik perhatian pelanggan.

Begitu lah keadaan di Bukit Selambau sekarang ini.......... sudah tiga calun BEBAS menawarkan diri.......... apakah kerana sebelum ini...Arumugam yang merupakan calon Bebas menang disini dan kemudiannya menyertai PKR.......maka calon-calon ini merasakan mereka juga mempunyai peluang yang sama seperti Arumugam dahulu. Tak semudah itu pengundi di Bukit Selambau nak menyokong calon Bebas.......dulu tu kerana tiada pilihan lain....ekoran calon PKR dibatalkan kerana tidak mencukupi syarat SPR........dan dek Tsunami Politik yang melanda maka calon Bebas tu terpaksa juga dipilih pengundi yang ketika itu memangkah dengan emosi, marah dan dendam yang tak bertempat.

Apakah calon-calon Bebas ini betul-betul nak menyertai pilihanraya dan memperjuangkan rakyat atau ada udang disebalik batu........maklumlah boleh menangguk di air keruh atau memasang lukah di laluan air deras........ atau semata-mata menanti tawaran atau imbuhan supaya mereka menarik diri.......

Jika benar ikhlas untuk bertanding...maka teruskan walaupun rebah dan merangkak sekalipun......teruskan biarpun hanya mendapat 15 undi sekalipun..........

PKR berkira nak meletakan calon India disitu bagi meraih sokongan pengundi India yang dikatakan undi penentu.........malah PKR juga akan mengeksploit sentimen perkauman yang masih panas dan membara........dan sudah pasti isu kemiskinan.........terpinggirnya kaum India......kekerasan Kerajaan terhadap kaum India akan menjadi teraju utama kempen dan isu yang akan di jaja PKR dan Pakatan Rakyat. Sudah pasti isu seperti tindakan Polis menembak mati 6 penjenayah India di Kulim juga akan dibangkitkan dengan sengaja bagi meraih sokongan pengundi.........

Pak Pelandok dapat merasakan bahawa PKR dan pakatan Rakyat seperti biasa akan mengemukakan isu-isu palsu seumpama itu.......walaupun hakikatnya adalah tidak benar...tetapi pada mereka peduli apa kebenaran........yang penting adalah boleh mencetus kemarahan dan akhirnya sokongan pengundi berada di pihak mereka. Maka isu sentimen perkauman akan membara dan bergema semula....akan tumbuh subur dikalangan pengundi dan rakyat....akhirnya membungkam....membara dan meruncingkan hubungan dan perpaduan kaum yang terbina kukuh sejak sekian lamanya.

Isu Kerajaan Negeri Perak dan penderhakaan terhadap Sultan Perak juga sudah pasti akan akan memenuhi ruang angkasa Bukit Selambau.......dengan penuh retorik dan penyeleyengan fakta......PKR dan Pakatan Rakyat akan bermati-matian menyogok pengundi dengan dakwaan mereka dianiaya dan kuasa mereka dirampas secara tidak demokrasi............Walhal apa yang berlaku disana adalah sebenarnya mengikut Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

PKR mungkin lupa itulah ketentuan dan kehendak Allah sesuai dengan sumpah laknat yang di buat oleh Saiful Bahri dan Anwar Ibrahim dengan direstui ulama-ulama dalam PAS seperti Nik Aziz, Hj Hadi dan Harun Din semasa di Permatang Pauh dahulu....... Allah telah menunjukkan kebenaran dan kekuasaanya.......terimalah kenyataan dan ketentuan Allah ini............janganlah menidakan segala perkara waima ketentuan Allah yang kita imani ini kerana semata-mata kepentingan politik dan kuasa.

Pak Pelandok juga terasa mual dan geli dengan kerenah komponen BN....antara UMNO dan MIC yang kini begitu bersungguh-sungguh menagih kerusi ini dengan seribu satu alasan dan andaian.........masih tidak serik dan insafkah lagi BN ni.......dengan apa yang telah terjadi sejak 8 Mac 2008 lalu......... gelagat, perangai dan tingkah laku seperti ini lah yang menyebabkan `tsunami' itu berlaku....... apakah hilang kerusi.....hilang negeri........dan muak dan jemu rakyat kepada BN masih tidak menjadi pengajaran dan teladan lagi kepada BN. Apakah rakus dan tamak mereka ini masih mahu menidakkan pandangan dan kuasa rakyat yang akan menentukan segala-galanya nanti. Adakah sandiwara `chah keting' dan sabotaj masih akan berlaku lagi di kala parti sedang tenat dan sepatutnya seluruh jentera BN bersatu, ikhlas dan jujur dalam menghadapi pilihanraya ini.

Pak Pelandok sering terdengar ikrar dan seruan pemimpin tertinggi BN bahawa BN akan bangun dengan tradisi baru, wajah baru, azam baru dan strategi baru............jadi....bangunlah BN....dengan ertikata yang sebenar...bukan sekadar slogan.......sandiwara ataupun lakunan semata-mata.............

Pada PKR dan Pakatan Rakyat........biarlah mereka terjun dengan labu-labunya........biarkan mereka hanyut dengan dongengan dan retorik yang tak berasas itu....biarkan mereka terus membohongi rakyat berterusan........ kerana rakyat dan pengundi bukan tidak pandai memikir, melihat, mengkaji dan menilai yang mana benar......yang mana salah........yang mana bohong..........yang mana ikhlas.

`Itik Bertelur Emas, jangan sesekali dibunuh.......kerana akhirnya nanti akan berputih mata dan menyesal yang tidak berkesudahan.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ....Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

5 comments:

gondangmas said...

salam singgah jap pak pelandok.
agak-agaknya camana nak isi borang KDM nanti jika ada 6 calun.
gondangmas terbayang apakah pillar-pillar yg akan dibina oleh ke enam-enam calon tu.??//
Isu,ceramah,fakta aktiviti dan pergerakan ke enam-enam calon tu wooi..tak daya nampaknya GSPI nak pantau tu...
gini la Pak pelandok.. ada berapa peti undi dlm DUN Bukit Selambau ni. Kita bahagikan kpd enam dan pilih lokaliti yg mana ada mamak byk bagi kat datuk thasleem, yg kuat hindraf bagi kat penyangak hindraf tu..lain-lain pilih -pilih aja la setakat buat bubu nak tanguk di air keruh.ke guano pak pelanduk?////ok tq.

Bicara Luncai said...

Kaum India yang kononnya dipinggirkan dalam segala aspek akan dijadikan isu dan akan menjadi bahan-bahan utama dalam ceramah parti pembangkang dalam kempen PRK dan sudah tentu dapat meraih undi dari pengundi-pengundi India yang dikatakan Pak Pelandok sebagai penentu keputusan PRK DUN Bkt. Selambau maka sebab itu calon-calon bebas dan calon dari PKR terdiri dari bangsa India kerana pihak-pihak ini percaya pengundi akan memberi undi kepada calon berbangsa India.Sekiranya isu-isu ini menjadi bahan kempen pembangkang maka ini akan menimbulkan sentimen perkauman yang akan mencetuskan satu keadaan yang akan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan agama, bangsa dan negara yang akhirnya akan hancurlah ikatan perpaduan yang terbina sekian lama.Yang membimbangkan akan berlaku sekali lagi peristiwa rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berpunca dari pergesaran politik kesan daripada sentimen perkauman yang dimainkan parti-parti politik pembangkang.Adakan kita sanggup melalui sekali lagi peristiwa pahit itu........?

Z-MAY said...

pak pelandok?

agak-agak mana yang hebat? mana pilihan rakyat?

Pak Pelandok said...

Gondangmas

Pening juga tu nak isi pilar-pillar yg banyak ni...kena guna pillar rumah di Kg. Air nampaknya.....

Bicaraluncai

Pendapat tuan benar sekali.. tapi apa nak buat trend sekarang demi kuasa.... survival bangsa dan negara sudah di kesampingkan...
Malang nasibmu tanahairku tercinta

Z-May

Semua tak hebat..nasi tambah je....umpama melukut ditepi gantang.......keadaan akan lebih celaru...ini akan memudahkan PKR menggapai tujuan.

Pok Li said...

Tahun ni pilihanraya kecil sambung menyambung. Satu-satu meninggal. Siapa lak selepas ni :(

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails