BUKAN LAGI MELAYU
Krisis Kerajaan Perak memaparkan episod paling menarik sepanjang pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008. Perubahan Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat kepada BN dengan perkenan Sultan begitu mengejutkan banyak pihak.
Paling mengejutkan ialah demontrasi dan bantahan penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR di hadapan Istana semasa berlangsungnya upacara mengangkat sumpah Menteri Besar yang baru pada Jumaat 6 Februari 2009.
Pak Pelandok di saat itu sedang berseminar di Kota Baharu.......hanya mengikuti rentetan peristiwa ini melalui TV dan laporan dari kawan-kawan di Perak sahaja. Paparan di TV menunjukan demontrasi yang semuanya terdiri daripada orang-orang Melayu........bersongkok dan berkain pelikat....... membawa sepanduk, poster dan batu....... begitu bersemangat melaungkan kata-kata bantahan terhadap Sultan Perak sehingga ada yang sanggup berbaring menghalang kenderaan Raja Muda Perak selain memecahkan cermin kenderaan Polis dan orang awam yang lain.
Pak Pelandok mencari-cari dicelah-celah ratusan himpunan orang Melayu yang aggresif itu....sekiranya ada wajah-wajah lain selain orang Melayu........namun hampa sekali kerana semuanya yang sedang meluahkan perasaan........kemarahan dan kebencian itu adalah orang-orang Melayu belaka...... Mereka seperti lupa diri....bertindak seperti kurang siuman dan lupa terhadap siapa kemarahan itu ditujukan...........
Lalu Pak Pelandok bermenung panjang........... kenapakah bangsaku bersikap sedemikian........apakah Melayu sudah hilang ketaatan dan kesetiaan kepada Raja-Raja.........yang selama ini merupakan tunjang dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri........Apakah kita sudah lupa Raja-Raja Melayu adalah warisan........kebanggaan dan benteng terakhir bangsa Melayu di bumi bertuah ini.
Melayu merangkumi Raja dan Rakyatnya.......... rakyatnya adalah Melayu yang terbentuk bersama Raja-Rajanya dalam membina dan membangunkan sejarah....tamaddun dan kegemilanganya. Hubungan yang bermula sejak zaman silam........bermula di awal abad ke 11 lagi merupakan warisan dan pusaka yang unik dan begitu bermakna sebagai lambang kewujudan bangsa Melayu di Nusantara serta bumi bertuah ini.
Gagah dan hebatnya kita hari ini........adalah titisan dan warisan dari perjalanan jauh sejarah...tamaddun dan peradaban Raja-Raja Melayu sejak sekian lamanya.............adalah merupakan akar dan asas bangsa Melayu...........malah untuk mengaku sebagai Melayu Jati yang menunjangi sejarah tanahair ini.......kesetiaan dan ketaatan kepada Raja-Raja Melayu adalah aspek penting Jati Diri Melayu.
Lalu......Pak Pelandok tertanya-tanya............betulkah ini orang-orang Melayu yang sedang berdemontrasi itu........jika benar............layak dan wajarkah lagi mereka ini bergelar Melayu........kerana Melayu itu sebenarnya terdiri diatas empat sendi.............iaitu `Adat.....Adap.....Resam dan Bahasa'...........yang mana didalamnyalah tersimpul mati segala sumpah dan waad taat setia terhadap Raja-Raja Melayu. Aspek inilah yang membangun dan berjaya mempertahankan bangsa Melayu dari lenyap di dunia ini sehingga hari ini.
Janganlah dek adu dumba dan hasutan orang lain......... kita menjadi lupa diri dan lupa bangsa dan keturunan.............. orang lain sembunyi tangan.........orang lain bertepuk tangan............ kita bingkas kononnya sebagai hero...........sedangkan tindakan begitu adalah umpama meludah kelangit........... dan sebenarnya telah mencemar dan telah melakukan dosa besar terhadap bangsanya sendiri. Aadalah amat memalukan...dan begitu hina untuk mengaku sebagai orang Melayu kiranya......begitu biadap peri tindakan Melayu.........apatah lagi sehingga sanggup menyebut `Sumpah Derhaka'.......
Emosi dan perasaan kita biarlah rasional dan bertempat.......... jangan ditebang pohon rendang tempat kita bernaung selama ini........ jangan dibunuh itik emas yang memberi rezeki dan sesuap nasi kepada kita selama ini.......... Ingatlah peringatan dan teladan di dunia ini.......... Janganlah nasib malang yang menimpa rakyat Palestin, Afghanistan dan Iraq terjadi kepada kita...... janganlah dan jangan ulangi sejarah malang Tamadun India, China dan Indonesia yang hebat dengan pemerintahan agung raja-rajanya..........kini hanya menjadi lipatan dan sebutan sejarah semata-mata.
Ingatlah....duhai Melayu.......bangsa ini tidak terdiri semata-mata di atas rakyat sahaja..........sebaliknya Raja dan Rakyat adalah satu.........sebagai bukti dan tanda kewujudan....kehebatan dan ketuanan di tanahair yang dipusakai sejak zaman berzaman.
Jati Diri Melayu ialah yang kenal siapa dirinya...siapa Rajanya dan bagaimana sejarahnya. Sendi Melayu ialah `Adat, Adap, Resam dan Bahasa'........hilang satu maka pincanglah Melayu itu.......... Tiada orang lain yang akan mempertahankan Melayu itu lagi......................
1 comment:
askum...bro gua juga terkedu dgn situasi ini..inilah kesilapan terbesar tun mahathir memansuhkan kekebalan raja2 melayu satu ketika dahulu
Post a Comment