Monday 2 February 2009

PAKATAN RAKYAT REBAH DI PERAK











BN AMBIL ALIH KERAJAAN PERAK


Pucuk di cita ulam mendatang.........Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di ambang kejatuhan.........ruang terbuka luas untuk BN Perak mengorak langkah menerajui Kerajaan Perak.

Semuanya sudah ditakdirkan Allah........ manusia hanya merancang....tapi perancangan Allah lebih besar dan tersusun......... Pakatan Rakyat harus menerima hakikat dan kenyataan ini........ ruang untuk mempertahankan Kerajaan Negeri sudah hampir tertutup dan musnah.......... hanya sekadar membilang detik dan ketika sahaja.........

Jangan dikatakan BN membuat onar atau muslihat....... jangan juga dituduh BN membeli dan mengumpan wakil rakyat mereka sehingga Pakatan Rakyat Perak tercungap-cungap....... Jangan pula lupa betapa bangga dan riaknya mereka apabila wakil rakyat BOTA menyertai mereka......... BN tak pernah kata pun Wakil Rakyat `betina' itu diumpan atau dibeli PKR. BN rela, tenang dan menerimanya sebagai hak peribadi walaupun sebenarnya satu pengkhianatan kepada pengundi di BOTA. Dan sekarang Allah menguji pula Pakatan Rakyat, ahli dan penyokongnya........ seharusnya diterima dengan reda dan rela........kerana itu juga keputusan dan tindakan peribadi........... kerana wakil rakyat Behrang dan Changkat Jering ini telah dikehendaki Allah kembali menginsafi erti perjuangan dan tidak sanggup lagi bersekongkol dengan penipuan, penindasan, penyelewengan dan segala hal yang mungkar yang dilakukan terhadap agama, bangsa dan tanahair selama Pakatan Rakyat diberi mandat dan peluang memerintah Perak sejak 10 bulan lalu.

Sekiranya pilihanraya kecil benar-benar terjadi di Behrang dan Changkat Jering ni....... sudah pasti pengundi yang sudah matang dan benar-benar telah mengenali hati budi pemimpin dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan membuat keputusan drastik........ menolak gula-gula dan umpan kata-kata dan janji manis yang sebenarnya beracun.........pengundi tak pernah lupa bagaimana Kerajaan Perak dengan mudahnya memberikan geran pemilikan tanah kepada penghuni Kampong Baru, Sekolah Persendirian Cina dan mengabaikan Keperluan dan Pembangunan Sekolah Agama Rakyat di Perak.

Ramai kenalan Pak Pelandok di sekitar Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar melahirkan kecewa, geram dan marah mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mungkir janji.... malah bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim dan bantuan kepada nelayan, petani dan pekebun kecil pun amat sukar di perolehi....walhal Pakatan Rakyat telah berjanji untuk membantu dan membela golongan ini dengan bantuan yang melimpah ruah semasa kempen PRU dahulu. Yang lebih malang ialah apabila Dewan dan balairaya dirampas, di ceroboh dan dikunci, anak-anak Tabika Kemas terpaksa belajar di bawah pokok........inikah yang di perjuangkan mereka.........

Inilah masa dan ketikanya.........jika Kerajaan bertukar ganti...Alhamdullilah itu lebih baik, sekiranya dua pilihanraya kecil terpaksa dijalankan...itu juga baik kerana pengundi akan memberi pengajaran kepada Pakatan Rakyat dan para pemimpin nya yang sombong dan yang hanya menjadi boneka sahaja di samping menjual maruah agama dan bangsa selama ini...........

Pak Pelandok rasakan mungkin juga akan berlaku Pilihan Raya Kecil Negeri kerana dalam keadaan tersepit dan kepanasan ini....... Pakatan Rakyat tidak berpeluang langsung untuk mencari jalan lain melainkan membubarkan DUN sebagai langkah selamat bagi mempertahankan ego, maruah dan harga diri mereka. Inipun merupakan saat yang dinanti rakyat Perak dan telah ditentukan Allah........ peluang inilah yang lebih baik kerana rakyat Perak akan menebus kembali kesilapan 8 Mac lalu .......dan inilah peluang untuk menghentikan kerakusan, kesombongan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya mahir menabur janji tapi tindakan mereka amat merugikan rakyat.

Apa pun tahniah wakil rakyat Behrang dan Changkat Jering.............tahniah juga kepada ADUN Bota kerana menjual diri........

3 comments:

Anonymous said...

apa pun janganlah kita semua asyik membogelkan maruah bangsa,agama dan negara..tatkala inginkan kuasa kita lupa kiblat yang satu dan iktikat yang sama kerana di sana nanti pastinya kita di hitung dan di hisab diatas apa yang kita lakukan sebagai kalifah di atas muka bumi allah ini

Anonymous said...

ini semua gila kuasa ni..baik BN mahupun Pakatan Rakyat..

Pak Pelandok said...

Abu lola,

Itulah uniknya demokrasi.....
segala kemungknan perlu disedari...risikonya juga perlu diambilkira.....

Namun maruah dan harga diri lebih utama sebagai sendi bangsa yang diwarisi...kerana Melayu hanya ada di bumi ini dng megah dan perkasanya.

Sejarah Kedah

Sejarah Kedah
Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails